Sabtu, 1 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


‘Sedangkan Israel pun menghukum Presidennya kerana merogol’

Posted: 01 Jan 2011 06:23 AM PST

Kegagalan membuat siasatan apatah lagi pendakwaan terhadap seorang menteri Kabinet yang didakwa merogol amah Indonesia, menunjukkan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) jauh lebih teruk dari kerajaan Israel.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin hairan kerana kerajaan Umno BN langsung tidak mengambil tindakan, malah tidak membuat sebarang penafian.

"Israel – sebuah negara Zionis pun membawa pemimpin tertinggi mereka ke muka pengadilan, kenapa Umno BN masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap menteri berkenaan?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas paparan blog Rocky Bru yang menyebut bekas Presiden Israel, Moshe Katsav dihukum penjara 16 tahun atas dua kesalahan merogol dan mencabul kakitangannya.

Beberapa blog menyatakan Moshe terpaksa turun dari kedudukannya akibat wujud pertuduhan berkenaan.

WikiLeaks, portal yang digunakan pimpinan Umno BN untuk menyerang keperibadian Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan seorang menteri terlibat dalam kes rogol tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan hingga ke saat ini.

Mengulas lanjut, Samsul berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera supaya insiden ini tidak memberikan imej buruk kepada negara

Beliau berpendapat, kerajaan Umno BN perlu memberi makluman rasmi berkaitan isu menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya itu, bagi membersihkan nama baik Malaysia.

"Lebih lama kerajaan berdiam diri, rakyat akan ada tanggapan, kita mempunyai dua set undang-undang. Satu untuk pemimpin-pemimpin negara yang lepas bebas dari sebarang dakwaan, dan satu lagi untuk rakyat kebanyakan," katanya.

Tiada beg plastic percuma di pasar raya P. Pinang mulai hari ini

Posted: 01 Jan 2011 06:20 AM PST

Mulai hari ini, orang ramai perlu membawa beg sendiri ketika membeli belah di Pulau Pinang berikutan pelaksanaan kempen "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma" di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pelaksanaan itu melibatkan semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).

"Pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan 'Hari Tanpa Beg Plastik' tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik," di sini, hari ini.

Beliau berkata penjaja dan peniaga di pasar dikecualikan daripada peraturan baru tersebut.

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang masih mahu menggunakan beg plastic boleh memperolehnya dengan bayaran 20 sen sekeping.

Pulau Pinang memulakan inisiatif "Tanpa Beg Plastik Percuma" sehari seminggu pada 1 Julai 2009 dan kempen itu dilanjutkan kepada tiga hari mulai 1 Jan tahun lepas.

Lim berkata dari 1 Julai 2009 hingga Ogos 2010, sebanyak RM174,280 berjaya dikumpul hasil penjualan beg plastik di pasar raya terlibat.

"Wang tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di Pulau Pinang," katanya.

Lim berkata beliau sedar tindakan tidak membekalkan beg plastik itu akan menyebabkan kerajaan negeri hilang sokongan.

"Kita bersedia hilang sokongan supaya kita boleh pelihara alam sekitar," katanya.



– Bernama

Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat

Posted: 01 Jan 2011 06:09 AM PST

Orang Melayu di Pulau Pinang akan rugi sekiranya mereka menolak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Begitu luahan rasa Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika berucap sempena Jubli Perak, PAS kawasan Tasek Gelugor di Sungei Dua semalam.

Kata beliau, sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kuasa maka banyak kerosakan sedia ada akan bertambah seperti kerakusan kuasa, skandal dan penyeleweangan serta ketidakadilan.

Tambahnya, isu PR tidak ambil peduli mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang sengaja dimainkan oleh Umno dan BN.

Menurutnya, walaupun mereka sedar PR banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi orang Melayu seperti penyelesaian masalah tanah dan perumahan, tetapi mereka tetap memainkan isu itu.

"Sebagai bukti dalam isu penduduk Kampung Pokok Assam di Jelutong, terbukti PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah berjaya membela nasib penduduk kampung tersebut apabila persetujuan dicapai melalui cara rumah yang diambil oleh pemaju bagi pembangunan akan diganti dengan rumah yang siap dibina dalam kawasan yang sama.

"Begitu juga dalam masalah tanah perkuburan Islam di Jelutong, turut berjaya diselesaikan oleh PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Namun begitu Umno dan BN akan memainkan isu yang diselesaikan dengan elemen lain pula untuk kepetingan politik mereka," ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pemerintahan singkat PR di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi masalah penempatan orang Melayu di Jelutong yang selama ini tidak mampu diatasi oleh Umno dan BN walaupun menerajui pentadbiran negeri lebih lama dari PR.

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Akibat Serangan Jantung

Posted: 01 Jan 2011 05:55 AM PST

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit RawatanRapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia.Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya,"katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.

MB Selangor dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah

Posted: 01 Jan 2011 05:54 AM PST

Pakar Undang-Undang Profesor Dr Aziz Bari menegaskan Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menerima dan memberi perkenan kepada calon kerajaan negeri Selangor untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata Undang-Undang Tubuh Negeri jelas menyebelahi kerajaan negeri dalam perlantikan jawatan itu.

"Kalau kita lihat pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad tahun 1994, menimbangkan nasihat bermaksud menerima nasihat. Jadi undang-undang sebenar adalah sultan perlu menerima dan mendengar Menteri Besar," katanya.

Aziz menjelaskan krisis hari ini berlaku ekoran kerakusan Umno-Barisan Nasional meminda Perlembagaan dan memperkasakan kedudukan Eksekutif dengan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Berdasarkan pengamatannya, Aziz berkata undang-undang jelas sekali memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

"Samada pindaan yang dibuat itu tidak sah, ataupun kuasasultan yang menjadi pemutus. kedua-dua perkara ini tidak menguntungkan Umno. kalau melihat kepada pindaan itu, ia menunjukkan tan sri khalid adalah betul," katanya.

Pakar perlembagaan ini menjelaskan Undang-Undang Tubuh Negeri telah meletakkan amalan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua pihak berkenaan.

Artikel 52 (4) menegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar Selangor. Ia tidak menyatakan individu berkenaan harus mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

"Kuasa melantik semenangnya di tangan Sultan, tetapi Sultanperlu meneliti cadangan dari suruhanjaya berkenaan. Sebelum itu,Sultan harus mendengar nasihat menteri besar," katanya.

"Kerajaan pusat tidak ada peranan atau kuasa. apa yang disebutkan oleh Datuk Khir Toyo mungkin apa yang berlaku di zaman Umno sahaja..yang mungkin formaliti sahaja. tetapi kalau berdasarkan perlembagaan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai peranan," katanya lagi.

Aziz juga menyokong gesaan supaya wakil-wakil rakyat Selangormengadakan sidang tergempar membantah campurtangan Kerajaan Pusat.

"Ya ia wajar kerana kalau kita lihat Parlimen meluluskan usulprihatin ke atas isu Sultan Johor pukul coach hoki. Jadi tidak adamasalah sekiranya sidang khas diadakan dan membincangkan situasi yang berlaku ini," katanya lagi.

Umno Tidak Mesra Masjid?

Posted: 31 Dec 2010 10:57 PM PST

KITA tidak faham sama ada orang faham atau tidak fungsi masjid sebenarnya. Atau pun kalau faham dalam pengertian yang sempit dan tertutup. Inilah sikap orang Islam (Melayu). Mereka menyanyangi masjid tetapi tidak memakmurkan masjid. Buat masjid besar habis juta-juta hanya digunakan pada hari tertentu saja. Istimewanya hari Jumaat atau semasa solat raya Aidilfitri dan Aidiadha saja. Lepas itu masjid sepi.

Sebuah masjid indah terletak di Bentung Pahang, sewaktu saya singgah untuk solat Subuh hanya ada tiga makmum sahaja. Empat termasuk saya. Pernah saya posting gambar itu dalam blog ini. Tok Imam pula lepas solat memberi tazkirah, pendengar hanya dua orang saja. Syabas diucapkan kepada imam berkenaan kerna menjalankan tugas. Setidak-tidaknya tazkirah itu untuk dirinya sendiri.

Jadi apakah gunanya masjid itu untuk pengembangan ilmu dan prasarana lain bagi manusia? Ia hanya untuk bermegah-megah saja atau untuk menunjukkan tingginya syiar Islam. Wei.... hidup dengan syiar ini tidak akan ke mana, ia perlu diertikan dengan memanfaat sepenuhnya.

Kalau begitulah, apa gunanya masjid? Saya pernah bercakap dengan Prof Syed Hussein Alattas, bekas tokoh Sosialis. Dia persoal pembinaan masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam membazir. Baik wang itu digunakan untuk kegunaan rakyat dalam aspek lain, katanya. Mungkin kata-kata itu skeptikal, tetapi ada benarnya kalau dilihat kepada nasib masjid dan surau di sesetengah negeri ini. Ianya makmur hanya pada waktu tertentu saja.

Masjid sebenarnya tidak digunakan seoptimumnya. Ia tidak seperti stesen bas, atau pun lapangan terbang. Di mana orang menggunakan 24 jam. Apakah ada larangan untuk berbuat begitu kepada masjid? Tidak ada, malahan ianya dianjurkan supaya dimakmurkan untuk kepentingan ummah dan ad-den.

Dalam usaha ini maka masjid dibukakan sepenuhnya. Pintunya jangan dikunci untuk orang ramai. Pada saya menjaga masjid dengan menguncinya, melarang kegiatan apa saja yang dibenarkan syarak adalah satu penghinaan kepada masjid. Inilah tindakan membunuh fungsi masjid.

Pandangan sesetengah orang tidak boleh dijalankan kegiatan politik, atau membenarkan bukan Islam menghampiri masjid adalah satu penjagaan tidak relevan terhadap masjid. Penjagaan begitu menjauhkan orang kepada masjid. Secara tidak langsung sikap ini adalah orang yang ingin mematikan masjid bukan hendak memakmurkan masjid. Pemikiran dan tindakan sebegini harus ditinjau dan bukan diterima bulat-bulat. Belah dadanya dan tengok warna hatinya. Istana syaitan adalah hati kata para hakikat.

Pada saya tidak kira kalau pun kegiatan itu bermotif politik atau tidak. Yang penting kegiatan itu memenuhi syarak. Syarak ini termasuk berpakaian, suasana dan juga percakapan yang digunakan. Saya tidak fikir jemaah masjid atau surau tidak memahami ini. Bukankah setiap apa yang hendak dijalankan dimasjid perlu meminta kebenaraan jemaah masjid?

Berkempen untuk politik pada saya tidak mengapa, asalkan baik. Tidak kisah siapa, Umno, Pas atau pun lain-lain. Kebaikan boleh disuarakan kepada seisapa saja atas masjid, tidak kira dia siapa. India, Cina, Kadzan atau Asli boleh menggunakan selagi ianya menjurus kepada kebaikan. Baik dalam konteks ini bukan saja dalam soal-soal hukum tetapi mengajak orang menjaga keselamatan diri, menyeru orang buang rokok dan sebagainya adalah perbuatan baik.

Kita jangan rigid dan jumud bila sebut masjid hanya kena bercakap soal Quran dan hadith saja. Fahamilah bahawa apa yang kita buat dengan niat yang baik adalah ibadat. Jangan seksakan masjid hanya dengan solat sahaja.

Soalnya kenapa kita merasa begitu gerun dan takut kepada masjid. Merasa sayang tetapi tidak memberi erti kepada kita. Dalam hal ini Umno nampak begitu takut dengan penggunaan masjid. Ketakutan Umno ini sejak dari dulu lagi. Ia adalah didikan penjajah agar tidak bercakap politik. Kerana penjajah tahu dalam masjidlah tempat berkumpul orang Melayu dan Islam. Mereka takut kegiatan politik untuk menyerang mereka dilakukan dalam masjid. Ini tujuan dan sebabnya. Malangnya kita terikut sampai ke hari ini mengikut larangan penjajah itu yang akhirnya menyebabkan kita rugi.

Kenapa Umno takut untuk menggunakan masjid? Oh, kononya tak nak cemarkan masjid daripada politik. Apakah bercakap di dalam dewan sekolah, atau PWTC dan hotel besar berbohong mengata orang, memperdayakan rakyat dengan berbagai slogan, itu tidak berdosa kerana ia diucapkan di luar masjid? Melaikat melihat dan mencatat perbuatan jahat kita bukan saja di dalam masjid tetapi diluar juga. Mungkin kerana Umno berfikir di dalam masjid banyak malaikat maka mereka takut. Kenapa harus takut kalau kita berkata benar?

Apakah memaki hamun, memfitnah dan mengaibkan orang di dalam surat khabar atau tv itu dibenarkan dan tidak dikira dosa kerana ianya berlaku di luar masjid? Tanggapan itu salah sebenarnya. Berbohong tidak boleh di mana-mana saja hatta di dalam jamban tahi. Tetapi bila Umno konon hendak menjaga masjid takut mencemar rumah Allah itu dengan pembohongan lantas melarang orang lain ia tidak betul.

Saya rasa orang yang bercakap dalam masjid akan lebih berhati-hati daripada bercakapa di luar masjid. Ini secara tidak langsung masjid sudah menjaga akhlak manusia. Mengawal secara spritual akan diri manusia daripada bercakap yang bukan-bukan. Inilah faedah dan fadhilatnya menggunakan masjid.

Soalnya kini kenapa Umno begitu dengki dengan pengumarakan masjid ialah kerana mereka menjauhi masjid. Umno tidak mesra masjid. Umno tidak mesra surau. Umno lebih mesra dengan hotel lima bintang atau pun tempat eksklusif. Hakikat ini boleh lihat apa yang berlaku di Selangor sekarang. Semua masjid baik di kampung dan dipinggir bandar penuh sesak dengan jemaah. Ini berlaku sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Paslah yang menggerakan (umara) masjid. Terasa sekali akan kehebatan dan kemakmuran masjid di zaman Pakatan ini. Syabas kepada Pengerusi Agama, Dr Hassan Mohamad Ali.

Pergilah ke mana-mana masjid bila ada ceramah, penceramahnya orang Pas. Kadang-kadang imam orang Pas. Kadang-kadang semua jawatankuasa orang Pas. Dulu semasa Umno memerintah Selangor dengan Khir Toyo (yang baru ini dicharge rasuah), masjid kosong. Kerana apa kerana Umno takut dan gerun nanti berdosa untuk menggunakan masjid selain daripada tempat bersolat Jumaat sahaja.

Itu yang saya kata tadi kita membaca sejarah penggunaan masjid, tetapi kita tidak memahami fungsinya. Fahaman kolot dan jumud seharusnya dibuang oleh Umno. Umno juga kena menggunakan masjid, buat aktiviti kalau tidak boleh nak buat tazkirah seperti Pas, anjur aktiviti lain. Futsal juga boleh dimainkan di masjid, takraw juga dimainkan di masjid. Rasanya ianya tidak rugi dan setidak-tidaknya kalau ada pemain dan penonton yang ada sikit iman boleh mengerjakan solat waktu kerana mereka sudah berada hampir dengan masjid.

Saya rasa kalau Umno mengambil kaedah ini tidak timbul rasa takut dan nak melarang orang ramai menggunakan masjid. Tidak berlaku kritikan kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras. Umno boleh panggil Shahrizat ataupun Ng Yen Yen buat senamrobik dan bukannya marah tidak tentu fasal kepada Nie Ching. Rasnaya Rosmah juga tidak masalah kalau hendak bersenamrobik di masjid. Apa salah kalau lepas solat Subuh bersenamrobik sesudah ramai-ramai buat solat duha, tak salah. Tenguk pula gelanggang siapa yang lebih ramai?

Senamrobik adalah untuk kesihatan. Dan penggunaan laman masjid untuk itu, sepatutnya disambut baik kerana ia memanfaatkan laman rumah Allah. Rumah Allah adalah untuk semua. Selagi kita yakin bahawa semua mahkluk ini adalah ciptaan Allah maka ia berhak untuk menggunakan rumah Tuannya, atas apa saja tujuan. Cuma kalau perbuatannya adnormal, itu perlulah dilarang kerana menjaga kesucian rumah yang agung itu. Rumah yang agung bukan seperti dewan-dewan tokong atau biara.

Tanggapan mengatakan perbuatan itu (senamrobik) kerana politik, tidak usah ceritalah. Apakah yang Umno buat bukan politik? Melarang penggunaan masjid, membuang imam mengajar tanpa tauliah juga tindakan politik. Cuma tindakan politik Umno nampak dangkal dan rakus tidak berkualiti berbanding tindakan dilakukan oleh MP DAP itu.

Makanya, Umno belajarlah daripada Pas atau DAP kalau mereka mahu disokong oleh orang ramail. Cara Umno lakukan kini bukan mendekatkan orang China tetapi menjauhkan mereka daripada institusi mereka yang semakin lumpuh dan rapuh. Umno tidak perlu malu dan segan untuk meniru sesuatu yang baik. Malahan kalau Umno buat ia lebih menyenangkan kerana boleh dikatakan kunci masjid berada di tangan Umno.

Kalau ini dapat dilakukkan - Umno ke masjid tentu semua masjid negara kita akan penuh kerana semua Melayu bersatu dalam masjid. Kebersatuan itu juga nanti akan dilihat betapa teguh dan solidnya kita kepada keimanan agama dan negara. Inilah baru dikatakan kita orang Islam yang progresif yang tidak boleh diperkotak katikan.

Siapa "terkencing dalam seluar" baca berita ini?

Posted: 31 Dec 2010 10:51 PM PST

"Bekas Presiden Zionis Moshe Katsav didapati bersalah oleh Mahkamah Agung Zionis atas tuduhan merogol keatas 3 orang pembantu wanitanya. Atas kesalahan itu boleh di hukum maksimum 16 tahun.

Katsav juga dituduh memberi keterangan penuh penipuan oleh Panel Hakim Mahkamah Agung itu. Bekas Presiden Zionis itu yang menjadi menjawat jawatan Presiden Zionis selama 7 tahun (2000-2007).

Katsav didakwa merogol oleh 3 pembantunya ketika masih menjawat jawatan Presiden tahun 2006. Barangkali ada Menteri Kabinet kita "terkencing dalam seluar" membaca laporan ini.

Dalam celakanya Kerajaan Zionis ianya masih mengamalkan ketelusan. Tiada orang "kebal" dari undang-undang walaupun Presiden! Berbeza dengan kita. Bunuh dengan C4, Rasuah berbilion-bilion, rogol amah, raba meraba. Semuanya bebas. Sebab apa? Ada imuniti.

Ada kekebalan. Alangkah berbezanya kita dengan Kerajaan Zionis walaupun kita guna APCO dan 1Malaysia ciptaan Zionis! "

Tiada ulasan: