Jumaat, 21 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rosmah - Lawatan Saya Amat Berfaedah Kepada Semua Rakyat Malaysia

Posted: 21 Jan 2011 12:09 AM PST

MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita negara terbabit.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman, kelmarin, Rosmah berkata beliau membuat lawatan apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama pada majlis tertentu.

"Biarlah apa mereka nak kata, lawatan ini sangat berfaedah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau faham politik," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.


"Saya berada di sini bukan mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan beliau dan anggota rombongannya diterima baik pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said.

Dalam lawatan itu, Rosmah diiringi beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Biarkan saja jika mereka merungut. Saya hanya lakukan tugasan sebagai isteri pemimpin."

"Ia tanggungjawab saya membantu setakat termampu, terutama berhubung usaha memperkasakan wanita dan isu kanak-kanak," katanya. – BERNAMA

Tiada Bezanya Chua Soi Lek Dengan Ghani Othman

Posted: 20 Jan 2011 09:12 PM PST

Datuk Seri Ghani Othman mula menyerang PAS berkenaan isu negara Islam walaupun kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang(PRK DUN Tenang) belum bermula.

Menteri Besar Johor itu mengunakan modal sikap melampau dan negara Islam bagi memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, lapor Malaysiakini.

Seperti MCA, Abdul Ghani mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi Barisan Nasional(BN) untuk kesederhanaan.

"Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa," katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.


Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal pada 17 Disember lalu akibat masalah kesihatan.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

Mengapa SPR Berfikiran Sempit Dan Terlalu Bodoh

Posted: 20 Jan 2011 09:03 PM PST

"Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya?" tanya Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).

Beliau berkata, sepatutnya calon atau wakil calon diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka.

"Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS, DAP, PKR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormatii hak kebebasan ini," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini, katanya kerana perkara 24B(4) tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka.


Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar semasa memberi taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang.

Dalam taklimat itu, SPR tidak membenarkan sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding di pasang semasa tempoh berkempen.

Suhaizan menambah, SPR seharusnya terbuka dan berjiwa besar melayani pelanggan mereka.

"Kita bukan mahu melantik pengawas sekolah. Kita mahu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Janganlah mentafsirkan undang-undang yang boleh ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah," katanya lagi.

Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh SPR itu memberi maksud bahawa jika PAS sah menjadi wakil Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22 Januar ini, maka lambang parti DAP dan PKR serta gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sing tidak dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.

Katanya, yang dibenarkan hanya lambang parti PAS dan gambar pemimpin PAS seperti gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.

Ini, katanya kerana alasan yang diberikan oleh SPR adalah parti-parti pembangkang PAS, DAP dan PKAR masih tidak lagi mendaftar sebagai parti gabungan seperti Barisan Nasional (BN).

Hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan memasang lambang parti dan gambar pemimpin mereka kerana parti tersebut sahaja yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen pilihan raya.

"Persoalannya bagaimana pemimpin parti pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh berkempen tetapi gambarnya tidak boleh dipasang dan lambang partinya tidak boleh dipasang?" soalnya.

Katanya, jika SPR mempunyai tafsiran bahawa hanya parti yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen sahaja yang boleh meletakkan lambangnya, maka sepatutnya Anwar dan Kit Siang tidak dibenarkan berkempen di sana.

SPR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5).

Perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihanraya menyatakan bahawa: "Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia:

a) memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri itu; dan

b) telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.

Bagi Suhaizan, Perkara 24B(4) tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka.

Katanya, lagi SPR membuat tafsiran bahawa lambang dan gambar pemimpin Umno, MCA dan MIC boleh dipasang dalam pilihan raya kerana mereka sudah bergabung dalam BN sedangkan PAS, DAP dan PKR belum lagi di sahkan oleh ROS sebagai satu parti gabungan PR.

Jelasnya, semua telah memaklumi bahawa PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses mendaftarkan sebagai parti gabungan PR.

Ini, tambahnya memberi maksud bahawa PAS, DAP dan PKR merupakan ahli-ahli gabungan PR yang sedang menanti pihak kerajaan meluluskan sebagai badan gabungan.

Oleh itu, katanya sudah sewajarnya SPR melayan sama rata antara BN dan PR.

"Masalah yang saya bangkitkan ini adalah terlalu kecil dan telah bermula sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang lagi.

"Bantahan-bantahan telah dibuat kepada SPR semasa pilihanraya kecil tersebut. Maka SPR seharusnya lebih pro aktif mengatasi masalah ini," ujarnya.

Menurutnya, SPR seharusnya memikirkan isu-isu yang lebih besar lagi seperti penghapusan undi pos, penggunaan dakwat hitam, pendaftaran secara automatik, pembersihan daftar pemilih dan pengawalan keadah berkempen media arus perdana.

Tambahnya, SPR tidak perlulah membuat tafsiran-tafsiran undang-undang yang pelik sehingga rakyat bosan dan beranggapan SPR memihak kepada parti-parti tertentu dalam negara ini.

Harussani Lagi..

Posted: 20 Jan 2011 06:48 PM PST

Harussani Tolak Cadangan Tok Guru Nik Aziz - Harussani kata 'tak ada faedah!'

Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian antara kaum.

Menurut Asri dengan adanya dialog ini bukan menonjolkan perspektif wujud sifat 'kurang Islam' sebaliknya ia platform terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini.


"Dialog antara agama ini mencari isu yang membawa kerjasama dari sudut kemasyarakatan, khususnya bagi bukan Islam untuk menerangkan kebaikan dalam Islam.
"Tiada agama yang menghalalkan zina dan arak. Sesetengah agama terlalu menekankan isu-isu spiritual dan lupa tentang gejala sosial.

Menerusi dialog ini mereka akan mendapat manfaat," katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam Nik Aziz berkata isu meliputi judi, arak, zina dan pergaulan bebas boleh dianjurkan menerusi dialog mahupun majlis pertemuan oleh mana-mana badan bebas.

Asri juga tidak keberatan untuk turut serta jika dialog itu diadakan, namun menurut beliau Nik Aziz perlu melakukan inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut.

"Nik Aziz perlu ada inisiatif untuk menjadikan dialog ini sebagai platform besar membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya memulakan dialog di Kelantan," cadang Asri.

Tidak berfaedah

Bagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berpandangan dialog tidak perlu dan disifatkan sebagai 'tidak berfaedah'. Katanya, sesetengah isu yang diketengahkan kurang sesuai memandangkan hukum halal haram itu digunapakai oleh agama Islam.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan hasil dari perbincangan mengenai isu pergaulan bebas itu yang meruntuhkan moral dan akhlak hingga membawa kepada gejala sosial.

"Judi arak bagi agama lain tiada apa-apa, hanya dalam Islam yang diharamkan ke atas umat kita. Jika nak bincangkan tentang arak apa akan jadi? Tak kan kita mahu angkat tangan dan undi tanda setuju? Apa pula faedahnya kita bincang urusan keruntuhan akhlak? Apa pula tindakannya selepas itu?" soal beliau.

Beliau turut merujuk kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

"Dalam negara kita sudah letak perlembagaan bahawa Islam itu agama rasmi. Nak bincang buat apa lagi? Jika nak bincang isu khalwat itu bukan haram pada agama lain, tapi bagi kita haram," katanya.

Sementara itu, merujuk kepada isu orang Islam yang bekerja di premis penyediaan minuman arak, Harussani berpendapat ia kelemahan kerajaan negeri Selangor. Beliau turut bersetuju dengan tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di premis arak.

"Betul tindakan yang dibuat MPSJ dengan melarang orang Islam bekerja di premis arak. Tapi kerajaan negeri Selangor pula bersekongkol. Mereka ada kuasa untuk buat peraturan tapi masih lemah dalam membuat perlaksanaan.

"Hukum tetap haram bagi orang Islam bekerja di premis itu, institusi sudah larang tapi kerajaan negeri Selangor tidak terima. Itu tidak betul," jelas Harussani.

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

BN Bermasalah Di Tenang

Posted: 20 Jan 2011 08:46 AM PST

BN bermasalah diPRK Tenang, betul ke?" tanya seorang sahabat saya semasa kami 3 empat orang rakan-rakan sedang minum the tarik mamak yang tidak jauh dari rumah saya. Saya kata yang saya tidak tahu kerana saya tidak pergi keTenang kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu saya selesaikan.

Tetapi saya menjangkakan masalah memang akan timbul, kalau tidak besar sedikit-sedikit mesti timbul kerana sebab-sebab yang susah hendak dielakkan. Oleh kerana Tenang adalah kubu kuat UMNO dan BN maka ramai diantara kepimpinan diBahagian Labis berminat untuk menjadi calun didalan PRK ini.

Perebutan untuk menjadi calun memang jelas kelihatan dan didengari dari awal-awal lagi.


Akhirnya semua dikalangan yang berebut itu tidak kesampaian hajat untuk menjadi calun, sebaliknya kesempatan itu diberikan kepada seorang bekas Penolong Pegawai Daerah Azhar Ibrahim untuk mewakili BN. Mereka dari pimpinan bahagian tidak diberikan kesempatan itu kerana UMNO kononya sedang mencari 'winnable candidate' seperti yang dijanjikan oleh DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Tetapi adakah Azhar benar-benar seorang yang 'winnable"? Jika Azhar membuatkan barisan kepimpinan UMNO Labis terlopong-lopong bolehkah UMNO dan AJK Bahagian memberikan kerjasama yang secukupnya untuk memberikan tentangan kepada calun PAS Puan Normala Sudirman 38 tahun yang nampaknya boleh diterima dengan agak baik oleh masyarakat disitu.

Pendeknya permasalahan dikalangan UMNO diLabis memang wujud dan kelihatan permasalahan itu semakin hari semakin jelas kelihatan. Semasa pilihanraya inilah isu anak tempatan dan orang luar timbul kerana pemangku ketua bahagian Labis itu adalah dari Negeri Sembilan, sama seperti Arwah Sulaiman Taha dahulu. Memanglah Timbalan Ketua ini merasakan kecil hati kerana beliau diperguna untuk mengetuai bahagaian tetapi apabila memiih calun beliau sewenang-wenangnya diketepikan seolah-oleh beliau tidak pernah berguna kepada UMNO diLabis.

Pengundi Cina merangkumi 39 peratus dari keseluruhan pengundi diTenang tetapi masalah dalaman MCA yang melibatkan Chua Soi Lek dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen disitu bukan kecil masalahnya. Dikalangan ahli-ahli dan pemimpin MCA pepecahan belaku kerana Chua Soi Lek telah mengenepikan ramai pemimpin-pemimpin Cina kerana memberi peluang kepada anaknya sendiri dan ini masih menjadi buah mulut dikalangan orang-orang Cina diLabis itu. Jika tidak ada punmmasalah dikalangan orang Cina didalam MCA kecenderungan bagi orang Cina untuk mengundi parti alternatif, dalam kontek ini DAP adalah amat besar. Setiap penganalisis memberikan angka 80 peratus dari kaum Cina akan mengundi pihak pembangkang.

Usaha Najib untuk memberikan bantuan RM 5juta kepada sekolah-sekolah Cina diLabis itu dikatakan tidak akan mengalihkan minat kaum Cina kepada DAP. Kaum India pula sekarang ini masih terganggu dengan isu interlock dan segala usaha untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu masih belum berjaya kerana ahli-ahli MIC sendiri mempunyai pendirian menentang buku interlock itu dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dalam pilihanraya yang lalu undi untuk pembangkang yang diberikan oleh orang Melayu semakin hari semakin bertambah. Parti PAS merupakan pilihan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan parti-parti dalam BN.

Jika keadaan ini benar maka adalah dikhuatiri imej Tenang sebagai kubu UMNO akan berakhir dan menjadi seperti kawasan-kawasan yang lain dinegeri-negeri yang lain.

Undi penting dalam PRK ini adalah undi-undi orang Melayu dan Cina Jika benar 80 peratus dari pengundi Cina memberikan sokongan kepada pembangkang dan 35 peratus pengundi Melayu memberikan sokongan kepada PAS maka peluang untuk parti pembangkang untuk memberikan tentangan kepada UMNO dan BN.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk melihat keadaan yang sebenarnya kerana penamaan calun hanya akan diadakan pada 22 hb nanti. Apabila sudah selesai penamaan calun barulah mana-mana pihak akan dapat memberikan pandangan masing-masing dengan lebih hampir kepada yang sebenarnya.

Menang atau kalah bagi mana-mana pihak dalam pilihanraya ini akan mempengaruhi situasi dalam pilihanraya umum nanti. Sama-samalah kita tunggu. Bak kata perbilangan 'tidak lari gunung dikejar'.

aspan alias

Lagi Pilihanraya Kecil Di Melaka

Posted: 20 Jan 2011 06:05 AM PST

ADUN Merlimau meninggal dunia

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.

Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.

Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.


Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.

Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu
tengahari, Isnin lalu.
Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.

"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.

Mohd Ali dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kematian pengerusi jawatankuasa pertanian dan pembangunan desa negeri itu.

PRK Tenang - Awasi Isteri Dan Anak Gadis Anda Dari Bahaya Penyakit Kelamin Bawaan Pelakon Seks Ini

Posted: 20 Jan 2011 03:55 AM PST


Cilaka haramjadah punya Cina pelakon porno ...

"Jangan undi Normala, kerana bekas guru itu tak akan melawat tokong Cina, sama seperti Presiden PKR, DS Wan Azizah hanya akan berjabat tangan sekiranya dia memakai sarong tangan ..."

Seterusnya di sini

Guinness World Record - Kalungan Bunga Terbesar Di Dunia

Posted: 20 Jan 2011 03:33 AM PST


Anda lihat berapa besar mereka punya bodek??
Atau mereka disuruh oleh pihak PM menyediakan bunga sebesar itu??

ek-elee

Bukti Kuasa SPR Mengatasi Kuasa DUN Dan Sultan

Posted: 20 Jan 2011 03:24 AM PST

SPR: Isu DUN P Klang 'urusan Badrul & Speaker'


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata isu berkaitan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang masih di peringkat "urusan di antara speaker DUN (Selangor) dan ADUN tersebut."

Wan Ahmad berkata demikian ketika mengulas tindakan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi berkenaan semalam.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, beliau difahamkan terdapat laporan yang menyatakan ADUN berkenaan telah menafikan dakwaan menghantar surat memohon cuti kepada Teng.

"Apa pun, itu adalah urusan antara speaker dan YB Badrul (Hisham Abdullah). Itu urusan dia lah.

"SPR akan bercakap dan bermesyuarat bila kita terima hitam putih pemakluman rasmi daripada speaker.

"Selepas itu baru kita bermesyuarat menentukan, betul ke kerusi itu kosong, atau ada pilihan raya kecil (atau tidak)...baru kita akan bercakap. Selain itu, ia adalah urusan speaker dengan wakil rakyat berkenaan.

"Jadi kita tengok perkembangan selanjutnya," katanya dalam satu sidang media di bangunan Majlis Daerah Labis hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata walaupun Teng mempunyai hak untuk menghantar pemakluman tersebut, tetapi SPR tetap akan meneliti notis tersebut.

Tambahnya, SPR masih belum menerima notis pemakluman itu kekosongan kerusi berkenaan sehingga jam 9 pagi ini.

Tiada ulasan: