Briged Al-Akhdor LR2 |
| Zul Kulim sekali lagi mnjadi pencacai Najib...Kini isu debat Posted: 24 Jan 2011 08:43 AM PST Setiap kali si zul nie bersuara makin terserlah kepencacaiannya ..disamping isu PRK tenang apakata saya ingin berkongsi pandangan dari seorang blogger tentang zul nie yang semakin meraban mengharapkan tuannya memberi perhargaan pada beliau..ikuti nukilan blogger ini " ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?Zul Kulim yang menenggek di atas kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi kawasan tersebut, di dalam tulisannya di sini, cuba membela Najib agar tidak berdebat dengan Anwar. Beliau mahu Najib setaraf dengan dia yang penakut lagi bacul kerana beliau sendiri pun takut berdebat dengan YB Khalid Samad tentang isu Kalimah Allah. Banyak kali dicabar, kecut peguam tak ada kelas ini. Menariknya, Zul Kulim alih perhatian pada isu liwat DS Anwar. Beliau cabar Anwar berdebat dengan Saiful. Lepas tu cabar Anwar berdebat dengan Karpal Singh dan juga YB Gobala. Sedangkan beliau sendiri penikus dengan debat. Kenapa tidak sahut cabaran YHB Khalid Samad untuk berdebat? Mengapa sibuk mahu bela Najib? Ada udang balik kopiah dia kot. Lagi menunjukkan beliau jahil lagi kaki temberang, apabila beliau mengulas mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Mengapa Anwar mematuhi fatwa Ulamak Dr Yusof Qhardhawi yang tidak mermbenarkan Anwar bersumpah dan tidak memakai nasihat Dr Asri. Maknanya, Zul Kulim ini tidak iktiraf keilmuan Dr Yusof Qardhawi. Zul Kulim menulis, katanya, " Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw." Lihat betapa `cerdik'nya MP Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR ini. Saya yang tidak sebodoh beliau pun tahu bahawa perdebatan ini sudah lama dipraktikkan di kalangan Ulamak dahulu kala, bahkan dipraktikkan juga oleh Imam dari 4 mazhab. Banyak kisah hasil dari perdebatan antara Ulamak ini ada yang membawa kerahmatan. Ada Paderi yang memeluk Islam setelah berdebat dengan Ulamak atau ilmuan Islam. Zul Kulim tidak tahu kah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perdebatan atau berhujah dengan musuh Islam? Atau sebenarnya beliau tahu, tetapi disebabkan perangainya yang kaki temberang, beliau sanggup temberang demi membela Najib? Sepanjang tulisannya itu, paling kelakar apabila beliau sebut Anwar suruh beliau berjumpa Najib untuk selesaikan masalah liwat. Siapa Zul Kulim di sisi Anwar sehingga kuat sangat pengaruhnya itu? Beliau pun Anwar yang `kasi makan' bertanding di Kerusi Parlimen setelah PAS `campak'kannya. Perasan sungguh si kaki temberang ini. Baru-baru ini beliau mahu serang DAP dan PAS juga PKR di dalam isu Azan. Akhirnya, beliau kelu tidak berkata apabila mengetahui yang menentang suara Azan itu adalah peguam ahli dari MCA. Di situ kita boleh tahu standard otak Zul Kulim. Saya nasihatkan Zul Kulim, beliau kena banyak mengaji semula. Semenjak beliau dipecat dari PKR, apa jua yang beliau dedahkan sedikit pun tidak menguntungkan Najib, jauh sekali merugikan Anwar, malahan lebih menampakkan kebodohannya sendiri. Seperti yang beliau nasihatkan Anwar, saya yang tidak sebodoh beliau ingin menasihatkannya agar sahut cabaran YB Khalid Samad dahulu sebelum sibuk mahu campor urusan debat Anwar - Najib./wfauzdin.blogspot.com" |
| Pas tampak yakin di tenang ... Posted: 23 Jan 2011 09:54 PM PST ning Assalamualaikum,,.. Selawat dan salam ke atas Junjungan,,..Satu ketika dulu, PAS didakwa jual prinsip negara Islam kerana berkawan dengan DAP yang anti Islam. PAS didakwa hanya mahukan kuasa semata mata dan sanggup berbuat apa saja untuk tujuan itu. Gambar TGHH dan LKS berpelukan diedarkan ke seluruh negara sebagai usaha membuktikan PAS sudah menyimpang dari matlamat perjuangannya. DAP pula dituduh anti negara Islam di mana pemimpinnya terutama Karpal Singh menjadi mangsa serangan kerana "over my dead body"nya. Tidak cukup tanah Karpal dihentam di mana jua ada platform dan kita dapat melihat Karpal turut dihentam di TKO ini. PAS didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan dengan DAP. Tetapi kini apa sudah jadi dengan pihak yang menuduh PAS? Diam membisu ta'kala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama dan mengugut masyarakat cina mengenai bahaya negara Islam yang extrim yang mahu didirikan oleh PAS? di mana UMNO yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Siapa sebenarnya mahukan kuasa sehingga sanggup menjual agama? UMNO atau PAS? Rakyat yang cerdik dan celik sudah dapat melihat bagaimana PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama dan sudah dapat membaca bagaimana UMNO sanggup menjual agama untuk mendapatkan kuasa yang sementara di dunia yang fana ini. UMNO menerusi pemimpin tertingginya bersetuju dengan MCA dan Gerakan yang kononnya mengingatkan orang orang cina walaupun secara jelas sudah menghina agama. DAP termasuk Karpal yang pernah berkata "over my dead body" tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim seperti pemimpin pelakun "blue film" MCA dan pemimpin bengong Gerakan. Sikap tidak menghormati agama ini disiarkan ke seluruh negara oleh media penjilat yang langsung tidak mahu mengambil kira bahaya rusuhan dan sentiment perkauman yang boleh dicetuskan olehnya. Rakyat yang cerdik dan celik juga seharusnya sudah mula menyedari bahawa usaha PAS selama ini untuk memberi kefahaman Islam kepada rakan rakan bukan Islam sudah berhasil sedangkan UMNO yang ada JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar pematuhan seorang hamba kepada perintah Khalidnya. Tidak syak lagi PAS sudah menang dan insyaalah kemenangan ini bakal digandakan sekiranya ahli ahli jemaah PAS terus istiqamah dalam perjuangan kerana ini adalah janji pertolongan ALLAH yang pasti datang sebelum dunia ini kiamat. |
| You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?
Selawat dan salam ke atas Junjungan,,..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan