Sabtu, 1 Januari 2011

alkerohi

alkerohi


Surau dan masjid Selangor : Tak pakai baju dan seluar dalam ?

Posted: 01 Jan 2011 04:22 PM PST

Ada kawan-kawan bertanya, jika memakai pakaian luaran tetapi tidak memakai baju dalam atau seluar dalam, seseorang itu boleh tak berada di perkarangan surau atau masjid di Selangor?

Kasihan YB Ahli Parlimen Serdang.

Tidak sahaja yang bukan Islam, penganut Islam pun tertanya-tanya dengan 'ajaran baru' Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ni.

Eloklah JAIS keluarkan panduan dan peraturan supaya kekeliruan masyarakat dapat diatasi.

Setelah 1432 tahun, Islam kelihatan semakin bercabang. Tak salah jika ada masyarakat antarabangsa yang melihat Islam sebagai membimbangkan.

Saya teringat sekitar tahun 1970-an dan 80-an. Ramai pelancong wanita yang masuk ke dalam Masjid Negara di Kuala Lumpur dengan pelbagai fesyen pakaian mereka.

Beberapa bulan yang sudah, saya melihat senaman Tai Chi dilakukan oleh masyarakat wanita Melayu di perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Apa yang kita tahu, Islam telah berada di seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia. Islam adalah satu tamadun yang cukup tua. Sama tuanya dengan kewujudan manusia.

Entahlah. Adat mahu dijadikan agama atau agama mahu dijadikan adat.

Jangan menjual beli agama kerana politik sudahlah.

Harga minyak : Presiden Bolivia tahu peranan sbg Ketua Negara

Posted: 31 Dec 2010 08:43 PM PST

Presiden Bolivia batal perintah naikkan harga minyak BH 2011/01/01

LA PAZ: Presiden Bolivia, Evo Morales, lewat Jumaat (waktu tempatan) membatalkan perintah undang-undang kerajaan susulan kekacauan di negara itu berpunca daripada kenaikan harga minyak.

Naib Presiden Alvaro Garcia mengeluarkan perintah itu Ahad lalu menamatkan pemberian subsidi bagi mengekalkan harga minyak pada paras rendah tetapi menyebabkan kerajaan Bolivia menampung kira-kira AS$380 juta setiap tahun.

Susulan kenaikan harga minyak sehingga 83 peratus menyebabkan harga minyak naik pada paras tinggi sejak 1991. - AFP

Sudah tentu rakyat Bolivia gembira dengan kewujudan dan peranan Presiden mereka sebagai ketua negara
.

Tiada ulasan: