Sabtu, 22 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Korea Selatan benam Iran untuk ke separuh akhir

Posted: 22 Jan 2011 02:48 PM PST

DOHA - Pemain gantian Korea Selatan, Yoon Bit Ga-Ram menjaringkan gol sensasi pada minit ke-105 masa tambahan untuk memberi kemenangan kepada pasukannya ke atas Iran, sekaligus melayakkan diri ke separuh akhir untuk bertembung dengan musuh Asia Timur, Jepun. - AFP

[Soal Jawab Agama] Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?

Posted: 22 Jan 2011 07:30 AM PST

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya


Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya 'brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, 'ingin berubah hasil hati sendiri', 'tidak ikhlas' dan 'tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap 'rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel 'Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
9 Muharram 1431
26 Disember 2009

Reaksi Terhadap Nik Aziz: Ia Adalah Cerminan Fikiran

Posted: 22 Jan 2011 06:15 AM PST

REAKSI TERHADAP NIK AZIZ: IA ADALAH CERMINAN FIKIRAN

Apabila saya menulis di dalam blog ini tentang 'Pertemuan Blogger Dengan Kerajaan Kelantan' pada 15hb Januari 2011, ia telah mendapat reaksi yang mencerminkan kematangan berfikir dan kecangkatan, kebebalan fikiran dan sikap.

Tidak matang berfikir, bebal dan tidak berilmu secara telah mencerminkan betapa sebahagian besar kita (tentu sekali Melayu/Islam) masih diserkupi dengan jumud, terperap pemikiran, beremosi 'benci yang amat sangat' menguasai kewarasan.

Tentulah sangat dukacita, dalam era gerbang maya ini masih ada orang-orang (Melayu/Islam) yang dikuasai kebebalan kerana malas membaca, malas berfikir dan minda tidak terbuka.

Puncanya satu. Apabila saya menjawab komentar Usin 12:45 am. Usin menampakan kematangan kerana beliau membuat komen terhadap Kerajaan Pas Kelantan, malangnya lain dari itu tulisan itu penuh dengan emosi dan pandang jahat.

Apabila saya menyebut Nik Aziz itu sebagai manusia ZUHUD, maka muncullah komentar 'bebal' yang menampakan sempitnya cara berfikir. Lantas tohmahan terhadap Nik Aziz ditulis secara melampau dengan kata-kata 'Zuhud Kambing' 'Maki orang' 'Bapa sesat,' dari Anonymous 11;50. Kemudian dikatanya lagi 'Serban besar bakul tapi perut busuk macam najis, Anonymous 11;54. Kemudian Anonymous 9:45 am dari Jab Suka Pungkok mengeluarkan perkataan yang mencerminkan tidak matangnya kita berfikir.

Jika anda pernah membaca kritikan saya terhadap Pas, termasuk kepada Nik Aziz, anda akan berjumpa beberapa teguran, kritikan, hentam terhadap mereka. Saya tidak pernah memuja Nik Aziz dan Pas tidak semuanya betul. Jika anda membaca tulisan Dr.Kasim Ahmad berkenaan Najib, Kasim juga mengakui bahawa pada asasnya manusia tidaklah semuanya sempurna. Begitu juga dengan Nik Aziz.

Bagaimana dengan zuhud yang saya namakan kepadanya?

[Selanjutnya..]

‘Selangor Terkini’ cubaan mengelirukan rakyat

Posted: 22 Jan 2011 05:50 AM PST

DENGKIL, 22 Jan – Penerbitan sebuah akhbar berbahasa Melayu dikenali 'Selangor Terkini' didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan memprovokasi akhbar 'Selangor Kini' yang diterbitkan Kerajaan Negeri.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Azlan Mohd Samin berkata, kehadiran akhbar berkenaan dianggap sebagai satu percubaan mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan rakyat kerana Kerajaan Negeri sudah memiliki akhbar rasmi tersendiri iaitu 'Selangor Kini'.

"Melihatkan pada isi dan berita yang dimuatkan dalam akhbar berkenaan, jelas akhbar tersebut cuba diterbitkan pihak tertentu untuk menggugat kepercayaan rakyat terhadap apa yang diusahakan Kerajaan Negeri selama ini,"ujar Azlan.

Azlan berkata akhbar tersebut turut dirujuk kepada pihak Kerajaan Negeri dan dimaklumkan 'Selangor Terkini" bukanlah diterbitkan Kerajaan Negeri Selangor.

Pihak beliau menerima banyak maklum balas tentang kewujudan akhbar tersebut kira-kira seminggu sebelum menemui akhbar itu.

Sementara itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dengkil semalam bagi memohon siasatan dilakukan dan pihak yang cuba menerbitkan akhbar berkenaan diambil tindakan.

Azlan berkata, hal itu dipandang serius kerana menerusi edaran akhbar tersebut secara meluas bakal membawa kekeliruan dan percanggahan kepada rakyat daripada usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri.

" Kita sama sekali menafikan berita yang dilaporkan akhbar berkenaan dan diharap rakyat tidak terpengaruh dengan fakta palsu dan mengelirukan itu," katanya.

Bermotokan'penggerak kemajuan sebenar' pada ruangan atas muka hadapan akhbar bertulis perkataan percuma, edisi pertama Januari 2011, bagaimanapun tidak ditulis syarikat diterbitkan dan hanya ditulis disediakan unit ICT.

Interlok: Wakil MIC Sanggah Muhyiddin

Posted: 22 Jan 2011 04:45 AM PST

Interlok: Wakil MIC mahu novel ditarik balik, nafi kenyataan TPM
Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 22 Jan — Wakil MIC yang bertemu Kementerian Pelajaran minggu lalu telah menegaskan bahawa novel subjek sastera Interlok yang kontroversi harus ditarik balik daripada digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima.

Justeru menurut salah seorang wakilnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wakil-wakil yang hadir telah bersetuju novel itu baik dan patut digunakan adalah satu pandangan yang berbeza sama sekali.

Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr. A. Nagappan berkata, kesemua enam wakil MIC telah menzahirkan pendirian sebulat suara bahawa novel itu tidak wajar dibenar untuk digunakan sebagai teks sastera atas alasan kandungannya tidak sesuai bagi tujuan memupuk integrasi dan semangat 1 Malaysia.

"Kami telah mengetengahkan satu pendirian bersama... pendirian kami, wakil MIC (dalam pertemuan minggu lalu) ialah novel ini wajar ditarik balik, tiada cadangan lain daripada kami selain meminta ia tidak digunakan di sekolah," kata bekas pensyarah maktab perguruan ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Oleh itu satu perkara (novel patut digunakan) yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin tidak benar," katanya.

Kata beliau, pihaknya berpendapat bahawa novel itu tidak wajar digunakan sebagai buku teks sastera berdasarkan pada keseluruhan kandungan ke atas pembangunan sosial masyarakat negara ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.

Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.

"Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini."

Dr Khir: Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya

Posted: 22 Jan 2011 04:09 AM PST

1. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Pertembungan ini sangat menarik kerana ia menyaksikan pertandingan antara dua parti yang berideologikan Islam dan Melayu iaitu UMNO dan Pas.

2. BN dan Pakatan mencalonkan anak tempatan dan dari generasi muda sebagai pertaruhan terbaik mereka. BN menamakan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim, 39, manakala Pas meletakkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

3. Jika dilihat daripada komposisi kaum dan beberapa isu semasa seperti kenaikan harga barangan dan petrol serta kemungkinan kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang boleh menjejaskan sokongan pengundi kepada Barisan Nasional.

4. Namun sokongan terhadap Pas sendiri telah bayak terjejas berikutan arah tuju pergerakan parti itu sendiri telah jauh meninggalkan kemahuan dan kehendak Melayu luar bandar seperti di DUN Tenang. Pas dilihat kehilangan sokongan penyokong tradisi mereka di Felda dan juga kampung-kampung yang masih dalam ideologi dan pemahaman Pas pimpinan allahyarham Datuk Mohd Asri Muda.

5. Biar pun begitu, UMNO dan Pas masih mempunyai penyokong tegar masing-masing yang akan tetap pengundi parti tersebut biar apa pun yang terjadi. Saya mengjangkakan UMNO akan mendapat undi Melayu yang lebih banyak berbanding pilihan raya 2008. Ini kerana pengundi Melayu di luar bandar kurang terasa isu inflasi yang menjadi perbincangan dominan di bandar.

6. Yang menjadi perhatian juga ialah arah kecenderungan masyarakat Cina dalam pilihan raya DUN Tenang ini. Seingat saya hanya pilihan raya kecil Bagan Pinang menyaksikan undi kaum Cina menyokong Barisan Nasional meningkat dengan mendadak berbanding pilihan raya 2008. Lain-lain pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia memperlihatkan arah sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan. Ramai penganalisis politik melihat situasi sokongan kaum Cina di Bagan Pinang adalah atas faktor hubungan baik dan rekod perkhidmatan cemerlang Tan Sri Isa Samad di sana.

7. Beberapa rakan penganalisis politik melihat tidak akan banyak perubahan dalam pola pengundian kaum Cina dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Ini kerana kawasan tersebut merupakan kubu kuat MCA.

8. Saya percaya kaum Cina di DUN Tenang akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional terutama sekali sebagai menjaga maruah dan kedudukan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Chua Soi Lek boleh dianggap antara Menteri yang cemerlang sewaktu menjaga Kementerian Kesihatan dan juga semasa menjadi ahli Parlimen Labis. Justeru itu, sokongan kaum Cina terhadap beliau akan diterjemahkan kepada memberi undi kepada BN dalam pilihan raya kecil ini.

9. Secara pandangan kasar, BN mempunyai peluang cerah memenangi semula kerusi ini. Ini turut diakui oleh "supremo" DAP, Lim Kit Siang pada minggu lalu.

10. Namun air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Keghairahan ingin menang besar dan kempen yang keterlaluan menyerang individu tertentu boleh menjadi seperti "boomerang" yang boleh menjejaskan peluang BN untuk menang.

11. Melihat kepada sambutan masyarakat Cina terhadap kempen Pakatan beberapa hari lalu juga harus mengingatkan Barisan Nasional agar tidak leka dan terlalu yakin. Dalam pilihan raya kecil juga ada kecenderungan rakyat memberi undi protes. Justeru beberapa hari pertama berkempen ini, mendapat maklumat dan pandangan pengundi harus menjadi perkara utama jentera parti agar ia dapat diselesaikan segera.

12. Berkempen dengan berhemah dan tenang, insyallah BN akan menang di tenang.

http://www.drkhir.com/2011/01/air-tenang-jangan-disangka-tiada-buaya.html

[Bergambar] Forum Bersih 2.0 Balai Islam Kota Bharu Dari Lensa Topeng Perak

Posted: 21 Jan 2011 10:30 PM PST

Lebih baik Rosmah saja jadi PM

Posted: 21 Jan 2011 10:00 PM PST

Ahmad Lutfi Othman

Kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin mengulas beberapa respons dalam blognya, mengenai pembabitan aktif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, terutama dalam lawatan terbaru ke Asia Barat (kunjungan empat hari ke Oman). Rosmah ke sana bukannya kerana mengiringi Najib Razak. Ini bukan kali pertama Rosmah bertindak atas kapasitinya sebagai "First Lady", yang sebenarnya tiada diperuntukkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.

Melalui blognya, kadirjasin.blogspot.com, terdapat pembahas yang mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Menurut Kadir, seorang bekas menteri kanan yang diketahui cukup akrab dengan Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

"Rosmah sudahpun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de facto dalam sistem pemerintahan negara melalui projek Permata Negara yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam Belanjawan 2011. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media," tulis Kadir.

Selepas memperincikan kemunculan begitu ramai isteri sebagai pengganti suami dalam lanskap politik dunia, Kadir sempat mengusik: "Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

"Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan."

Saya turut bersetuju andaikata Rosmah berhasrat untuk terlibat aktif dalam politik, termasuk bertanding dalam pilihan raya umum dan bersedia menggantikan Najib nanti. Situasi menjadi lebih keliru jika benar beliau sekarang bertindak di sebalik tabir dalam proses pembuatan dasar dan juga penganugerahan projek-projek. Keadaan hampir menyamai era Abdullah Ahmad Badawi apabila menantunya, Khairy Jamaluddin dikatakan menentukan keputusan-keputusan penting negara.

Biar rakyat membuat penilaian, sama ada seorang wanita bersedia dipilih rakyat sebagai Perdana Menteri, daripada membiarkannya menjadi dalang yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, 'kan? Apatah lagi lawatan glamournya itu menghanguskan wang rakyat yang begitu banyak. Bayangkan saja kos penginapannya di sebuah hotel di Dubai didakwa mencecah RM140,000 semalam!

Lebih daripada itu, Rosmah cukup licik mempergunakan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri, sehingga banyak pihak rimas dengan "kuasanya" yang melampaui batas. Segalanya mahu disentuh Rosmah, kadang-kadang mengalahkan menteri yang mengetuai potfolio tertentu.

II.

Selepas Dr Mahathir Mohamad dimalukan bekas anggota kabinetnya sendiri, Shahrir Abd Samad, di Johor Bahru pada 1988, tiada lagi kelibat Perdana Menteri, termasuk Abdullah dan Najib kemudiannya, dalam kempen pilihan raya kecil. Mereka lebih suka menyerahkan tugas mengetuai jentera BN kepada timbalan masing-masing. Namun di Sibu Najib terpaksa turun ke jalan raya dan pasar untuk meraih simpati masyarakat Cina di sana. Akhirnya BN tewas juga.

Di Tenang, Najib bertindak lebih awal berkempen menemui pengundi, dengan menggunakan kemudahan kerajaan sepenuhnya, sebelum tarikh penamaan calon lagi, malah sebelum nama wakil BN diumumkan pun. Beliau mengadakan lawatan sehari suntuk ke Labis, pada 18 Januari lalu. Ketibaan Najib dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu semata-mata untuk berkempen memenangkan BN dan menolak calon PAS.

Tumpuan Najib adalah para peneroka Felda, dengan program di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat dan jamuan makan di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis dan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis, seterusnya menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.

Dengan memakai topi berlogo BN, Najib dilihat bersalaman dengan orang ramai. Jelas dalam Buletin Utama TV3, Perdana Menteri melemparkan dakyah politik. Selain mempromosikan "jasa-jasa BN" terhadap masyarakat Felda, Najib menggesa pengundi tidak membaca apa jua risalah yang mempunyai lambang PAS, KeADILan dan DAP. Nampak sangat Pengerusi BN ini begitu takutkan penyebaran maklumat dan informasi yang bakal mendedahkan tipu-helah mereka selama ini.

Dalam majlis sama, Najib sekali lagi mencari helah untuk tidak bersemuka dengan Anwar Ibrahim di pentas debat terbuka. Ketua Pembangkang pada tarikh sama, 18 Januari, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, mempelawa Najib berdebat mengenai "isu berkaitan ekonomi negara dan fakta-fakta yang terkandung dalam Buku Jingga". Bagi Anwar, isu-isu tersebut kian mendesak memandangkan kos sara hidup melonjak tinggi, harga barang semakin meningkat dan membebankan rakyat, manakala hutang negara melonjak lebih 50 peratus.

Anwar yakin debat itu mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara.

Bagi saya, lebih penting daripada mencongak siapa bakal pemenang di Tenang adalah memastikan proses pilihan raya yang bersih, adil, bebas dan telus. Biar "padang permainan sama rata" buat semua calon yang bertanding. Proses pendemokrasian di Malaysia harus melambangkan kematangan dan kedewasaan kita setanding negara-negara maju. Banyak negara yang lewat mengamalkan demokrasi daripada kita tetapi berjaya melaksanakannya secara bertanggungjawab dan penuh integriti.

Sayang sekali, Najib tidak menunjukkan teladan yang baik untuk dirakam sejarah. Beliau -- seperti juga pemimpin utama BN sebelum ini -- sanggup memperalatkan apa jua institusi kerajaan dan mengamalkan rasuah politik, demi memastikan maruah BN di Johor tidak tercalar lebih teruk.

Saya kira buku Reforming Political Finacing in Malaysia, terbitan Trasparency International - Malaysia elok ditelaah bagi mendapatkan gambaran lanjut tentang isu-isu berkaitan politik wang di negara ini.

III.

Pagi Selasa lalu, saya tidak sempat menunggu isteri yang menjalani rawatan rutin di Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur, berhampiran pejabat Harakah. Saya terpaksa berkejar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bertemu pakar bedah saraf. Tiga hari sebelum itu, selama tiga hari saya berehat di wad HUKM sambil mengikuti beberapa ujian pemeriksaan kesihatan.

Setiba di rumah, isteri nampak seronok bercerita tentang gelagat pemandu teksi yang membawanya balik ke Bukit Ampang. Menurut isteri saya, lelaki Cina itu, kelihatan lebih berusia daripada umurnya, 59 tahun, tetapi tidak henti-henti bersembang sepanjang perjalanan. Saya cuba rumuskan bicara pemandu teksi yang peramah itu, seperti diceritakan semula oleh isteri saya:

"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup untuk makan dan sewa rumah. Harga barang-barang naik melambung. Tapi lagi sakit hati saya apabila pemimpin kerajaan bandingkan harga dengan negara luar. Betullah, harga di sana lebih murah, tapi gaji mereka jauh lebih tinggi, berkali-kali ganda. Janganlah ingat kita ini bodoh.

"Malaysia ini cukup kaya. Jauh lebih kaya, dua tiga kali ganda daripada Singapura. Tapi you tengoklah sendiri, siapa yang senang? Duit tak sampai kepada rakyat. Orang berkuasa yang sapu. Siapa yang kaut semua? Sekarang, gaji di Singapura jauh lebih tinggi daripada kita walaupun negara kita sebenarnya lebih kaya.

"Kita bukannya tamak nak kaya, nak rumah mewah. Senang sikit cukuplah, bagi lega sikit hidup. Tak perlu teruk-teruk bekerja tapi hasilnya sikit, macam saya ini. Sudah macam-macam sakit sebab susah hati, tension.

"Macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kita dapat air percuma, cukuplah. Kalau ada lebih nanti, mungkin banyak lagi yang kita akan dapat, okeylah tu sikit-sikit dulu ...

"Saya nak bagitau you, jangan takut tukar kerajaan. Lima tahun saja. Kalau tak puas hati, tukarlah balik. Lima tahun bukan lama, sekejap saja. Kalau boleh tunggu 50 tahun BN perintah, kenapa takut nak cuba kerajaan baru ... untuk lima tahun saja.

"Nak undi apa pun tak apa. Tak kira PAS, KeADILan atau DAP, asal jangan Umno sudahlah.

"Memang kerajaan tak suka orang lawan dia. Mereka guna ISA untuk tutup mulut rakyat. Tapi orang sekarang sudah tak takut lagi. Saya tak ada komputer tapi saya tahu orang lain tekan saya komputer, dapat tahu macam-macam rahsia kerajaan."


Apabila pemandu teksi itu menyebut ISA, isteri saya menyambut pantas: "Suami saya pun pernah ditahan ISA." Beliau juga berulangkali menyatakan kekaguman tidak terhingga kepada "orang tua di Kelantan" yang baginya terlalu hebat. "PAS tak akan kalah selagi ada orang tua itu di Kelantan," ujarnya bersungguh-sungguh. Isteri saya terpaksa menyebut nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkali-kali apabila nampak beliau seperti susah sangat hendak mengingati Menteri Besar Kelantan.


IV.

Teruja saya membaca laluan perit yang dilalui Presiden, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang terpaksa membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Melayu sebagai tanda bantahan terhadap majikannya yang menggantung kerjanya. Hata dituduh menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai media.

Menurut laporan Malaysiakini, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil. Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas". Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

Meskipun baru menerajui NUJ, Hata lantang mempromosikan prinsip kebebasan akhbar. Daripada segi ini, perjuangannya berkait rapat dengan apa yang Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) mulakan lebih 10 tahun lalu. Sebagai wartawan kanan Utusan Malaysia, akhbar yang terkenal dengan sifatnya sebagai "lidah rasmi" Umno, agenda yang ditekankan Hata dan NUJ begitu menarik untuk disorot secara lebih terperinci.

Apa pun, tabik Hata! Isu kebebasan media harus dirakyatkan.

[Video] Wawanca Secara Lansung Cikgu Mala Dengan Astro

Posted: 21 Jan 2011 09:30 PM PST

Panas! Calon BN Di Boikot Oleh Wanita Umno?

Posted: 21 Jan 2011 08:45 PM PST

Bercakap kepada beberapa pemberita pagi ini, Haslinda berkata rasa tidak berpuas hati itu terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai oleh para penyokongnya.

Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai). Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati.


[Sumber seterusnya]

Dewan Pemuda PAS Kelantan Mahu Harussani Buktikan Anwar Mengiktiraf Pluralisme

Posted: 21 Jan 2011 08:30 PM PST

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merujuk kepada kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis, 20 Januari 2011, muka surat 8. Di bawah tajuk "Bertaubatlah Anwar – Mufti", beliau telah melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang mengiktiraf gerakan pluralisme yang jelas bertentangan dengan Islam.

2. DPPNK menyifatkan kenyataan Mufti Perak tersebut sebagai kenyataan yang bersifat politik dan hanya dikeluarkan semata-mata untuk memberikan kredit kepada UMNO dan Barisan Nasional. Mufti yang sepatutnya menjadi individu yang berkecuali telah bertindak bias di dalam mengeluarkan kenyataan dan ini boleh melunturkan rasa hormat rakyat Malaysia khususnya umat Islam terhadapnya.

3. DPPNK menggesa Harussani menyatakan bukti yang jelas bagi membuktikan dakwaannya bahawa Anwar mengiktiraf gerakan pluralisme. Adalah tidak mencukupi dengan hanya membangkitkan cerita-cerita lama yang bersifat peribadi yang hanya boleh mengesahkan dakwaan bahawa Harussani telah menjadi alat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

4. Adalah sangat mengaibkan seorang yang bertaraf mufti seperti beliau boleh membuat gesaan terbuka sedemikian tanpa bukti dan hujah yang jelas. Gesaan bertaubat pada asasnya tidak salah, tetapi apabila dibuat secara terbuka seperti yang dilakukan oleh Harussani, tentu sahaja ia melibatkan isu yang besar dan serius.

5. Lebih menghairankan apabila Harussani boleh pula menyifatkan perbuatan Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menghadiri perbuatan meletakkan ancak sebagai tidak khurafat. DPPNK juga ingin mengetahui sikap Harussani dalam isu kalungan bunga yang saban tahun diletakkan oleh pemimpin negara di Tugu Negara. Adakah semua perbuatan yang boleh menjatuhkan akidah ini boleh dihalalkan hanya kerana dilakukan oleh pemimpin UMNO?

6. Justeru, DPPNK menyifatkan kenyataan Harussani hanyalah merupakan satu kenyataan politik. DPPNK menyarakan agar beliau meletakkan jawatan sebagai mufti dan terjun ke dalam politik sepenuh masa sebagai calon UMNO di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian.

YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).

Bertarikh : 20 Januari 2011.

Video: 100 Ribu Rakyat Johor Hari Penamaan Calon

Posted: 21 Jan 2011 08:15 PM PST

Video: Suasana Hari Penamaan Calon Dun Tenang

Posted: 21 Jan 2011 08:00 PM PST

Pertembungan BN-Pas di DUN Tenang

Posted: 21 Jan 2011 07:58 PM PST

LABIS 22 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN ) dan Pas.

Selepas tamat tempoh bantahan pada proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md. Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

BN menamakan Mohd. Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala Pas mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

Yang menariknya, kedua-dua calon merupakan anak tempatan yang memang dikenali di kalangan masyarakat di kawasan DUN Tenang.

Mohd. Azhar menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka manakala Normala menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Januari ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - Utusan

Badminton: Taufik desak BWF siasat Lin Dan tarik diri kali ketiga

Posted: 21 Jan 2011 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Pemain utama Indonesia Taufik Hidayat mahu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyiasat dan mengambil tindakan sewajar terhadap pemain sensasi China, Lin Dan kerana menarik diri dari Kejohanan Terbuka Malaysia 2011 hari ini.

"Saya lihat Lin Dan telah tiga kali menarik diri terutama ketika menentang rakan senegaranya. Hari ini, perkara sedemikian berulang lagi.

"Saya tidak mahu perkara seperti ini akan menjejaskan semangat kesukanan. Ini tidak adil buat pemain lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini.

Selain Terbuka Malaysia, Taufik mendakwa Lin Dan pernah melakukan perkara sama pada Kejohanan Terbuka China dan Terbuka Hong Kong pada Disember lalu.

Sementara itu, menurut ketua pengadil, Jane Wheatley dari Australia, Lin Dan menarik diri kerana mengalami kecederaan pada bahagian abdomen kirinya dan telah mendapatkan nasihat doktor untuk menjalani fisioterapi dan berehat dari bermain.

Terdahulu itu, Taufik menumpaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-15, 21-15 selama 46 minit untuk mara ke separuh akhir esok.

Taufik, juara Olimpik Athens 2004, akan menentang rakan senegara Simon Santoso. Simon pula menempah tiket ke separuh akhir dengan mengalahkan rakan senegara, Alamsyah Yunus 20-22, 21-10, 21-18.

"Saya lihat Kenichi tidak mempamerkan permainan yang konsisten pada malam ini kerana dia seolah-olah tidak bersemangat berbanding sebelum ini ketika menentang Dicky Palyama (Belanda) dan Bao Chunlai (China).

"Selain itu, walaupun Simon bersama saya dalam skuad nasional, saya tetap akan membuat yang terbaik tanpa memberikan Simon peluang esok," katanya pemain berusia 29 tahun itu. — Bernama

Tiada ulasan: