Isnin, 24 Januari 2011

HIDUP DAN HARAPAN

HIDUP DAN HARAPAN


CHEGUBARD KEADILAN,KEADILAN CHEGUBARD

Posted: 24 Jan 2011 09:25 AM PST


Pemilihan PKR 2010 telah melabuhkan tirai dengan bermacam masalah di katakan timbul.Ada yang cakap masalah timbul boleh mematangkan ahli parti.Ada pula yang cakap apabila masalah timbul menunjukkan bahawa parti ini mempunyai ruang demokrasi yang luas dan terbuka dan bermacam-macam lagi pendapat yang kita temui.Mahu tidak mahu PEMILIHAN 2010 telah berakhir dengan keputusan yang seram sejuk dan ada keputusan yang mengejutkan.Contoh yang mengejutkan seperti MUSTAFA KAMIL tewas di CABANGNYA SENDIRI.Mungkin tafsiran 'mengejutkan'itu mengikut keadaan dan suasana politik masing-masing.

Saya ingin menyentuh isu PEMILIHAN AMK PUSAT yang sudah di ketahui umum di katakn bermasalah dan kontroversi,ia di sensasikan lagi oleh ahli-ahli PKR sendiri yang senentiasa menanti jawapan SU AGUNG PKR SAIFUDIN NASUTION ISMAIL.Ada yang berpendapat SAIFUDIN tidak menjawab dan ada pula yang berkata SAIFUDIN telah menjawab tapi ada yang tidak nampak.Akibat daripada polimik ini maka timbullah perang di FACEBOOK sesama kawan-kawan,ada yang di hentam seolah-seolah kita berlainan parti,mungkin ini asam garam berpolitik dan kita terima keadaan ini.

Dua watak yang menawarkan diri sebagai KETUA AMK MALAYSIA iaitu SAM dan CHEGUBARD,dua watak yang langsung tidak mempunyai persamaan.Secara asasnya kedua2nya dari PKR.Masing2 mengetengahkan idea masing-masing dan di edarkan menifesto seluruh malaysia sehingga BATU SAPI dan LIBARAN.Tanpa di sedari juga MASING-MASING punya dokongan daripada CALON TIMBALAN PRESIDEN.Di sini peranan kempen manager untuk menentukan ke kiri atau ke kanan.Sudah diketahui UMUM CHEGUBARD kelihatan condong terhadap ZAID IBRAHIM dan SAM BERSAMA AZMIN.Mungkin ini keadaan normal di dalam suasana pemilihan sesebuah parti politik.Di sini timbul persoalan yang agak janggal dari saya,kenapa perlu untuk menentukan timbalan mana yang kita sokong?inilah perseoalan yang timbul selepas ia di hebahkan bahawa CHEGUBARD sokong ZAID,sejauh mana kebenarnnya kita pun tidak pasti tetapi KELIHATAN MESRA itu MUNGKIN ada.

Setelah masalah-masalah yang di timbulkan di pihak yang tewas maka kelihatan ada third force di wujudkan.Kumpulan pendesak ini memperlihatkan satu wajah baru anak muda yang di gelar SAAM(SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA).Penubuhannya kelihatan mempunyai meseg yang jelas dan baik,cuma kebelangan ini sering menimbulkan konflik imej.Rakyat mungkin keliru kenapa SAAM wujud?mungkin SAAM bagus untuk anak muda?SAAM dari keadilan ka?SAAM terlibat dalam PRK?sokong parti mana?pas ka?umno ka? semua ini berlegar di minda rakyat yang tidak faham apa itu SAAM.SAAM memang kelihatan HEBAT tetapi adakalanya anggotanya membuat tindakakn yang tidak wajar.CHEGUBARD boleh di jadikan ikon anak muda,cuma CHEGUBARD juga perlukan pembantu yang hebat dan bijak di dalam membuat keputusan.Bukannya keputusan menentukan calon mana yang SAAM nak sokong.Jesteru itu mengapa SAAM perlu mengumumkan PARTI MANA YANG HENDAK DI SOKONG?bukannya rakyat melihat CHEGUBARD KEADILAN dan KEADILAN CHEGUBARD.Semestinya rakyat keliru dengan keadaan ini.Minda rakyat MALAYSIA tidak setahap minda orang barat yang boleh menerima perubahan secara drastik.

Persoalan demi persoalan akan timbul selepas ini,iaitu kenapa CHEGUBARD tak jalan guna nama PKR?kenapa harus menggunakan nama SAAM?CHEGUBARD bukan ahli PKR?Bukankah CHEGUBARD KETUA CABANG PKR REMBAU?.Saya sebagai orang luar melihat cita-cita SAAM memang unik dan baik sekali,cuma SAAM perlu lebih jelas di dalam menterjemahkan idea mereka.Terdapat juga AHLI SAAM yang mencemuh DSAI dan pimpinan lain nampaknya ia satu perkara yang tidak sihat dan perlu di perbaiki agar ia tidak di salah ertikan kerana ada pihak sedang menanti untuk mengambil kesempatan.Ahli SAAM perlu akui bahawa DSAI adalah kereta kebal yang mampu merempuh BARISAN NASIONAL.Belajarlah untuk beradap jika berkomunikasi kerana semua orang melihatnya.

CHEGUBARD telah berada di kemuncak tetapi sayang kerana kiri dan kanan salah sifir politik CHEGUBARD di takdirkan tewas dalam pemilihan KETUA AKK MALAYSIA.Peranan penasihat memeg cukup memberi kesan di dalam setiap tindak tanduk seseorang.Jika tersalah penasihat salahlah langkah kita,jika betul untunglah kita.Di dalam hidup tidak semua perkara yang kita hendak ia menjadi,kita merancang tuhan juga merancang untuk kita dan percayalah janji tuhan tetap pasti

HIDUP HARAPAN

BOM SUDAH MELETUP DI TENANG....

Posted: 24 Jan 2011 05:06 AM PST


Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, [Sila klik untuk membesarkan imej]

milosuam

BN SALAH PELURU

Posted: 24 Jan 2011 03:37 AM PST

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang.

"Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

"Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

"Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam," kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

"Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

"Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

"(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram," katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan "fatwa" baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

"Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.

"Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.

"Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik," katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.

Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam," katanya. -TMI

Tiada ulasan: