Jumaat, 28 Januari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perutusan Presiden PAS Sempena PRK Tenang....

Posted: 28 Jan 2011 04:55 AM PST

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.

Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.

Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.

Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pengundi di DUNTenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.

Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Hanya saksi mahkamah : Pengundi Tenang bukan bodoh

Posted: 28 Jan 2011 04:50 AM PST

PASPB

Calon Umno (Tok Ai) Terus Berbohong

Laporan akhbar "Azahar unfazed by allegation" (The Star 28/1/2011) jelas membukti- kan calon Umno bukan sahaja enggan mengakui keputusan Mahkamah tentang lelongan haram yang beliau lakukan malahan ianya membuktikan bahawa calon Umno terus dan terus berbohong kepada pengundi di DUN Tenang dan rakyat Malaysia umumnya.

Meskipun pendedahan yang Pas lakukan ke atas calon Umno sebelum ini bersandarkan fakta-fakta yang benar dan tepat yang disokong oleh dokumen-dokumen Mahkamah, calon Umno masih tidak malu untuk terus berbohong kepada rakyat di DUN Tenang.

Kenyataan calon Umno secara terbuka bahawa beliau bukan pihak yang disaman dan hanya semata-mata menjadi saksi dalam kes yang didedahkan oleh Pas menunjukkan calon Umno masih menganggap rakyat di DUN Tenang adalah golongan yang tidak cerdik dan tidak dapat membezakan antara pihak yang disaman dengan seorang saksi.

Tidakkah kenyataan calon Umno tersebut secara jelas cuba menghina rakyat DUN Tenang dengan menganggap mereka tidak mengambil peduli sama sekali sama ada calon Umno mempunyai integriti, kredibiliti dan kelayakan bagi mewakili rakyat DUN Tenang.

Kita ingin bertanya kepada calon Umno bagaimanakah beliau dengan secara mudah menyatakan bahawa beliau hanya seorang saksi dalam kes lelongan haram yang beliau lakukan ke atas hartanah seluas 8 ekar milik Mansor bin Mohamad sedangkan Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah secara jelas pada 29/1/2008 memutuskan bahawa hartanah Mansor dilelong secara haram oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah yang bertanggungjawab mendengar siasatan hartanah Mansor dan kemudiannya mengeluarkan notis lelong hartanah tersebut.

Adakah calon Umno ingin terus menghina daya intelektual rakyat Tenang dengan menyatakan bahawa Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi tidak arif atau tidak tahu membezakan antara saksi ( witness ) dan pihak ( party ) dalam tindakan saman Mansor. Kami melihat kenyataan calon Umno ini boleh juga dianggap menghina Mahkamah.

Adakah masuk akal jika calon Umno hanya menjadi seorang saksi dalam kes lelongan haram tanah Mansor beliau masih dijadikan sebagai pihak iaitu sebagai Defendan Pertama dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas beliau iaitu kes Guaman Sivil No : 23-14-2009 di Mahkamah Tinggi Muar.

Dengan kenyataan calon Umno yang terbaru ini kita tertanya-tanya adakah calon Umno tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana kenyataan beliau yang terbaru ini menunjukkan beliau seolah-olah bertindak di luar sedar.

Adakah rakyat Tenang ingin terus dihina oleh calon Umno dengan membiarkan beliau terus dan terus berbohong kepada rakyat Tenang.
Sidang Akhbar PAS PRK N.05 Tenang

Hj Dzulkefly Ahmad
Timb.Pesuruhjaya PAS Johor
MerangkapPengarah Operasi PRK N.05 Tenang
28 Januari 2011

Jangan tambah 'Pak Anguk' dalam DUN Johor

Posted: 28 Jan 2011 04:42 AM PST

PASPB

PRK DUN Tenang : Kredibiliti Cikgu Mala Kukuh


LABIS .: Walaupun Umno-BN menggunakan pelbagai cara untuk merendahkan kredibiliti calon Pakatan Rakyat DUN Tenang Normala Sudirman, namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan Pimpinan Pakatan Rakyat dan pengundi DUN Tenang terhadap beliau.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Normala mampu membawa isu dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut beliau, menghantar seorang lagi calon BN hanya menambah golongan 'pak angguk' di DUN Johor dan tidak mampu menyuarakan kegusaran rakyat.

"Kita mahu dia bawa isu rakyat. Bukan kita mahu dia ke DUN setuju semua. Dah ramai dah wakil Umno di situ, cukuplah.

Yang tak payah belajar banyak. Nak jadi wakil rakyat Umno senang, cakap 'saya setuju'. Yang kita nak ialah yang boleh bawak bawak masalah. Masalah apa sekarang? harga barang," tegas Anwar.

"Jadi kalau tanya apa dia isu Cikgu Mala dalam PRK ini, jawab. Isu ekonomi, isu makan minum kita, isu pelajaran anak-anak. Isu hidup kita yang perlu diangkat Wakil Rakyat ni bukan wakil Menteri, bukan wakil Menteri besar. Tapi wakil rakyat. Kita guna istilah wakil rakyat begitu," katanya.

Anwar menyatakan demikian di hadapan pengundi dan warga Felda Chempelak Barat yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Labis.

Walaupun dalam hujan lebat, penduduk di situ setia menanti kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ramai lagi.

Sentimen sama dikongsi oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin yang percaya dengan ketokohan dan semangat Normala untuk menjadi suara rakyat Tenang dan Felda Chempelak ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menegaskan bahawa wanita tidak harus dipandang rendah kerana mampu berjuang dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

"Saya nak berdiri di sini nak membuktikan pada rakyat bahawa wakil rakyat wanita mampu membawa isu masyarakat dan rakyat ke dalam Dewan Parlimen, begitu juga Cikgu Mala mampu membawa isu rakyat Tenang ke DUN Johor," katanya.

Malah Zuraidah turut yakin bahawa Normala akan menggunakan pengalaman dan ketokohan beliau sehingga diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pendidikan serta membanteras gejala sosial masyarakat di sini.

"Bayangkan Cikgu Mala masuk di DUN Johor bawa masalah pelajaran anak-anak kita? bagaimana prestasi dan pencapaian anak-anak di Tenang. Kalau lemah apalah sebabnya? Jadi dengan pengalaman dia, Cikgu Mala boleh membantu perbaiki sistem persekolahan, pendidikan dan sistem akhlak anak-anak kita di Negeri Johor ini," katanya.

Normala menghadapi calon BN dari Umno, Azahar Ibrahim kini sedang giat berkempen di seluruh pelusuk Tenang sebelum tempoh berkempen tamat esok dan proses pengundian adalah pada 30 Januari ini.

Polis beri tumpuan 52 lokasi panas

Posted: 28 Jan 2011 04:26 AM PST

SINAR HARIAN ONLINE



SUNGAI BULOH - Sebanyak 52 lokasi panas atau kawasan kemalangan dikenal pasti di seluruh daerah di negeri ini tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, pelbagai pendekatan digunakan termasuk memasang papan tanda amaran kawasan kemalangan bertujuan menyedarkan pengguna dalam usaha mengurangkan statistik kemalangan dan kematian di lokasi terbait.

Katanya, daripada 52 lokasi panas tersebut, Kuala Selangor masih mendahului dengan 10 lokasi panas dikenal pasti.

"Setiap tahun pun tempat (kawasan panas) yang sama, Kuala Selangor masih lagi kawasan paling banyak mempunyai kawasan kemalangan.

"Kita berharap pemandu dapat mengetahui kawasan kemalangan ini supaya mereka boleh lebih berhati-hati sekiranya melalui kawasan tersebut," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Ops Sikap ke-23 peringkat Negeri Selangor, semalam.

Selain Kuala Selangor, daerah kedua paling banyak kawasan panas adalah Klang dengan tujuh kawasan, diikuti Petaling Jaya (tiga), Shah Alam (empat) Klang (tujuh), Ampang Jaya (satu), Subang Jaya (lima), Gombak (lima) dan Kajang (tiga).

Beliau berkata, bagi tahun 2010 sebanyak 4,010 kes kemalangan dicatatkan di Negeri Selangor , manakala bagi kes kematian sebanyak 43 kes telah dicatatkan.

"Pada tahun 2010 telah mencatatkan kekurangan kes kemalangan tetapi bagi kes kematian pula telah meningkat sebanyak 7 kes berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Menurutnya, sikap pemandu masih lagi merupakan penyumbang utama kepada kes kemalangan di negeri ini, oleh yang demikian, pihaknya merayu kepada para pemandu supaya berusaha mengubah statistik tersebut bagi tahun ini.

"Jangan gunakan jalan raya sebagai litar perlumbaan, setiap pemandu mestilah membuat tindakan yang wajar sebelum memulakan perjalanan seperti merancang perjalanan mereka.

"'Hot Spot' (kawasan kemalangan) ini menjadi lokasi panas kerana adanya kemalangan, ianya diwujudkan sendiri oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, sekiranya mereka terus memandu sedemikian, maka bertambahlah 'hot spot' ini," katanya.

Qazaf: Anwar diberi tiga minggu kemuka hujah rayuan

Posted: 28 Jan 2011 03:23 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan Syariah di sini memberi tempoh tiga minggu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan hujahan secara bertulis berhubung permohonan rayuan qazafnya yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar permohonan pindaan yang dibuat oleh Anwar selaku perayu iaitu untuk memasukkan perkataan 'keseluruhan' yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan, pada 23 April lalu.

Pihaknya membuat permohonan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan "...tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah" untuk meminda dengan menambah perkataan "keseluruhan" yang menjadikan; "...tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah."

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan Anwar supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25.

Sehubungan itu, pada 23 April lepas, Anwar, 63, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Pada 9 Februari lepas, ketiga-tiga responden memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Anwar dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal.

Peguam Dorina Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata mahkamah juga memberi tempoh terhadap ketiga-tiga responden yang diwakili peguam Roslizam Rahim untuk mengemukakan hujahan balas mengenai perkara itu.

Beliau berkata permohonan rayuan itu dijangka didengar awal April ini.

The Economist: Najib perlu mandat besar ‘buang puak’ halang pembaharuan

Posted: 28 Jan 2011 03:19 AM PST



KUALA LUMPUR — Langkah mengembalikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen akan membolehkan Datuk Seri Najib Razak "membersihkan golongan lama" yang dilihat menjadi penghalang kepada idea-idea pembaharuan beliau mahu perkenalkan, kata The Economist.

Dalam edisi terbarunya, The Economist menyebut, bagi sesetengah pihak dalam partinya dan juga perkhidmatan awam, yang majoritinya orang Melayu, Najib bergerak dengan begitu pantas, malah ada yang menganggapnya "menuju arah yang salah" menerusi rancangannya memperkenalkan meritokrasi.

Laporan itu juga mendakwa ramai anggota Kabinetnya juga tidak menyokong pelan pembaharuan Najib.

Justeru Najib, yang menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berhenti selepas kesan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008, kemungkinan memanggil pilihan raya baru seawal Mac, dua tahun sebelum tempoh kerajaan berakhir bagi mendapatkan mandat untuk berhadapan dengan golongan yang menjadi penghalang kepada hala tuju pentadbiranya.

"Najib perlu menang besar untuk meyakinkan pihak yang skeptik, sekurang-kurangnya mengembalikan majoriti dua pertiga BN.

"Jika beliau mampu berbuat demikian, maka beliau boleh membersihkan golongan lama Umno," katanya lagi.

Maka hanya dengan itu sahaja Najib boleh melaksanakan idea-idea pemodenan yang menurutnya boleh membawa perubahan kepada negara ini, lapor The Economist.

Ia menambah, beberapa projek yang diumumkan awal tahun ini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi pilihan raya umum tergempar.

The Economist menulis, Najib yang juga presiden Umno bersetuju dengan mereka yang berhujah bahawa aspek kuota dan tindakan afirmatif untuk membantu orang Melayu adalah tindakan tidak berproduktif.

Kata laporan itu, salah satu kesannya ialah menyebabkan aliran keluar golongan cerdik masyarakat Cina dan pada masa yang sama ekonomi negara berhadapan dengan kehilangan aspek kemahiran keusahawanan mereka.

ETP yang meletakkan sasaran untuk menggandakan pendapatan per kapita negara menjelang 2020 berjanji untuk "memperkenalkan satu masyarakat meritokrasi," kata The Economist lagi.

"Mengambil kira beliau seorang ahli politik yang berhati-hati, beliau membawa mesejnya dengan janji tidak akan memansuhkan kesemua hak kaum Bumiputera," katanya.

The Economist juga menarik perhatian, dasar-dasar pembaharuan yang dibawa Najib digerakkan oleh badan-badan yang diwujudkan dalam lingkungan Pejabat Perdana Menteri itu sendiri berbanding kementerian-kementerian lain yang relevan, satu petunjuk bahawa Kabinet yang berteraskan kepimpinan Umno tidak 'menerima' idea-idea negara yang lebih bertunjangkan unsur meritokrasi.

Tulisan itu juga mendakwa, partinya dan birokrasi kerajaannya juga tidak bersetuju dengan langkah perdana menteri ke arah sistem meritokrasi dan Najib terpaksa berhadapan dengan Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang memdakwa membela kepentingan orang Melayu dari dalam Umno sendiri.

"Dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang bekas penasihat Najib, akan menjadi gambaran karakternya. Ia akan menjadi ujian keupayaan Najib untuk memperkukuhkan agenda beliau dalam parti sendiri dan kerajaan selain berhadapan dengan tentangan daripada pembangkang," kata The Economist, yang merujuk kepada pendirian Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib mengambil alih kepimpinan Umno dan jawatan perdana menteri daripada Abdullah awal 2009 — setahun selepas BN hilang majoriti dua pertiga dan lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008.

Cuti sakit: BN terdesak guna suami serang Cikgu Mala, kata PAS

Posted: 28 Jan 2011 03:18 AM PST



Sebahagian daripada ahli PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat mengadakan himpunan mengecam calon BN Azhar Ibrahim di pekarangan bilik gerakan parti itu, di Labis hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu "serangan terdesak" untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.

Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.

Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai "modal" dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

"Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).

"Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

"MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk," kata beliau.

Tenang dan Doktrin Keramat UMNO

Posted: 28 Jan 2011 12:56 AM PST

Hafiz Zainuddin

Saya tidak dapat membuat sebarang tilikan awal siapa yang bakal memenangi PRK Tenang. Saya cuma percaya; keajaiban boleh berlaku di mana-mana. Lihat saja apa yang berlaku di PRK Sibu, Pakatan Rakyat yang diwakili DAP telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 398 undi! BN gagal mempertahankan kerusi Sibu. Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu menunjukkan penolakan besar rakyat terhadap BN. BN terjun dengan labu-labunya di Sibu.

Mari kita membuat sedikit analisa ringkas. Sibu dan Tenang berbeza. Kedua-duanya terpisah dari sudut geografi dan pembangunan. Sibu adalah sebuah kawasan Parlimen manakala Tenang adalah kawasan DUN. Selain itu, Sibu dilihat sebagai salah sebuah bandar yang sedang pesat membangun di Sarawak manakala Tenang adalah sebuah kawasan "pekan" kecil yang aman. Malah teh tarik di Sibu berbeza dengan teh tarik di Tenang.

Dari sudut jumlah pengundi, hampir 67% pengundi di Sibu terdiri dari keturunan Cina manakala hampir 50% pengundi di DUN Tenang berketurunan Melayu. Sentimen politik, gaya hidup dan cara berfikir dipisahkan dengan kedudukan geografi dan populasi kaum. Ia adalah satu perbezaan yang amat ketara.

FELDA dikatakan sebagai kubu kuat bagi BN. Dikatakan "kebal" dari sebarang perubahan. Mungkin FELDA ini "dilihat" sebagai sebuah badan yang memberi kebajikan kepada rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Perjuangan FELDA sama ada dilihat ikhlas atau tidak ikhlas sekurang-kurangnya telah mengeluarkan sebahagian rakyat Malaysia yang menetap di kawasan pedalaman dan kampung dari belenggu kemiskinan.

Secara umumnya, ia tidak lain dan tidak bukan adalah atas usaha dan dasar yang telah diasaskan oleh kerajaan yang ditadbir oleh BN sejak sekian lamanya. Siapa yang mahu pertikaikannya? Itu soal lain. Saya melihat; sudah tentu acuan pemikiran di FELDA jauh sama sekali berbeza dengan acuan pemikiran masyarakat di Bangsar contohnya.

Catatan terpenting yang perlu diambil perhatian oleh Pakatan Rakyat dari Pilihanraya Umum 12 ialah pengundi Melayu secara umumnya masih bersama BN. Analisa menunjukkan swing undi pengundi Melayu adalah 5% berbanding 20% dari pengundi Cina dan 30% dari pengundi India. Swing dan mood pengundi ketika ini kebanyakannya disebabkan oleh isu. Persoalan "Dasar" bagi saya cuma teori dan terlalu subjektif.

Saya pernah berkata di dalam artikel terdahulu bahawa akses kepada informasi alternatif seperti internet dan tabloid politik boleh masuk dengan mudah ke mana sahaja. Ya. Ia benar; tetapi bagaimana dengan penerimaan masyarakat Melayu yang menetap di kampung dan FELDA? Sehinggakan aqidah politik sebahagian besar masyarakat kampung rata-rata masih berkiblatkan UMNO-BN? Apakah "guna-guna" yang telah UMNO calitkan selama ini? Apakah mitos keramat di sebalik songkok tinggi dan "keris sakti" sehingga UMNO dilihat kebal di kawasan kampung yang majoritinya Melayu? Jawapan kepada permasalahan ini saya fikir, tidak lain tidak bukan adalah struktur sejarah dan kebudayaan Melayu itu sendiri sebermula zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

Sepertimana yang diungkapkan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang bahawa Melayu sebagai "setia dan sabar tanpa sempadan". Kesetiaan ini tiada kaitannya dengan Islam yang datang membawa mesej keadilan dan kesaksamaan. Kesetiaan ini telah wujud lebih lama sejak munculnya feudalisme di nusantara ini. Kesetiaan dalam masyarakat melayu telah diprogramkan dengan doktrin-doktrin tertentu sehingga kelihatan bercantum dengan DNA mereka.

Kedudukan Raja atau Sultan pada waktu itu dikeramatkan. Penuh mitos dan magis! Sepertimana apa yang dianggap kepada Maharaja China sebagai Wakil Tuhan (Son of Heaven) di muka bumi. Doktrin Keramat inilah yang menjadikan salah satu sebab Melayu boleh "setia dan sabar tanpa sempadan". Perubahan zaman menuntut perubahan segala-galanya. Walaupun kedudukan raja bukan lagi bersifat mutlak, tetapi faham feudalisme masih tetap berakar umbi yang akhirnya memenjarakan minda! Doktrin Keramat cuma bertujuan management. Memudahkan urusan pentadbiran Istana berjalan lebih baik tanpa soal lagi. Sebab itu Hang Jebat dianggap derhaka!

Sedikit sebanyak, faham feudalisme ini berjaya dengan cemerlang digarapkan oleh UMNO sebagai tangkal. UMNO telah mempromosikan diri mereka sebagai "sultan" yang perlu ditaati. Tanpa UMNO; umat Melayu akan musnah ditimpa "daulat". Ini adalah doktrin keramat yang memenjarakan minda. Ini adalah doktrin yang sangat kuat dipegang terutamanya di kampung-kampung dan FELDA. Untuk masa depan yang lebih menjamin kebahagiaan. Masyarakat Melayu perlukan satu revolusi minda sebagai sebuah langkah ke hadapan. Dan...tidak hanya sibuk dengan MLM misalnya.

Saya tidak pasti sama ada banjir yang melanda DUN Tenang baru-baru ini adalah sebuah petanda buruk buat BN atau tidak. Yang saya pasti adalah penyelewengan dalam pentadbiran FELDA memang wujud. Laporan Harakahdaily pada September 2010 menyatakan Mahkamah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan FELDA perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka FELDA Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.

Selain itu; Mahkamah Persekutuan juga memberi arahan kepada FELDA untuk menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di FELDA Kemahang 3, Kelantan ekoran isu manipulasi penggredan kelapa sawit pada tahun lepas. UMNO dilihat mendominasi FELDA. Apakah bukti penyelewengan dan salah guna kuasa FELDA ini tidak membuka mata masyarat FELDA itu sendiri?

Kita serah kepada rakyat khususnya pengundi di DUN Tenang ini untuk menilai. Keputusan PRK DUN Tenang ini akan menjadi kayu ukur. Sekiranya berlaku peningkatan undi dari masyarakat FELDA kepada Pakatan Rakyat, ia beerti BN semakin tenggelam dan dimakan "daulat"-nya sendiri.

Azmin Ali: Pembekuan/Penghapusan tol bukti buku jingga boleh dilaksanakan

Posted: 28 Jan 2011 12:50 AM PST

MERDEKA REVIEW

Pengumuman Perdana Menteri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.

Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut - sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri.

Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah.

Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.

*Kenyataan media oleh Azmin Ali (gambar kanan) selaku Timbalan Presiden PKR.

'Teman wanita' TKM S'wak dikait projek hospital

Posted: 28 Jan 2011 12:47 AM PST

MALAYSIA KINI

Sebuah lamanweb whistleblower, yang sebelum ini mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, kini mensasarkan seorang lagi pemimpin politik Sarawak dalam pendedahan terbarunya.

NONEMenurut Sarawak Report, Timbalan Ketua Menteri, Datuk George Chan telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada Christina Foo, yang didakwa 'teman wanitanya', untuk membeli peralatan perubatan bagi sebuah hospital baru di Kota Samarahan, yang terletak kira-kira 20km di tenggara Kuching.

Dikatakan bahawa Trend-NIC, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Foo, telah memperolehi sehingga RM40 juta daripada kontrak tersebut.

NONEHospital Jantung Kota Samarahan - setelah bertahun-tahun tergendala - telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menghadiri majlis perkahwinan Taib di Kuching.

Pembinaan hospital tersebut diilhamkan oleh Chan lapan tahun lalu - ketika beliau menjadi menteri kesihatan negeri - sebagai pusat rawatan kanser swasta untuk memenuhi keperluan 'pelancongan kesihatan'.

NONEKos pembinaannya sebanyak RM473 juta dibiayai oleh Pusat Perubatan Antarabangsa, milik kerajaan negeri Sarawak. Bagaimanaun, ia berdepan dengan masalah, menyebabkan rakan kongsi projek tersebut menarik diri.

Projek tersebut kemudiannya diambil alih oleh kerajaan persekutuan tahun lalu dengan kos lebih daripada RM400 juta.

Kerja pembinaan hospital tersebut bermula pada 2003 dan dijadualkan siap pada 2006. Bagaimanapun, ia hanya siap tahun lalu.

Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat

Posted: 28 Jan 2011 12:40 AM PST

Abdul Rahim Sabri

Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Paling ramai

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.

Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

NONE"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

Keluarga tuntut s'jaya diraja siasat kematian Kugan

Posted: 28 Jan 2011 12:35 AM PST

Zaidatul Syreen Abdul Rashid

Anggota keluarga A Kugan, yang kesal dengan pembebasan konstabel V Navindran, menuntut supaya suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk memyiasat punca kematiannya.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan Navindran, 28, daripada tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas Kugan, 22, ketika menyoalsiasatnya di balai polis Taipan di USJ-Subang Jaya pada 16 Januari 2009.

petition to investigate kugan's death to istana 260909 kugan mother cryPeguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini bahawa suruhanjaya itu perlu menyiasat secara terperinci kes tersebut.

"Kami mahukan suruhanjaya tersebut diberi kuasa yang luas, supaya
kematian tersebut dapat disiasat secara terperinci. Semua mereka yang terlibat, mesti didakwa.

"Inilah yang terjadi apabila tidak ada ketelusan," tambahnya.

Ibu saudara Kugan, S Reguna, 33, berkata dia tidak puashati dengan keputusan mahkamah itu, memandangkan pada awalnya, 11 anggota polis dikatakan terlibat, tetapi hanya seorang sahaja yang didakwa, dan itupun telah bebas.

Kugan case 020709 03"Sudah dua tahun Kugan mati... ia hanya seorang suspek ketika ditangkap, tidak didakwa dengan sebarang tuduhan jenayah. Kemudian, tiba-tiba selepas lima hari dalam tahanan, dia meninggal (dunia). Bagaimana itu mungkin berlaku?

"Peguam negara kata 11 anggota terlibat, kemudian hanya seorang sahaja didakwa, dan itu pun tidak ada kes. Semua bebas tanpa kesalahan,? Bagaimana berlaku pendarahan dalaman?" soal Reguna.Seorang lagi peguam yang mewakili keluarga Kugan, R Sivarasa, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertanggungjawab terhadap keputusan kes Kugan dan mendesaknya supaya meletak jawatan.

Manakala ibu Kugan, N Indra, 41, seorang pekerja hotel, tidak dapat menahan perasaannya sepanjang sidang akhbar tersebut dan hanya berkata, "pulangkan anak saya," ketika ditemui wartawan Malaysiakini.

Kes Teoh: S'jaya diraja mula siasatan 14 Feb

Posted: 28 Jan 2011 12:34 AM PST

MALAYSIA KINI

Suruhanjaya diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock akan mengadakan mesyuarat pertama esok di kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

Manakala mesyuarat keduanya akan diadakan pada 9 Februari sebelum suruhanjaya itu memulakan siasatannya pada 14 Februari.

azlanDalam satu kenyataan hari ini, setiausaha suruhanjaya tersebut menyatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan penubuhan suruhanjaya itu pada 26 Januari.

Suruhanjaya tersebut akan menyiasat kematian Teoh serta keadaan yang membawa kepada kematiannya.

"Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 9 Februari 2001 manakala siasatan dijadualkan pada 14 Feb 2011," kata Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Datuk Saripuddin Kasim.

Suruhanjaya ini mempunyai tiga bulan dari 26 Januari, untuk menyiapkan siasatan mereka.

azlanIa diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong. Anggota lain termasuk bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan; pakar perunding patologi forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan pakar perunding psikiatri forensik yang juga dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Selain itu, Datuk Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai setiausaha suruhanjaya ini.

Amarjeet Singh a/l Serjit Singh (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya), dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya itu.

NONETeoh Beng Hock, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu antara lain akan menyiasat sama ada terdapat sebarang ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Teoh berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya selain mengesyorkan sebarang tindakan yang sesuai, jika perlu.

Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan

Posted: 28 Jan 2011 12:28 AM PST


MALAYSIA KINI

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau "Wanita pertama Malaysia".

azlanMenurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

NONEKewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.

Selangor Kini: Umno Selangor kepanasan !.

Posted: 28 Jan 2011 12:20 AM PST

Awang Saribu

SABAK BERNAM: Umno dilihat semakin tertekan dan hilang pertimbangan politik sihat apabila sanggup ' merampas ' akhbar Selangor Kini edisi kedua bulan Januari 2011 yang diedarkan kepada orang ramai di sebuah masjid daerah ini, hari ini.

Kejadian berlaku di masjid Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar apabila ' orang kuat ' sebuah cawangan Umno di situ yang memang dikenali oleh para jamaah , sanggup mengumpul dan mengambil kesemua akbar yang diletakkan di bahagian beranda masjid , walaupun bilal masjid sedang melaungkan iqamat untuk memulakan solat Jumaat !.

Sebelum itu, beliau dikatakan turut mengambil satu longgokan akhbar Selangor Kini yang diletakkan di sisi pintu masuk dan membawanya ke dalam masjid , semasa beliau mula-mula tiba untuk melakukan solat sunat.

Akhbar tersebut yang diletak beliau berhampiran mimbar kemudiannya diambil selepas selesai solat Jumaat dan dibawa pulang bersama dengan satu bungkusan akhbar Selangor Kini bagi mengelakkan orang ramai mengambilnya .

Para jamaah masjid yang melihat perbuatan tersebut beranggapan perbuatan itu sebagai amat memalukan dan terdesak selain tidak bermaruah , kerana semata-mata mengikut arahan pihak pimpinan Umno peringkat atasan.

" Sebagai seorang bekas nazir masjid di sini dan telah berusia lanjut, perbuatan demikian tidak sewajarnya dilakukan oleh orang yang berfikiran waras dan menjaga maruah dirinya,

" Perbuatan beliau hanya sesuai dilakukan oleh kalangan budak-budak muda yang masih mentah dalam politik serta perlu kepada nasihat orang tua-tua yang lebih berpengalaman , " ujar seorang jamaah masjid yang turut menyaksikan kejadian itu.

Seorang Ketua Cawangan PAS , Encik Anuar Arshad menyifatkan tindakan orang kuat cawangan Umno tersebut sebagai tindakan bersifat kebudak-budakan dan masih mentah dalam politik, walaupun dalam usia telah lanjut.

" Akhbar Selangor Kini bukan akhbar politik parti PAS, PKR atau DAP, tetapi akhbar yang diterbitkan oleh kerajaan yang memerintah untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh rakyat negeri ini .

" Jika beliau tidak mahu membacanya, biarkan orang lain mendapat maklumat yang jelas berhubung dengan pindaan perlembagaan dan isu lain seperti yang dimuatkan dalam akhbar tersebut , " tambah beliau lagi.

Beliau mendakwa, sikap yang ditunjukkan itu dengan sendirinya menghakis perasaan hormat orang ramai dan para jamaah kepada beliau sendiri sebagai bekas nazir masjid di situ.

Peneroka di Tenang perlu jadi ’superman’

Posted: 27 Jan 2011 03:52 PM PST

M Faqih (mfaqihfikri@yahoo.com)

TIDAK payah untuk menjangka siapa yang akan menjadi juara di Tenang Ahad ini. Kalau anda baca media harian Melayu, nampaknya calon Barisan Nasional (BN) boleh menang mudah.

Sebaliknya kalau kita baca akhbar oposisi dan media baru, kedudukan BN pula kelihatan tergugat.

Itu resepi mudah untuk mengetahui pemenang dalam setiap perlawanan pilihan raya di tanah Malaya. Soal kerajaan pusat lawan parti politik jarang orang ambil kisah.

Samalah seperti beribu kali kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - tidak wujud pengundi hantu. Sedangkan dalam satu rumah terbukti ada didaftar sehingga 70 pengundi, namun ia tidak dikira pengundi hantu.

Ada pemilih baru menggunakan alamat wakaf di kubur pun tidak dikira sebagai pengundi hantu. Inilah tabiat di sebalik tabir SPR sejak dahulu sehingga akhir zaman.

Kalau ada sedikit rasa insaf apabila kontrak perkhidmatan tidak disambung lagi. Tengok apa yang berlaku ke atas bekas pengerusi SPR sebelum ini. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berlainan nada sekarang.

Begitu juga kalau diconggak dengan pendirian politik pengundi Melayu. Kawasan Felda lagi 'prior' kemelayuan mereka.

Orang Melayu seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mudah lupa. Ketika harga barang keperluan harian naik, mereka marah. Ketika harga sawit merundum mereka mengeluh.

Ketika hendak bayar yuran anak sekolah, mereka garu kepala. Namun ingat.. mereka lupa segalanya itu ketika ada orang datang ke rumah bawa kain pelikat, atau duit warna kelabu.

Manek Urai dan Galas

Sejarahnya berlaku di Manek Urai pada Julai 2009 dan Galas pada November 2010. Orang Melayu Kelantan dikatakan orang ada ideologi, namun jadi haru biru angkara 'sedekah' pilihan raya.

Mungkinkah situasi ini juga sudah berjangkit ke Tenang. Di situ ada Felda Chemplak Barat, Felda Chemplak dan Felda Tenang.

Kesemuanya orang Melayu. Persoalan sekarang mengapa peneroka Felda menjadi seperti makmun ketika solat di bekalang imam, kata 'amin' apa sahaja.

Di Gua Musang, Kelantan - Dun Paloh merangkumi kawasan peneroka di bawah Felda dan Kesedar. Kawasan itu sejak diadakan pilihan raya tidak pernah dimenangi bukan BN kecuali pilihan raya umum 1990 dan 1995, ketika Semangat 46 bersama PAS.

"Usahkan hendak sokong parti lain, hendak buang bendera dacing kat dinding rumah pun takut. Bukan apa.. takut dibuang jadi peneroka," kata Pak Mat dari Kesedar Paloh.

Itu sindrom diajar pemimpin Umno dan pegawai atasan di tanah rancangan. Kelainan hanya berlaku di Felda Kemahang, Tanah Merah apabila peneroka di situ ada jati diri.

Maka tidak hairanlah mereka menang saman terhadap Felda sehingga mendapat RM11 juta. Selepas lebih 10 tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 mendapat RM11 juta. Arahan dibuat Mahkamah Persekutuan Ogos tahun lepas terhadap Felda.

Kesnya kerana Felda menipu peneroka berhubung gred buah kelapa sawit. Kejayaan seperti itu hanya mampu dicatat apabila peneroka ada jati diri.

Peneroka di Felda Chemplak Barat, Felda Chemplak dan Felda Tenang juga boleh menikmati faedah serupa kalau mereka ada integriti.

Belajarlah dari rakan-rakan di Felda Kemahang. Percayalah, Felda tidak boleh singkir sesuka hati tanpa ada kesalahan jenayah atau salahlaku.

Perjanjian ditandatangani ketika mula-mula menyertai tanah rancangan tidak ada klausa berkaitan politik. Tiada ungkapan tidak sokong BN boleh disingkirkan.

Peneroka di Tenang perlu berani seperti Cikgu Normala Sudirman.

Beliau sanggup berhenti kerja dengan gaji agak besar kerana mahu menegakkan kebenaran. Cikgu Mala perempuan, bukan lelaki seperti peneroka di Dun Tenang.

Kalau peneroka lelaki tidak mampu menyatakan kebenaran, bermakna tidak gentle-lah kita.

Alahai ADO

Nampaknya ada dua isu yang perlu mereka perhalusi sebelum memangkah calon mana Ahad ini. Pertamanya integriti calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dikait dengan isu lelongan tanah semasa menjadi ADO.

Akibat tidak mengikut prosedur, Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

Mohd Azahar juga merupakan defendan pertama tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang dikatakan 'terpedaya' membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah.

Kesan perbuatan calon BN itu kerajaan menghadapi risiko menanggung kerugian sehingga RM1.5 juta kerana gantirugi dituntut Norhana.

Lebih mendebarkan lagi tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana pada 7 Februari ini. Seandainya Azahar 'dimenang pilih' pada Ahad ini, beliau mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat kalau didapati bersalah dalam kes Norhana.

Dakwaan Azahar kekalahan pihaknya dalam kes Mansor hanya kesilapan teknikal pada notis 16 D dan 16 G, Kanun Tanah Negara, tidak lebih sekadar alasan.

Pada perbicaraan di mahkamah mana sekali pun masalah teknikal menjadi kata pemutus.

Maka bagi mengelakkan pilihan raya kecil berulang, lebih baik pilih Cikgu Mala bagi menyelamatkan keadaan.

Keduanya, isu Datuk Seri Najib Razak tidak menjengok jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd Din ketika datang ke Tenang sebelum penamaan calon. Ia bukan perkara kecil.

Imam Masjid An Nur, Mohd Sharif Hassan juga dilaporkan mengakui hakikat itu. Malah imam itu memberi alasan kena pecah pintu rumahnya hendak salin baju untuk ke masjid bagi mengimamkan solat jenazah bukan alasannya.

Akibat mahu meraikan kedatangan perdana menteri berbanding mengurus jenazah anak mukim, menyebabkan wajah pemimpin Umno di situ menjadi herot.

Dua isu tersebut sudah mampu dibuat kayu ukur. Selepas ini apabila perdana menteri datang lagi ke Tenang, imam dan pemimpin Umno akan tinggalkan anak mukim.

Bagaimanapun kalau diambil kira pada pilihan raya umum lalu, sokongan kepada BN di kawasan Felda kira-kira 98.5 peratus. Di Chemplak Barat PAS mendapat sokongan 18.6 peratus, manakala 18.7 peratus di Chemplak.

Pengundi Melayu mewakili 90 peratus di Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Baru. Undi dipungut PAS di situ kurang 32 peratus.

Sebaliknya di Ladang Bukit Dato' dan Ladang Labis Utara, kekuatan BN dan PAS agak seimbang di kalangan pengundi India.

Namun dengan perkembangan yang berlaku sehari dua ini, lanskap seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu pada Januari 2009 boleh berulang di Tenang.

Pada pilihan raya itu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Sedangkan pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN, Datuk Razali Ismail mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti 628 undi.

Mungkin situasi Kuala Terengganu atau Galas berulang di Tenang. Prasyaratnya pengundi di Felda kena berani seperti 'superman' buat keputusan.

Guru dakwa dianianya kerana sokong PR

Posted: 27 Jan 2011 03:45 PM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Seorang guru mendakwa dianiayai oleh guru besarnya apabila ditukarkan serta merta dan markah prestasi tahunannya yang dinilai rendah hanya kerana menjadi penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Guru terbabit yang menemui Harakahdaily di sini berkata, penukaran serta merta (Redeployment) itu biasanya dikenakan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tetapi oleh kerana beliau secara jelas menyokong PR, opsyen sepertinya yang tiada kena mengena pula yang dikenakan tindakan tersebut.

Tambah beliau yang enggan disiarkan namanya, markah prestasi yang rendah diberikan kepadanya juga mengakibat beliau akan menghadapi kesukaran mendapat biasiswa atau kelulusan Kementerian Pelajaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Sudahlah diberi beban tugas yang banyak, tapi dengan nilai prestasi yang rendah berkemungkinan sukar untuk naik pangkat, kehilangan peluang mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan akhinya akan menjejaskan kerjaya sebagai guru jika diberi statik.

"Pada saya sikap guru besar yang seperti ini adalah Little Napoleon yang suka menunjukkan kuasa kerana saya boleh buktikan bahawa guru-guru yang pro-Umno secara terang-terangan aktif berpolitik di peringkat bahagian tetapi tidak diapa-apakan," katanya.

Beliau selanjutnya menggesa PAS serius membela nasib guru jika mahu disokong kerana kelompok tersebut merupakan paling ramai dalam perkhidmatan kerajaan iaitu lebih 400,000 orang.

Tambahnya, guru terpaksa berdepan dengan tekanan ramai 'Little Napoleon' daripada pentadbir sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hinggalah kepada Kementerian Pelajaran.

"Inilah sebabnya kadang-kadang guru yang menyokong PR terpaksa menyembunyikan identiti," tambahnya.

Solat hajat untuk Tenang malam ini

Posted: 27 Jan 2011 03:43 PM PST

Harakahdaily

LABIS: PAS meminta dan merayu semua ahli dan penyokongnya agar menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu malam Jumaat agar calon parti itu berjaya dalam pilihan raya kecil Tenang.


Pengarah Pilihan Raya PAS Tenang, Salahudin Ayub berkata, permintaan itu ditujukan kepada seluruh peringkat organisasi PAS agar menganjurkan solat hajat khusus malam ini.

"Saya memohan agar semua ahli dan penyokong PAS menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu pada Jumaat yang mulia ini, memohon agar diberikan kekuatan oleh Allah kepada jentera kita yang sedang bertungkus lumus di Tenang ini yang kini hampir sampai ke garisan penamat.

"Minta pohonkan juga kepada Allah agar perjuangan dan calon kita diberikan perlindungan dari sebarang perbuatan khianat atau rancangan jahat atau sebarang gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Pengundi Tenang akan membuang undi Ahad 30 Januari ini selepas penamaan calon berlaku 22 Januari lalu.

PAS meletakkan Normala Sudirman atau Cikgu Mala (gambar) manakala BN meletak Mohd Azahar Ibrahim atau Tok Ai.

Sehingga ini, segla perancangan jentera PAS berjalan dengan baik bahkan banyak isu-isu yang datang membantu mereka.

Menurut Salahudin, banyak kawasan-kawasan yang selama ini kubu Umno berjaya ditembusi dan penduduk menerima baik kunjungan jentera dan juga calon PAS sendiri.

Sebelum ini, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media berkata, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi "positif" khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.

Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.

"Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.

"Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.

"Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil," katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media

Blogger tawar diri anjur debat antara calon Tenang

Posted: 27 Jan 2011 03:36 PM PST

BERNAMA

Kumpulan Blogger mahu kedua-dua calon debat isu setempat


LABIS: Sebuah kumpulan blogger bebas hari ini menawarkan diri untuk menganjurkan satu majlis perdebatan antara kedua-dua bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan Normala Sudirman (PAS).

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kumpulan Blogger-blogger Independent' (Kubid) itu menyarankan supaya diadakan perdebatan antara kedua-dua calon bagi membincang dan menjelaskan isu-isu yang berbangkit dan berkaitan dengan kawasan tersebut.

Wakil Kubid, Sariffuddin Abdullah berkata penganjuran sesi debat itu bagi membolehkan pengundi mengetahui dan menilai usaha serta hala tuju yang cuba dibawa setiap calon dengan lebih jelas serta berkesan terutama menjelaskan isu-isu yang didakwanya disembunyikan.

"Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politik berpengetahuan, 'knowledge political' subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara di mana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus antara calon yang bertanding," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan pemantauan Kubid sepanjang lima hari berkempen, kedua-dua calon banyak menjurus kepada kempen-kempen yang bersifat populis dan 'kosmetik' yang bertujuan mengaburi mata pengundi kepada isu sebenar yang sedang berlegar di Tenang.

"Kami mempersoalkan tentang kewibawaan dan integriti calon-calon yang bertanding. Di manakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain? Di manakah etika dan moralnya?" soal beliau.

Pada sidang media itu, Shariffuddin menyerahkan surat jemputan kepada Naib Presiden parti PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mempelawa calonnya, Normala menyertai debat itu manakala surat jemputan kepada calon BN akan dihantar selewat-lewatnya petang ini.

Katanya, Kubid bercadang mengadakan debat tersebut esok pada 9 malam di satu tempat yang akan ditetapkan setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua calon.


PKR belum ambil tindakan terhadap Mustaffa

Posted: 27 Jan 2011 03:32 PM PST

Mesyuarat Biro Politik PKR sebaliknya fokus kepada masalah teknikal membabitkan notis tunjuk sebab.


PETALING JAYA: PKR masih belum memutuskan sebarang tindakan ke atas Pengarah Biro Latihan Mustaffa Kamil Ayub dan sebaliknya masalah teknikal membabitkan notis tunjuk sebab menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat biro politik pada malam Rabu.

Menurut sumber yang dihubungi FMT, pendekatan notis itu perlu dilakukan secara berbeza terutama membabitkan jawatan tertinggi parti.

"Notis (surat) itu pimpinan terlepas pandang, sedangkan jika melibatkan jawatan tertinggi parti pendekatan yang perlu dilakukan berbeza. Merujuk kes Mustaffa ini ia melibatkan kategori berbeza kerana beliau pemimpin tertinggi parti.

"Malah pihak sekretariat juga ditegur berhubung notis (surat) yang dihantar kepada Mustaffa, namun tiada tindakan lanjut ke atas beliau dalam mesyuarat malam tadi (Rabu)," katanya.

Mustaffa yang juga bekas naib presiden didakwa menghalang proses pemilihan parti peringkat pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September 2010 sehingga menerima notis rasmi yang dihantar oleh pejabat Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Januari lalu.

Berikutan tindakannya itu, Mustaffa yang juga bekas pengerusi PKR Perak telah mengingkari keputusan parti dan melanggari disiplin parti mengikut Fasal 27.7 yang boleh membawa kepada pelucutan ahli, seperti yang dinyatakan dalam notis terbabit.

Menurut sumber parti kini menunggu surat jawapan daripada Mustaffa untuk dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta ahli-ahli biro politik dan berlangsung kira-kira tiga jam.

Dalam perkara berkaitan, berhubung isu Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan, biro politik memutuskan untuk menunggu surat tunjuk sebab daripada beliau.

"Beliau (Gobalakrishnan) sepatutnya jawab, namun jika masih enggan maka pihak jawatankuasa disiplin parti akan mengusulkan kepada biro politik untuk tindakan selanjutnya ke atas beliau," jelas sumber tersebut.

Gobalakrishan kini berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam PKR ekoran tindakan mengecam hebat kepimpinan parti melalui laman twitter sehingga diberi surat tunjuk sebab sepanjang 45 halaman.

Sedia beri jawapan balas

Sementara itu, Mustaffa yang dihubungi FMT pula berkata daripada maklumat tidak rasmi yang diterima parti memutuskan tiada kes terhadap beliau.

"Saya masih menunggu maklumat rasmi daripada parti. Jika sudah selesai saya lega namun saya persoalkan mengapa timbul masalah sedangkan Anwar akui bahawa biro politik tidak dimaklumkan mengenai perkara ini?" soal beliau.

Walau bagaimanapun Mustaffa berkata jika pihak parti membuat keputusan sebaliknya maka beliau akur dan akan memberikan surat balas.

"Tempoh 10 hari itu sudah tamat… saya juga memang ada berkomunikasi dengan Azizah dan Anwar tentang hal ini. Namun jika parti masih berkehendakkan saya untuk jawab, saya akan jawab dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu usaha FMT untuk mendapatkan Saifuddin Nasution gagal bagi mengulas lanjut perkara tersebut.

Adun Sri Muda, pegawai khas beri keterangan polis

Posted: 27 Jan 2011 03:30 PM PST

BERNAMA

SHAH ALAM — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, dan pegawai khasnya Mohamad Azmin Abdul Karim hari ini memberi keterangan kepada polis mengenai kejadian Pusat Khidmat Adun itu disimbah cat merah 7 Januari lepas.

Beliau dan Mohamad Azmin tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini pada pukul 4.15 petang untuk memberi keterangan mengenai kejadian itu dan mereka meninggalkan balai polis itu pada pukul 5.40 petang.

Shuhaimi ketika ditemui pemberita berkata ini kali kedua beliau dipanggil untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu.

"Pembantu saya (Mohamad Azmin) sudah dipanggil lima kali iaitu empat kali bagi membantu siasatan kes simbah cat manakala satu lagi berhubung tulisan mengenai Sultan Selangor dalam blog," katanya.

Pintu masuk ke Pejabat Pusat Khidmat Adun Sri Muda berkenaan di Kota Kemuning di sini disimbah cat merah dipercayai mempunyai kaitan dengan tulisan kontroversinya mengenai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam blognya sebelum ini.

Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi di dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas.

Ketika ditanya sama ada pihak istana sudah memberi maklum balas mengenai permohonan perkenan menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan tulisan di dalam blognya, Shuhaimi berkata setakat ini beliau belum menerima sebarang jawapan.

NGO India terima keputusan pinda, tetap tolak sekolah guna Interlok

Posted: 27 Jan 2011 03:28 PM PST

KUALA LUMPUR — Pasukan Tindakan Interlok, badan informal yang mewakili masyarakat India, menyambut baik keputusan Putrajaya untuk meminda novel Interlok, tetapi menegaskan Kementerian Pelajaran harus menggantikannya dengan novel lain yang sesuai.

Badan bertindak itu masih berpendapat Interlok tidak sesuai untuk digunakan sebagai buku teks di sekolah.

"Kami menyambut baik keputusan kerajaan, tetapi pada masa yang sama kami mahu Interlok ditarik balik daripada digunakan di sekolah.

"Novel itu boleh kekal dijual di kedai-kedai buku . . . kami berpendirian bahawa ia tidak harus digunakan di sekolah kerana kandungannya tidak sesuai sama sekali," kata ketua badan bertindak itu, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya tidak meminta novel itu diharamkan tetapi hanya berpandangan ia tidak sesuai digunakan sebagai buku teks sekolah.

Kata beliau, pihaknya berpendapat novel lain yang difikirkan sesuai perlu digunakan sebagai pengganti sementara panel yang dibentuk untuk mengkaji bahagian-bahagian sensitif menyempurnakan tugas mereka.

Ketika ditanya sama ada pihaknya bersetuju jika Interlok digunakan sebaik sahaja bahagian-bahagian sensitif dipinda, Thasleem berkata, "kami tidak tahu bahagian mana yang hendak dipinda".

"Sementara mereka hendak pinda, kita cadangkan agar Interlok digantikan dengan novel yang lain," katanya.

Pasukan Tindakan Interlok itu mengambil pendirian tersebut susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Pasukan Tindakan Interlok merupakan salah satu daripada beberapa pihak mewakili masyarakat India menggesa Kementerian Pelajaran menarik balik novel itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu.

Bagaimanapun keputusan itu tidak dipersetujui oleh Persatuan Penulis Nasional (Pena) yang mahu Interlok dikekalkan tanpa membuat sebarang pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Pena bantah keputusan Putrajaya pinda kandungan Interlok

Posted: 27 Jan 2011 03:25 PM PST

KUALA LUMPUR — Persatuan Penulis Nasional (Pena) membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Dalam reaksi segera, pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu.

Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.

"Pena tetap dengan pendirian asal untuk tidak terima sebarang tuntutan pindaan terhadap novel Interlok.

"Saya nak tanya di sini, apakah yang dimaksudkan dengan unsur sensitif kepada masyarakat India? Sedangkan tiada unsur sensitif.

"Pena bantah dengan keputusan kerajaan ini, sepatutnya kerajaan tidak perlu mengikut tuntutan yang dibuat itu kerana tiada asas yang kukuh mengatakan novel Interlok menghina orang India," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga turut mempersoalkan keputusan kerajaan itu sama ada ia tuntutan yang dibuat keseluruhan masyarakat India atau pihak tertentu.

"Bagi kami tiada unsur sensitif dalam novel Interlok, kenapa perlu buat pindaan?

"Selain itu adakah keputusan ini dibuat berdasarkan tuntutan masyarakat India keseluruhan atau MIC atau pihak tertentu? Isu ini jadi besar kerana ada pihak yang buat provokasi.

"Kita juga tidak tahu bagaimana keputusan ini dicapai, malah tiada tuntutan rasmi daripada masyarakat India yang mahu novel ini dipinda, jadi kita keliru bagaimana ia boleh dicapai," katanya.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang tadi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Novel itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Tiada ulasan: