Ahad, 23 Januari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Cegah pengemis warga asing, MBSA lancar operasi

Posted: 23 Jan 2011 03:12 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Imegresen dalam masa tersekat akan melancarkan operasi bersepadu bagi mencegah pengemis warga asing yang semakin berleluasa di sekitar Seksyen 2, Shah Alam.

Pegawai Perhubungan Awan MBSA, Shahrin Ahmad berkata, meskipun MBSA tidak mempunyai kuasa khusus untuk menangkap pengemis terbabit, operasi tersebut diharap akan membantu menyelesaikan masalah itu.

Menurut Shahrin, sepanjang pemantauan yang dilakukannya sendiri mendapati pengemis warga asing tersebut seperti dapat mengesan pihak berkuasa sedang mengintip pergerakan mereka dan tidak beroperasi pada hari tersebut.

"Masalah pengemis warga asing gagal dibendung disebabkan mereka licik menjalankan operasi apabila mengetahui bilakah masanya penguatkuasa MBSA datang membuat pemantauan," ujar Shahrin.

Selangor Kini turut difahamkan, selain Seksyen 2, beliau turut menerima aduan kegiatan yang sama berlaku di Medan Selera yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM di seksyen lain di Shah Alam dan pihak MBSA memandang serius permasalahan berkenaan.

"Jika ada tangan yang ringan member sudah pasti ada yang menadah tangan. Sebaik-baiknya berfikir panjang sebelum menghulurkan sedekah kerana ia akan menjadikan peminta sedekah terus aktif menjalankan kegiatan mereka,"katanya.

Anwar dedah bukti APCO dengan Konsep 1Malaysia

Posted: 23 Jan 2011 03:06 AM PST

Oleh : Hadri Yaziz

LABIS -Felda Tenang digegarkan dengan pendedahan bukti hubungan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide bersabit isu 1 Malaysia.

Perkara itu didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembuka tirai kempen pilihanraya kecil DUN Tenang bermula malam tadi.

Menerusi salinan dokumen perjanjian Malaysia-APCO Worldwide yang dikemukakan Anwar, menyatakan penglibatan Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai saksi perjanjian tandatangan pegawai kerajaan Malaysia dengan syarikat perunding Israel itu.

Justeru menurut beliau, penafian berterusan syarikat yang berpengkalan di Washington and Tel Aviv oleh Perdana Menteri Najib Razak selama ini merupakan pembohongan semata-mata.

"Ada tak perjanjian? Ada. Pertama saya ada, kerajaan Israel dan Apco yang mereka kata tiada dan menteri-menteri kita nafi. Tahun 1991. Kerajaan Israel dan Apco, ini perjanjian. Kedua 2009, perjanjian kerajaan Datuk Seri Najib dengan Apco.

"Tandantangan bukan setakat wakil kerajaan, saksinya Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini dia. No kad pengenalan pun ada, 620707015781," kata beliau di hadapan ratusan masyarakat felda yang hadir ke Markas PAS Felda Tenang malam tadi.

Anwar ketika ini digantung enam bulan oleh Parlimen Malaysia tanpa diberi peluang membela diri kerana dituduh mengelirukan dewan setelah lantang mendedahkan konsep 1 Malaysia yang meniru 'One Israel' oleh APCO Worldwide.

Seterusnya, Najib tampil menafikan tuduhan itu sebaliknya menyatakan konsep tersebut adalah ilhamnya sendiri.

"1999, Ehud Barak sebut 'One Israel, People First". Apa maknanya? Rakyat didahulukan. Sepuluh tahun kemudian, rakyat didahulukan. Tanya mereka (Umno-Barisan Nasional), kebetulan. Satu Israel, Satu Malaysia, kebetulan. Macam cerita P Ramlee, cubaan," disahut ketawa sinis penduduk felda yang hadir.

Beliau turut akan mengedarkan salinan dokumen tersebut kepada markas-markas parti Pakatan Rakyat.

Dalam ceramahnya, beliau turut mengecam pemimpin yang bersikap bongkak terhadap kuasa dan tanggungjawab yang dimandatkan oleh rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak gusar akan tentangan hebat yang diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyekatnya daripada mendedahkan perbuatan salah pemimpin-pemimpin parti itu justeru mengajak rakyat menilai integriti wakil masyarakat yang dipilih.

Jelasnya lagi, rakyat harus didedahkan dengan maklumat sahih agar dapat menilai sejauh mana tanggungjawab yang dilaksanakan oleh kepimpinan negara.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu hadir ke kawasan DUN Tenang bertemu masyarakat di tiga lokasi sekitar Labis malam tadi yang rata-ratanya memberi respon positif terhadap calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.


Menteri tegur pihak 'perdagang' Islam

Posted: 23 Jan 2011 03:03 AM PST

BERNAMA

Semua parti yang terlibat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang perlu menghindarkan daripada "memperdagangkan agama Islam" dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata agama Islam tidak boleh "dijual beli" atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

"Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mini Karnival Islam 2011 di Labis, hari ini.

Jamil Khir berkata rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama merupakan isu yang amat menyentuh perasaan.

"Saya menasihati orang ramai supaya memahami dalam suasana semasa ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu sedar asas kekuatan negara yang makmur ini adalah keutuhan perpaduan dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional membangun dan memajukan negara ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara BN yang diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38.


Jeffrey sahkan bertanding dalam p'raya umum

Posted: 23 Jan 2011 03:02 AM PST

Terence Netto

Dr Jeffrey Kitingan, yang meninggalkan PKR bulan ini, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dan parlimen dalam pilihan raya umum akan datang sama ada di Pensiangan atau keningau - kedua-duanya kawasan KadazanDusunMurut (KDM).

dr jeffery gopari kitinganKetika ditemui Malaysiakini di persidangan berhubung hak-hak minoriti di Kuala Lumpur, Jeffry (kanan) berkata, perkara itu tidak menjadi halangan walaupun mungkin parti baru yang dirancangnya belum menjadi kenyataan.

"Pilihan raya umum di Sabah, termasuk Sarawak akan menyaksikan persaingan tidak menjurus kepada politik partisan, tetapi sama ada calon membawa agenda Borneo atau tidak," tegasnya.

Dengan pengesahan penyertaan Jeffry itu, timbul persoalan sama ada pembangkang Sabah akan terus bersaing sesama sendiri dalam perlawanan lebih dua penjuru dengan BN.

"Kita mesti bekerjasama," jelas Jeffrey, mengulas kemungkinan berlakunya pecah undi di kalangan pembangkang.

Anwar: Mustahil sembunyi pelarian modal RM208b

Posted: 23 Jan 2011 02:51 AM PST

Andrew Ong

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap dakwaan berhubung aliran wang haram yang amat tinggi di negara ini.

anwar keadilan network launch 230111"Kita gesa kementerian kewangan menjawab (dakwaan ini) dan segala siasatan yang berhubung perkara itu," kata Anwar dalam sebuah program parti di Ampang hari ini.

"Jangan lindungi perkara korup. Jika mereka gagal, jelaslah ia melibatkan personaliti besar dalam BN dan kerajaan. Mustahil jumlah sebanyak RM208 bilion tidak boleh dikesan."

Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan - Global Financial Integrity (GFI) - menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

NONEAnwar yang juga bekas menteri kewangan turut mengakui terkejut dengan jumlah besar wang yang didakwa terlibat.

Sambil menegaskan keperluan siasatan yang bebas, ketua pembangkang itu berkata Bank Negara juga harus menjelaskan situasi tersebut.

Sehingga kini belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan memalukan itu, yang meletakkan penguatkuasaan undang-undang kewangan di Malaysia bawah persoalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera.

Hafiz dibenar keluar BAM, isu Misbun masih tergantung

Posted: 23 Jan 2011 02:50 AM PST

BERNAMA


Muhammad Hafiz Hashim ketika bertemu Chen Long di Kejohanan Terbuka Proton Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR — Pemain perseorangan kedua negara Muhammad Hafiz Hashim dibenarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) keluar daripada badan itu tanpa syarat meskipun masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan.

Berikutan dengan keputusan itu, kontrak Muhammad Hafiz akan ditamatkan secara rasmi pada 1 Februari ini, kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BAM di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Sementara itu, keputusan mengenai peletakan jawatan jurulatih Datuk Misbun Sidek masih tergantung di mana Mohd Nadzmi berkata BAM telah memberi mandat kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Presiden BAM itu berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Misbun selepas kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia untuk mengadakan perbincangan lanjut dengannya.

Misbun telah menghantar surat perletakan jawatan menerusi e-mel kepada BAM pada 31 Disember lepas dan BAM telah meminta Misbun untuk menimbang semula keputusannya dan kembali melatih pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei memandangkan ketiadaan Misbun dilihat akan menjejaskan peluang perseorangan nombor satu dunia itu meraih emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Mengenai Muhammad Hafiz, beliau berkata BAM menerima permintaan bekas juara All-England 2003 untuk menjadi pemain profesional memandangkan beliau telah banyak mewakili negara serta telah menyampaikan hasratnya untuk keluar dengan cara yang baik.

Pemain perseorangan kedua negara itu telah memaklumkan kepada BAM niatnya untuk keluar daripada badan itu pada Disember lepas walaupun beliau masih mempunyai kontrak bersama badan itu sehingga 2012 iaitu sehingga temasya Olimpik di London.

Pada Rabu lalu, selepas gagal dalam pusingan pertama di Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil Muhammad Hafiz mengulangi lagi keinginannya untuk meninggalkan BAM kerana berhasrat menjadi pemain profesional.

PAS tidak bimbang jika BN guna isu negara Islam

Posted: 23 Jan 2011 02:45 AM PST



Salahuddin Ayub ketika ditemu bual pada hari kedua kempen pilihan raya kecil DUN Tenang hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS — PAS tidak bimbang sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih sokongan pengundi-pengundi di Tenang, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini.

Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang berkata, parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membantu menjelaskan perkara tersebut kepada pengundi bukan Melayu di kawasan itu.

"Kita tidak bimbang tentang itu (negara Islam) kerana kita dah ada satu pendekatan bahawa majoriti pendekatan dan kempen akan dihasilkan oleh PKR dan DAP.

"Jadi kita tak perlu risau... kita tidak bimbang, PKR dan DAP akan bantu jelaskan," kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider hari ini.

Ini bukan kali pertama BN menggunakan isu negara Islam ketika berhadapan dengan saingan pilihan raya kecil.

BN melalui parti komponennya, MCA berkata akan membawa isu-isu seperti negara Islam dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS sejak pilihan raya umum lalu.

Ini sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan defensif.

Malah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut menimbulkan isu tidak bersalam terhadap calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman sebelum ini.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Salahuddin, Pakatan Rakyat akan memberi tumpuan terhadap isu-isu rakyat terutamanya dari aspek permasalahan rakyat di kawasan Tenang.

Selain itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menjelaskan matlamat dan fokus sekiranya gabungan tiga parti itu memerintah negara.

"Isu yang melibatkan masyarakat Melayu adalah isu-isu nasional tapi kerana kita ada tiga tanah rancangan (Felda) besar di sini, isu yang difokuskan adalah isu peneroka dan soal tanah mereka.

"Seterusnya kita juga fokus kepada teras orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, ia harus dijelaskan kepada orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat bukannya mahu mengurangkan teras orang Melayu.

"Ia harus dijelaskan... ini merupakan komitmen Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama. Itu adalah perkara-perkara yang melibatkan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Raja-raja Melayu tidak akan terusik, malah akan dijamin oleh Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau juga menegaskan, undi penentu kemenangan bagi pilihan raya kecil itu bukan undi daripada warga Felda, tetapi adalah undi orang bukan Melayu.

"Medan sebenar bukan di Felda, medan sebenar adalah 39 peratus pengundi Cina dan India.

"Bagi saya Umno-BN dah terlalu selamat di Felda dan fokus ialah kepada pengundi orang bukan Melayu.

"Bagi PAS, kita harus kekalkan komitmen dan janji kita, kita harapkan anjakan yang mungkin 10 peratus lagi untuk kita capai satu kemenangan," katanya.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Dalam temu bual hari ini, Salahuddin turut mendakwa Mohd Azahar agak "keberatan" untuk bertanding bagi mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

"Menurut maklumat yang saya terima, beliau (Mohd Azahar) meletakkan jawatan sebagai ADO (Penolong Pentadbir Tanah) pada Jumaat lalu.

"Parti politik seharusnya memilih dari kedudukan ini (pimpinan bahagian) dan dia (Mohd Azahar) sebagai ADO bukan orang yang begitu berkehendakkan untuk bertanding.

"Tapi bila dalam pimpinan bahagian tiada berkelayakan, jadi dia diminta untuk bertanding. Sebenarnya dia keberatan (mahu bertanding)," kata beliau sambil menyifatkan pemilihan Normala sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat sebagai satu keputusan bijak.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Isu salam: Calon kata MCA tak faham adab Islam

Posted: 23 Jan 2011 12:32 AM PST

Abdul Rahim Sabri

Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

tenang by election day 1 230111 normala sudirman"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.

Sehubungan itu, Normala berkata Umno sepatutnya memahamkan komponen BN bahawa menyifatkan isu itu bukanlah isu.

"Dan kita lihat, inilah realiti yang perlu difahami masyarakat Malaysia," katanya.

Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala mengulas kebimbangan bahawa beliau tidak bersalaman tidak dengan lelaki sepanjang sejak mula berkempen pilihan raya di DUN Tenang.

Lelaki Tionghua

Dalam pilihan raya ini, Normala bakal dicabar oleh calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin PAS, antaranya dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Pasar Tani Labis, pagi ini, Normala turut menegaskan "tiada seorang pun lelaki Tionghua" bersalaman dengannya kerana mereka sudah memahami mengenai kedudukan perkara tersebut selepas majlis penerangan anjuran PKR dan DAP.

tenang by election day 1 230111 normala greets traders"Tapi prinsip asas sebagai seorang Islam, saya cukup jaga (adab bersalaman dengan lelaki) untuk mencari redha Allah," tegasnya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mengingatkan pihak media supaya tidak membesarkan perkara itu sehingga "mengurangkan" isu yang lebih besar sepanjang kempen pilihan raya ini.

Sebelum itu, dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Salahudin, beliau membayangkan PAS akan mendedahkan beberapa isu yang berkaitan dengan Mohd Azahar.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kubang Kerian itu menegaskan ia "tidak berkaitan dengan peribadi" calon BN.

"Tunggu... Ia bukan berkaitan peribadi. Kami bukan seperti pihak-pihak lain," katanya sambil menambah pendedahan tersebut akan dibuat dalam masa "sehari dua lagi".

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala

Posted: 23 Jan 2011 12:28 AM PST

MALAYSIA KINI

Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.

Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

tenang by election day 1 230111 ismail sabri and tan lian hoe at pasar labis"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.

"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat".

Pengasas Umno kecewa dengan Umno

Posted: 23 Jan 2011 12:18 AM PST

Khairil Abdul Rahim

ROMPIN: "Saya ni pengasas Umno Rompin, saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan tapi dalam hati dan jiwa saya kini sudah tidak ada lagi Umno.

"Perit kami berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa, tapi hari ini saya sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri."

Demikianlah luah pengasas Umno Rompin, Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, 81, kepada Naib Ketua Pemuda PAS Pahang Fadzli Ramly ketika menziarahi tokoh tersebut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang, Abdul Majid Hassan, di rumahnya di Kampung Pulau Helang dekat sini baru-baru ini.

"Fadzli teruskanlah perjuangan demi anak bangsa dan agama," katanya kepada Fadzli yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Nik itu merupakan pejuang awal kemerdekaan dari Rompin sejak menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (STIC) bersama dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sebaik pulang dan berkhidmat di Rompin, beliau telah menubuhkan Umno Kuala Rompin dan rapat dengan bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.

Ketika perisytiharan darurat pada 1948, beliau sendiri berkawal di bandar Kuala Rompin.

Kini Cikgu Nik sudah tidak kuat lagi kudratnya dan terpaksa bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes.

Namun dalam kelemahan fizikalnya beliau tetap mengikuti perkembangan politik tanah air. Paling membimbangkannya ialah penghakisan tanah rizab Melayu serta ramainya bangsa Melayu yang terjebak dengan gejala sosial.

Difahamkan, ahli Umno sendiri kurang menziarah Tokoh Guru dan isterinya yang juga sedang sakit itu menyebabkan beliau merasa terpinggir dan berkecil hati.

SPR serupa macam HEP di kampus

Posted: 23 Jan 2011 12:16 AM PST

Mohd Aizat Mohd Salleh

Ketika kepanasan bahang pilihan raya kecil DUN Tenang, rakan-rakan mahasiswa kita di kampus kini sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya kampus (PRK) yang bakal menjelang akhir bulan Januari atau awal Februari ini.

Dalam pilihan raya umum, Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebagai badan yang menguruskan pilihan raya. Mereka bolehlah dianggap sebagai badan bebas yang melancarkan serta mentadbir urusan pilihan raya.

Jika dalam pilihan raya kampus, maka yang menguruskan pilihan raya itu adalah Jawatankuasa Pemilihan MPP yang biasanya yang menjadi ketua adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP). Peranannya sama, iaitu menguruskan pilihan raya kampus agar berjalan lancar.

Peranan

Kedua-dua badan atau jawatankuasa ini jika diperhatikan, sama tugasnya. Malah kadang-kadang turut sama 'perangainya'. Kedua-dua badan ini juga dipertikaikan kewibawaannya. Jika di luar, rakyat mempertikaikan, manakala di kampus adalah mahasiswa.

SPR dilihat seringkali menjadi alat kepada parti pemerintah (UMNO-BN), sedangkan sepatutnya badan bebas yang menguruskan pilihan raya sewajarnya tidak memihak mana-mana parti.

Misalnya, dalam ketetapan terbaru yang dinyatakan SPR ketika taklimat kepada parti bertanding di DUN Tenang bertarikh 21 Januari 2011, bahawa hanya parti yang bertanding sahaja yang dibenarkan meletakkan gambar dan lambang mereka.

Selain itu, tindakan SPR memindahkan pengundi berdaftar yang majoritinya berbangsa Cina ke pusat pengundian yang baru pada 17 Januari 2011 turut memperlihatkan tindakan menyelamatkan BN yang kehilangan sokongan pengundi Cina.

Ia serupalah apa yang berlaku di kampus. Dan peranan itu diambil oleh Jawatankuasa Pemilihan MPP untuk menyelamatkan calon-calon Aspirasi yang tidak disokong mahasiswa.

Misalnya di dalam pilihan raya kampus tahun lalu (2010) di Universiti Malaya, mereka memperkenalkan sistem pengundian yang baru iaitu e-voting. Dengan alasan ia lebih memudahkan pengiraan sedangkan tidak melalui perbincangan dengan mahasiswa.

Selain daripada itu, calon-calon Pro-Mahasiswa disekat daripada berkempen di kolej-kolej kediaman, dengan alasan bahawa kawasan berkempen di kolej hendaklah mendapat kebenaran pihak kolej yang mana keseluruhan pentadbir kolej adalah 'orang-orang' mereka.

Semua peraturan itu dicipta bagi memudahkan kemenangan mereka. Serupa saja apa yang dilakukan SPR kepada Pakatan Rakyat, dan HEP kepada mahasiswa di kampus.

PRK sendiri

Oleh kerana itu sejak dahulu lagi, mahasiswa menuntut agar pilihan raya kampus di universiti dikendalikan sendiri oleh mahasiswa. Bukan tidak percaya kepada pentadbiran mahupun HEP, bahkan rekod-rekod buruk mereka telah menghakis keyakinan mahasiswa kepada mereka.

Begitu juga yang berlaku kepada rakyat. Mana mungkin organisasi seumpama MAFREL dan badan antarabangsa perlu turun memantau pilihan raya jikalau pilihan raya itu telus dan adil.

Saya teruja dengan pendirian Pro-mahasiswa UPM yang mendesak pentadbiran agar pengurusan pilihan raya kampus dikembalikan kepada mahasiswa. Biarlah mahasiswa yang menentukan masa hadapan politik kampus mereka.

Peringatan

Parti pemerintah pada hari ini harusnya perlu bersyukur dengan sikap dan pendirian parti dan rakyat di Malaysia. Kita masih lagi 'sopan' dan 'lembut' dalam menangani soal-soal demokrasi dan penipuan parti pemerintah.

Justeru, pengiktibaran perlu diambil daripada apa yang berlaku kepada pemerintah Ben Ali di Tunisia. Rakyat bangkit melalui revolusi, bukan lagi demokrasi. Namun apa yang lebih membanggakan, ia dicetuskan oleh seorang mahasiswa atau anak muda yang membakar dirinya kerana kenaikan memeritkan harga barang.

Mungkin pilihan raya kampus akan datang ini medan menukarkan demokrasi kepada revolusi, andai jalan demokrasi disekat lagi? Ayuh bangkit anak muda dan mahasiswa!

Demo 10 orang petanda p’raya umum sudah dekat

Posted: 23 Jan 2011 12:04 AM PST

Salmah Mat Husain

PENGKALAN CHEPA: Demonstrasi yang hanya dihadiri oleh 10 orang masyarakat kampung termasuk beberapa orang luar dari Kampung Sabak berhubung kerosakan jalan di situ petanda pilihan raya umum tidak lama lagi.

Pegawai Khas Adun Chempaka, Hassan Mamat, ketika dihubungi memberitahu, perhimpunan aman yang berlaku di kampung berkenaan juga bertujuan untuk memburukkan imej Adun Chempaka, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Hasan berkata, demonstrasi aman yang dilaporkan oleh beberapa buah akhbar harian hari ini berhubung kerosakan jalan berkenaan hanya berunsur fitnah.

"Jalannya tidak rosak teruk sebagaimana yang digambarkan oleh media, sebaliknya hanya berlaku kerosakan kecil sepanjang 500 meter.

"Ianya juga berlaku akibat kenderaan berat yang membawa cerucuk besi keluar masuk untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah," ujarnya.

Katanya, jalan berkenaan tidak seteruk sebagaimana yang digambarkan, memandangkan ianya telah dibaiki awal tahun lalu.

Pada masa yang sama, menurutnya saluran air paip AKSB rosak menyebabkan jalan turut terjejas.

Beliau juga turut menafikan beberapa buah laporan akhbar harian hari ini yang mendakwa demonstrasi aman itu ada yang dihadiri 50 orang atau 2,000 malah 10,000 orang.

Tegasnya lagi, bagaimana kehadiran peserta demonstrasi sehingga 10,000 sedangkan pengundi hanya 1,000 sahaja.

Beliau juga tidak menolak demonstrasi berkenaan dianjurkan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk memburukkan imej Tuan Guru.

Katanya, beliau sendiri telah meninjau perkembangan jalan terbabit bersama Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rosdi Abdullah.

Hassan bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada pihak Jabatan Kerja Raya kerana telah membaiki jalan di Pulau Gajah.

Dakwaan saya dipulau Umno Labis satu fitnah, kata calon BN

Posted: 23 Jan 2011 12:01 AM PST



Pencalonan Azahar (kiri) dikhabarkan membuat Haslinda "naik angin". — Gambar oleh Choo Choy May

LABIS — Calon Umno-Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim menolak bulat-bulat dakwaan bahawa beliau "diboikot" kepimpinan Umno Labis ekoran pemilihannya sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini.

Mohd Azahar menegaskan dakwaan itu tidak benar dan fitnah semata-mata mahu menjejaskan imej beliau.

"Tak ada... tak ada... itu satu fitnah. Itu adalah politik, kalau lihat ramai yang ikut saya.

"Dakwaan itu tidak benar, ia adat politik," katanya selepas mengadakan lawatan di Pasar Awam Labis di sini pagi tadi.

Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Umno Labis tidak menyokong pemilihan Mohd Azahar sebagai calon, namun ia juga dinafikan Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh dan Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid.

Kedua-dua mereka sebelum ini disebut-sebut berpeluang menjadi calon.

Selain itu, Ketua Umno Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan sayap itu akan memberikan "sokongan 110 peratus" kepada Mohd Azahar dalam pilihan raya kecil kerusi Tenang yang kempennya bermula semalam.

Umno-BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan Rakyat diwakili oleh Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon.

Sebuah blog pro-Pakatan Rakyat juga menyebut pemangku Ketua Umno Labis dan Haslinda "naik angin" dengan pemilihan Mohd Azahar.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan turut menafikan Mohd Azahar diboikot kepimpinan Umno Labis.

"Dakwaan kata Umno Labis tak sokong tidak betul.

"Beliau (Mohd Azahar) mendapat sokongan daripada semua barisan kepimpinan, itu saya nafikan apabila kata beliau diboikot.

"Saya nak kata dakwaan kata bahagian (Umno Labis) tak sokong adalah satu fitnah," katanya.

Ketika ditanya mengenai isu yang akan dibawa sepanjang kempen pilihan raya kecil yang akan berakhir hujung minggu ini, Mohd Azahar bagaimanapun berkata beliau perlu memastikan kemenangan Umno-BN terlebih dahulu.

"Kami akan pastikan kemenangan dulu, akan fokus pada kemenangan dulu... kemudian baru lihat itu," katanya ringkas.

Dalam lawatan selama sejam itu, Mohd Azahar turut diiringi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong.

Tambah Mohd Azahar, sambutan yang diterima daripada pengundi di Tenang amat menggalakkan walaupun baru dua hari kempen.

"Sambutan daripada masyarakat Melayu, Cina dan India amat menggalakkan dan amat positif sekali.

"Kami akan terus dekati rakyat untuk pastikan kemenangan BN," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

MIC mahu Putrajaya hormati pendirian gesa novel ‘Interlok’ digugur

Posted: 22 Jan 2011 11:52 PM PST



Palanivel menegaskan Kementerian Pelajaran perlu menghormati pendirian wakil-wakilnya yang mahu novel Interlok ditarik balik dan tidak digunakan sebagai teks sastera di sekolah. — Gambar fail

KUALA LUMPUR— MIC mahu Kementerian Pelajaran menghormati pendirian wakilnya yang menggesa agar Putrajaya menarik balik novel "Interlok" daripada digunakan sebagai bahan teks sastera Tingkatan Lima.

Presidennya Datuk G. Palanivel berkata, kesemua tujuh ahli panelnya pada pertemuan dengan Kementerian Pelajaran Selasa lalu telah bersetuju bahawa novel kontroversial itu wajar ditarik balik daripada digunakan di sekolah.

"Tiada konsensus bahawa buku berkenaan selari dengan semangat 1 Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini mengulas pandangan Menteri Pelajaran kelmarin dan respons balas salah seorang wakil MIC semalam.

Justeru kata beliau, tidak harus ada kenyataan untuk membuat rakyat seolah-olah mempercayai bahawa kandungan novel itu selari dengan gagasan 1 Malaysia dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata beliau, jika begitulah keadaan, perkembangan itu satu kekecewaan besar.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa wakil MIC yang bertemu Kementerian Pelajaran minggu lalu telah menegaskan bahawa novel subjek sastera "Interlok" yang kontroversi harus ditarik balik daripada digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima.

Justeru menurut salah seorang wakilnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wakil-wakil yang hadir telah bersetuju novel itu baik dan patut digunakan serta selari semangat 1 Malaysia adalah satu pandangan yang berbeza sama sekali.

Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr A. Nagappan berkata, kesemua enam wakil MIC telah menzahirkan pendirian sebulat suara bahawa novel itu tidak wajar dibenar untuk digunakan sebagai teks sastera atas alasan kandungannya tidak sesuai bagi tujuan memupuk integrasi dan semangat 1 Malaysia.

"Kami telah mengetengahkan satu pendirian bersama... pendirian kami, wakil MIC (dalam pertemuan minggu lalu) ialah novel ini wajar ditarik balik, tiada cadangan lain daripada kami selain meminta ia tidak digunakan di sekolah," kata Nagappan.

"Oleh itu satu perkara (novel patut digunakan) yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin tidak benar," katanya.

Kata beliau, pihaknya berpendapat bahawa novel itu tidak wajar digunakan sebagai buku teks sastera berdasarkan pada keseluruhan kandungan ke atas pembangunan sosial masyarakat negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, Palanivel berkata, wakil panel MIC telah menzahirkan bahawa mereka tidak akan mengadakan pertemuan lagi dengan Kementerian Pelajaran jika apa yang diketengahkan pada pertemuan minggu lalu diperlekehkan.

"Ini bukan soal ego atau hilang air muka (mana-mana pihak)," kata Palanivel lagi.

Katanya, di sebalik perkembangan semasa terdapat perkara lebih besar yang perlu ditangani dan pihaknya "tidak mahu mempolitikkan isi ini."

"Tulisan-tulisan yang memberi kesan ke atas perasaan mana-mana kumpulan di Malaysia tidak harus diperkenalkan sebagai sebahagian sukatan sekolah.

"Biar kita tidak menyemai sikap prejudis di kalangan golongan muda. Ia amat sensitif dan berisiko untuk mendedahkan tulisan sedemikian kepada kanak-kanak yang bersekolah," katanya lagi.

Palanivel menambah, MIC berdiri bersama keputusan yang diambil oleh ahli-ahli panel terbabit, yang menurutnya merupakan pasukan yang berpengalaman.

"Kami berharap Kementerian Pendidikan akan faham dan menghormati kehendak dan perasaan komuniti kami dan datang dengan keputusan yang tegas dan segera dalam isu ini," katanya lagi.

Katanya, langkah meletakkan nota kaki, glosari dan garis panduan tambahan tidak akan membantu menyelesaikan isu semasa ini.

Mempertahankan pendirian itu, Palanivel berkata, idea pendidikan seks di sekolah juga dibincang dan dibahaskan dengan serius sebelum ia hendak diperkenalkan.

Kelmarin, Muhyiddin dipetik berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel "Interlok" di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.

Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.

"Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini termasuk menyediakan glosari, nota kaki dan panduan yang jelas disediakan kepada guru yang mengajar novel ini," kata beliau ketika mengulas perkembangan terbaru mengenai isu "Interlok".

Muhyiddin berkata, perbincangan mengenai novel tersebut akan diteruskan dengan pemimpin MIC sebelum keputusan muktamad diambil Kabinet sama ada meneruskan penggunaan novel tersebut dalam Sastera tingkatan lima atau sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, beliau telah menjelaskan mengenai hasil perbincangan antara panel terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran dan pemimpin MIC sebelum ini kepada Kabinet Rabu lalu.

Berdasarkan makluman, perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang baik, intelektual, profesional dan semua ahli panel mendengar hujah dan pandangan dalam suasana mesra, kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, sekiranya diteliti secara mendalam, (kandungan novel) tidak ada apa yang arus dibimbangkan.

"Pada peringkat akhirnya, saya dimaklumkan semua ahli panel akhirnya bersetuju bahawa novel 'Interlok' adalah sebuah novel yang baik. Novel 'Interlok' menyeru kepada soal perpaduan kaum. Ia selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

"Cuma ada kebimbangan MIC atau pun beberapa pihak dalam kelompok masyarakat India terhadap beberapa perkataan yang digunakan. Penulis ini (Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain) apabila dibaca secara keseluruhannya tidak ada niat untuk menghina atau memperkecilkan mana-mana kaum dalam novel itu," kata Muhyiddin lagi.

Selain Nagappan lima wakil MIC yang menghadiri pertemuan Selasa lalu terdiri daripada Presiden Hindu Sangam Malaysia RS Mohan Shah, Ketua Jabatan Pengajian India Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr S. Kumaran, Pengerusi Biro Pendidikan MIC Tan Sri Dr T. Marimuthu, bekas pegawai Kementerian Pelajaran G. Krishnabagwan dan Presiden Club Bell Tamil Malaysia SV Lingam.

Penggunaan novel karya Abdullah, yang diterbitkan DBP sebagai teks sastera itu, menimbulkan kontroversi kerana ada kandungannya dikatakan menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Nagappan juga berkata, wakil-wakil MIC itu telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan semalam dan memutuskan agar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC membuat satu keputusan segera selari dengan pendirian yang diketengahkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pelajaran minggu lalu.

Pendirian itu sewajarnya dimaklumkan kepada masyarakat India negara ini, kata wakil itu.

Reaksi Terhadap Nik Aziz: Ia Adalah Cerminan Fikiran

Posted: 22 Jan 2011 11:36 PM PST


Membaca itu pintu pengetahuan alam.

Prof Shaharil Mohamad Zain

Oleh Azizi Abdullah

Apabila saya menulis di dalam blog ini tentang 'Pertemuan Blogger Dengan Kerajaan Kelantan' pada 15hb Januari 2011, ia telah mendapat reaksi yang mencerminkan kematangan berfikir dan kecangkatan, kebebalan fikiran dan sikap.

Tidak matang berfikir, bebal dan tidak berilmu secara telah mencerminkan betapa sebahagian besar kita (tentu sekali Melayu/Islam) masih diserkupi dengan jumud, terperap pemikiran, beremosi 'benci yang amat sangat' menguasai kewarasan.

Tentulah sangat dukacita, dalam era gerbang maya ini masih ada orang-orang (Melayu/Islam) yang dikuasai kebebalan kerana malas membaca, malas berfikir dan minda tidak terbuka.

Puncanya satu. Apabila saya menjawab komentar Usin 12:45 am. Usin menampakan kematangan kerana beliau membuat komen terhadap Kerajaan Pas Kelantan, malangnya lain dari itu tulisan itu penuh dengan emosi dan pandang jahat.

Apabila saya menyebut Nik Aziz itu sebagai manusia ZUHUD, maka muncullah komentar 'bebal' yang menampakan sempitnya cara berfikir. Lantas tohmahan terhadap Nik Aziz ditulis secara melampau dengan kata-kata 'Zuhud Kambing' 'Maki orang' 'Bapa sesat,' dari Anonymous 11;50. Kemudian dikatanya lagi 'Serban besar bakul tapi perut busuk macam najis, Anonymous 11;54. Kemudian Anonymous 9:45 am dari Jab Suka Pungkok mengeluarkan perkataan yang mencerminkan tidak matangnya kita berfikir.

Jika anda pernah membaca kritikan saya terhadap Pas, termasuk kepada Nik Aziz, anda akan berjumpa beberapa teguran, kritikan, hentam terhadap mereka. Saya tidak pernah memuja Nik Aziz dan Pas tidak semuanya betul. Jika anda membaca tulisan Dr.Kasim Ahmad berkenaan Najib, Kasim juga mengakui bahawa pada asasnya manusia tidaklah semuanya sempurna. Begitu juga dengan Nik Aziz.

Bagaimana dengan zuhud yang saya namakan kepadanya?

Ini adalah pandangan saya hasil dari penelitian gaya hidup, cara berfikir ketika beliau sedang berada di tengah gelombang politik, demokrasi dan material. Tapi rupanya mereka yang menyanggah dengan bebal dan emosi meluat tidak merujuk kepada pengertian zuhud.

Nik Azizlah yang menjadi sasaran komentar bebal dan tidak berilmu ini, bukan berhujah apakah sebenarnya ia zuhud atau materialistik.

Saya dukacita dan merasa terpanggil kepada mereka ini. Demi Allah, tidaklah bermaksud supaya mereka tunduk menjilat ludah Nik Aziz atau mencium tangannya. Tapi marilah kita menjadi orang yang berfikiran terbuka, matang melalui ilmu dan bukan beremosi bebal.

Saya juga tidak mahu mendesak supaya percaya kepada Nik Aziz, tapi tidak bolehkah kita bersikap terbuka, lega dan lapang berfikir di era dunia maklumat ini?

Kepada mereka ini saya syorkan mendapatkan buku KEPIMPINAN TOK GURU NIK AZIZ, Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Zaman.

Saudara! Jangan jijik, jangan bebal apabila mendengar nama Nik Aziz. Ajaklah hati dengan tenang, ajak fikiran secara terbuka, maka bacalah buku kecil setebal 76 muka, manakala bahan rujukan muka 77- 82, termasuk rujukan Yusuf Ali M.A. The Holly Qur`an.

Sdra, janganlah bebal. Mari tenangkan emosi!

Saya tidak minta anda percaya kepada buku ini, Tapi saya minta anda hormati bahan kajian sarjana, orang bijak pandai, rujukan hampir 100 buku.

Bukui ini ditulis oleh Sarjana Shaharir Mohamad Zain Mantan Prof. Matematik-Fizik Universiti Kebangsaan, Universiti Malaysia (UTM) dan Mantan Presiden Akademi Sains Islam Malaysia. Rujuk Biografinya untuk mengetahui kehebatan beliau.

Prof Shahrir ini bukan ulama. Dia sarjana Matematik-Fizik yang tidak pernah tahu berapa hasta serban Nik Aziz. Tapi sebagai sarjana, dia telah membuat kajian bersifat adil, terbuka, tidak emosional, tidak fanatik. Dia juga bukan orang Pas.

Sdra! Juga saya tidak paksa sdra percaya, tapi bacalah dengan sifat intelektual, bacalah dengan kritis. Tak tebalpun. Kalau malas-malas baca, dua hari boleh habis. Kalau anda kaki membaca, tiga jam habis.

Baca dan kemudian berfikir, apakah tohmahan tentang 'serban Nik Aziz, kaki bohong, suka mengata kat orang, bodoh memerintah, Kelantan tak boleh maju' akan terjawab apabila anda membaca bab; Gaya Kepimpinan Nik Aziz Yang Serasi Dengan Jiwa Melayu, Aksiom Kepimpinan Sarjana Tamadun Islam dan Kepimpinan Nik Aziz, Kepimpinan Nik Aziz Mengikut Bukhary al-Jawhary, Aksiom Kepimpinan Barat Mutakhir dan Kepimpinan Nik Aziz, Cakravantin dan Kepimpinan Melayu Kini dan Natijah Kepimpinan Nik Aziz.

Sekali lagi saya minta saudara jangan emosional dan jangan bebal. Saya percaya apabila anda menbaca ini setidak-tidaknya anda terfikir dan tertanya apakah anda adil menganggap Nik Aziz seperti anda tohmah itu? Kecuali jika anda hanya mencemik bila melihat buku ini dan terus bebal mengatakan Nik Aziz 'Zuhud Kambing.'

Saya tidak membela terhadap kritikan blog saya. Saya terbuka. Tapi saya amat kasihan dan bersimpati kepada saudara dan kawan-kawan yang tidak terbuka fikiran, bersifat bebal dan masih menjadi golongan yang tidak pernah tahu pemikiran orang lain.

Memang benar, Profesor Shaharir bukan Qaradawi atau Mahathir. Tapi bagi mereka yang menghormati ilmu, ternyata Prof Saharir bukan calang-calang orang. Pendapat dan penulisannya bertaraf dunia, lainlah kalau saudara masih juga bersikap bebal menolak dengan kata-kata; piirraaahhh!

Ini adalah analisis secara akdademik, bukan ulasan dari penyokong atau pengampu. Dia bukan lebai pondok Paya Tumbuh, tapi pakar Matematik-Fizik yang bukan sekadar matematik 2 x 5= 10.

Bacalah! Setidak-tidaknya anda akan mendapat keadilan berfikir. Saya sangat mengalu-ngalu pemikiran kritis tetapi bukan bebal. Kemudian terpulang kepada anda sama ada menerima atau menolaknya.

Kepada Jab, dapatkanlah buku kecil ini. Kalau sukar nak dapat, hubungi saya. Saya boleh sedekah.

Salam.

http://aziziabdullah.blogspot.com/

Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat

Posted: 22 Jan 2011 11:32 PM PST

SELATAN ONLINE

LABIS : Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.

Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.

Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat.

"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.

"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.," jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.

Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.

Kelibat 'Angelina Yam' mengejutkan jentera MCA, BN kelam kabut ?

Posted: 22 Jan 2011 11:22 PM PST

SELATAN ONLINE

Kelibat 'pelakon porno' tidak kelihatan ketika perarakan calon menjadi tanda tanya. Ramai penyokong BN menyedarinya. Penyokong MCA sudah menduga. Ketika seluruh jentera parti BN/UMNO sibuk melaungkan 'Hidup Melayu', lebih kurang 200 penyokong MCA yang turut serta sekadar melaungkan slogan 1Malaysia.

Namun dari riak wajah mereka, mereka kesal kerana slogan 'Hidup melayu' sudah tidak releven lagi dikemuncak Hari seperti mengarak calon., ia berbaur sangat Racist.
Berdasarkan kepada statistik daftar pengundi di DUN Tenang, 39% pengundi adalah dari kaum Cina daripada jumlah keseluruhan 14,753 pengundi. DUN Tenang berada didalam kawasan Parlimen Labis dimana diwakili oleh anak Chua Soi Lek, iaitu YB Chua Tee Yong.

Desas desus yang bertiup kencang sejak semalam, menyebut bahawa pimpinan BN khususnya UMNO berada dalam suasana tidak 'selesa' sekiranya perarakan calon BN pada hari ini turut disertai oleh pelakon porno itu.

Isunya, ramai yang marah apabila pelakon porno itu cuba mencampuri soal hukum di dalam agama islam sewaktu berkempen. Walau bagaimanapun isu itu dapat diselesaikan lewat tengahmalam tadi oleh pimpinan BN.

Seorang penyokong BN ketika ditanya oleh pemberita ketika selesai perarakan calon pagi tadi telah mengesahkan bahawa tidak ada kelibat pelakon porno itu pagi tadi.
* LEBIH PANAS BERAPI : KHABARNYA 'ANGELINA YAM' yang mengegarkan negara satu masa dahulu yang beraksi hebat didalam DVD ter'HOT' sambil ber'silat goncang', 'lipat kijang' dan 'lipat tanduk' kini telah berada di DUN Tenang. Untuk apa beliau di Tenang? Tunggu saja paparan ekslusifnya.

Hal ini benar-benar membimbangkan jentera BN/UMNO di Tenang, lebih-lebih lagi jentera MCA. Tunggu paparan panas dan mengejutkan, tidak mustahil jika di Permatang Pauh, ada Ustaz Ramlang Porigi, maka di Tenang pula tidak mengejutkan pula jika adanya kelibat" Angelina Yam'.

- albanjarionline

'Bu Sien Tau' iringi kempen Cikgu Mala

Posted: 22 Jan 2011 11:21 PM PST

N.05 DUN TENANG

LABIS -
"Cikgu mari!" jerit beberapa orang anak berbangsa Tionghwa sebaik sahaja melihat kehadiran calon PAS itu di Pekan Labis. Mereka yang sedang bersedia untuk memasuki kelas tuisyen, tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Cikgu Normala.

Cikgu Normala memulakan hari pertama kempen di pekan Labis dengan mengunjungi kedai-kedai sambil mengedarkan kad Tahun Baru Cina dan limau kepada peniaga di situ.

Beliau turut diiringi oleh empat Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina.

Kehadiran Tian Chua, Hee Loy Sian, William Leong, William Leong dan Gan Pei Nei itu lambang sokongan padu rakan-rakan Pakatan Rakyat kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang ini.

Perjalanan kempen turut dimeriahkan dengan lagu mandarin 'Bu Sien Tau' yang digubah liriknya, sesuai dengan suasana pilihanraya.

"Pilihanraya kecil sudah tiba di Tenang. Menyambut pilihanraya kecil, mengundi Pakatan Rakyat," lagu mereka berulang kali.

BN kurang mendapat sokongan pengundi muda dan Tionghua

Posted: 22 Jan 2011 09:34 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/P1220717.JPGBULETIN ONLINE

LABIS - Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menghadapi masalah calonnya yang dikatakan kurang mendapat sokongan padu Umno Bahagian Labis tetapi kurang juga penglibatan anak-anak muda serta masyarakat tionghua.

Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati pada hari penamaan calon penyokong BN lebih dimonopoli oleh golongan wanita serta warga emas.

(Gambar - Hanya golongan warga emas ....... dimana puterinya?)

Malah, perarakan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim ke pusat penamaan calon hanya diiringi oleh 5,000 orang penyokong yang 'diimport' serta dibayarnya.

Kebiasaannya, perarakan calon BN juga diiringi dengan pelbagai acara sampingan termasuk paluan kompang serta peralatan hiburan bagi menaikkan semangat para penyokongnya.

Tetapi, kali ini sangat berlainan dan suasananya hambar yang membosankan para penyokong Umno-BN serta kelihatan lebih awal meninggalkan lokasi perhimpunan tersebut.

Manakala, di pihak PAS pula sokongan golangan muda lebih menonjol dengan kehadiran lebih 20,000 penyokong yang mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlid Daerah Labis, dekat sini.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi serta menunaikan solat hajat pada jam 7.30 pagi di satu kawasan lapang di Pekan Labis.

Kelihatan para penyokong PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP begitu bersemangat termasuk di kalangan masyarakat setempat.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon, Normala Sudirman yang disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Penduduk berdemo tuntut kawasan perumahan dihubung lebuh raya

Posted: 22 Jan 2011 09:26 PM PST

Fadzly Esa

Lebih 500 penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang berdemo semalam laluan dibina agar kawasan perumahan mereka dihubungkan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKSE) yang bakal siap pada pertengahan tahun 2012.

Ini kerana, menurut semasa pembelian rumah pihak pemaju telah menjanjikan laluan tersebut termasuk menyediakan kemudahan asas antaranya dewan serbaguna dan sebuah stesen petrol.

"Semua itu hanya janji tinggal janji sahaja kerana sehingga kini tiada sebarang kemudahan asas disediakan kepada penduduk yang mendiami kawasan itu dianggarkan 20,000 orang.

"Kami terpaksa mengisi minyak petrol kereta sejauh 20 kilometer terletak di Bandar Country Height," kata salah seorang penduduk, Mohd Tarmizi Kasirun,45 yang telah menghuni di kawasan berkenaan sejak tahun 2000.

Demonstrasi aman dan memorandum tuntutan kepada pemaju dilancarkan oleh ahli jawatankuasa badan bertindak KLKSE dipimpin oleh Norazman Samsudin.

Sepanjang perarakan itu, Komunitikini mendapati penduduk melaungkan kata-kata provokasi mengkritik pihak pemaju gagal mengotakan janji membina susur keluar yang menghubungkan kawasan perumahan itu ke lebuh raya KLKSE.

Sambil memegang poster dan kain rentang, segelintir penduduk turut berarak menggunakan motosikal sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan sekali gus mengakibat keadaan lalu lintas jalan raya menjadi sesak.

Selepas berdemo, penduduk kemudiannya dijemput berdialog dengan pemaju AP Land Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pemegang konsesi lebuh raya itu Binapuri dan juga anggota Parlimen Selayang, William Leong

Namun, bahang matahari yang mula terasa sekitar jam 12 tengah hari itu menghangatkan lagi suasana sepanjang sesi dialog apabila berlaku 'perang psikologi' antara penduduk dan wakil pihak berwajib yang berakhir sejurus azan Zohor berkumandang.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang sesi dialog berlangsung.

Beberapa anggota polis ditempatkan di dataran Puteri Central Park bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Pengarah kepada salah sebuah anak syarikat AP Land, Datuk Nordin Razak berkata, pihaknya berjanji draf plan KLKSE akan diserahkan kepada pihak berwajib untuk kelulusan dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, proses pengambilan tanah bagi membinan 'laluan' di KLKSE perlu mengambil masa selama enam bulan kerana berdasarkan maklumat diperolehi status tanah tersebut dimiliki syraikat lain.

"Kerja pembinaan laluan susur keluar 440 meter menghubungkan kawasan perumahan penduduk ke lebuh raya tersebut dijangka siap anggaran tempoh 2 tahun," katanya pada majlis penerangan dan dialog bersama penduduk Bandar Tasik Puteri, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan KLKSE Berhad, Amran Amir, Jurutera Kanan KLKSE Berhad, Sheikh Ahmad Sheikh Abdul Aziz, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Shahril Amin Ahmad, Penolong Pengarah LLM, Burhanudin Yusof Aziz, Pengarah Projek AP Land, Lee Kok Wah serta ahli majlis MPS, Zaidy Abdul Talib.

Majlis penerangan dan dialog penduduk bersama wakil daripada beberapa agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Penduduk (JKP) Zon 24, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pada sidang media, selepas itu, ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyambut baik cadangan penduduk menubuhkan jawatankuasa penyelaras melibatkan penduduk,agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi memantau secara terperinci dari peringkat awal sehinggalah projek berkenaan siap sepenuhnya.

Menurutnya, jawatankuasa penyelaras akan ditubuhkan dalam jangka masa terdekat dengan mengambil kira masalah dihadapi penduduk sejak sekian lamanya.

"Kita akan adakan perjumpaan secara berkala bersama wakil penduduk dengan semua wakil pihak berwajib yang terlibat bagi memastikan kerja pembinaan ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Jawatankuasa itu akan memantau kontraktor bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut untuk mengelakkan timbulnya isu kerja pembinaan lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan," ujarnya.

Hakisan tebing Sungai Pegalan ancam nyawa penduduk sekitar

Posted: 22 Jan 2011 09:25 PM PST

KENINGAU KINI

KENINGAU: Ancaman hakisan tebing Sungai Pegalan yang semakin kritikal di sepanjang kira-kira 15 kilometer di sini, memberi tekanan kepada ribuan penduduk sekaligus meletakkan nyawa mereka terdedah kepada risiko.

"Inilah senario kehidupan kami, dan ia benar-benar menakutkan," dedah Pengerusi Bertindak Jawatankuasa Menangani Hakisan Tebing Sungai Pegalan, WKAN Mohd Said Asmat, 52, kepada akhbar ini.

Said berkata, pelbagai cara telah dibuat bagi menangani hakisan tebing itu, dan ini termasuk meminta jasa baik ahli-ahli korporat serta pemilik syarikat supaya menaja projek pelurusan sungai itu, tetapi katanya usaha itu masih belum dilaksana berikutan kelambatan pihak tertentu untuk mengeluarkan surat arahan kerja kepada syarikat berkenaan.

"Semua sudah bersetuju untuk keadah seperti ini dan ia termasuk Wakil Rakyat Bingkor, Pegawai Daerah, Jabatan Parit dan Saliran serta beberapa jabatan yang lain, bagaimanapun surat kebenaran yang dipersetujui belum lagi dikeluarkan," katanya.

Sehubungan dengan itu Said merayu jabatan terbabit seperti Jabatan Tanah dan Ukur supaya mengeluarkan surat kebenaran yang dipersetujui kepada syarikat yang dilantik, bagi memudahkan proses pelurusan dibuat dengan segera.

Mesyuarat antara jawatankuasa itu bersama pihak berkuasa tempatan kira-kira sebulan yang lalu meluluskan, perlantikan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja pelurusan sungai itu, berdasarkan kaedah 'menang, menang'.

"Syarikat dibenarkan untuk mengorek dan mengambil batu pasir di tapak yang terlibat, bagi tujuan membiayai kos pembinaan projek itu," jelas Said.

Bagaimanapun katanya, perlaksanaan arah perintah yang dipersetujui masih belum ditunaikan, ekoran daripada kelambatan pengeluaran surat kebenaran daripada Jabatan Tanah dan Ukur.

Ekoran daripada kelambatan itu tambah Said, hakisan tebing sungai itu semakin menjadi-jadi.

"Kini semakin luas tanah petani yang sudah terhakis," tambah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu, WKAN Hilary Ongoron, 58.

Said dan Hilary berkata, hakisan tebing sungai itu dikesan sejak tahun 1975 dan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 20 lot tanah yang melibatkan keluasan kira-kira 300 ekar.

Mereka memberitahu, sekurang-kurangnya 1,000 ekar sawah akan musnah jika masalah hakisan itu tidak diselesaikan dengan segera.

PRK Tenang: Fitnah ‘Zina’ Tidak Berasas - Normala

Posted: 22 Jan 2011 08:58 PM PST

LABIS: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.

"Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.

"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu.

Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Penulis yang dikenali sebagai 'Suara Dari Bumi' mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.

"Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang," katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah 'zina' itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.

"Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini.

"Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut," katanya.

Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas.

Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh.

Kalau nak debat soal peribadi saya sedia, Anwar cabar Najib

Posted: 22 Jan 2011 07:05 PM PST



Anwar berceramah di Taman Gunung Emas, Labis malam tadi. — Foto Choo Choy May

LABIS — Datuk Seri Anwar Ibrahim turun membantu kempen PAS-Pakatan Rakyat di Tenang malam tadi dengan mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai soal peribadi jika perdana menteri terus menyerang soal peribadinya dan tidak sanggup sentuh dasar ekonomi kedua-dua perikatan.

Dua minggu lalu Anwar mencabar Najib agar berdebat berhubung dasar ekonomi kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat termasuk mengenai Buku Jingga.

"Saya cabar debat soal ekonomi tapi beliau (Najib) cakap peribadi, tapi kalau nak debat peribadi saya terima.

"Saya beri ingatan kepada beliau, kalau sebut lagi soal peribadi, saya cabar beliau debat soal peribadi.

"Tapi sekarang adalah soal ekonomi sebab itu saya cabar debat soal ekonomi," kata Anwar ketika memberikan ceramah di Taman Gunung Emas di sini malam tadi.

Ketika berada di sini awal minggu lalu, Najib berkata Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi semalam dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis Normala Sudirman, 38.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Anwar, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Najib berdebat soal ekonomi mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat, namun ditolak pengerusi BN itu.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Selasa lalu, Anwar sekali lagi mencabar Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dengan menulis surat secara formal.

Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar mempertahankan Program 100 Hari Pakatan Rakyat sambil menyifatkan gabungan tiga parti komponen termasuk PAS dan DAP mampu memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

"Ini program (100 Hari Pakatan Rakyat) kita buat bukan untuk lima tahun, tapi 100 hari kalau kita perintah (Putrajaya) kita akan laksanakan.

"Perdana Menteri kata kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia akan bankrap, saya tak cabar beliau debat tapi beliau kata kita tidak bertanggungjawab.

"Kalau kita perintah ini yang akan kita lakukan, mana negara akan bankrap... negara bankrap kerana pemimpin curi duit rakyat dan rasuah," katanya.

Tambah Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya barisan kepimpinan parti itu akan memastikan pentadbiran negara akan berjalan dengan baik tanpa amalan-amalan yang tidak baik.

"Jadi pemimpin bagi wang kepada kroni, bila tanya kata jaga rakyat... sebab itu saya ajak Perdana Menteri berdebat tapi beliau mengelak.

"Saya tahu beliau tidak boleh jawab... maknanya kalau kita memerintah kita tidak akan bertolak ansur, kita akan hukum siapa yang terlibat baik orang Melayu, Cina atau India.

"Sebab itu kita yakin kalau boleh perintah kita akan bersihkan dan kembalikan wang rakyat," katanya.

PRK Tenang:PR bantah SPR tukar tiga lokasi pusat mengundi

Posted: 22 Jan 2011 04:13 PM PST

SELANGOR KINI


LABIS – Pakatan Rakyat menyuarakan rasa dukacita dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar lokasi tiga pusat mengundi DUN Tenang sehari sebelum tarikh penamaan calon.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali berkata, keputusan tersebut memberi masalah kepada pengundi-pengundi di kawasan itu berikutan lokasi yang lebih jauh.

"Saya pernah menyatakan perubahan di saat akhir tidak begitu baik. Sepatutnya ini dimaklumkan lebih awal kepada kami supaya boleh membuat persiapan. Jadi apabila saat akhir tidak begitu bagus kepada pengundi sebab perubahan tempat ini lebih satu kilometer," jelas beliau selepas perasmian Jentera Muslimat PAS di sini petang tadi.

Perkara pertukaran lokasi mengundi itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof pagi tadi.

Pusat mengundi yang terklibat adalah SK Labis, SJKC Labis dan SJKT Labis.

Mustapha turut tidak menolak cubaan pihak tertentu mengurangkan undi kaum Cina kepada PAS.

"Saya tidak tahu apakah muslihat perubahan ini sebab SPR ini ada cara yang kita rasa tidak begitu menepati apa yang sepatutnya dilakukan," ujar beliau lagi.

Mustapha menambah Pakatan Rakyat akan membawa perkara tersebut supaya dibincangkan pada mesyuarat bersama SPR 24 Januari nanti.

Pada mesyuarat Pakatan Rakyat bersama SPR minggu hadapan, Mustapha bersama kepimpinan PKR dan DAP akan membincangkan empat isu penting iaitu tentangan 100 peratus undi proksi, undi pos, persempadanan pilihanraya cukup tempoh dan penukaran lokasi mengundi.

Sheikh Muszaphar akan dilantik Kolonel RELA

Posted: 22 Jan 2011 04:10 PM PST

BERNAMA

Ikatan Relawan Rakyat (RELA) meletakkan sasaran lebih ramai golongan kenamaan menyertai organisasi terbabit sebagai Ahli Kehormat dalam usaha memantapkan organisasi sukarela itu.

NONEKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata ia termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

"Dengan adanya Ahli-ahli Kehormat ini, mereka dapat memberikan idea dan inisiatif untuk memperbaiki dan memantapkan Rela, serta dapat mempengaruhi lebih ramai orang untuk menyertai kumpulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Ahli-ahli Kehormat Rela Seluruh Malaysia di Putrajaya hari ini.

Mahmood berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 800 Ahli Kehormat RELA dari seluruh negara, yang terdiri daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan peringkat daerah.

malaysia astronaut dr sheikh muszaphar shukorBeliau berkata, salah seorang kenamaan yang sudah bersetuju untuk menyertai RELA sebagai Ahli Kehormat adalah Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, yang akan diberikan pangkat tidak rendah daripada Kolonel sesuai dengan kelayakannya.

"Kita boleh gunakan beliau untuk memberi motivasi kepada anggota RELA yang lain," katanya.

Bengkel yang pertama seumpamanya itu dihadiri lebih 120 Ahli Kehormat dengan bertujuan membincangkan peranan dah fungsi ahli-ahli terbabit dalam organisasi itu serta menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk organisasi yang mempunyai keanggotaan seramai hampir 3 juta sukarela itu.


Tiada ulasan: