Ahad, 16 Januari 2011

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Different between POOR and RICH countries..

Posted: 15 Jan 2011 06:45 PM PST

Bila lagi nak BERUBAH??

Posted: 15 Jan 2011 04:38 PM PST



Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan UMNO/BN pada masa ini.  Ketika Pakatan menggembleng tenaga untuk berkhidmat kepada rakyat melalui pelbagai program, UMNO/BN dilihat oleh rakyat hanya menjadi tukang cacat.  Mereka menidakkan kemampuan Pakatan. Mereka merendah-rendahkan kebolehan Pakatan.  Mereka memperlekehkan usaha Pakatan.  Namun demikian, kesemuanya dilakukan melalui salakan kosong di hadapan mikrofon.  Maka jadilah kesemuanya sebagai propaganda yang kering dan usang.

Rakyat mahu melihat hujah kental dan mapan keluar dari mulut pemimpin UMNO/BN, bukannya tembakan dengan peluru kosong.  Jika cara ini terus-terusan digunakan oleh UMNO/BN, imej mereka akan tercalar lebih teruk lagi.  Mereka tidak akan mampu menipu rakyat yang majoritinya sudah bermaklumat.  Orang kampung dan pedalaman yang masih ketinggalan dalam serba-serbi tergolong dalam kumpulan minoriti.  Tiada gunanya berselindung di sebalik minoriti yang didaifkan itu. Besar kemungkinan UMNO/BN akan menggigit jari dalam PRU Ke-13 jika masih meneruskan strategi lapuk itu.

Rakyat tidak akan terima dakwaan UMNO/BN yang mengatakan Pakatan gagal mengotakan janji di negeri-negeri yang mereka kuasai.  Hakikatnya para pemimpin UMNO/BN hidup bagai cacing kepanasan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor.  Mereka kehilangan ruang untuk merampok harta rakyat seperti yang mereka lakukan semasa berkuasa dahulu.  Hal ini berlaku kerana Pakatan memberi fokus kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat.  Ketiadaan rasuah dan penjimatan telah mengukuhkan kedudukan kewangan negeri kerana amanah dan keikhlasan menjadi tunggak kepada perkhidmatan yang diberikan.  UMNO/BN terbukti tidak dapat melakukannya di negeri-negeri yang mereka kuasai.  Banyak kecacatan yang dilaporkan oleh badan-badan berwibawa tentang hal ini.  Mereka sepatutnya berasa malu dengan kegagalan itu.  Rakyat seharusnya sedar akan hal ini dan mengalih sokongan mereka kepada Pakatan.
 
Kini Pakatan dilihat sebagai pihak yang berhemah tinggi.  ADUN KOMTAR telah memohon maaf kepada orang yang dikatakan menjadi mangsanya.  Adakah Ismail Sabri Yaakob memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menipu mereka tentang harga RON 95 yang dijanjikan tidak naik itu?  Adakah pemimpin UMNO Pulau Pinang memohon maaf kepada warga emas yang didakwa dapat duit judi tetapi wang yang dikutip tidak pun dikembalikan kepada kerajaan negeri? 

UMNO/BN hanya pandai bersandiwara.  Sandiwara mereka semakin lemau dan hancur setelah Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat tidak mampu ditepis secara ilmiah.  Rakyat tidak akan percaya kepada cakap kosong.  Presiden UMNO ternyata penakut kerana enggan berbahas di pentas.  Kalau takut, tidak payahlah bersusah-susah memperlekehkan pelan itu.  Hasilkanlah pelan lain yang lebih canggih daripada pelan Pakatan itu dan berbahaslah di pentas seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di negara maju.  Bukankah kita bercita-cita hendak menjadi negara maju selepas bankrap tahun 2019?

Tepuk dada tanya la hati dan minda masing2. Aku kat opis ramai yang sokong Umno/BN. Dan yang paling sedap aku nak habaq ramai mereka ni dah mula merungut pasai kos barang yg naik gila2..Last skali aku sound apa tau,  "kalau rasa nak taraf idup kita ni berubah, kita pun kena ubah kerajaan yang tak pernah nak hargai kesusahan org2 macam kita"...haaa amik hangpa, tekedu makcik2 tu..tu pun masih nak sokong lagi. Dah la..cukup la...berubah la..bila lagi.....biaq kita tak kaya tapi kita buleh hidup senang dan tak bebankan sapa2..nie tak semua nak kena hutang,,,..abih camne nak rasa senang??


{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy

Harus di sebarkan pada kadar SEGERA!!

Posted: 15 Jan 2011 02:55 PM PST

TOLONGLAH BANTU ADIK INI...

Assalamualaikum...

Aku sekadar ingin berkongsi penderitaan yang dialami oleh insan malang ni. Diharapkan agar ada di antara pembaca/bloggers yang bersimpati dan sudi membantu menghulurkan sumbangan. Hari ni hari dia, hari kita belum pasti apa yang bakal terjadi. Semoga adik ini sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah ini..

Aku tempekkan apa yang telah di-tag oleh kawan aku kat fb.. Sebar-sebarkanlah sambil menderma..

Diambil dari forum.

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.

Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.


Aku kata: Hulurkan tangan, ringankan beban. Jangan jadikan kenaikan harga barang sebagai alasan untuk melarikan diri dari menderma. Dermalah dengan seikhlas-ikhlasnya. Insyaallah, Allah akan membalas setiap sen yang kita sumbangkan itu...

Aku tau ramai yang tertanya2 macam mana budak ni buleh pi kena sambaq dgn elektrik ni? tak ke ada laporan kepada TNB kalau betul kemalangan?? so kalau nak tau lagi lanjut terus hubungi kakak budak nie..aku cuma sebarkan apa yg aku rasa patut kita semua tolong..


{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy

Tiada ulasan: