Jumaat, 28 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Sam AMK nak jadi calon Merlimau?

Posted: 28 Jan 2011 06:04 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

"Aduka, Sam buat hal lagi."

"Apa cer?"

"Dulu, dia tawar diri jadi calon Hulu Selangor, ari tu dia nak jadi calon Tenang, skang dia nak jadi calon Merlimau plak."

"Cakap sama pundek tu, toksah gila amanah la.. biar amanah cari ahli. Bukan ahli cari amanah."

"Tapi dalam twitter dia cakap, ini semua kehendak akar umbi."

"What the fuck?"

Itulah ayat lebih kurang yang disampaikan kepada gua oleh rakan PKR gua beberapa hari lalu. Ni kira emotional lewat ni bai. Gua kena settle satu projek printing 30hb ni. Walau lewat, gua still panas. Panas gua dengan mamat ni, untuk tajuk kali ini. Gua dah cuba taip sambil pegang tasbih. Tapi tak jalan. So, gua sangkut semula ke dinding.

Nasib baik gua adalah gerakan bebas yang terhad kemampuan. Kalau tak, start kete, terjah gak mamat nih. Banyak sangat gua nak tanya mamat ni. Ada member PKR pun yang ajak terjah Saifuddin Nasition. Cuma hal ehwal PKR jer buat hati gua kurang naluri pendesak. Gua tak berapa mahir. Gua serah kepada member2 PKR yang lain la untuk terjah. Tapi gua sedia follow.

[1]

Dia tahu tak antara DUN dengan Parlimen? Pada gua, corak politik untuk seorang berpangkat Ketua Peringkat Malaysia lebih sesuai dengan Parlimen. Dari corak politik yang Sam tunjukkan selama ini, apa terjadi jika rakyat Merlimau lebih melihat Sam berada di 'pusat' berbanding dengan jajahan Dun?

Lebih menyuarakan hal ehwal pusat dari hal ehwal Dun?
Lebih membuat laporan polis hal ehwal pusat berbanding Dun?
Wakil Dun Merlimau membawa lembu ke pejabat SPRM di Putrajaya.
Wakil Dun Merlimau menyorok di belakang Rafizi bila dicabar debat oleh Khairy.
Lebih masa berkepit bawah ketiak Anwar dari berkepit selesaikan masalah DUN.

Weih.. Sam. Lu nak kena penampar dari belakang ke? Gua dah graduate dah teknik tampar menampar dari belakang ni. Bawak2 sedar diri la bai.. usah la kelam-kabut ke seluruh tempat PRK di negara ini, untuk menjadi calon.

Biar amanah mencari ahli. Bukan ahli mencari amanah. Yang mencari amanah itu sudah tentu bukan ahli. Tapi babi. Kalau sekali tawar diri normal la. Tapi, kalau dah setiap kali PRK, ni dah paranormal dah ni.

[2]

Respek member sket Sam. Secara status quonya, itu kerusi PAS. Memanglah tiada ketetapan undang2 Malaysia mengatakan itu kerusi PAS, tapi, sila buat kerja dengan professional. Sesuai dengan tugas lu as Kepala AMK. Meh sini gua sekolah lu sket.

Kerusi yang CheguBard bertanding tu kerusi PAS lu tau? Dan kalau lu semak N3 gua yang lepas, gua pernah bantah. Dan gua pernah desak PAS ambil semula kerusi itu. Tapi bila bercakap keperluan merit, keperluan keahlian, pada tajuk parlimen dan bukan DUN, sekarang gua tiada masalah berkenaan itu. Sokong ikut tajuk dan sokong ikut prioriti.

Ikut tajuk keahlian untuk mengimbangi BN, melawan BN, bertekak dengan Khairy di parlimen, Chegubard lebih layak bertanding PARLIMEN; dari mana2 pemuda yang PAS N9 lahirkan. Jika PAS N9 boleh tunjukkan kepada gua, satu pemuda yang setanding dengan Chegubard, untuk diletakkan di Rembau, gua catat janji gua di sini, gua akan desak Chegubard mencari kerusi sendiri yang telah diperuntukkan kepada PKR.

Sekarang ini, Ampangan (DUN) adalah satu lagi kawasan PAS yang diserahkan kepada PKR. PAS Rembau pula adalah satu organisasi yang terbaik di dalam PAS N9. Ikut prioriti, jika Ampangan adalah kerusi parlimen, dalam pada masa yang sama PAS Ampangan bermasalah tahap babi hutan menguruskan kandang babi pekan, membuatkan calon PKR (bukan Chegubard) diletakkan di sana, gua akan desak (setakat kemampuan gua) Chegubard mengambil 'parlimen' Ampangan, manakala PAS Rembau menyediakan calonnya untuk parlimen Rembau.

Sokong ikut tajuk, dan sokong ikut prioriti. Sapa tak faham bagaimana menetapkan falsafah ini, minum air kolah Rusila sampai kering tanpa tutup paip masuknya.

[3]

Chegubard meminta kerusi Rembau dari PAS secara saluran dalam dan berunding. Sam meminta kerusi di setiap kali PRK secara terbuka dengan alasan kehendak akar umbi. Kepala paip lu. Setiap kali PRK plak tu. Seb baik PRK Sabah dan Sarawak dia tak berbunyi.

Bukan nak bergaduh dengan lu, Sam. Lu pun ada kekuatan yang boleh membantu untuk menumbangkan BN. Hilang lu, hilang gak satu part engine.

Tapi gua nak minta gerakan professional dari lu. Lu ketua AMK ma. Bukan blogger bebas macam gua. Apa kata lu berjumpa dengan PAS melalui saluran pemuda. Tantawi. Untuk kenyataan awam, maybe lu boleh buat kenyataan begini :

"Kita akan hantar surat untuk mohon diadakan perundingan tertutup bersama Pemuda PAS berkenaan hasrat AMK di Merlimau. Sebarang hasil dari perundingan itu akan dimajukan kepada peringkat tertinggi Pakatan Rakyat."

Professional lah. Cool. Lu bukan handle 2-3 ratus pengikut lu. Tapi lu handle pemuda Malaysia, ma. So, tunjuk cerdik sikit la. Gua tak tahu celah mana kelayakan lu jadi Kepala AMK ni bro. Debat UREKA pun lu goyang.

Membesar la Sam. Membesar dengan jiwa. Bukan membesar dengan perut.

Batu Api atau Suhaimi yang dikenali Presiden PAS?

Posted: 28 Jan 2011 04:23 AM PST

Oleh : Nota Merah

Suhaimi dikenali Hadi, bagaimana Batu Api?

GOSiP | Perkenalan bersama Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak isu kerajaan perpaduan (UG) dilontarkan hampir tidak dapat disangkalkan lagi.

Malah, setiap kali Hadi menjadi sasaran media ekoran terdedahnya rancangan membawa PAS bersatu dengan Umno, blogger tanpa nama itu terus mempertahan kredibiliti susuk tua itu.

Blogger itu terus mempertahankan susuk tua itu bak menegakkan benang yang basah apabila seterunya blogger Aduka Taruna terus menyerang susuk tua itu.

Blogger yang dimaksudkan itu adalah Batu Api. Ramai yang mempercayai blogger Batu Api adalah Suhaimi Embong, peribadi misteri di Pejabat Harakah yang hari ini dikhabarkan menyambung rezeki di Kelantan.

Namun, Suhaimi sendiri pernah bersumpah di khalayak teman-temannya, bahawa beliau bukan blogger Batu Api.

Pun begitu, Suhaimi sendiri dilaporkan diam seribu bahasa apabila kenalan-kenalannya meminta beliau bersumpah atas nama Allah – "WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi…" – bahawa beliau tidak pernah mengenali identiti sebenar Batu Api.

Keeangganan itu sekaligus memberi isyarat bahawa Batu Api sebenarnya tidak jauh dari peribadi Suhaimi.

Bahkan, Batu Api turut dikatakan oleh beberapa kenalan Suhaimi bahawa dikenali oleh Hadi serta beberapa pemimpin utama geng Kerajaan Perpaduan lain, terutama di Rusila sendiri.

"Kalau Hadi tidak mengenalinya (Batu Api), bagaimana boleh dia merancang dialog antara Aduka dan Hadi di Rusila tempoh hari," ujar seorang blogger yang mengaku mengenali Suhaimi Embong.

"Batu Api bersama Songkok Puteh macam perangkap Aduka Taruna supaya dipukul oleh anak murid Hadi di Rusila."

Batu Api sendiri tidak pernah menafikan konspirasinya dengan Songkok Puteh untuk "membunuh" Aduka Taruna di Rusila tempoh hari.

Yang dilaporkan setakat ini antaranya Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaallah.

Jalan-jalan di blog Batu Api, didapati entri terbaru pada Selasa lalu berjudul Hanya exploit keadaan..

Artikel itu nampaknya sederhana berbanding sebelumnya. Lama juga Batu Api tidak menulis.

Kira-kira 17 hari, Batu Api tidak menulis artikel di blog tanpa nama itu jika dihitung pada artikel Rehat sambil melihat suasana "Matahari Naik" pada 8 Januari lalu.

Seorang kenalan Suhaimi memberitahu, Batu Api tidak menulis bukan disebabkan tidak ada isu untuk menyerang blogger-blogger celaka yang anti Kerajaan Perpaduan.

Kata kenalan Suhaimi itu lagi, Batu Api tidak menulis bukannya disebabkan Suhaimi sendiri menyerang seorang staff Pejabat Agong PAS dua minggu lalu kononnya mendedahkan perihal Batu Api yang sebenar.

Kenalan Suhaimi itu berkata, Batu Api telah diminta berdiam diri seketika supaya khalayak tidak melihat insiatif menjemput Aduka Taruna berdialog dengan Hadi di Rusila dirancang oleh pihak Rusila sendiri.

"Mustahil Hadi terlibat dalam konspirasi memukul Aduka Taruna di perkarang Rusila," tegas kenalan Suhaimi.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa konspirasi itu dilakukan oleh samseng-samseng Hadi yang mungkin sampai ke pengetahuan Hadi kemudiannya.

Sekiranya Batu Api menafikannya, ertinya berita ini relevan. Sekiranya Batu Api berdiam diri, ertinya berita ini benar. -END

Tiada ulasan: