Khamis, 27 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Presiden PAS sokong kekangan media internet oleh kerajaan BN.

Posted: 26 Jan 2011 07:18 PM PST

Sumber : Agensi Berita Fakap

Tenang 27 Jan - Presiden PAS hari ini menyokong langkah kerajaan untuk mengawal media internet dengan meminda  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Malah menggesa kerajaan menjatuhkan hukuman mati secara pancung bagi mereka yang melakukan kesalahan.

"Biadap boleh dijatuhkan hukum bunuh dengan kaedah pancung. Kita rujuk sirah Kaab. Ianya tidak cukup jika hanya sekadar merampas peralatan rakaman media internet sahaja dan pukul mereka dari belakang kemudiannya menyorok."

Ketika ditanya adakah cadangan ini terlalu extreme dan boleh menjejaskan peluang PAS berkuasa untuk mengawal kuasa kerajaan yang zalim, Presiden PAS itu berkata :

"Biar kita kalah, asal Islam tidak kalah. Apalah ertinya kemenangan jika kemenangan itu dimurkai Allah?"

Ketika ditanya mengenai perbezaan pendapat Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad mengenai perkara yang sama ini, Presiden PAS mengatakan, beliau (Idris) bukan ulama antarabangsa.

"Hukum menentang ulama antarabangsa adalah neraka. Berapa kali Idris bersidang di hotel2 mewah bersama ulama dunia? Lepas cakap guna microphone, makan, peluk2 ala Arab dan bersurai."

"Lagi pun Idris tak pernah selamatkan orang lemas kan, Ayoh Chik?" Sampuk seorang wartawan tabloit.

"Ho ho ho.."

Pembolehubah Hadi Awang mudah didekati.

Posted: 26 Jan 2011 06:42 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Pembolehubahnya ialah orang yang mendekati Hadi itu boleh menggugat kuasa politiknya atau mengukuhkan kuasa politiknya.

Jika mengukuhkan kuasa politiknya, jangan kata UMNO mendekati, dia sendiri boleh mendekati UMNO. Jika mengukuhkan kedudukan kuasa politik Hadi, berkerajaan campuran dengan APCO-Israel melalui UMNO sendiri akan menjadi wajib. Jika mengukuhkan kedudukan kuasa politik Hadi, amanat kafir dahulu anytime boleh dilupuskan. Benda kecil. Ayat Al-Quran sendiri memansuhkan ayat Al-Quran lain.

Perjumpaan Hasan Ali dengan izin Presiden PAS, dengan UMNO Selangor adalah dalam kedudukan PAS datang (mendekati) berjumpa UMNO. Bukan UMNO datang berjumpa PAS. PAS mendakwa, PAS mahu mendengar tawaran UMNO. Peliknya, jika yang menawar ialah UMNO,mengapa yang start kereta, berkejar dan  berlutut untuk berjumpa ialah PAS?

Sejarah lampau, IPD Marang dilaporkan pernah dikepung team Hadi kerana cubaan menahan Hadi. Pembolehubahnya, polis itu mendekati Hadi adalah berada dalam tajuk menggugat kuasa politiknya. Jika polis itu mendekati Hadi dalam tajuk membantu kuasa politiknya, sudah pasti polis itu dibenarkan memberi kuliah di masjid Rusila.


Sebelum Hadi menunjukkan true color, tiada hujah orang biadap boleh dipancung. Kaset lawan kaset. Takrifan biadap dan hukum2 Islam jatuh kepada sidang Rusila. Bila tarikh bermula UMNO kafir, dan bila tarikh kafir UMNO berakhir. Mengapa tiada draf hudud PAS Terengganu yang memperuntukkan hukuman pancung dan mati untuk orang biadap? Dan jika gua membuat laporan polis atas kenyataan wajib bunuh dan pancung pengikut Hadi, adakah Hadi dan PAS Terengganu mempertahankan pengikut mereka atas nama perintah hukum Allah?

Islam itu mulia. Yang bodoh itu Hadi. Paling bodoh dan zalim itu penegak kepada kedudukan Hadi.

Tiada ulasan: