Khamis, 27 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Aku Bukan Nyamuk - Ummi Hafilda

Posted: 27 Jan 2011 04:01 AM PST

Ummi turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.Blogger itu termasuk 'Tukar tiub', 'Tranungkite', 'Ruang bicara pria malaya', dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk 'Kisah dalam kain diselak'.

Anwar, jangan anggap saya 'nyamuk': Ummi



KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak meganggap dirinya sebagai 'nyamuk'.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.


"Kalau kaji sejarah Raja Namrud yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Ibrahim, nyamuk yang kecik itu boleh membawa kemudaratan.

"Jadi Anwar jangan aggap saya nyamuk kerana dia boleh hilang kuasa, kedudukan, integriti sebagai pemimpin, dan segala-galanya.

"Apabila kembalinya 'nyamuk' ini, mungkin 'nyamuk' ini mungkin akan membawa kepada 'kematiannya' dari segi karier politik," katanya kepada pemberita ketika mengulas respon Anwar apabila dipelawa berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks.

Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Fitnah jenayah

Antaranya, menurut Ummi berhubung fitnah jenayah yang dilakukan saksi kes yang sama 13 tahun lalu, Baginda Minda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang dikenali sebagai 'Raja Komando' terhadap dirinya.

Katanya, Baginda yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi telah memfitnah beliau berzina dengannya dilaman blog dan media arus perdana walaupun dirinya telah melakukan sumpah laknat 10 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan 'Raja Komando' yang mengheret setiausaha politik perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Aziz Shamsudin yang beliau kononnya menggelarkan dirinya pelacur namun dinafikan Datuk Aziz, katanya.

"Saya menganggap Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan imbuhan yang mereka peroleh setelah mengaibkan dan memfitnah saya.

"Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor," katanya.

Selain itu, Ummi juga mahu membuat laporan polis bersama bukti yangakan diserahkan supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan yang diperoleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dalam keadaan yang 'mencurigakan'.

"Saya memohon polis menyiasat segala kekayaan Azmin dan Shamsidar yang melampaui batas luar biasa di mana Azmin dengan rela telah melacurkan isterinya kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagu tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham yang bernilai jutaan ringgit.

"Saya menncabar Azmin dan Anwar bahawa saya pernah menerima apa-apa imbuhan daripada mana-mana tokoh politik sedangkan saya mempunyai bukti dia yang sering berkonspirasi dan sering memberi upah kepada mana-mana individu untuk bersubahat dengan mereka," katanya.

Sumpah laknat

"Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?," katanya.

Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.

"Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.

"Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata "Ummi, I am sorry" sudah cukup.

"Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.

Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya," katanya.

Ummi, penulis surat "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.

Blogger itu termasuk 'Tukar tiub', 'Tranungkite', 'Ruang bicara pria malaya', dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk 'Kisah dalam kain diselak'.

"Saya memberi amaran kepada mana-mana blogger supaya lebih bertanggungjawab kerana saya akan heret mereka ke muka pengadilan.

Buktikan saya perempuan sedemikian. Buktikan atau sama ada kamu tarik balik kenyataan atau kamu akan berhadapan dengan saya, atau ke penjara," katanya.

Sementara itu, Ummi selepas bercakap dengan pemberita bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain.

"Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.


Free Malaysia Today

Alah bohong, bohonglah lagi

Posted: 27 Jan 2011 03:05 AM PST

Ahmad Tajdid

BOHONG sememangnya perangai keji. Ia dilarang agama. Mereka yang berbohong juga memiliki salah satu daripada sifat munafik. Tapi nampaknya berbohong kini sudah menjadi resam orang politik. Tak kiralah mereka yang sudah lama berpolitik, baru menceburi alam politik ataupun sedang cuba-cuba menjadi orang politik.

Dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang sedang berjalan kini, pembohongan juga sudah menjadi 'komoditi politik' paling laku di pasaran. Pihak yang pandai berbohong pula mempunyai kemahiran menuduh lawannya yang bercakap benar sebagai berbohong.

Salah satu contoh pembohongan dilakukan anak Presiden MCA sendiri yang kini mewarisi kerusi Parlimen bapanya, Dr Chua Soi Lek yang anti-Islam dan mempunyai masalah moral.

Ahli Parlimen Labis itu, Chua Tee Yong @ Chua Jr menuduh calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang pemilik kedai kopi berbangsa Cina kerana menjual arak. Tuduhan Chua Jr itu dilaporkan akhbar China Press.


Yakin bahawa Normala tidak mengungkapkan kata-kata itu kepada mana-mana peniaga Cina ketika berkempen, PAS mencabar Chua Jr supaya membuktikan tuduhannya bagi mengelakkan tindakan mahkamah. Chua Jr ketika bercakap kepada sebuah portal berita tetap bertegas dengan kenyataannya itu tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan.

Bagaimanapun pada petang hari yang sama, beliau dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata," Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali".

Namun apabila diasak wartawan Malaysiakini di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua Jr menukar pendirian hampir 180 darjah dengan berkata: "Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan terjejas jika calon PAS dipilih, saya jawab mungkin."

Begitulah mudahnya Chua Jr memutarbelitkan kenyataan. Dalam usaha menutup pembohongannya, beliau sanggup lagi berbohong dengan mendakwa kononnya 'mungkin' penjualan arak akan terjejas di Tenang jika calon PAS terpilih sebagai Adun!

Mungkin hanya mereka yang benar-benar jahil saja yang terpengaruh dengan dakwaan itu kerana di Kelantan dan Kedah, negeri yang diperintah PAS, kaum Cina bebas menjual dan meminum arak di tempat-tempat yang dilesenkan sebagaimana negeri-negeri lain yang diperintah BN.

Bagaimanapun Chua Jr pasti menerima padah. PAS Johor akan memberikan beliau notis saman fitnah jika masih gagal memberikan bukti bagi menyokong tuduhannya itu.

Itu cerita ahli politik yang baru berkecimpung dalam arena politik atas bantuan bapanya, Dr Chua Soi Lek. Ada satu lagi insiden pembohongan dalam PRK Tenang. Ia membabitkan orang yang baru hendak berpolitik iaitu calon BN , Mohd Azahar Ibrahim.

Ketika berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat, Azhar atau lebih mesra dipanggil 'Tok Ai' didakwa telah secara cuai melelong tanah seorang penduduk tanpa pengetahuan beliau. Tindakannya itu telah menganiayai pemilik tanah tersebut dan menjejaskan individu yang menang dalam lelongan tanah itu. Tok Ai tanpa berfikir panjang telah menafikan maklumat yang diterima PAS dan mendakwa bahawa kes tanah itu 'sudah selesai'.

Bagaimanapun PAS melalui Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menyifatkan Tok Ai telah berbohong kerana kes berkenaan hanya akan disebut di Mahkamah Tinggi Muar pada 7 Februari 2011. Pihak yang disenaraikan sebagai defendan ialah Tok Ai sendiri, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan Kerajaan Johor. Nilai tuntutan gantirugi adalah RM1.5 juta sedangkan tanah seluas lapan ekar itu dilelong Tok Ai dengan harga RM70,000.

"Kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar (berbohong) kepada para pengundi dan partinya sendiri," ujar Salahuddin.

Menurut Salahuddin, kes ini bukanlah satu serangan peribadi tetapi membabitkan soal reputasi dan intergriti calon. Bagaimana mungkin seorang calon yang senang dan mudah bercakap bohong mampu menjadi wakil rakyat yang baik? Atau adakah mungkin berbohong kini diiktiraf sebagai satu skill atau kemahiran yang perlu ada pada seorang politikus atau ahli politik.

Itu jika ahli politik berbohong. Bagaimana pula jika pegawai kerajaan pun berbohong? Tunggu kemunculan siri akan datang...

Harakahdaily

PRK Tenang : Laporan polis dibuat terhadap calon BN

Posted: 27 Jan 2011 02:52 AM PST

LABIS, 27 Jan: Seorang pengundi di Dun Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.


Katanya, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Tambahnya, pegawai bertanggungjawab mengendalikan kes itu bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Segamat adalah Mohd Azahar Ibrahim, iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat yang sekarang menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.

"Beliau telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada Encik Mansor. Ini menyebabkan Mansor tidak berpeluang menebus tanahnya kembali secara rasmi.

Menurutnya lagi, apabila saat-saat akhir Mansor mengetahui secara tidak rasmi berkenaan lelongan tanah tersebut, maka bayaran sebanyak RM10,000 telah dibuat kepada CIMB Bank bagi tujuan menebus tanahnya kembali.

Mansor juga, katanya memiliki wang tunai sebanyak RM12,000 bagi tujuan tersebut dan telah merayu kepada Mohd Azahar supaya membatalkan lelongan, malangnya rayuan itu tidak dilayan.

Beliau berkata, sebagai pegawai bertanggungjawab yang bertindak di atas kapasiti sebagai 'majistret', Mohd Azahar berhak membatalkan proses lelongan tersebut memandangkan Mansor telah bersedia menebusnya tetapi beliau gagal bertindak secara bijaksana.

"Saya mengesyaki terdapat perundingan sulit di antara Mohd Azahar dengan pihak-pihak terbabit. Saya bimbang rakan saya, Mansor telah menjadi mangsa salah guna kuasa seorang penjawat awam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat adakah terdapat salah laku Mohd Azahar di samping untuk membersihkan nama calon BN itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya menyokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi.


Harakahdaily

PRK Tenang : Wak Al-Banjari Cabar kedua-dua Calon berdebat.

Posted: 27 Jan 2011 12:04 AM PST



Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya dikenali dengan nama KUBID telah mengantar surat jemputan Debat kepada Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Debat itu bertujuan untuk melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.


Calon PAS, Cikgu Normala sudah bersetuju untuk menyahut cabaran debat tersebut. Kini, KUBID sedang menunggu maklum balas calon BN.




KUMPULAN BLOGGER-BLOGGER INDEPENDENT (KUBIT)
Independent Bloggers Group
____________________________________________________________________________________
27 Januari, 2011


HEBAHAN MEDIA (MEDIA RELEASE)

Assalamualaikum Wrm. Wbt.,
Salam 1 Malaysia

Sebelum itu ingin kami memperkenalkan bahawa kami adalah merupakan bloger-blogger yang bergerak secara independent dibawah nama Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya dikenali dengan nama KUBID.

Kami berada disini bagi mewakili rakan-rakan blogger KUBID yang kini telah dianggotai lebih dari 50 orang bloggers seluruh Malaysia. Kami mendokong misi dan visi yang menjurus kepada politk berpengetahuan untuk semua.

Sangat Mengecewakan. Itulah kata-kata yang mampu diucapkan setelah melihat kempen-kempen yang dijalankan terutamanya kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang tidak seperti yang diharapkan.

Disepanjang 5 hari, dan didalam tempoh itu dapat dikatakan bahawa kempen-kempen yang dibawakan lebih mengarah untuk populis, dan kempen-kempen yang dijalan lebih mengarah dan bersifat kosmetik, sebagai alat untuk mengaburi pengundi-pengundi kepada isu sebenar yang sedang berlegar di Tenang.

Sedangkan isu-isu sebenar lagi hidup itu terus menekan pengundi-pengundi di DUN Tenang ini. Dan kami sangat merasakan bahawa disepanjang kempen itu berlangsung, banyak perkara seperti cuba disembunyikan dan ditenggelamkan dari pengetahuan khalayak khususnya kepada pengetahuan pengundi-pengundi.

Kami sangat mempersoalkan tentang kewibawaan dan intergiriti calon-calon yang bertanding.

Dimanakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih kepada menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain. Dimana etika dan moralnya.

Mengapa isu-isu besar yang akan disebutkan dibawah tidak diberi keutamaan penyelesaian untuk masyarakat pengundi-pengundi di Tenang ? Sejujurnya kami menempelak sekerasnya-kerasnya apa yang sedang berlaku kini baik dipihak calon BN

mahupun PAS sekiranya agenda kempen yang dilaksana lebih menjurus kepada hilangnya nilai moral yang secara tidak langsung menjatuhkan nilai dan kredibiliti calon itu sendiri. Soalannya mengapa ?

Telah dimaklumi bahawa kepimpinan yang baik akan membawa hala tuju untuk kebaikan rakyat dan negara dimasa hadapan.

Kewajaran untuk memilih pemimpin yang bersih yang telus, yang tinggi intergriti dan wibawanya dimata rakyat adalah cita-cita murni yg diharapkan oleh rakyat, dan kita sangat menentang dan menolak budaya bobrok dan jelek kepada pemimpin yang hilang etika dan nilai moralnya seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Isu Pengangguran di kalangan kaum India.

Isu pengangguran yang tinggi dikalangan rakyat ditenggelamkan terus dari agenda kempen dan penyelesaiannya. Ini disebut apabila kami merujuk kepada isu pengangguran yang tinggi dikalangan generasi muda india begitu membimbangkan. Mengapa isu ini langsung tidak dibawa oleh MIC dan BN ? Dari laporan yang dikeluarkan kelmarin dari portal berita maya telah menyiarkan bagaimana generasi muda India di Tenang begitu tertekan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin BN sebelum ini tetapi hakikatnya ia hanya janji kosong belaka.

Lebih mendukacitakan apabila sebilangan pemimpin India khususnya MIC yang berjanji untuk membantu golongan muda india dalam soal pekerjaan, ditipu dan dibohongi, dan ia melibatkan bilangan yang bukan sedikit di sini khususnya di estet2 seperti di estet Labis Utara contohnya dan golongan ini sekarang terus menganggur. Sedangkan itulah isu yang mesti dicari solusi dan penyelesaiannya bagi kebaikan rakyat serta dimaklumkan kepada pengundi di sini. Bukan sekadar 'menanam tebu dibibir' pada disetiap adanya pilihanraya.

Isu keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan di Felda

Sehingga hari ini masih terdapat berbagai-bagai masalah yang terus membelenggu golongan peneroka Felda khususnya berkaitan soal keruntuhan akhlak remaja di Felda malah Felda dilihat terus gagal menyediakan penempatan bagi generasi kedua Felda selain kegagalannya membendung masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan.

Kempen-kempen yang bersifat kosmetik ini telah diadun dengan baik bagi menenggelamkan isu-isu besar yang berlaku di Felda sebagaimana yang disebutkan sebahagiannya di sini.

Kami menimbulkannya kerana disini wujudnya 3 Tanah Rancangan FELDA iaitu Felda Tenang, FELDA Cempelak dan FELDA Cempelak Barat.

Maka disini, bersama hasrat kami, yang mendokong hasrat rakyat mempelawa dengan kerendahan hati dan jiwa kepada kedua-dua calon yang bertanding dari BN (Azahar bin Ibrahim ) dan PAS (Cikgu Normala Sudirman ) agar dapat duduk diatas satu pentas bersama, untuk berwacana atau berdiskusi atau debat atau atas apa nama jua yang baik untuk dicadangkan, bagi menjelaskan isu-isu dan tajuk-tajuk yg dipersetujui bersama serta merangkumi diantaranya persoalan-persoalan telah telah diutara sebahagiannya diatas.

Ini bagi membolehkan pengundi di sini lebih mengetahui akan usaha-usaha dan hala tuju yang baik dengan lebih jelas serta berkesan kepada seluruh isu-isu yang ditenggelamkan dan disembunyikan sebagaimana yang telah dijelaskan tadi diatas satu pentas,

dimana,
KUBID akan menganjurkannya program tersebut di satu tempat yang akan dimaklumkan kelak setelah persetujuan dicapai untuk bersetuju berwacana/diskusi/debat/ forum atau diatas apa saja nama yang diberi oleh calon-calon yang bertanding. Surat - surat jemputan dan makluman hasrat akan diserahkan kepada –calon-calon PAS dan BN selewat-lewatnya pada petang ini.

Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.


Sekian Terima Kasih.


Sumber : Batu Gajah Mari

PRK Tenang : Pilih yang selamat dunia, akhirat - TG Nik Aziz

Posted: 26 Jan 2011 11:44 PM PST

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam tadi ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu, tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

Dalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Mengakui tidak mengenali lebih dekat calon PAS itu, Nik Aziz bagaimanapun memberitahu, "kehebatan" bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.


"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat.

"Beliau nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," katanya.

Nik Aziz juga menyeru agar usaha berkempen oleh mana-mana parti politik tidak disekat pihak tertentu agar rakyat dapat menilai pendekatan yang relevan untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa.

Pilih yang selamat dunia, akhirat

Menurut beliau, PAS berpendirian mengetengahkan calon yang mampu membela nasib rakyat dan berpegang teguh kepada landasan syiar Islam.

"Begitu juga pilihanraya, kita ada kempen, jangan sekat dan jangan halang. Biar beri peluang kepada pengundi memilih. Satu pendirian yang PAS saya mahu sebut adalah pilih yang selamat di dunia dan selamat di akhirat," kata Nik Aziz.




Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Tambahnya, pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-BN mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.

"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu?

"Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari," kata Nik Aziz.




Menteri besar Kelantan itu juga membidas kerajaan pusat yang mengamalkan dasar pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah naungannnya.

Beliau berkata, sikap Umno-BN yang kononnya ingin membela nasib Melayu tidak memperluaskan dasarnya secara menyeluruh.

"Perangai Umno mahu jaga Melayu, tapi Kelantan dia tidak peduli. Jalan raya dia tidak ambil kisah. Tuan-tuan pergi Kelantan sampai ke Bukit Yong, sempadan antara Besut dan Kelantan. Lihat jalan raya menghala ke Besut cantik.

"Pandang jalan ke Kelantan tidak ada. Jalan ini jalan pusat tapi Umno tidak buat kerana Kelantan," katanya kepada masyarakat yang hadir ke Dataran Ayer Panas.

Bukan calon tepi jalan



Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang berkongsi pentas sama berkata, Normala mempunyai rekod yang cemerlang dan bukannya hanya calon yang "dikutip di tepi jalan".

Katanya, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang oleh kerajaan pusat sendiri.

"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," katanya.

Antaranya yang hadir menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN PKR Simpang Pulai Chang Ming Kai dan peguam Hassan Karim.

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu.

Mengintai dari jauh

Malah juga yang asyik mendengar ceramah daripada gerai bihun sup atau sambil membelek barang-barang di gerai-gerai jualan sepanjang Jalan Sawah Baru.

Sebelum itu, Nik Aziz yang tiba dengan tongkatnya seperti biasa kira-kira jam 11.00 malam disambut dengan laungan takbir.

Kawasan yang becak akibat hujan sebelum itu menyebabkan beliau dibantu dua orang yang memegangnya dan menyuluh ke tanah untuk ke pentas ceramah.

Ketibaan beliau menyebabkan orang ramai yang pada mulanya tidak ramai berbondong-bondong merapati kanopi untuk mendengar ucapan dan menatapi wajah Nik Aziz dengan lebih jelas.

Bukan sahaja masyarakat Melayu, kelihatan juga pengundi kaum Cina.

Bagaimanapun, terdapat juga yang 'mengintainya' dari jauh, di atas motosikal dekat jalan raya, tanpa memasuki kawasan tersebut.


Berita dari : Malaysiakini

Gambar dari : Batu Gajah Mari

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang

Posted: 26 Jan 2011 11:07 PM PST



Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 3 Februari 2010 (Khamis) jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Penang International Sports Arena (PISA), Relau, Pulau Pinang.


Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff, semua Ahli Majlis Mesyuarat Eksekutif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Majlis MPPP dan MPSP serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan akan turut bersama serta bermesra dengan rakyat jelata dalam acara yang amat bermakna ini.

Semua rakyat tanpa mengira kaum, termasuk tokoh-tokoh pertubuhan-pertubuhan awam, tokoh-tokoh korporat, pemimpin-pemimpin agama, konsul-konsul jeneral yang berkhidmat di Pulau Pinang dan sebagainya adalah dijemput untuk hadir serta menikmati jamuan hidangan yang akan disediakan pada hari itu dan juga menyaksi pelbagai acara persembahan yang berunsur kebudayaan pelbagai kaum.

Ketua Menteri berharap persefahaman di antara Kerajaan Negeri dan rakyat jelata serta di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama dapatlah dipupuk dengan penganjuran serta penglibatan diri dalam acara Rumah Terbuka.

Ini merupakan kali pertama PISA dipilih sebagai tapak penganjuran bagi acara tersebut dan selain daripada menyertai majlis rumah terbuka, para peserta juga berpeluang untuk meneliti konsep baru pembangunan Penang International Convention Centre (PICC) yang kini lebih dikenali sebagai Subterranean Penang International Convention and Exhibition (sPICE) Centre yang sedang dipamerkan di PISA.

Para hadirin diminta supaya meletakkan kenderaan masing-masing di tapak-tapak letak kereta yang telah disediakan dengan mengikut arahan daripada pihak polis, anggota-anggota Rela dan penguatkuasa-penguatkuasa MPPP.

Pada masa yang sama, rakyat jelata juga dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 6 Februari 2011 (Ahad) jam 6.00 petang hingga 10.30 malam di Kompleks Pasar Awam MPPP, Balik Pulau.


Ng Wei Aik
State Assemblyman for KOMTAR/
Political Secretary to Penang Chief Minister
019-2459305 / 019-2106040

PRK Tenang : Majoriti 5000? Boleh ka..

Posted: 26 Jan 2011 10:43 PM PST

Difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.


Undi Cina dijangka kekang sasaran majoriti besar BN
Oleh Adib Zalkapli dan Syed Mu'az Syed Putra

LABIS, 27 Jan — Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti besar — sekurang-sekurangnya 5,000 undi — agak mustahil ekoran kempen DAP yang mula mendapat sambutan luar biasa.

BN meletakkan sasaran untuk menggandakan majoriti berbanding tahun 2004.

Difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.


"Saya rasa mereka telah memperkecilkan pengaruh Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) terhadap pengundi Cina, mereka ingat orang tidak ramai dan tidak seperti ceramah PAS dan PKR yang dihadiri penduduk tempatan," kata seorang pegawai Umno

Kit Siang dan anak lelakinya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan masa satu hari di kawasan Tenang dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kempen ceramah yang mereka sertai.

Kedua-dua ceramah yang diadakan pada malam Isnin dan Selasa lalu dianggarkan disertai kira-kira 300 penduduk tempatan, bilangan yang agak besar bagi mana-mana ceramah yang diadakan di Tenang.

Kini DAP yakin calon PAS Normala Sudirman boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 peratus undi Cina di Tenang. Pada pilihan raya umum 2008 PAS meraih sebanyak 58 peratus undi Cina.

"Sekarang kami mempunyai kira-kira 60 hingga 65 peratus dan kami sasarkan ia meningkat sehingga 70 peratus, ia masih sukar kerana dibeberapa kawasan kami tidak begitu kuat," kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

DAP menganggarkan undi Cina di Tenang masih belum melebihi 30 peratus sebaik sahaja kempen bermula, ia bagaimanapun membuat Umno terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan pengundi Cina.

"Masalahnya kami tidak boleh berbincang dengan parti komponen bagi situasi di kawasan Cina.

"Tanpa sokongan kuat daripada pengundi Cina, ia agak mustahil untuk dapat 5,000 undi majoriti," kata seorang lagi pegawai Umno.

MCA berada di bawah tekanan untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina di kawasan Tenang yang merupakan kubu kuat BN.

Pada 2004 BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,517 undi tetapi jumlah itu berkurang kepada 2,492 pada pilihan raya umum 2008 yang mana majoriti besar undi Cina memihak kepada pembangkang.

Sementara itu, tinjauan The Malaysian Insider mendapati pendirian MCA yang mahu membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil itu turut mendapat bantahan pengundi Cina.

Pengundi Cina beranggapan tidak wajar MCA memainkan isu negara Islam dan mereka mahu agar MCA menghentikan daripada memainkan isu tersebut.

Sebelum Dr Chua berkata mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Tindakan MCA itu bukan sahaja membangiktkan kemarahan orang Islam tetapi orang bukan Islam juga.

Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sudah masuk hari keenam. Hari pengundian Ahad ini.

"Bagi saya Islam tiada masalah, Islam adalah agama rasmi jadi kenapa mesti mau (mahu) mainkan isu ini?

"Pasal itu salam, saya tidak suka bila MCA mainkan isu ini, kita Malaysia ada macam-macam agama... kita tidak boleh paksa antara satu sama lain.

"Yang penting kita hormat agama yang ada, kenapa mesti nak buat macam ini," kata pengundi Chai Yun Cong, 45.

Menurut Chai, sekiranya PAS memerintah negara sudah pasti parti Islam itu akan menjaga kebajikan dan perpaduan semua kaum di negara ini.

"Kita tiada masalah tapi kenapa dia (Dr Chua) buat macam ini, dia mahu takutkan kita (orang Cina).

"Dia cakap macam-macam (pasal PAS) tapi PAS tiada apa-apa pun, hanya kasi takut orang Cina sahaja.

"PAS bawa Islam, apa yang PAS buat untuk orang Islam. Orang bukan Islam PAS tidak kacau, jadi kenapa mesti takut?" katanya.

Dia juga berkata PAS adalah sebuah parti yang bersih dan tidak mustahil akan memilih Normala Ahad ini.

"Saya lihat calon PAS bagus, lagipun PAS bersih... tidak amal rasuah. Tentu PAS boleh bantu kami di sini (Tenang).

"Tapi MCA sudah 53 tahun merdeka tapi tidak tolong bangsa sendiri, dia (MCA) hanya tahu cakap sahaja tapi tidak bantu," kata Chai dengan nada kecewa.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa Normala enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Sementara itu, seorang lagi pengundi Khoo Khai Loon, 40, berkata MCA perlu menghormati Islam dan mesti menghentikan rancangan tersebut.

"Saya tak suka bila MCA kata mahu cakap pasal agama (Islam), tidak boleh macam ini... Kita duduk dalam pelbagai kaum, kena jaga juga.

"MCA kena hentikan, janganlah sebab nak dapatkan undi (orang Cina) sanggup gunakan agama, kita perlu menghormati setiap agama yang ada," katanya.

Bagi Lim Chiew Ling, 35, pemilihan Normala sebagai seorang calon PAS-Pakatan Rakyat adalah pilihan tepat kerana bekas guru itu mempunyai kredibiliti dan pandai berpidato punya peluang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil kali ini.

"Sikap dia (Normala) yang peramah memang disukai oleh pengundi Cina di sini. Dia ada personaliti yang menyenangkan hati.

"Kita tidak ada masalah siapa pun wakil rakyat yang akan dipilih yang penting dia boleh buat bawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada penduduk di Tenang," katanya.

Lim juga tidak bersetuju dengan tindakan MCA yang tetap mahu memainkan isu agama dalam kempen pilihan raya kecil.

"Tidak boleh macam itu, MCA kena hentikan... Kita duduk Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Kena saling hormat-menghormati.

"Bagaimana kalau ada orang yang mainkan pula agama kita? Mesti kita marah," katanya.

Kelmarin Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa "ketakutan" kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.


The Malaysian Insider

Pemimpin MCA, sila hormati Islam - Nik Aziz

Posted: 26 Jan 2011 07:11 PM PST

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan tindakan calon wanita Pas, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan orang ramai.

Nik Aziz berkata, pemimpin MCA itu sepatutnya menghormati Islam yang sememangnya melarang bukan muhrim bersentuhan.

"Saya nak tanya dia (Soi Lek) kenapa tidak mempersoalkan serban kaum Sikh? Kalau tak berani, baik tak payah cakap benda ni.

"Islam memang begitu. Main bola sepak pun kena ikut peraturan, inikan pula soal agama daripada Allah yang mencipta alam semesta," katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.


Isu itu timbul apabila Soi Lek mempersoalkan tindakan calon Pas yang tidak bersalaman dengan lelaki.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam memberikan penekanan kepada keturunan supaya tidak berlaku zina dan bersentuhan lelaki dan perempuan yang menjadi titik mula kepada perbuatan itu.

"Bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim bererti wuduk terbatal, malaikat mula jauh. Pada masa itu syaitan mula mendekati maka boleh berlaku zina," katanya.

Nik Aziz mendakwa, senario kini jelas menunjukkan pemimpin DAP lebih memahami Islam disebabkan parti itu mengadakan kerjasama dengan Pas.

"Ceramah politik Pas sama dengan ceramah atau khutbah di masjid. Jadi dia (DAP) faham dan inilah kelebihan gerakan Islam," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara, Nik Aziz dalam nada sinis berkata: "Orang kita yang tolak Islam, ambil kebangsaan lebih teruk lagi berbanding dia (Kuan Yew)," katanya.


Sinar

Tenang penentu harga minyak RON95?

Posted: 26 Jan 2011 09:48 AM PST

Oleh : Wong Chin Huat

Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya.

Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.


Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara.

Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut.

Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga

Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut.

Untuk menyimpulkan kesannya terhadap tarikh PRU dan harga barang, PRK Tenang mungkin mempunyai tiga kesudahan.

Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini.

Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya.

Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya.

Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.

Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda.

Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang?


*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.

Tiada ulasan: