Sabtu, 22 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bangkai Makhluk Misteri

Posted: 22 Jan 2011 07:00 AM PST

SATU bangkai tanpa kepala yang ditemui di di pantai Shadmoor State Park, Montauk, Long Island, New York pada Ahad lalu.

Saya petik:
[Kosmo] NEW YORK - Dua bangkai makhluk ganjil dijumpai di pantai Shadmoor State Park, Montauk di Long Island dan Pelabuhan Three Mile, New York pada Ahad lalu, lapor akhbar The East Hampton Star semalam. 

Seorang lelaki, Arthur Beckenstein menemui bangkai seperti seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut di tepi pantai Shadmoor State Park.

"Saya yakin terdapat penerangan logik tentang apakah binatang yang saya temui ini. 

"Pada awalnya, saya ingat ia bangkai seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut. Ukuran tulang rusuknya ialah sepanjang 61 hingga 76.2 sentimeter. Bentuk tulang belakangnya kelihatan seperti buaya sedangkan tiada reptilia besar hidup di kawasan ini," katanya.

Menurut akhbar itu, penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan makhluk asing atau hasil eksperimen pentadbiran Amerika Syarikat (AS). 

Pada jarak sejauh 32 kilometer dari pantai itu, Eileen Murphy dan Jane Bimson terjumpa satu bangkai haiwan tanpa kepala yang mempunyai tulang rusuk serta ekor seperti ikan duyung. 

Mereka kemudian merakamkan dua keping gambar dan menghantarnya ke Yayasan Penyelidikan dan Pemuliharaan Marin Riverhead. 

Pakar biologi dari yayasan itu, Kim Durham menyatakan dia tidak dapat mengenal pasti makhluk tersebut dan memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA). 

Namun, apabila mereka kembali ke lokasi sama pada keesokan harinya, bangkai itu telah hilang.
Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa kepala. - Agensi

[Video] Khas untuk Orang Cina dan India di Tenang, Pelabuhan Klang, dan Merlimau

Posted: 22 Jan 2011 04:00 AM PST




Video: 




* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[Video] Masyarakat Britain Cetek Islam? Masyarakat Islam Malaysia Pun Sama!

Posted: 22 Jan 2011 02:00 AM PST



Berita AP melaporkan bahawa Sayeeda Warsi, wanita Islam pertama yang menyertai Kabinet Britain berkata kelmarin bahawa sikap prejudis terhadap agamanya sudah menjadi sesuatu dianggap perkara biasa oleh masyarakat.

Menteri dalam barisan kerajaan Perdana Menteri David Cameron itu menyatakan bahawa masyarakat Britain kurang toleransi dan berpandangan cetek serta kurang pengetahuan mengenai Islam berpunca daripada apa-apa yang disebarkan media dan sebagainya.  

Dalam himpunan syarahan yang disampaikan di Universiti Leicester kelmarin, Sayeeda merujuk kepada perkataan seperti Islamofobia dan tokoh Islamofobia oleh wartawan dikhuatiri menjadi luahan penghinaan terhadap hampir dua juta umat Islam minoriti dan hal itu semakin diterima masyarakat.

Britain seperti negara Eropah lain, terpaksa bertungkus lumus untuk mengawal kemasukan penduduk Islam secara besar besaran yang tiba pada separuh kedua kurun ke-20. 

Saudara, Sayeeda Warsi menyatakan bahawa masyarakat bukan Islam di Britain cetek ilmu dan prejudis terhadap Islam. Biasalah. Ironi, di Malaysia orang Islam sendiri yang tidak faham tentang Islam. Tidak percaya cuba tanya Isa Samad, Ghani Othman, dan orang-orang yang seangkatan dengan mereka.

Video:




* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


The World Bakal "Musnah"?

Posted: 22 Jan 2011 01:00 AM PST


Saya petik:

[HM] DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia - dikenali sebagai projek mewah The World - kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.

Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.
Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.

Peguam Britain yang mewakili syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, berkata pasir yang dijadikan pulau itu semakin terhakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak.

"Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan," katanya di depan hakim.

Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat bebanan hutang melampau - dianggarkan bernilai RM76.5 bilion pada akhir 2009.

Ekoran penstrukturan semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya.

Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek.

Bagaimanapun, ketika ini kebanyakan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.

Kebanyakan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan atau tidak mampu meneruskan pembangunan apabila harga hartanah Dubai menjunam ekoran masalah berkenaan.

Seorang daripada pemiliknya, John O'Dolan, membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang. 

Ingat Nur Dania Qistina yang Didera Sehingga Mati? Inilah Wajah Tertuduh!

Posted: 21 Jan 2011 10:00 PM PST


Laporan awal tentang kes ini boleh dibaca di sini.

Hari ini seperti yang dilaporkan oleh Kosmo, sepasang suami isteri didakwa dan bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas dua tuduhan, iaitu membunuh dan mendera Nor Dania Qistina sejak empat bulan lalu.

Norafizan Ludin, 30, dan Dewi Nadia Alias, 25, dituduh menyebabkan kematian Nor Dania Qistina Norafizan, 3, pada 9 Januari lalu. Perbuatan kejam itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17 1/2 Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini di antara pukul 9 pagi, 8 Januari hingga 9 pagi, 9 Januari.

 Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor. Norafizan dan Dewi Nadia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua pula, mereka mengaku tidak bersalah mendera kakak dan adik mangsa, iaitu Nor Dania Batrisha Norafizan, 5, dan Danish Irsyad Norafizan, 1, di lokasi yang sama.

P/s: Menyirap darah melihat wajah-wajah tertuduh!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[Video] Ghani Othman dan MCA SAMA NAIK Persenda/Hina "Negara Islam & Hukum Hudud" di Tenang

Posted: 21 Jan 2011 07:25 PM PST


MB Johor, seorang yang mengaku Islam, namun tergamak mempersendakan/menghina hukum hudud yang termaktub dalam kitab agamanya semata-mata kerana kepentingan politik. Orang ini sanggup memperlekehkan hukum Allah di depan pengundi bukan Islam di Tenang dan bermuka-muka di depan pengundi seagama dengan mereka. Perlukah saya menulis di sini, apakah hukumnya mempersendakan hukum Allah, memperlekehkan agama sendiri di depan orang lain? Saya yakin anda lebih mengetahuinya daripada saya. Tuntasnya, inilah wajah sebenar UMCO terhadap agama dan bangsa. Mereka berpura-pura terlebih Islam daripada orang lain, namun hakikatnya merekalah yang menghina Islam di bumi Malaysia.

Kenyataan Ghani Othman yang disiarkan di Malaysia Kini dan dipetik semula di Malaysia Chronicle berbunyi:
"What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang."
Terjemahannya:
"Apa yang akan terjadi apabila PAS memegang tampuk kuasa? PAS telah pun ke kawasan Felda menyatakan bahawa mereka mahu menubuhkan negara Islam. Mereka kata mereka mahukan undang-undang untuk memotong tangan kamu kerana mencuri. Inilah kandungan kempen mereka dengan orang Melayu di Chemplak di Tenang."

TG Nik Aziz dalam satu kenyataan kepada media memberikan kewajaran mudah tentang keperluan orang Islam melaksanakan hudud:



Sementara itu, MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali. Dalam satu laporan oleh Malaysia Kini, MCA dalam risalah kempennya mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS. Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga. Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim. Satu lagi risalah lain memaparkan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.....



Jelas UMCO & MCA sama naik menghina negara Islam dan hukum hudud. Apa tindakan kerajaan dalam hal ini? Bayangkanlah jika kenyataan di atas terkeluar dari mulut pemimpin DAP? Terkinja-kinja orang munafik mempertahankan Islam daripada dicemuh DAP. Apa yang terjadi apabila MB Johor dan orang MCA menghina Islam? Semua orang munafik dalam pelbagai pertubuhan politik dan NGO tunduk menikus seperti lahanat dan berpura-pura tidak mendengar atau melihat penghinaan tersebut.

Apa perasaan Muslim UMCO apabila terbaca tentang hal ini? Tidak adakah setitik iman di dada mereka untuk mengutuk tindakan pemimpin dan ahli parti sekutu mereka yang jelas menghina Islam? Jadi, apabila PAS menyatakan tindakan mengundi UMCO itu membawa anak ke neraka, perlukah lagi hujah untuk menyokongnya? 


Video Berkaitan:


Keceloparan Mashitah Ibrahim & Penjelasan Ustaz Azhar Idrus




* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[Gambar] Penamaan Calon di Tenang: Puluhan Ribu Penyokong PR di Labis

Posted: 21 Jan 2011 06:10 PM PST





HARI PENAMAAN CALON
9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding

[HD] LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya  Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi. - Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria 



Sumber Gambar: HD dan MK

Budak 15 Tahun Dakwa Dirogol & Diliwat Rakan Sekolah

Posted: 21 Jan 2011 04:20 PM PST


Saya petik:

[BH] KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dirogol dan diliwat dua rakan lelakinya serta diugut untuk dijual jika mendedahkan kejadian menimpanya di FELDA dekat Temerloh, antara Oktober hingga Disember tahun lalu. 

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa bersama seorang rakannya pergi ke rumah seorang daripada dua remaja lelaki terbabit kononnya untuk mengulangkaji pelajaran.  

Kesempatan itu dikatakan diambil remaja lelaki berkenaan untuk mencabul mangsa dan berlarutan sehingga penghujung Disember.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata keadaan kemudian bertambah buruk apabila mangsa mendakwa dirogol seorang lagi rakan remaja terbabit.

"Suspek juga pergi ke rumah mangsa jam 3 pagi dan memaksa mangsa keluar dari rumah.

"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang juga anak sulung mendakwa dirogol sebelum dihantar pulang semula ke rumahnya.

"Mangsa yang trauma dan ketakutan akhirnya menceritakan kejadian menimpanya kepada rakan sekolah sebelum mengadu kepada seorang ustazah di sekolahnya yang kemudian menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Md Nor berkata, kejadian yang berlaku kepada mangsa akhirnya diketahui keluarganya sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh, kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

"Susulan laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menahan dua suspek terbabit di rumah masing-masing kira-kira 12.30 tengah hari, semalam.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut sebelum diambil keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit," katanya.- Irwan Shafrizan

* Gambar sekadar hiasan.


Tiada ulasan: