Isnin, 24 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Santai...

Posted: 23 Jan 2011 08:33 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Lama sedikit gua tidak update blog. Bz menyiapkan tempahan T Shirt. Hikmah dibelai (puak Rusila marah gua guna istilah dipukul), gua dapat tempahan baju dari satu kumpulan perniagaan di Terengganu. Hua3...


Di atas adalah kata2 penegak Hadi. Selepas Hadi menunjukkan true colour  dia pada hari tersebut, SFH buat pusingan U turn. Gua jatuh hukum dipancung la. Gua maki dan datang la. Gua datang awal sangat la. Walau projek Langgar Hadi, tapi kena jumpa Batu Api di tingkat 1 la.. Ngee..


Ingatlah pembaca sekalian. Kita tidak menentang UMNO itu kerana namanya UMNO. Kita tidak menyokong PAS itu kerana namanya PAS. Kita tidak menyokong TGHA/TGNA itu atas namanya TGHA/TGNA.

Pemimpin yang bodoh tegak atas sokongan puak yang lebih bodoh dari pemimpin itu.

[2]

Berbual dengan anggota polis di IPD Marang, gua dapat serba sedikit gambaran tugas mereka. Tekanan orang atas dan campur tangan politik. Satu anggota polis masih mendakwa gua adalah anggota polis juga. Siap sebutkan 4 angka awal no badan gua (gua lupa angka tersebut). Gua nafikan depan rakan polis yang lain.

Tapi dia bersunguh2. Dia minta gua tidak berselindung sesama anggota. Dia tunjuk gambar dia bersama kepimpinan tertinggi polis (gua tak kenal langsung) dalam handphone. Dia tahu siapa gua A to Z. Gua garu kepala dalam hati (peh ada juga kes garu kepala dalam hati ni bai). Intelligence police celah mana? Gua kerja Pak Guard jer ma.

Satu tajuk perbualan ialah, pendakwaan mereka terhadap perancangan kemenangan BN di Tenang. Mungkin dari segala aspek, pemilihan tarikh, kepungan pengundi orang asli, pemindahan bertujuan kepungan pengundi India estet dengan sebab misteri batu terbang, kawalan media, culaan pihak polis mencatat kemenangan BN melebihi majoriti 4000. Dengan motif kepercayaan meningkat kepada Najib sebanyak 100% dari majoriti Paklah.

[3]

Gua akui, bab2 binatang, gua ada taman dalam hati. Memang masa kekecik dulu gua ganas. Lastik burung, sembelih guna pisau lipat 10 sen, laga spider, siksa kerengga, masukkan rumput dalam bontot pepatung; tapi seingat gua, sejak gua dah sekolah menengah, sudah ada lanskap taman dalam hati gua bab2 binatang ni. Lu nak tuduh gua poyo ke, mampos la. Gua catat jer nih.

Petang semalam, gua masuk kerja, rakan dan bos memaklumkan sebentar tadi ada ular masuk ke dalam bangunan pos. Dan telah dibunuh. Gua pergi tengok bangkai. Tak lah besar. Tapi cukup la mencetuskan konflik manusia dengan ular dalam dunia manusia awam. Bukan dunia manusia zoologi ke perlihitan ke, etc. Ular tersebut bersaiz lampu kalimantang dan sepanjang lebih kurang 1 meter.

Apa yang syahdunya, bila gua picit2 badan ular dengan kayu, tubik 10 bijik telur ma. Aduss.. maybe ular tu sesat untuk cari port bertelur. Memanglah ada dalil membunuh binatang berbisa. Tapi pada gua itu dalil harus, bukan wajib. Harus dalam keadaan tiada pilihan. Maybe tiada pilihan, maybe lambat sangat kalau nak kol bomba.

Imbas kembali budaya Melayu menyembelih ternakan korban. Dia tambat lembu rapat2, dan sembelih sekor2. Depan lembu2 lain. Memang sedih gak gua bai.. berkaca2 mata lembu2 tu tengok rakan dia. Tapi bila dah masak, gua telan gak. G mampos la.

Gua cadang dalam blog cabuk gua nih, lain kali, kalau nak sembelih lembu secara beramai2 gitu, kita ikut cerdik orang putih la. Bawak2 la tinggalkan pemikiran Melayu yang bodoh tahap terbawah nih. Kita tutup mata lembu2 dengan penutup mata.

Ianya sedikit sebanyak menenangkan lembu yang ingin disembelih. Tak la kita terpaksa menggunakan kekerasan untuk menumbangkan dan disembelih. Ianya juga mengurangkan penderaan perasaan kepada lembu2 yang menanti giliran. Ikut gua, kalau ada alat yang boleh menghalang pendengaran lembu2 lain dari suara manusia dan suara lembu disembelih, pun gua cadang jugak.

[4]

Gua melihat Ostad Wan Xi mempunyai kenalan dan bercampur dengan manusia pelbagai fikrah. Berbeza sungguh dengan apa yang gua lihat terhadap Ostad lain. Bukan nak puji, tapi nak share. Lu pun boleh timbang pemerhatian gua dengan pemerhatian lu sendiri terhadap Ostad2 lain.

Wan Xi mempunyai rakan 'gelak ketawa sambil usrah', GKSU; dari kalangan Syiah. Dia juga GKSU dengan gua yang pernah menghina isteri Nabi, dan berfahaman 'mengambil yang terbaik dari 4 mazhab untuk perkara yang diyakini faham, tetapi untuk perkara yang tidak faham dan tidak tahu, ambil Syafie yang sedia ada.'

Wan Xi juga GKSU dengan LeeSlimShady yang komunis. Wan Xi juga GKSU dengan budak2 Tukar Tiub. Sosialis. Gua melihat, Wan Xi tidak mengambil sikap menjatuhkan hukum dalam setiap pertembungan idealogi yang tercetus dalam GKSU. Tetapi menentang dalam hujah. Dari itu, gua tiru dan cuba jawab persoalan yang dibangkitkan oleh bro Abu Nawas, Sosialis Melayu Berbaju Batik, dalam facebooknya.

Dakwa bro Abu Nawas begini :

"Ini meja VIP.. Dalam Islam ada meja VIP ka?"

Dia begini bro. Pada gua, itu hanyalah satu pakej dari pihak hotel. Gua percaya TGNA dan exco Kelantan pun ambil pot antara VIP standard atau protocol standard. Ada, adalah. Tak da, takda lah. Bukan isu. Mari kita lihat :


Sekor2 boleh bergambar tanpa sekatan pengawal peribadi. Meja Exco pun duduk bersebelahan dengan meja kita semua. Gua ingat kalau kita mintak tukar garfu dengan exco pun, dia takda hal punya. Tiada bodyguard yang perlu scan garfu tu.


Ni pulak adalah gambar TGNA makan nasi bungkus dengan rakan blogger juga. Say To Munafiqeen kalau tak silap gua. Satu meja, satu level nasi bungkus. Protocol standard dan VIP standard adalah satu benda semasa. Kalau ada, adalah. Takda, takdalah. Tak perlu berbantah2, dan paling penting jangan sesekali mehalalkan benda haram, dan haramkan benda halal.


Ni plak 'VIP' dan 'Protocol' TGNA makan kenduri. Ada, adalah. Takda, takdalah. Cuma jangan melampau sudah. Sampai mewajibkan, sampai menyusahkan, sampai menganiaya dan sebagainya.


Ni plak, rakan gua bergambar dengan pemimpin paling ramai musuh UMNO. Dari 10 media UMNO, 13 darinya tak suka Husam. Logiknya, paling ramai musuh, paling ramai bodyguard.


Dan ini pula 'VIP' dan 'Protocol' TGHA. Gambar ini dirakam selepas kumpulan memancing TGHA menyelamatkan sesorang dari lemas, dengan izin Allah. Cuma pembolehubahnya adalah keadaan ini tidak menggugat kedudukan kuasa peribadi lah. Malah, ianya membantu. Itu pembolehubahnya. Selagi tidak menggugat, orang gila sesat ke rumah pun dilayan baik. Pembolehubah kepada TGHA yang gua rakamkan sebagai sejarah.