Khamis, 20 Januari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


| Arahan Lalu Lintas Penamaan Calon N05 Tenang

Posted: 20 Jan 2011 06:15 AM PST

SELATAN ONLINE

Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada parti bertanding berkaitan arahan lalu lintas sempena penaman calon N05 Tenang pada 22/1/2010 Jam 9.00 pagi.

Arahan daripada pengarah operasi bilik gerakan PAS N05 Tenang adalah seperti berikut:

1. Penyokong yang ingin menyertai perarakan untuk penamaan calon diminta berada di Pekan Labis sebelum jam 12 tengah malam 21/1/2011.

2. Sekiranya melepasi waktu tersebut, para penyokong dari KL/utara diminta keluar di tol tangkak menuju ke bandar Segamat dan melalui jalan Pogoh seterusnya menuju arah Labis dari segamat. Ini kerana seluruh jalan Di tengah bandar Labis bermula simpang Balai Polis Labis hingga ke Petronas kedua akan ditutup tepat 12.01- 22/1/2010.

3. Bagi arah selatam melalui Yong Peng, anda diminta meletakkan kenderaan di sekitar kawasan maybank sebelum balai Polis Labis dan jalan Muar-Labis sebelum masjid Labis.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

7.00 a.m : Berkumpul di dataran Wayang Pacak PAS Labis

7.30 a.m : Solat hajat dipimpin Dewan Ulama' PAS

8.00 a.m : Perarakan Penamaan calon sejauh kira-kira 1.5 km mengikut arahan lalu lintas urusetia bilik gerakan operasi.

Moga Dipermudahkan olehNya.

Takbir!!

Makkal Sakti Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 20 Jan 2011 06:14 AM PST

N.05 DUN TENANG

LABIS- Parti Makkal Sakti yang kini diterajui oleh Kannan Ramasamy selepas perlantikannya di Mesyuarat Agung Tahunan September 2010 menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS, Normala Sudirman bagi PRK Tenang kali ini.

Sanjay Suramaniam selaku Naib Presiden parti tersebut memaklumkan antara objektif utama penubuhan Parti ini adalah untuk memperjuangkan hak kebajikan masyarakat India di Malaysia dan lebih bersifat natural terhadap mana-mana parti politik.

Menurut beliau, masyarakat India kini sudah bosan dengan pemberian hamper dan janji-janji manis Barisan Nasional (BN) terhadap mereka setiap kali pilihan raya berlaku.

Bercakap mengenai permasalahan presiden parti tersebut, beliau berkata;

"Sebelum ini, Parti Makkal Sakti adalah di bawah kepimpinan Rs Thanenthiran yang pro kepada BN.

"Tetapi, beliau tidak mendapat sokongan majoriti ahli parti kerana tidak membawa suara ahli seperti objektif sebenar penubuhan parti.

"Sehingga kini, beliau masih mendakwa dirinya sebagai presiden walaupun telah dilucutkan jawatan kerana tidak menghadiri mesyuarat lebih daripada 3 kali berturut-turut."

Beliau yang ditemui di Markaz Operasi PAS petang tadi, yakin bahawa majoriti masyarakat India di Tenang akan memberi undi kepada calon PAS disebabkan masalah rakyat tempatan yang diabaikan UMNO selama 53 tahun berkuasa di Johor dan khususnya di Tenang.

Mazlan cabar Mazlan

Posted: 20 Jan 2011 06:11 AM PST

N.05 DUN TENANG

LABIS : Ketua Penerangan PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'Ahmad Mazlan untuk berdebat berkaitan kebajikan Felda.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberi tempoh selama 4 hari kepada Ahmad Mazlan untuk menyahut cabaran ini berikutan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengenai urusan Felda.

"Surat akan dikeluarkan pada 22 Januari ini dan tarikh debat pada 27 Januari iaitu 3 hari sebelum tarikh buang undi.

"Tempat debat di DUN Tenang dan terpulang pada beliau (Ahmad Mazlan), sekiranya beliau ingin buat di Bilik Gerakan BN sekalipun, saya sanggup hadir", kata beliau dalam satu sidang media di Markaz Operasi PAS pagi tadi.

Beliau berharap, Ahmad Mazlan sanggup menyahut cabaran ini kerana dalam musim pilihan raya inilah masa yang sesuai untuk masyarakat khususnya DUN Tenang menilai dan mengetahui masalah Felda.

Tambahan pula, majoriti pengundi di DUN Tenang adalah di kalangan masyarakat Felda.

Selesa dengan kekurangan

Posted: 20 Jan 2011 06:06 AM PST

N.05 DUN TENANG

FELDA CEMPELAK, : "Sebenarnya mereka tidak tahu masih banyak lagi hak mereka yang tidak terbela. Walaupun generasi pertama felda merasakan mereka selama ini berada di zon selesa, namun terfikirkah mereka bagaimana nasib dan masa depan generasi kedua iaitu generasi muda di kalangan anak-anak mereka," demikian ujar cikgu Mala kepada wartawan Astro pada sesi lawatan kebajikan petang tadi.

Beliau turut menyifatkan bahawa kurangnya pendedahan masyarakat felda kepada sumber media baru seperti internet dan blog menyebabkan mereka begitu setia menyokong BN. Ini kerana mereka kurang mendapat maklumat yang benar untuk memperjuangankan nasib mereka.

Apabila ditanya mengenai calon BN, cikgu mala dengan yakinnya menyatakan beliau tidak takut atau gentar. Pengundi sepatutnya melihat kepada kredibiliti calon itu sendiri bukannya kepada latar belakang keluarga sepenuhnya. Cikgu Mala menyatakan bahawa beliau sebelum ini berkhidmat kepada masyarakat melalui Pusat Aduan Rakyat yang dikendalikannya selaku Ketua Muslimat Labis.

Seterusnya, Cikgu Mala menekankan beliau begitu optimis dalam memenangi hati pengundi pada 30 Januari ini dengan memfokus kepada isu memperkasakan generasi kedua sebagai peneraju masa hadapan dengan gabungan baik antara orang lama dan orang baru.

Dua Tentera Dituduh Memperdagang 16 Warga Myanmar

Posted: 20 Jan 2011 06:02 AM PST

BERNAMA

K
angar: Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas tuduhan memperdagangkan 16 warga Myanmar termasuk empat wanita pada 29 Disember tahun lalu.

Mohd Rashidi Abd Halim, 36, dan Mohd Johari Abu, 28, yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Bukit Kayu Hitam, Kedah bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.

Kedua-dua mereka yang menetap di Jitra, Kedah dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 15 tahun atau denda atau keduanya sekali.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada 29 Disember 2010, kira-kira 10.40 malam di ladang tebu Chuping dengan menyeludup 16 warga Myanmar berumur antara 15 dan 48 tahun termasuk empat daripadanya wanita.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan setiap tertuduh dikenakan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 22 Februari ini sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norsalihah Sulaiman manakala kedua tertuduh diwakili peguam Rahmathullah Baharudeen.

Sebelum itu, Rahmathullah memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah berikutan kedua anak guamnya tidak mempunyai rekod buruk dalam perkhidmatan mereka dan berpendapatan kecil selain mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarga.

Surat terbuka keluarga Teoh kepada PM: Siasat punca kematian Beng Hock

Posted: 20 Jan 2011 06:01 AM PST

Teoh Lee Lan

Encik Perdana Menteri,

Tahukah anda, keputusan inkues amat memilukan buat keluarga kami? Perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang tidak menemui jawapan, dan membawa kes kematian Beng Hock ke titik asal. Apakah begitu sukar untuk kami mendapatkan kebenaran?

Anda memekakkan telinga meskipun berkali-kali kami mengadu ketidakadilan perbicaraan inkues. Berkali-kali kami mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja, tetapi dibalas dengan respon yang pasif daripada anda. Dalam pertemuan kita yang lalu, anda berjanji bahawa kerajaan akan menyiasat punca kematian Beng Hock sepenuhnya. "Tidak akan melepaskan mana-mana kemungkinan", inilah yang dijanjikan kepada keluarga kami - kebenaran yang sepenuhnya.

Ya, kami menuntut kebenaran yang sepenuhnya. Keputusan inkues menunjukkan bahawa kecederaan Beng Hock pada bahagian leher terjadi sebelum kejatuhan dari tingkat atas. Keluarga kami ingin tahu, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut, dan bagaimana kecederaan tersebut terjadi? Siapa pula yang harus bertanggungjawab terhadap kecederaan tersebut? Ini kerana Beng Hock seorang yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kecederaan sebelum disiasat Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sudah dua minggu keputusan inkues diumumkan. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kecederaan Beng Hock pada bahagian leher, memandangkan majistret menganggap wujud kesangsian bahawa Beng Hock mungkin dibunuh. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kenyataan yang saling kontradisi antara pegawai SPRM?

Inkues kematian Beng Hock telah menjadi kes misteri, dan ia menjejaskan imej kerajaan dan sistem kehakiman.

Anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 7 Januari 2011, tetapi terma siasatan tidak termasuk punca kematian Beng Hock. Keputusan ini langsung bukan kemahuan keluarga kami. Suruhanjaya Diraja yang hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukan punca kematian Beng Hock - tidak menghukum pihak yang harus dipertanggungjawabkan. Ia sangat mengecewakan kami.

Encik Perdana Menteri, kami kesal dengan pengumuman anda. Anda tidak pernah mengambil kira pandangan kami, lantas mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja ini secara bersendirian, dan menyerahkan senarai panel untuk diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agung. Apa yang kami harapkan adalah satu Suruhanjaya Diraja yang berkecuali, telus dan berkredibiliti. Ketidaktelusan sepanjang proses membuat keputusan ini amat membimbangkan kami. Dengan terma dan kuasa yang terbatas ini, Suruhanjaya Diraja akan berakhir sebagai satu inkues lagi.

Encik Perdana Menteri, kami telah menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan berjaya mengumpul kira-kira 80 ribu tandatangan rakyat. Tuntutan agar Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian Beng Hock telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada khalayak umum. Selepas anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, 126 NGO telah menggesa agar terma Suruhanjaya Diraja ini diperluaskan untuk merangkumi siasatan punca kematian Beng Hock, termasuk MCA, Gerakan, Majlis Peguam, Aliran dan sebagainya.

Jelas, tuntutan agar siasatan terhadap punca kematian Beng Hock disokong suara rakyat. Ia menjadi sesuatu yang mengingkari semangat demokrasi seandainya suara rakyat ini diabaikan.

Anda pernah memetik ahli falsafah Dinasti Sung, "Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le", untuk menyatakan pandangan anda. Anda juga sering melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan". Matlamat yang digariskan untuk diri ini amat kami sanjungi. Namun, seandainya anda tidak mendengar suara rakyat, memperlekehkan gesaan 80 ribu rakyat dan 126 NGO untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja, apakah ini selari dengan "Rakyat Didahulukan", dan "xian tian xia zhi you er you" (bimbang terhadap masalah rakyat sebelum rakyat gelisah)?

Keluarga kami bersetuju dengan seruan 126 NGO, untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja agar merangkumi siasatan terhadap punca kematian Beng Hock, dan melantik tujuh orang tokoh berkredibiliti dan memiliki rekod baik dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia. Kami berharap agar PM memperlahankan langkah untuk menyerah senarai agar diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengarlah suara hati keluarga kami, agar kami dan rakyat menaruh yakin terhadap Suruhanjaya Diraja yang anda tubuhkan.

Encik Perdana Menteri, tiada bezanya antara Teoh Beng Hock dengan ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang lain. Negara harus menghargai nyawa dan sumbangan mereka yang bernilai. Perlembagaan Persekutuan harus menjamin hak asasi mereka untuk terus hidup. Tiada seorang pun yang harus nyawanya diragut dengan zalim dan kejam di atas tanahair ini. Tiada seorang pun yang harus didera dan menanggung keganasan sistem ini. Hormati nyawa dan maruah, menjamin hak asasi manusia adalah lambang sesebuah negara yang gemilang. Kami berharap agar kerajaan ikhlas untuk menangani kes Teoh Beng Hock - memberi keadilan kepada Beng Hock dan memberi kebenaran kepada keluarga kami.

Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami. Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.

Terima kasih.

Daripada,
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)

*Surat ini diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Cina.

Tuntutan PRK DUN Tenang

Posted: 20 Jan 2011 05:56 AM PST

MERDEKA REVIEW

Pilihan raya kecil DUN Tenang yang bakal menjalankan penamaan calon pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari, dalam suasana seluruh rakyat Malaysia hangat menanti-nantikan pilihan raya umum ke-13. Sempena pilihan raya kecil ini, kami, pertubuhan-pertubuhan seperti di bawah, menyeru rakyat pelbagai kaum, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, parti-parti politik (samada parti komponen Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat atau parti-parti politik yang lain), wakil rakyat seluruh Negara serta bakal ADUN Tenang harus mendesak kerajaan untuk melaksanakan tiga tuntutan seperti di bawah:

1. Mengwujudkan Semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Segamat - mewujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat

Sekolah Menengah Cina Seg Hwa terpaksa menukar aliran menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ekoran daripada perlaksanaan Akta Pendidikan 1961 oleh kerajaan. Setelah sekian lama menanggung akibat pedih keputusan tersebut, cadangan untuk mewujudkan semula SMSC Seg Hwa mula kedengaran dalam masyarakat Cina sekitar daerah Segamat. Pada 28 Mac 1986, 73 pertubuhan Tiong Hua di Segamat memutuskan secara rasmi untuk mewujudkan semula SMSC Seg Hwa. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia , pada 19 November 1986, iaitu 8 bulan selepas permohonan dibuat, secara rasminya telah menolak permohonan ini tanpa ragu-ragu.

Walaupun hasrat untuk mewujudkan sebuah SMSC di Daerah Segamat adalah rasional dan munasabah, pertubuhan-pertubuhan Tiong Hua seluruh Johor terpaksa mengemukakan hasrat ini melalui pendekatan yang lain, iaitu memohon untuk tubuahkan SMSC China-Segamat.

Kami berpendapat, perpaduan nasional dan pembangunan negara hanya akan tercapai dengan syarat kerajaan mengakui hak rakyat menerima pendidikan bahasa ibunda masing-masing dan memastikan multiculturalisme dalam pendidikan dan budaya Negara. Atas sebab itu, kami menuntut kerajaan supaya: Mengwujudkan semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Daearah Segama dengan - sama ada meluluskan permohonan mengwujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat.

2. Melayan Rakyat berbilang kaum dengan sama-rata

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk. Sumbangan rakyat berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan, memperkembangkan ekonomi negara serta membangunkan negara tidak boleh dinafikan. Akan tetapi, masih terdapat elit politik yang gairah melaksanakan dasar rasisme yang menyinggung perasaan dan menindas hak-hak asas kaum minoriti.

Kami dengan ini menuntut:

a.Mansuhkan akta-akta zalim seperti Akta Pendidikan 1996 (yang bertujuan menghapuskan sistem pendidikan aliran Cina dan Tamil) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri

b.Menjamin peruntukan kewangan yang sistematik kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah kaum minoriti yang lain seperti Iban, Kadazan-Dusun sebagai langkah untuk mengatasi halangan dan dilemma yang mengancam kewujudan dan perkembangan pendidikan bahasa ibunda kaum monoriti.

c.Mansuhkan sistem kuota yang berasaskan perkauman dalam semua sektor.

d.Mengiktiraf Sijil Unify Examination Certificate (UEC-Peperiksaan bersama semua pelajar di SMSC) dan membenarkan perkembangan pendidikan Cina, Tamil serta bahasa ibunda kaum lain.

e.Kerajaan Negeri Johor peruntukan tanah untuk 9 buah Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) dalam negeri Johor supaya mereka dapat beroperasi dan berkembang dengan stabil.

3. Menarik balik segala dakwaan palsu terhadap Lim Lian Geok

Kerakyatan Cikgu Lim Lian Geok telah dicabut dan pendaftaran gurunya telah ditarik balik pada tahun 1961 kononnya atas dakwaan memutarbelitkan dasar pendidikan kerajaan dengan sengaja oleh kerajaan Parti Perikatan (pendahulu kerajaan Barisan Nasional). Padahal beliau cuma membantah pertukaran aliran sekolah menengah Cina yang disaran oleh kerajaan masa itu.

Cikgu Lim Lian Geok jelas berpegang kepada pandangan "Kesamarataan bangsa" dan "Hidup Berbilang, Makmur Bersama". Atas dasar inilah berliau bertungkus lumus dalam mendorong orang Cina menuntut kerakyatan di Malaya dan taat kepada Malaya. Atas dasar ini juga beliau berjuang habis-habisan untuk memelihara pendidikan bahasa ibunda.

Perjuangan Lim Lian Geok adalah ke arah pembinaan satu sistem pendidikan bahasa Mandarin yang sempurna dan diiktiraf. Tuntutan yang munasabah dan rasional ini tidak menghalang atau mengancam perkembangan dan keutuhan pendidikan bahasa ibunda bangsa lain.

Lim Lian Geok merupakan seorang patriot yang tidak membawa ancaman kepada kepentingan negara atau mana-mana bangsa di Negara kita. Malangnya beliau telah dizalimi oleh kerajaan Parti Perikatan dengan mencabut kerakyatan dan pendaftaran gurunya. Ini merupakan satu perkara yang amat pedih dan tidak puas hati bagi masyarakat kaum Cina.

Maka, kami menuntut kerajaan menarik balik segala dakwaan palsu terhadap Lim Lian Geok, iaitu:
a.Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut kerakyatan Lim Lian Geok.
b.Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut pendaftaran guru Lim Lian Geok.

Kenyatan bersama:

Persatuan Kwangsi Segamat
Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru)
Jawatankuasa Mempertahankan SJK (C) Damansara Asal Kluang
Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah China Johor
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor
Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor

Mohd Azahar Sesuai Mewakili BN Pada Pilihan Raya Kecil Tenang - PM

Posted: 20 Jan 2011 05:55 AM PST

BERNAMA

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Mohd Azahar Ibrahim, 39, merupakan calon yang amat sesuai untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini.

Katanya Mohd Azahar mempunyai beberapa kelebihan seperti kelulusan yang baik dan mempunyai pengalaman sebagai penolong pegawai daerah, yang membolehkannya memahami segala keperluan dari segi pentadbiran.

"Beliau ada hubungan baik dengan pegawai-pegawai lain, terutama di kalangan perkhidmatan awam Johor (JCS). Insya-Allah bila beliau jadi wakil rakyat mudah berurusan bagi pihak pengundi dengan kerajaan sebab beliau kenal secara peribadi dengan pentadbir JCS yang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan BN dan Umno negeri Kedah di sini, Khamis.

Najib berkata beliau juga melihat latar belakang Mohd Azahar yang datang daripada keluarga yang besar dan lama di kawasan itu sebagai satu kelebihan kepada BN bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Arwah bapa dia dulu ketua bahagian. Bapa saudara dia naib ketua bahagian," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mohd Azahar sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Disember tahun lepas. Penamaan calon pada Sabtu ini.

Mohd Azahar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

PAS telahpun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai calonnya.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

Beliau juga mengulas mengenai tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah semalam.

Najib berkata BN kena menyemak semula undang-undang dan fakta berkaitan perkara itu.

"Ada percanggahan kenyataan antara speaker dan wakil rakyat berkenaan. Biarlah BN kaji dulu fakta sebelum buat keputusan," katanya.

Teng dalam sidang medianya semalam berkata kekosongan kerusi itu berkuatkuasa 16 Januari.

Badrul Hisham dalam kenyataannya pula semalam menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Katanya beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat, telah keluar daripada parti itu pada 29 Oktober 2009.

BN Mahukan Kuasa Untuk Dahulukan Rakyat, Kata Najib

Posted: 20 Jan 2011 05:46 AM PST

BERNAMA

SUNGAI PETANI: Barisan Nasional (BN) memerlukan kuasa bagi membolehkannya mendahulukan rakyat, bukannya semata-mata untuk kepentingan peribadi parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata oleh kerana hanya BN yang mampu membawa negara ke arah kemajuan, rakyat perlu meletak orang yang benar-benar berkemampuan di tempat sewajarnya.

"Kami (BN) bukan mahu kuasa semata-mata untuk berkuasa, tapi mahu kuasa untuk mendahulukan rakyat. Jika rakyat memberi kepercayaan dan terus sokong BN, 10 tahun lagi negara ini akan jadi negara maju dan berpendapatan tinggi," katanya semasa berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Rakyat di padang awam Taman Sri Pinang, Tikam Batu di sini Khamis.

Katanya jika orang yang tidak berkemampuan dan hanya tahu menabur janji kosong dan palsu diletakkan sebagai pemimpin, maka negara akan 'tertiarap'.

Menurutnya angin perubahan sedang bertiup kencang, menunjukkan rakyat di seluruh negara ingin mempertahan BN sebagai teras pemerintahan dan mereka ingin Putrajaya terus dikuasai parti itu.

Najib seterusnya mengingatkan serta menasihati kepimpinan Umno peringkat bahagian supaya sentiasa bersatu dan bersepakat dalam usaha bagi memperkuat pergerakan.

"Saya minta semua bersatu, kalau bergaduh kita tidak akan dapat balik kuasa (pentadbiran negeri) daripada pembangkang," katanya.

Pada majlis itu lebih 10,000 masyarakat pelbagai kaum hadir untuk mendengar amanat Perdana Menteri.

Malam ini Perdana Menteri akan bersama masyarakat India dalam sambutan hari Thaipusam di Kuil Subramania Swami Devastanam, Jalan Sekerat di sini.

Terdahulu pada awal lawatannya ke Kedah hari ini, Najib mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno negeri Kedah.

Dua penunggang motosikal maut

Posted: 20 Jan 2011 05:14 AM PST

SINAR HARIAN ONLINE


SABAK BERNAM – Tidak sampai tempoh masa lima jam, seorang remaja lelaki dan wanita maut dalam kemalangan di dua lokasi berasingan di sini, semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang pelajar Tingkatan Enam Atas, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan dekat Parit Tiga Sungai Haji Dorani, kira-kira jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian pertama, mangsa Mohd Zulhelmy Amin Mokhtar, 19 dari Parit Sembilan Ban Tiga, Sungai Leman, dipercayai dalam perjalanan ke sekolah bertembung dengan motosikal yang mengelak lubang di tempat kejadian.

Katanya, tindakan mengelak menyebabkan penunggangnya, Abd Wahab Mohd Dom, 48 dari Kampung Nelayan Sungai Besar dan pemboncengnya warganegara Indonesia, Mahyun, 30, terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Mohd Zulhelmy.

"Dalam kemalangan itu, Mohd Zulhelmy meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala Mahyun hanya mengalami cedera ringan di bahagian lutut kanan dan mulut.

"Sementara itu, Abd Wahab koma apabila mengalami pendarahan di bahagian kepala dan patah tangan kanan kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang," katanya.

Noor Mushar berkata, dalam kejadian kedua, seorang warga emas, Saniah Md Noh, 71, maut serta merta akibat cedera parah di kepala setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta dekat kilometer 67 Jalan Teluk Intan – Klang, kira-kira jam 12.10 tengah hari.

"Ketika kejadian, motosikal yang ditunggang Saniah bersama guni berisi padi bertembung dengan sebuah kereta arah Sungai Besar ke Tanjong Karang yang dipandu seorang warga emas berusia 62 tahun berasal dari Tali Air Tujuh, dekat situ.

"Saniah dipercayai dalam perjalanan pulang dari sawah menuju ke rumahnya di seberang jalan dan bertembung dengan kereta itu di lorong kedua sebelah kanan jalan," katanya.

Sementara itu, anaknya, Kamaruzaman Ali, 45, berkata, ibunya yang berusia 71 tahun itu sudah biasa menunggang motosikal.

"Ibu sudah biasa menunggang motosikal dan sangat faham tentang penggunaan lampu isyarat dan peraturan jalan raya yang lain. Namun semasa melintas jalan selepas pulang melihat sawah padi miliknya, ibu terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya.

Difahamkan Saniah tinggal seorang diri di Tali Air Lapan, Sungai Leman, manakala beliau dan seorang adiknya tinggal di Klang kerana bekerja di sana dan seorang lagi berada di Gombak.

Kali terakhir Kamaruzaman menemui ibunya dua minggu lalu dan tiada apa-apa perubahan ketara kepada sikap ibunya kecuali begitu teruja hendak melawat sanak saudara di Perak.

"Walaupun sedih dengan pemergian ibu, kami tetap reda dengan ketentuan-Nya dan berdoa roh ibu ditempatkan bersama orang beriman," katanya.

LZS lancar ‘Kaunter Bergerak’

Posted: 20 Jan 2011 05:13 AM PST

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan sebuah Kaunter Bergerak, bertujuan membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya di destinasi terpilih yang menajdi tumpuan ramai.

Pelancaran dilakukan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd Isa di sini hari ini.

Antara perkhidmatan disediakan di kaunter bergerak tersebut ialah penerangan dan pembayaran zakat serta permohonan bantuan zakat. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang lokasi kaunter bergerak ini bolehlah melayari portal LZS di www.e-zakat.com.my.

Sehingga kini, LZS memiliki 24 buah kaunter perkhidmatan zakat termasuk 23 buah kaunter tetap yang boleh dikunjungi untuk sebarang urusan mengenai zakat.

Dalam perkembangan lain, Ibu Pejabat LZS yang kini terletak di aras 9 dan 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam akan berpindah ke premis baharu yang mula beroperasi mulai 24 Januari ini.

Ibu Pejabat baharu LZS ini beralamat di 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam, berhampiran Pasaraya Besar Tesco Shah Alam.

‘Himpunan Menjunjung Kasih’, bukti rakyat Selangor komited

Posted: 20 Jan 2011 04:43 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM -Perarakan 'Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat Selangor Bersama Tuanku' Jumaat ini, bakal menunjukkan betapa rakyat Selangor komited bersama Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula kuasa lantikan pegawai eksekutif atau 'ex-officio' iaitu: Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dianjurkan Kelab Penyokong Pakatan Rakyat dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Selangor, Himpunan ini menyokong peranan Raja Berpelembagaan dan mempertahankan kuasa DiRaja yang sebelum ini diragut pada tahun 1993.

Wakil himpunan ini, Abu Bakar Shaari Husin, Ketua Kampung Pandamaran Jaya berkata, rakyat Selangor menyatakan ikrar taat setia kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Bahawa kami rakyat Selangor berusaha sedaya upaya kami mempertahankan Institusi Raja dan berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi Raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan," katanya.

Himpunan ini bakal diadakan di Masjid Jamek Sultan Sulaiman di Kampung Jawa Klang, bertujuan menghantar memorandum sokongan kepada Baginda Sultan dengan satu perarakan ke Istana Alam Shah.

Penganjur mengumpulkan ketua JKKK dan berharap orang ramai yang berkesempatan boleh turut serta dalam himpunan ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut serta dalam sidang media di lobi Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini menyatakan betapa UMNO seharusnya melihat Himpunan ini sebagai 'cue' untuk turut serta dalam sidang Dewan Undangan Negeri Isnin depan bagi meminda Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

ADUN UMNO Selangor sebelum ini diberitakan akan memulau sidang tergempar ini.

"Kita harap melalui program ini ianya boleh mendorong UMNO khususnya untuk hadir juga dalam DUN 24 Januari ini kerana mereka melihat rakyat Melayu yang dakwanya didukung mereka (UMNO) ingin melihat Institusi Raja dipertahan. Maka mereka harus hadir dalam sidang DUN untuk beri sokongan terhadap pindaan yang dilakukan pada hari tersebut," katanya.

Menurut Khalid, himpunan ini digerakkan bagi menunjukkan secara praktikal pegangan Pakatan Rakyat yang didakwa UMNO tidak menghormati Sultan malah cuba menggulingkan Institusi DiRaja adalah salah sama sekali.

"Perkara ini sebenarnya sudah banyak dinyatakan dan diulang berkali-kali tetapi oleh kerana masih lagi digunakan dalam perbalahan politik dan strategi politik murahan BN dalam masyarakat maka kita anjurkan secara praktikal," katanya lagi.

Dalang nota ugutan terhadap MP Serdang, dikecam pimpinan PR

Posted: 20 Jan 2011 04:38 AM PST

SELANGOR KINI

SHAH ALAM -Tindakan meletakkan nota berbaur ugutan dan menggantung seekor ayam berlumuran darah yang ditujukan kepada ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertujuan mengembalikan ingatan rakyat terhadap beberapa insiden melibatkan wakil rakyat itu.

Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, perkara paling sensitif untuk semua kaum adalah isu agama dan itu dijadikan modal pihak tertentu untuk melaga-lagakan masyarakat di negara ini.

Lantaran itu katanya, satu rancangan teliti dibuat untuk membakar sentimen perkauman.

" Isu agama ini yang paling mudah untuk mengapi-apikan orang. Jadi orang-orang yang ada tujuan dan berniat jahat ini akan terus memutar belit, terus menggunakan isu ini kecuali mereka terpaksa terus mencari pelbagai taktik dari hari ke hari supaya isu ini dapat terus dimainkan di surat khabar," ujar Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah kepada Selangorkini.

Pagi tadi, pembantu Nie ching, Chen Fan Dao dikejutkan dengan sekeping nota dan seekor ayam yang masih berdarah digantung di luar pejabat pusat khidmat DAP, di Sungai Chua, Kajang.

Nie Ching sebelum ini dikecam hebat oleh media milikan Umno-Barisan Nasional terutama Utusan dan Tv3 kerana isu memasuki surau dan berpakaian sukan ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

" Kalau ahli parlimen Serdang itu masuk ke kawasan masjid dengan pakai seluar pendek itu lain cerita lah. Dia memakai pakaian menjolok mata misalnya. Saya rasa dia berpakaian sopan. Jadi apa masalahnya?," kata Jonah lagi.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memberi amaran kepada mereka yang sewenang-wenangnya menggunakan perkataan "jihad" dalam nota amaran kepada Nie Ching.

Katanya, tindakan pihak yang mengugut Nie Ching sambil menggelarkan diri sebagai "tentara jihad" adalah tidak bersesuaian dengan tindakan yang dilakukan.

"Orang yang berjihad tidak akan melakukan perkara begini. Dia tidak perlu untuk menakutkan seseorang wanita yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat yang sah dan ini bukan cara untuk berjihat.

"Kalau kita ada sesuatu yang kita tidak puas hati, maka carilah cara yang diplomatik, cara runding meja bulat untuk kita luahkan perasaan. Tapi perbuatan sebegini adalah terbalik apa yang dikatakan perbuatan jihad itu.

"Bagi yang bukan Muslim saya memohon maaf kerana perkataan ini, dan bagi yang Muslim, awas jangan gunakan perkataan jihad sesuka hati," ujar beliau.

Dalam kejadian kira-kira 2.00 pagi semalam, dua lelaki tidak dikenali melakukan perbuatan itu tanpa menyedari adegan mereka dirakam oleh lensa kamera litar tertutup di kedai bersebelahan pejabat tersebut.

Kejadian tersebut telah pun dilaporkan di balai polis daerah Kajang jam 11.45 pagi tadi.

Sementara itu, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok menyeru pihak yang berwajib segera menjalankan siasatan kerana ia adalah perbuatan jenayah.

"Saya berpendapat pengantungan ayam yang disembelih di pejabat YB Teo Nie Ching ini adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun dan harus dikutuk oleh pengundi di kawasannya kerana ugutan seperti ini sebenarnya tidak membantu dalam apa-apa isu. Ini menunjukkan orang yang berbuat demikian berunsur jenayah.

"Saya ingin menyeru pihak polis menjalankan siasatan terhadap isu ini," katanya.

Ahli NUJ digesa terus sokong Hata perjuangkan kebebasan media

Posted: 20 Jan 2011 04:37 AM PST

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Ahli Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) digesa terus memberi sokongan kepada presidennya Hata Wahari mempertahankan hak kebebasan media di negara ini daripada kongkongan Umno-Barisan Nasional.

Justeru tindakan syarikat Utusan Malaysia menggantung Hata daripada bertugas sebagai wartawan adalah diluar kewajaran memandangkan beliau merupakan Presiden NUJ.

Bekas Ketua Editor Utusan Melayu, Said Zahari yang dihubungi Tv Selangor berkata, NUJ perlu memikirkan tindakan sewajarnya terhadap akhbar arus perdana itu bagi mengelakkan kebebasan media terus ditindas proksi Umno-Barisan Nasional.

Tambahnya, perjuangan Hata bukan terbatas kepada Utusan Malaysia malah merangkumi semua pengamal media.

"Yang sebenarnya Utusan tiada hak membuat begitu. Kalau Utusan mahu melarang dia atau tinggalkan sesuatu tempat bukan hak Utusan. Jadi isu begini, kesatuan harus ambil tindakan. Kesatuan yang dipimpin Hata harus mengambil tindakan menentukan apakah sikap persatuan terhadap perbuatan Utusan ke atas diri Hata. Ini bukan soal Hata dan Utusan sahaja tapi keseluruhannya," jelas beliau kepada Tv Selangor.

Utusan Malaysia mengambil keputusan menggantung Hata daripada bertugas selepas mendapati beliau bebas dengan lantang mengkritik cara akhbar itu menyekat dan memanipulasi maklumat demi kepentingan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Dalam pada itu, ditanya sekirannya wajar NUJ melakukan membantah terhadap tindakan Utusan Malaysia, Said berkata keputusan tersebut bergantung kepada pekerja Utusan Malaysia yang menganggotai NUJ.

"Itu saya fikir keputusan yang harus diambil oleh pekerja Utusan Malaysia yang menjadi ahli kesatuan itu. Kalau kesatuan itu membincangkan isu ini dan memutuskan untuk mengadakan piket, itu memang hak kesatuan itu. Cuma kita tidak boleh samakan isu yang ada sekarang ini dengan apa yang saya lakukan dulu.

"Walaubagaimana pun kesatuan (NUJ) boleh mengambil tindakan sekirannya difikirkan tidak wajar Utusan menghukum Hata ataupun mengambil tindakan terhadapnya. Itu ada kewajarannya," tambah beliau lagi.

Menurut Said, perjuangan kebebasan media perlu diteruskan kerana beliau mendapati kebebasan kepada pengamal media langsung tidak wujud di negara ini.

Justeru beliau menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Hata bersamaan dengan perjuangannya pada tahun 1961 apabila pekerja Utusan Malaysia melakukan piket ke atas syarikat tersebut.

Larangan Orang Islam Kerja di Premis Jual Arak

Posted: 20 Jan 2011 04:34 AM PST

Staff Berita Semasa

isu arak Larangan Orang Islam Kerja di Premis Jual Arak

Pada asalnya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan garis panduan terbaru melarang orang Islam kerja di premis jual arak. Mari datang Ronnie Lui lagi haru jadinya. Beliau suruh MPSJ tarik balik garis panduan terbaru tersebut. Sebab apa?

Sebab mereka tidak dimaklumkan dahulu tentang tindakan MPSJ sebelum ini. Yang Datuk Hassan Ali sokong tindakan MPSJ, manakala Tan Sri Khalid Ibrahim pula setuju pun tidak, bercanggah pendapat dengan MPSJ dengan garis panduan larangan orang Islam kerja di premis jual arak tetapi kemudianya bertindak mahu menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

isu arak 4 Larangan Orang Islam Kerja di Premis Jual Arak

Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam isu umat Islam kerja di Premis Jual Arak :

  • Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.
  • Yang tak boleh nak ikut garis panduan syarikat tersebut akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik

Tidak dapat dinafikan adalah haram untuk mana-mana orang Islam terlibat dengan arak, hatta mengisi petrol untuk lori yang membawa arak (contoh lori Calrsberg). Apatah lagi kalau terlibat secara langsung seperti kaunter pembayaran, tukang bawa masuk stok dan susun kotak-kotak arak. Yang kerja di kilang-kilang arak tu tak payah cakaplah.

Harap Ronnie Lui akur dengan desakan sebahagian besar suara umat Islam kali ini dan bersetuju dengan garis panduan dengan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kebaikan kepada umat Islam itu sendiri. Sebab sebelum ini, MPSJ dah elok-elok menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu. Khalid Ibrahim nak buat tabung apa pun untuk persediaan orang Islam yang meninggalkan pekerjaan "seperti ini", terpulang…..dan dalam pada masa yang sama berbincang dan cuba cari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan isu arak ini. Yang paling pentingnya orang Islam tak dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang ada kaitan dengana arak. Jalan seterusnya terpulang kepada kerajaan negeri.

isu arak 2 Larangan Orang Islam Kerja di Premis Jual Arak

Larangan jual arak pada individu islam dah lama dikuatkuasa. Tetapi yang jadi persoalan sekarang sejauh mana pemantauan dan pelaksanaannya :

Hangat-hangat tahi ayam sahaja?

Hukum arak dah jelas di dalam al-Qur'an, hadis dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum (ma'lum min ad-din bi adh-dharurah). Firman Allah Ta'ala :

Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." ( Surah al-Ma'idah : 90)

Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :

Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak."

Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar, Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

'Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram'.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa sesiapa mencari rezeki yang ada sangkut-paut dengan arak & tidak minum arak, jadi tidak berdosa dan tidak salah. Hakikatnya, salah tetap salah. Umpama bersubahat sebab dah terang-terangan mereka ini bekerja dengan benda yang telah diharamkan.

"Dah tahu lubang tersebut ada ular, jangan masuk tangan"

isu arak 61 Larangan Orang Islam Kerja di Premis Jual Arak

Ada sebuah hadis, "Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak iaitu :

  1. Pemerah arak: Iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur, bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak, samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya, upah atau gaji yang diterima itulah dilarang.
  2. Meminta diperahkan arak untuknya. Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran
  3. Peminum arak. Orang yang meminum arak walaupun setitik atau tidak mabuk, hanya cuba-cuba .perbuatan itu juga dilarajng
  4. Pembawa arak. Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/ kedai makan / hotel dsb. Ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat lain. Juga dilarang.
  5. 'Meminta dibawakan arak kepadanya' bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Juga salah.\
  6. 'Memberi minum arak kepada orang lain' bermaksud seseorang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya. Contohnya, seseorang Muslim membelanja minum rakannya non Muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu juga dilarang.
  7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya.
  8. Orang yang mendapat hasil dari arak. Hal ini agak luas. Pemegang saham, termasuk kerajaan, individu dan sesiapamyang terlibat.
  9. Orang yg membeli arak bermaksud pembeli arak samada untuk diminum atau tidak.
  10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya. Ertinya dia suruh orang lain membeli, pun salah juga.

isu arak 5 Larangan Orang Islam Kerja di Premis Jual Arak

Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira. Pekerja-pekerja yang terlibat perlu diselamatkan dari terjebak ke dalam 'laknat' Allah. Ia juga adalah hak pengundi yang telah memilih kerajaan pilihan mereka. Jadi sekarang ini tugas kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu arak, dan kewajipan kerajaan untuk menyelamatkan rakyatnya dari api neraka. Perlu dicari jalan penyelesain, kerana agama Islam bukanlah agama yang sempit. Tentu ada jalan penyelesaian.

Memang elok pun larang budak-budak remaja ini kerje di pub. Kalau di Subang Jaya contohnya bersepah pub. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada rush. Yang peliknya yang masuk pub ditangkap, yang kerja jual arak dilepas. Orang Islam juga tu. Apa yang cuba dibanteras penguatkuasa sebenarnya?

  • Tiada gunanya disebabkan mereka kerja tempat-tempat yang ada arak, sekurang-kurangnya mereka berasa lega dapat kerja daripada tak dapat kerja
  • Bukan ramai tak tahu siapa yang kerja sebagai bar tender, pelayan gro memang lumayan pendapatannya, tetapi tiada gunanya

Sebab apa? Tiada keberkatan. Kalau Tuhan dah larang adalah sebab musababnya. Jadi baik daripada sekarang jauhilah tempat-tempat sebegitu, apatah lagi bekerja di sana. Jadi tindakan seterusnya bolehlah kerajaan negeri mencari mekanisme lain untuk mereka mencari pekerjaan baru.

P/S : Jadi, kami nak minta pendapat anda samada tentang isu orang Islam kerja di premis jual arak, adakah patut dibiarkan mereka terus bekerja, atau mereka tidak dibenarkan sama sekali bekerja di situ jika mereka beragama Islam? Atau…….anda ada pandangan dan cadangan lain yang ingin dikongsikan dengan kami.

Pulau Pinang Perolehi Jumlah Pelaburan Sebanyak RM12 Billion?

Posted: 20 Jan 2011 04:12 AM PST

Staff Berita Semasa

penang1 Pulau Pinang Perolehi Jumlah Pelaburan Sebanyak RM12 Billion?

Semalam menerusi laman Twitter Lim Guan Eng, mengatakan "Pg up 5 times from RM2.1b to 12.2b from 2009 to 2010, highest record ever 4Pg n 1st time No.1 in M'sia. Pg contributed 26% of M'sia's total" yang mana bermaksud di sini negeri Pulau Pinang naik 5 kali ganda [daripada segi perolehan Foreign Direct Investment - FDI] daripada RM2.1 bilion kepada RM12.2 bilion dari 2009 kepada 2010, rekod tertinggi pernah dicapai Pulau Pinang dan kali pertama No. 1 di Malaysia. Pulau Pinang menyumbang 26% daripada jumlah keseluruhan Malaysia [FDI keseluruhan])Pulau Pinang berjaya melonjak daripada kedudukan keempat pada tahun lalu dan Kedudukan Pulau Pinang kali ini berjaya mengatasi Johor, Terengganu, malah Selangor

Penang Is The No.1 State For Total Capital Investments In 2010 Attracting RM 12,238 Million
Press Conference Statement By Penang Chief Minister In Komtar, George Town On 19.1.2011

Penang Is The No.1 State For Total Capital Investments In 2010 Attracting RM 12,238 Million, Up Nearly 5 Times As Compared To RM 2.165 Million In 2009 And Comprising 26% Of Malaysia's Total Investments Of RM47,177 Million For 2010. According to Malaysian International Development Agency (MIDA), Penang is the No.1 state for total capital investments in manufacturing projects in 2010 attracting RM 12.238 million, up nearly 5 times as compared to RM 2.165 million in 2009. This is the first time in history that Penang has topped the list of investments amongst all states and is the highest investment received ever. This success is due to the hard work by the 1.6 million Penang states together with state government leaders and agencies as well as federal government agencies from MIDA and the Ministry of International Trade and Industry.

Penang's investments were derived from new investments of RM 2,846 million and expansion by existing investors of RM 9,392 million. Clearly these figures only captured those industries that sought incentives from MIDA and not the new or expansion investments that did not require grants from the federal government. The significance of this historic achievement is highlighted by Penang contribution of RM 12,238 million to Malaysia investment constituting 26% of Malaysia's total investments of RM 47,177 million of 2010. Yesterday Minister of international trade and industry Datuk Seri Mustapa Mohamed announced a 45% increase in Malaysia 2010 investment performance from RM 32,637 million in 2009 to RM 47,177 million in 2010. Penang moved up from No. 4 in 2009 to Nol 1 in 2010, increasing by 465% from RM 2,165 million in 2009 to RM 12,238 million in 2010.(see attached)

The 465% increase in investments in Penang reflects confidence in the energy, expertise and entrepreneurship of our human talent. Further this is an affirmation of the state government's strategy of promoting Penang as a location of choice based on 7 critical success factors(CSF) of growth:-

  1. Ready availability of skilled human talent;
  2. Effective and efficient supply chain management;
  3. Competent and reliable logistics and communications hub
  4. Strong Intellectual Property protection;
  5. Good governance and effective leadership;
  6. Building creativity and innovation in science and technology; and
  7. Livable and intelligent city.

Penang believes that CAT governance of competency accountability and transparency has also built confidence that a government with integrity can make things happen and both execute and deliver. Penang was not only the best performer in managing state finances in Malaysia according to the Auditor-General Report for 2009 but also received accolades for anti-corruption from Transparency International.

As the newly-crowned champion amongst all states in attracting investments, the Penang state government wishes to congratulate the people of Penang. With the best financial performance, the best state in clean governance, the best green practices and now the top performer in investments, Penangites can now proudly say "Penang Leads!".

penang 300x283 Pulau Pinang Perolehi Jumlah Pelaburan Sebanyak RM12 Billion?

penang 22 Pulau Pinang Perolehi Jumlah Pelaburan Sebanyak RM12 Billion?

Angka-angka ini dikeluarkan oleh MIDA -MALAYSIAN INDUSTRY DEVELOMENT AUTHORITY atau Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia dan ini pula rangkaian seluruh dunia MIDA yang mana banyak digunakan oleh pelabur-pelabur asing untuk mendapatkan data-data di sana. Walaubagaimanapun kalau anda lihat pada ruangan "Total Proposed Capital Investement" merujuk kepada angka-angka yang diusulkan Pulau Pinang sendiri dan diberikan kepada MIDA HQ. Dan nilai RM12 billion bukan satu angka yang sedikit, cukup-cukup besar. Tenaga kerja bukannya sedikit termasuklah jurutera, apatah lagi operator. Nak buat menara 100 tingkat yang bernilai RM5 billion pun memakan masa 5 tahun, tu baru satu bangunan.

Jadi kami ada sedikit kemusykilan tentang angka-angka sebanyak ini. Ini FDI bukannya hot money. Kalau kata elektronik sebagai contoh nak buat satu line baru sekitar RM20 juta. Adakah angka-angka sehingga RM12 billion ini baru diperingkat first draft, belum buat management review lagi? Jikalau dengan angka sebanyak RM12 billion setahun, sekurang-kurangnya mesti ada 1 mega projek di Pulau Pinang yang dibiayai syarikat luar negara, tetapi apakah projek tersebut? Ada sesiapa yang tahu? (Kalau ada boleh boleh berkongsi di ruangan komen di bawah ini). Persoalannya seperti ini menuntut penjelasan yang lebih jelas dengan angka-angka diberikan ini.

Kalau nak disebut jambatan kedua Pulau Pinang yang bernilai RM4.5 billion, ia sebenarnya bermula pada tahun 2008 melalui MOF Incoperated yang memakan masa 5 tahun. Walaubagaimanapun, ia angka untuk tahun 2008 dan kalau diikutkan projek mega itu pun hanya melibatkan angka RM900 juta sahaja setahun. Mungkin kalau ada sekurang-kurangnya mega projek di Pulang Pinang daripada syarikat luar negara, baru kami ada sedikit keyakinan dengan angka -angka seperti di atas ini. Lihat betul-betul RM10 billion bukan untuk tempoh beberapa tahun daripada pelaburan syarikat luar negara, tetapi ia angka untuk SETAHUN!! Satu angka yang cukup-cukup besar lebih-lebih lagi pelaburan syarikat luar negara.

Semua angka yang yang diusulkan oleh Pulau Pinang, memang tiada salahnya untuk mereka berbuat begitu. Kita dengar sendiri penjelasan kerajaan negeri Pulau Pinang selepas ini berdasarkan jumlah sebanyak itu. Kedua, dengan RM12 billion itu di mana agaknya dana tersebut akan ditingkatkan untuk mengawal projek-projek yang bernilai RM12 billion. Ini hanya usul sahaja, angka yang tepat belum diketahui lagi. Jika dengan kos 12 billion mempunyai Pulau Pinang berjaya melaksanakan dan direalisasikan projek-projek seperti pembukaan kawasan pembangunan yang baru, LRT, pembukaan kilang-kilang baru dan beberapa projek mega yang lain, ini bermakna akan ada limpahan ekonomi kepada negeri Pulau Pinang nanti.

Jikalau Pulau Pinang menganggarkan seperti angka RM12 billion, ini bermakna akan ada "sesuatu" di Pulau Pinang nanti. Kalau tiada projek-projek seperti ini, ia hanya di atas kerja sahaja. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Ayat-ayat kami di atas sana hanya mahu membangkit persoalannya sahaja, yang mana angka tidak menjadi isu sebenarnya tetapi yang paling pentingnya, apa yang mereka cadangkan sama seperti apa yang mereka akan lakukan dengan projek-projek tersebut itu nanti.

Ku Li timbulkan semula isu royalti minyak K'tan

Posted: 20 Jan 2011 04:06 AM PST

MALAYASIA KINI

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berdepan masalah dengan istana Kelantan kini kembali menyuarakan tuntutan negeri itu ke atas royalti minyak.

Katanya, rakyat negeri itu berhak ke atas sumber berkenaan yang didapati daripada bumi mereka sendiri.

Putera raja Kelantan itu juga berkata, perkara berkenaan merupakan isu yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat Kelantan.

Jelasnya, ia akan diteruskan walaupun beliau kini menghadapi masalah dengan Istana Kelantan.

Sultan Muhammad V pada akhir tahun lalu bertindak menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh sebelum ini.

Tengku Razaleigh menjelaskan, isu royalti minyak dan isu pengurniaan darjah kebesaran itu merupakan dua perkara berbeza.Beliau memberi alasan, isu royalti minyak melibatkan konsep federalisme.

Jelasnya, penubuhan Petronas juga bertujuan memajukan negeri-negeri di pantai timur semenanjung.

Langkah oleh Petronas itu berbeza dengan perjanjian oleh British yang tidak memberikan hak kepada negeri sekiranya minyak ditemui di luar pantai, katanya lagi.

Katanya lagi, atas dasar itu lah menteri besar dan ketua negeri menandatangani perjanjian dengan Petronas di bawah konsep federalisme untuk menyerahkan hak negeri kepada syarikat tersebut.

Tambahnya, perkara itu amat mudah untuk difahami.

Sekiranya negeri minyak ditemui di negeri Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan atau di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini perlu dibayar royalti, katanya.

SPR: Isu DUN P Klang 'urusan Badrul & Speaker'

Posted: 20 Jan 2011 04:01 AM PST

Abdul Rahim Sabri

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata isu berkaitan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang masih di peringkat "urusan di antara speaker DUN (Selangor) dan ADUN tersebut."
NONEWan Ahmad berkata demikian ketika mengulas tindakan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi berkenaan semalam.

Teng ketika membuat pengumuman itu berkata, tindakan itu dibuat berikutan wakil rakyat berkenaan Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Teng juga berkata Badrul Hisham mengakui ketidakhadirannya dan telah memohon cuti dalam sepucuk surat kepada beliau.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, beliau difahamkan terdapat laporan yang menyatakan ADUN berkenaan telah menafikan dakwaan menghantar surat memohon cuti kepada Teng.

"Apa pun, itu adalah urusan antara speaker dan YB Badrul (Hisham Abdullah). Itu urusan dia lah.

"SPR akan bercakap dan bermesyuarat bila kita terima hitam putih pemakluman rasmi daripada speaker.

"Selepas itu baru kita bermesyuarat menentukan, betul ke kerusi itu kosong, atau ada pilihan raya kecil (atau tidak)...baru kita akan bercakap. Selain itu, ia adalah urusan speaker dengan wakil rakyat berkenaan.

"Jadi kita tengok perkembangan selanjutnya," katanya dalam satu sidang media di bangunan Majlis Daerah Labis hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata walaupun Teng mempunyai hak untuk menghantar pemakluman tersebut, tetapi SPR tetap akan meneliti notis tersebut.

Tambahnya, SPR masih belum menerima notis pemakluman itu kekosongan kerusi berkenaan sehingga jam 9 pagi ini.

Bercakap dalam sidang media pada kira-kira jam 1 petang hari ini, Wan Ahmad berkata beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sekiranya notis itu telah diterima oleh pengerusi SPR Tan Aziz Mohamad Yusof menjelang tengahari.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad juga berkata sebanyak enam borang pencalonan untuk bertanding kerusi pilihan raya DUN Tenang telah dijual termasuk di beli oleh dua parti yang bertanding.

Blogger Umno mula fitnah calon PAS

Posted: 20 Jan 2011 03:15 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan beliau mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, "Suara Dari Bumi" pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Taktik-taktik jahat ini didakwa adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger 'pemfitnah' pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan diseru menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker Dun Kelantan.

Calon BN: Isu tanah antara masalah utama di Labis

Posted: 20 Jan 2011 03:14 AM PST

BERNAMA


LABIS — Isu tanah adalah antara masalah utama yang perlu diberi perhatian di Labis, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.

Sebagai bekas penolong pegawai daerah kecil Rengit, Batu Pahat dan pernah bertugas sebagai penolong pentadbir tanah daerah Segamat, isu-isu berkaitan pemilikan dan urusan permohonan tanah sering ditimbulkan oleh masyarakat setempat, terutama oleh peneroka Felda dan Felcra, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Kampung Paya Merah di sini hari ini.

Mohd Azahar semalam diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Tenang.Penamaan calon diadakan Sabtu ini.

Beliau juga yakin pengalamannya dalam pentabiran kerajaan dapat membantunya mengatasi masalah tanah yang dihadapi oleh masyarakat Labis.

Malah sebagai anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Allahyarham Ibrahim Daud dari 1999 hingga 2004, serta bekas Ketua Umno Bahagian Labis, Mohd Azahar banyak belajar daripada arwah bapanya mengenai politik tempatan.

Menyifatkan ayahnya sebagai individu yang banyak mengajarnya mengenai dunia politik, beliau berkata arwah bapanya pernah berpesan kepada beliau dan adik-beradiknya bahawa jika mereka mahu jadi pemimpin jagalah daripada segi gaya, pergaulan dengan orang ramai, dan pesanan itu sentiasa dipegangnya.

Dikenali sebagai nama timangan 'Tok Ai' di kalangan penduduk Labis, Mohd Azahar adalah juga bekas Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Labis dari tahun 2004 hingga 2008, serta Ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.

RM3 juta kepada Adun BN untuk projek kesejahteraan rakyat

Posted: 20 Jan 2011 03:11 AM PST

BERNAMA

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM3 juta untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri ini melaksanakan pelbagai projek kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata daripada jumlah itu, RM1 juta adalah untuk projek-projek kecil, RM500,000 masing-masing untuk bantuan am dan atap rumah, RM330,000 untuk membina 10 unit rumah baru dan RM200,000 untuk membaik pulih rumah.

"Peruntukan itu ada peningkatan berbanding tahun lalu yang mana untuk projek kecil hanya RM500,000 saja disediakan manakala bantuan am RM400,000," katanya selepas majlis perjumpaan dengan Veteran Umno dan Jasamu Dikenang Parlimen Kuala Nerus, di sini hari ini.

Mengenai peranan veteran dalam Umno, Ahmad berkata mereka adalah anggota Umno yang setia yang berjuang dengan ikhlas sejak dulu sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Katanya mereka dilihat masih mampu menyumbang kepada Umno kerana melalui pengalaman mereka mampu menarik golongan muda terutama anak-cucu mereka untuk menyokong Umno.

"Semangat mereka itu penting. Cuba lihat ada yang datang bertongkat kerana jiwa mereka itu jiwa Umno dan masih sanggup memberi sumbangan kepada parti, kepada negara sehingga mencapai kemerdekaan dan nikmatnya dirasai hari ini," katanya

Rumah Gapena dipecah masuk, dokuman Interlok antara diambil

Posted: 20 Jan 2011 03:10 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Rumah Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di Jalan Dewan Bahasa di sini dipecah masuk dipercayai malam tadi, dan beberapa peralatan seperti komputer, mesin cetak dan televisyen LCD dilarikan.

Ketua Media dan Pehubungan Awam Gapena Borhan Md Zain berkata kejadian itu disedari oleh beberapa krew drama yang hendak mengambil alat-alat penggambaran mereka kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di premis itu.

"Antara yang hilang ialah lima komputer, dua mesin cetak (printer), sebuah televisyen LCD dan dokumen-dokumen berkaitan buku Interlok. Semua komputer itu turut mempunyai maklumat berkaitan Interlok," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata satu laporan polis mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 2 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menunggu laporan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daaerah (IPD) Dang Wangi untuk pengesahan dan siasatan lanjut.

Taib mahu runding adakan pilihan raya serentak Sarawak, Parlimen

Posted: 20 Jan 2011 03:08 AM PST

THE MALAYSIA INSIDER


KUCHING — Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kemungkinan mengadakan pilihan raya peringkat Parlimen serentak dengan pilihan negeri Sarawak atau sebaliknya.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau telah mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya negeri namun tidak dapat menentukan tarikhnya.

"Pembangkang pun kecewa jugalah," katanya pada rancangan Dialog "Pembangunan

Sosio-ekonomi dan Politik Sarawak" yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 malam tadi.

Pilihan raya negeri untuk kesemua 71 kawasan mesti diadakan sebelum Julai tahun ini apabila tempoh dewan undangan negeri (DUN) Sarawak berakhir.

Ditanya mengenai cabaran dan tangungjawab yang dipikul untuk menentukan Sarawak kekal menjadi "deposit tetap" BN, beliau berkata politik di Sarawak masih lagi bersandar kepada keinginan rakyat untuk menikmati pembangunan yang lebih pesat yang menentukan masa depan negeri ini.

"Jadi politik yang sumbang sikit, kurang mendapat sambutan di Sarawak tetapi di dalam bandar penduduk sudah merasa soal pembangunan ini sebagai perkara biasa," katanya sambil menambah bahawa parti komponen BN negeri, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan bertangungjawab untuk menghadapi isu pembangunan di dalam bandar dengan lebih hebat.

Taib (gambar), yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata di peringkat PBB, persiapan pilihan raya telah berjalan sejak enam bulan lepas dengan mengadakan banyak seminar, khasnya bagi pemimpin akar umbi dan sayap wanita.

Beliau percaya PBB serta dua komponen BN lain, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak menghadapi banyak masalah tentang siapa akan menjadi calon pilihan raya nanti berikutan nasihat Najib pada konvenysen SUPP di sini pada Ahad lepas.

Merujuk kepada nasihat Najib agar hanya mereka yang boleh membawa kemenangan dicalonkan, beliau berkata: "Kita sudah tahu siapa yang kita nak gantikan dan kebanyakan mereka (penyandang) ini akan memberi laluan kepada muka baru."

Bagaimanapun, Taib berharap SUPP dapat menentukan mereka yang patut menjadi calon pilihan raya serta menarik penyokong baru setelah mempunyai semangat baru bagi menawan semula lapan daripada 19 kerusi yang hilang dalam pilihan raya negeri pada 2006.

Pada pilihan raya negeri lepas, PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi manakala PRS dan SPDP masing-masing lapan.

Sambil bersetuju bahawa isu politik dan pilihan raya adalah berkait rapat, Taib berkata persepsi politik Sarawak pada masa sekarang masih dikatakan politik pembangunan adalah memang benar.

Pada perjumpaan parti dan pertubuhan dengan rakyat, khasnya di luar bandar, beliau berkata soal pembangunan sentiasa dibangkitkan memandangkan Sarawak mempunyai kawasan yang sangat luas.

Kes Tharmendran: ATM akan buat rayuan, kata Zahid

Posted: 20 Jan 2011 03:07 AM PST

BERNAMA

SUBANG – Sarjan N. Tharmendran, yang dibebaskan daripada tahanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas perintah Mahkamah Tinggi semalam, perlu kembali bertugas sebaik dibebaskan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau terikat pada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam tentera.

ATM menerima secara terbuka keputusan mahkamah itu yang mendapati terdapat kesilapan teknikal dan akan membuat rayuan berhubung keputusan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid menghadiri majlis penghantaran Kumpulan Pertama Malaysia Battalion (MALBATT 3) di bawah Misi Bangsa Bersatu ke Lubnan di Pangkalan Udara TUDM di sini.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu semalam selepas membenarkan permohonan habeas corpus oleh Tharmendran, yang difailkan sehari selepas ditahan di Pusat Tahanan Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh di sini pada 25 November lepas.

Dalam penghakimannya, Su berkata penahanan itu adalah salah dan dibuat secara tidak sah.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa penangkapan Tharmendran oleh beberapa anggota Jabatanarah Provos Marsyal TUDM yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli adalah sah.

Tharmendran, 42, ditangkap oleh pegawai-pegawai berkenaan selepas dia selesai mengikuti prosiding permohonan menggugurkan pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin jet milik TUDM, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Terdahulu pada majlis penghantaran kumpulan pertama MALBATT 3, Zahid berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang melaksanakan program jiwa murni dengan memberi bantuan perubatan, pergigian dan kejuruteraan, diterima dengan mesra dan baik oleh masyarakat di Lubnan.

Tenang: Soi Lek nafi MCA protes calon pilihan BN

Posted: 20 Jan 2011 03:05 AM PST

BERNAMA

LABIS – MCA menolak dakwaan kononnya ia tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang bulan ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata sejajar dengan semangat BN, parti itu menerima apa saja keputusan yang dibuat.

"Kami menghormati pilihan Umno. Apabila kami (MCA) buat keputusan, Umno dan parti komponen BN lain juga menerimanya. Itulah caranya untuk kami pastikan BN sentiasa kuat dan bekerja sebagai satu pasukan. Kami tidak berbalah secara terbuka tentang pemilihan calon," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kuil Buddha Siam di Jalan Guan Peng di sini.

Dr Chua berkata BN membuat pilihan tepat kerana sebagai bekas penolong pegawai daerah, Azhar berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan ini merupakan suatu kelebihan kerana ada pelbagai isu tempatan yang perlu diberi perhatian.

"Di samping itu, beliau juga masih muda dan penuh bertenaga serta diterima baik oleh masyarakat Melayu dan kami harap pengundi Cina akan memberi sokongan kepadanya," kata Dr Chua.

Beliau akan ditentang bekas guru, Normala Sudirman, ketua Muslimat PAS Labis pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan daripada BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas.

Penamaan calon ialah pada 22 Januari.

Mengulas dakwaan bahawa Azahar tidak begitu dikenali pengundi Cina, Dr Chua berkata calon PAS juga begitu.

Kata beliau MCA sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan isu yang beliau yakin akan ditimbulkan pembangkang seperti penghakiman terbuka Mahkamah Koroner tentang kematian Teoh Beng Hock, pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor.

"Isu Teoh Beng Hock telah dimainkan pada pilihan raya kecil lepas. Sebab itulah saya kata ia telah dipolitikkan. Saya akan terkejut besar kalau mereka tidak mainkan isu itu," katanya.

Tiada ulasan: