Khamis, 30 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dah 2 kali JAIS melalak pasal Amoi ni - Tapi kenapa JAIS terus diam bila kena pada BINI NAJIB?

Posted: 30 Dec 2010 10:07 PM PST


Ini juga ROSMAH dalam masjid tanpa menutup aurat - JAIS harap siasat lah ya
Cerita YB Teo masuk masjid tanpa tutup aurat dah heboh dulu sekali, kini timbul lagi.
Macamana kes BINI NAJIB yang juga masuk masjid juga tanpa menutup aurat?

INI KENYATAAN JAIS

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di pekarangan masjid baru-baru ini.

Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu yang tidak menghormati adab ketika memasuki kawasan masjid tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Teo yang tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terhadap kelakuannya sebelum ini, beliau menyifatkan wakil rakyat itu tidak menghormati baginda. - seterusnya di TMI

JAIS, korang kalut sangat bila YB Teo masuk masjid dengan tak menutup aurat. TAPI MACAMANA DENGAN GAMBAR DI ATAS. APAKAH ROSMAH JUGA MENUTUP AURAT? Bagi aku yang bukan ulama, bukan ustaz ni, aku rasa maksud menutup aurat adalah menutup keseluruhan rambunya,BUKAN MACAM GAMBAR DI ATAS, JAMBUL ROSMAH SAH-SAH BOLEH DI LIHAT LAGI,

Dey JAIS bertindaklah dengan saksama, jangan pilih bulu. Gambar ini telah tersiar baru-baru ni. Apakah Rosmah juga telah dipanggil? Mungkin aku terlepas pandang, tapi rasanya korang buat bodoh saja sehingga kini. Apakah kerana dia ni bini najib boleh buat apa saja, manakala di pihak pembangkang ada saja salah yang hangpa nak cari ... Atau Khusrin takut akan ditendang Najib kalau hangpa ambil tindakan pada bini kesayangan nya yang Gedebab tu.

Cuba hangpa habaq mai sat, bila nak pi tahan Rosmah ... hahahaha

Ini lah sebenarnya bentuk pemerintahan Najib umnoapco ...

Warga Malaysia seberang laut akan saman Suruhanjaya Pilihanraya

Posted: 30 Dec 2010 08:00 AM PST

Sekumpulan warga Malaysia di seberang laut yang meminta hak mengundi untuk semua warganegara yang tinggal di luar negara kini bercadang untuk membawa Suruhanjaya Pilihanraya dan Kerajaan Malaysia ke mahkamah.

Penyelaras apa yang dipanggil 'My Oversea Vote (MOV) International', Andrew Yong berkata kumpulan itu bercadang untuk membawa perkara itu ke mahkamah pada pertengahan tahun hadapan.

MOV yang dilancarkan di London baru-baru ini bertujuan untuk menggalakan rakyat Malaysia yang tinggal dan berkerja di luar negara untuk diberikan hak mengundi sebagai warganera Malaysia. --- seterusnya

Menteri Rogol Amah - Pak Lah, Najib kenapa diam? Bila nak jawab?

Posted: 30 Dec 2010 12:52 AM PST

MS: Sebagai Ahli Parlimen kawasan aku - Kepala Batas - aku respect juga la kat Pak Lah sebelum ni, walau pun dia dikatakan lembik sikit, dan turut bersimpati bila dia terpaksa turun tahta gara-gara permainan Najib dan Muhyiddin ... Tapi bila dengar cerita dia juga terlibat (menutup kes menterinya yang merogol amah) aku dah mula hilang respect. Walaupun kes ini belum dapat dibuktikan, tapi aku macam percaya memang kes ini berlaku.
Aku tak pasti samada Pak Lah atau Najib akan menjawab dengan menerangkan apa yang sebenar2 berlaku pada rakyat., kerana sehingga kehari ini saat ini kedua-duanya masih membisu termasuk siPerogolnya. Jangan cakap pasal Utusan Melayu Berita Harian atau TV3suku yang juga turut membisu. Depa akan cepat melatah hanya kalau kesnya dari dari pemimpin Pakatan. TV3suku semakin ditutup mulutnya apabila bosnya akan dibawa ke JPM mulai Januari nanti. Lagi kuatlah pembohongannya.
Najib, Pak Lah diminta jawab
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

"...tak kan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia," ulas bloger Misaimerah dalam blognya.

Keghairahan dan kesungguhan mencari siapa menteri yang dimaksudkan itu terus mendapat perhatian mereka apatah lagi dalam keadaan negara dalam mood perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang Januari ini.

Semua kelompok bloger ini yakin isu tersebut mampu menjadi senjata ampuh khususnya kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan PRK Tenang, malah juga untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung Mac atau April tahun hadapan.

"Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Tenang.

"Sesiapa saja yang dituduh mesti dibawa ke muka pengadilan...apatah lagi yang didakwa ini adalah seorang pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat," tulis bloger Anak Sungai Derhaka.

Biarpun kredibiliti WikiLeaks itu dipertikai, namun tindakan Umno BN yang mengajak rakyat mempercayai pendedahan berhubung isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memakan diri apabila rakyat juga 'terpaksa' percaya bahawa benar seorang menteri BN telah merogol amahnya.

Jika sekalipun WikiLeaks tidak boleh dipercayai, namun pendedahan sokongan oleh pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita, Migrant Care dan bloger Tukar Tiub, sudah cukup untuk rakyat mempercayaai bahawa ianya memang wujud.

Namun yang lebih wajar dipercayai adalah pendedahan sepucuk surat aduan daripada adik mangsa yang menceritakan secara jelas apa yang berlaku yang juga didedahkan dalam laporan Harakahdaily sebelum ini.

Sehingga kini juga, belum ada mana-mana pihak khususnya dari pimpinan Umno BN yang berani mengulas isu tersebut.

Penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sangat ditunggu-tunggu semua pihak.

"Tunggu dan tunggu, kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Siapa akan kena saman?," tulis bloger Tukar Tiub merujuk laporan Harakahdaily yang turut disiar di blognya - HD

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Kemuncak KEMARUK KUASA: "DS Azmi & DS Radzi pembohong, zalim dan munafik!" - Shahidan Kassim

Posted: 30 Dec 2010 08:01 PM PST

Akauan pertama Shahidan Kassim @ Shahidan Kassim (Dato Seri Shahidan Kassim)



"PEMBOHONG DSS AZMI DAN DSS RADZI..1.
Mereka suruh saya rujuk perlembagaan UMNO fasal perlantikan pegawai perhubungan negeri, pada hal keda duanya adalah manusia yg mengenepikan perlembagaan Umno semasa pemilihan calon2 PR 2008.Perlembagaan mensyaratkan agar bahagian dirujuk tetapi mereka ketepikan dan memasukkan nama mereka dn pilihan mereka..ZALIM dn MUNAFIK" - DS Shahidan Kassim



"PEMBOHONG DSS AZMI DAN DSS RAZI..2.
Mereka suruh saya jaga bahagian Arau kerana kalah dua kersui. Mereka mendabik dada seolah olah merekalah yg bagi menang Kangar dan Pdg Besar. Mereka bercakap macam budak2 sekolah rendah kerana mereka lupa bahawa saya selaku ketua berjaya mengajak rakyat agar BN dihati mereka.Rakyat kasih kpd pemimpin.Mereka berdua sebagai menteri gagal bawa apa2 pun kePerlis" - DS Shahidan Kassim

Akaun kedua Shahidan Kassim @ Dato Seri Shahidan Kassim



"PEMBONGAN DSS AZMI DAN DSS RAZI..3
Mereka kata dlm nst bahawa mereka menang dipdg besar dan kangar dgn majorty bsar dan meletakkan sya tewas 2 diArau.Sebenarnya merka berdua x ada jawatan dlm bhgn dan perhubungan, bagaimana boleh claim credit yg mereka hebat? Sekali gus mereka x iktifaf saya sebagai ketua dn sekrng nak suruh saya ikut ketua yg mereka taja..Eh apa jasa meraka dlm Umno?pijak bendera Umno dn masuk 46?" - DS Shahidan Kassim



Artikel semalam yang mesti kalian baca:
- BIADAP: Shahidan Kassim hina Raja Perlis, anggap perlantikan MB Perlis melalui aktiviti menyamun!

Di bawah, dilampirkan artikel dari laman "salafiah.net"..fikirkan..


Teruklah Shahidan ni!!!

Begitulah komen seorang sahabat ketika sama-sama bersarapan pagi. "Teruklah Shahidan Kassim ni!!!", apabila membaca berita "Shahidan pertikai Md Isa terajui UMNO Perlis" (petikan berita dari Berita Harian di bawah).

IB pun menyapa bahawa semua jadi tidak betul dan hanya dia (Shahidan) sahaja yang betul. Dia ni memang sangka dia seorang sahaja yang betul dan dia seorang sahaja boleh buat kerja. Pantang ada yang dia tidak berkenan dia buat bising dan saman orang.



Teringat IB pasal kecoh dalam persatuan olahraga gara-gara perangai dan sikapnya.

Kemudian ahli politik di Perlis dan di ibukota tahu cara mainan politiknya yang banyak ke-kronian dalam amalannya.

Seorang lagi sahabat pada ketika itu menyampuk lagi bahawa Shahidan ni dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dia pun nak gadoh. Pada tahun lepas atau awal tahun ini dia juga sibuk membuat laporan polis apabila satu permuafakatan NGO mengadakan wacana bincang bahaya ajaran Wahabi di Kuala Lumpur.

Yang mana, menurut sahabat IB yang aktif dengan akviti masjid di Hulu Klang sebagai seorang nazir, wacana tersebut terpaksa dibatalkan oleh pihak UIA dan penganjur terpaksa mencari tempat ganti di saat akhir hinggakan ramai peserta yang pergi ke UIA apabila perpindahan tempat dari UIA ke masjid Wilayah terpaksa dilakukan di saat akhir.

Sememangnya si Shahidan ni suka cari gaduh sahaja – di mana-mana medan sekali pun. Dalam politik dia tak boleh terima kekalahan dan bahawa dia ni sudah orang tidak lagi suka … mungkin sudah tidak laku. Dalam agama dia suka gaduh membiada'ahkan orang … baginya semua orang tidak betul dia sahaja yang ikut sunnah (betul ke?). Dalam organisasi sukan pun dia tidak boleh menerima dan menjayakan semangat kesukanan …

Sekian, IB

[Kemaskini] Isu YB Teo masuk perkarangan Masjid: Lagi Umno menunjukkan kejahilan mereka...

Posted: 30 Dec 2010 08:11 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Dulu Umno bukan main kecam dan makihamun Teo krn masuk Surau..katanya non-muslim xboleh masuk surau tempat orang Islam sujud...kemudian apabila dikatakan, ada pendapat Islam membenarkan non-muslim boleh masuk rumah Allah, diubahnya pula alasan, sebab tak tutup aurat..

Apabila dilampirkan gambar puteri, wanita dan first lady Malaysia tak pakai tudung masuk rumah Allah (sedangkan orang sekelilingnya pakai), katanya itu orang Islam, hukumnya lain...pulak dah....(Alhamdulillah sejak dr kes ini, YB ini sering dipanggil oleh khariah2 masjid/surau dikawasannya utk membuat aktiviti..dan beliau mula berjinak dgn baju kurung dan selendang..)

Sikap double standart..

Kemudian, apabila blog2 PR mendedahkan pemimpin MIC, 'ust' Kamalanathan masuk kawasan serambi masjid semasa berkempen PRK Hulu Selangor, dorang terkasima sekejap..difikirkan alasan, katanya tak pe, itu kawasan luar, tak sentuh karpet..luar tak pa, dalam xboleh...tengok double standart jawapan mereka..





Kali ini, bila YB Teo duduk diluar kawasan masjid apa pula alasan dorang, "YB sekali lagi menghina kesucian Islam", "Islam dihina DAP", "maruah Islam tercemar" dan lain2 alasan merapu lagi lucu..difikirkan hujah dan alasannya belum kukuh, maka direka pula alasan, pakaian YB Teoh tidak sesuai dan menjolok mata..ini bukan ajaran Islam...

Pulak dah, dulu dalam masjid tak boleh, sekarang luar masjid pun xboleh...mungkin bg depa ni, kalau boleh nak jauhkan terus non-muslim terutamanya DAP ni dari rumah Allah..lihat, inilah motif dan muslihat mereka yg sebenarnya...rupanya bantahan mereka pun atas dasar politik, bukan krn sensitiviti dgn agama Islam...

Buktinya...mari lihat dua video di bawah...






Cuba korang bayangkan kedua2 video di atas adalah melibatkan orang-orang PR..sudah tentu menjadi heboh seperti sekarang...namun, kedua2 video diatas melibatkan parti pemerintah Umno..badan NGO pro-Umno, dan negeri dibawah penguasaan Umno...ada tindakan? ada bantahan?...tiada, kerana sebarang bantahan dan kecaman terhadap kedua2 video diatas tidak mendatangkan apa2 natijah baik utk parti mereka...



Mengenai pakaian, mungkin tak menepati kehendak Islam sebenar..tapi kita nk tahu, contoh pakaian yg menepati citarasa penyokong2 Umno untuk non-muslim bagaimana..sedarkah mereka bahawa yb Teo bukan Islam, ini dikira sudah baik...sedarkah mereka, pemimpin dan keluarga ketuanan Melayu Islam Umno ada yg lebih teruk dari ini..(lihat contoh di SINI)...

Penulis setuju sebagaimana dikatakan blogger Milosuam, katanya:

"Ahli parlimen ini seorang yang bukan Islam, maka dia tidak paham peraturan berkenaan aurat di dalam Islam, tentang tuntutan Allah terhadap wajibnya seorang wanita itu menutup aurat. Mana tidaknya, agama yang dianutinya jelas sekali tidak menyuruh apa lagi mewajibkan penutupan aurat bagi wanita sepertinya. Undang-undang negara juga tidak menghalang dirinya daripada berpakaian begitu."
Sbb tu penulis sokong sepnuhnya kenyataan balas YB Teo di SINI..dan jika umno tetap tidak berpuas hati, kita boleh bandingkan pula dgn pakaian2 wanita/puteri Islam Umno di sini..siapa lebih Islamik?..nak?..penulis tunggu cabaran mereka..

Masjid/surau semakin 'hidup' di bawah PR

Untuk yg terakhirnya..penulis menyeru agar ahli khairiah masjid/surau terus mengimarah masjid dgn aktiviti2 sebegini..jgn berfikiran jumud/rigid mengatakan masjid utk solat semata2..kalau boleh ajak sekali rakan-rakan bahkan YB non muslim utk sama2 join program2 seperti ini..jgn dihirau provokasi dr penyokong ketuanan Melayu..insyaAllah, ianya sebahagian daripada usaha dakwah di Malaysia..

Akhir kalam..ketuanan Melayu yg langsung tidak menjamin ketinggian agama Islam, malah ketuanan Melayu inilah yg merosak-rosakkan imej dan kesucian Islam sejak 50 tahun lebih berkuasa...sesungguhnya Melayu akan hebat apabila Islam terlbih dahulu dihebatkan..fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Nak kenal siapa badan MAYC? apa kaitanyya dgn Umno?..klik di SINI...


Artikel berkaitan:
- Wajah munafik: Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar)
- Non-muslim masuk rumah Allah: Apa kata ulamak dan fatwa kebangsaan?

LIVE dari N.05 Tenang: Projek 'mee segera' Umno/BN sudah bermula...

Posted: 30 Dec 2010 04:50 AM PST



Jalan di Felda Tenang..



Kerja2 turap jalan sedang berjalan dengan pantas..



Rumput tepi jalan pun di trim sempena menyambut PRK..



Jalan yang masih elok diturapnya (sbb dilalui oleh pak2 menteri)..jalan yg xelok dibiarkan..berikut adalah jalan kampung Sawah Baru Labis..salah satu UPU dari 12 UPU di DUN Tenang..





Ingat BN, ingat projek mee segera.....

Sumber: Selatan Online

Lagi bongkar FITNAH penyokong Umno: Gambar kononnya Nik Aziz bersanding ala Barat..

Posted: 30 Dec 2010 12:06 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Penulis yakin ada yg sudah mengetahui (pembongkaran) fitnah ini, ada yang belum..kerana itu penulis postkan pada entry kali ini bagi mereka yang belum mengetahui, selain utk diabadikan dalam blog penulis (sbg rujukan akan datang)..

Gambar di atas bukanlah gambar Tok Guru Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah..gambar tersebut adalah gambar orang lain yg bernama Nik Aziz Kamil, seorang guru Kemas...ianya telah diedit dgn tujuan untuk memburuk2kan Tok Guru Nik Aziz..

Gambar asal adalah di bawah..






Boleh rujuk di sini, http://fhtechnology.biz/cubecart/index.php?act=viewProd&productId=19...

Begitulah sifat semulajadi (sebahagian) blogger dan facebooker Umno..gambar tersebut dilihat masih disebarkan oleh blogger dan fecebooker umno sehingga ke saat ini..kerana itu penulis menuntut fitnah ini dihentikan..

Fitnah Tok Guru Meninggal

Kini fitnah terbaru mereka ialah Tok Guru telah meninggal dunia..mereka cuba beralasan itu dan ini bg membela tindakan mereka..mungkin mereka tidak sedar, itu sebahagian dari 'fitnah dunia', iaitu apabila berita yg tidak benar disebarkan dan diperbesar2kan, dan mampu menimbulkan keadaan yg tidak menyenangkan..

Tok Guru kali ini tidak memaafkan mereka yg menybarkan fitnah ini...nasihat penulis pada mereka yg sebarkan tu, segera la meminta maaf..jangan di main2 bab doa ini..mungkin pd perkiraan kita Tok Guru salah, atau silap faham, tetapi mungkin pada perkiraan Allah, mereka yg sebarkan fitnah kematian Tok Guru itulah bersalah..penulis ulang sekali lagi, jgn dicabar doa orang yg teraniaya..


p/s: Antara link yang dikenalpasti telah memburuk2kan maruah Tok Guru dan isterinya..

- http://buaya-merah.blogspot.com/2010/12/gambar-nik-aziz-nik-mat-bersanding.html
- http://melikapakjangak.blogspot.com/2010/11/muncul-kembali-856_27.html
- http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/11/nik-aziz-dulu-dan-sekarang.html
- http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17037

Dan banyak lagi..(kalau nk, penulis boleh kumpulkan)..di bawah adalah gambar asal yg diedit dan disebarkan oleh penyokong2 Umno yg tidak bertamadun..



Edisi WikiLeaks: Kenapa dikatakan Umno bangsa hipokrit?

Posted: 29 Dec 2010 11:19 PM PST



Oleh: onemalasiaonline.blogspot.com

Andaikata yang Merogol Amah itu Anwar Ibrahim..

Andaikata yang didakwa merogol amah itu bukanlah seorang Menteri dari Barisan Nasional tetapi ianya adalah Anwar Ibrahim, pasti kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim akan diheret kemuka pengadilan dengan sepantas kilat, tak kiralah walau dimana beliau berada samada didalam Malaysia atau di Turki.

Necsaya akan merengkoklah Anwar dalam penjara dalam kadar segera.. mungkinkah akan lebam kedua-dua belah matanya pula..

Maka akan riuh-rendahlah media-media tunggangan UMNO memainkan isu ini selama 7 hari 7 malam jika mengizinkan akan dimainkan isu ini sehingga PRU13 nanti.. Gegak gempitalah seluruh blog yang menyokong UMNO/BN memainkan isu ini.

Akan diketawakan mereka penyokong PKR yang bermati-matian menyokong Anwar.. ditertawakan akan kebodohan mereka kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.



(Anda nampak nama yg tertera pada line hitam di atas?..gambar berdasarkan dokumen kes menteri rogol amah di SINI...kes ini bukan hanya bersandarkan kpd pendedahan Wikileaks semata2, tetapi dahulunya telah dikaitkan menteri Malaysia oleh badan NGO Indonesia, 'Migrant Care'.)

Najib nescaya akan berkata "Lihatlah bagaimana bijaknya Anwar menipu rakyat jelata, berpura-pura seperti insan yang baik, padahal diri terpalit penuh noda. Hentikanlah menyokong PKR sokonglah UMNO yang dibarisi pemimpin yang bersih."

Nazri mungkin berkata " Terbukti Anwar memang hipokrit"

Andaikata Anwar yang dituduh merogol itu, Saiful pasti akan turut gembira, gembira kerana kononnya bukan dia saja yang menjadi mangsa malah ada lagi manusia yang turut menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar yang menggila tanpa mengenal jantina.

Tapi itu andaikata Anwar yang dituduh merogol amah bukannya Menteri dari Barisan Nasional punya kerja..


Kita telah melihat Media tunggangan UMNO menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada berikutan pendedahan WikiLeaks tentang kisah tuduhan liwat keatas Anwar mereka memainkan isu itu seolah-olah apa yang didedahkan oleh WikiLeaks itu memang benar biarpun pihak Singapura mengatakan apa yang didedahkan oleh Wikileaks itu tidak selari dengan maklumat yang ada pada mereka.

Apabila ada pendedahan oleh WikiLeaks yang menyentuh mengenai isu Najib dan Altantuya seluruh Media tunggangan UMNO menutup pendedahan itu dengan sebaik mungkin..



(Najib dan penyokong Umno masih membisu apabila Wikileaks mengaitkan Najib dgn pembunuhan Altantuya..klik di SINI..sekurang2nya Anwar sedang membersihkan dirinya di mahkamah, Najib??...)

Dan bila ada lagi pendedahan oleh WikiLeaks yang dibongkar keluar oleh Rocky Bru melibatkan kisah rogol seorang Menteri.. disiarkan di berbagai-bagai blog tak kira menyokong BN atau PR hingga kini tiada sebarang penafian dari pihak yang berkenaan.

Adakah ini kerana Menteri itu merupakan Veteran UMNO yang masih bernilai disisi Najib maka Menteri itu sewajarnya diberikan imuniti?


Anak Bapa

Anak Bapa


Raja-Raja Melayu Perlu Berhati-Hati

Posted: 30 Dec 2010 05:21 PM PST



Anak Bapa sememangnya seorang anak Melayu, dan akan kekal menjadi Melayu sehingga akhir hayat. Tetapi ini tidak bermakna Anak Bapa akan menggangguk apa saja yang dibuat atas nama Melayu.


Ini disebabkan ada pertimbangan lain yang lebih besar dan lebih aula dalam hidup Anak Bapa. Dengan menjadi seorang Muslim bermakna Anak Bapa terikat kepada kepatuhan mutlak kepada Allah swt dan bukan kepada makhluk lain, melaksanakan segala tuntutan agama dalam segala as

pek kehidupan.


Walaupun diakui terdapat kelemahan kepada undang-undang buatan manusia tetapi terbukti perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri setakat ini masih mampu untuk menguruskan negara dan rakyat dengan adil dan saksama dengan syarat semua pihak mematuhinya dari segi semangat dan tujuan.

Tetapi malangnya apa yang berlaku di bawah pentadbiran UMNO/BN, terutama di zaman Dr.

Mahathir, Pak Lah dan kini Najib, kita lihat pencabulan dalam segala aspek perundangan secara berterusan oleh pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman.


Peristiwa perbicaraan Anwar dalam kes Liwat I dan II, dan pengantungannya sebagai ahli parlimen bersama 3 lagi ahli parlimen pembangkang baru-baru ini, jelas memperlihatkan kerakusan pihak pemerintah dalam memperkosa undang-undang negara demi kepentingan nafsu politik mereka. Dan yang lebih malang lagi aktiviti mereka semakin ghairah dan semakin melampau di ambang kemusnahan UMNO/BN.


UMNO tidak segan silu untuk menggunakan apa saja cara demi kelangsungan hayat politik mereka termasuk mengheret raja-raja Melayu ke kancah permainan politik kotor mereka walaupun selama ini mereka merupakan puak yang telah merosakkan reputasi institusi berkenaan. Insiden memburuk-burukkan raja-raja Melayu ketika usaha mereka dalam menasahkan imuniti raja-raja Melayu dahulu, dan pertabalkan Sultan Kelantan baru oleh pemimpin UMNO ketika PAS baru mengambil alih pemerintahan Kelantan dari BN pada awal 90an dahulu adalah antara beberapa insiden malang yang dipelopori UMNO dalam mencemarkan institusi yang didokong rakyat.


Anak Bapa tidak tahu kenapa raja-raja Melayu mula dilihat bersekongkol dengan UMNO dalam membelakangkan undang-undang. Peristiwa rampasan kuasa di Perak jelas menunjukkan konspirasi pihak istana dan UMNO dalam menidakkan hak rakyat seperti yang terkandung dalam undang-undang tubuh negeri Perak. Beberapa kejadian di Selangor juga mula kelihatan seperti skrip yang sama seperti di Perak. Isu mutakhir pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menunjukkan dengan jelas usaha berterusan UMNO dalam mengheret sama pihak istana dalam membelakangkan undang-undang tubuh negeri. Sedarkah Sultan bahawa peruntukan undang-undang berhubung pelantikan SUK perlu mendapat restu baginda telah dimansuhkan oleh UMNO dahulu?


Anak Bapa masih ingat ucapan Raja Nazrin, Raja Muda Perak, yang mengingatkan raja-raja Melayu bahawa jika mereka ingin kekal relevan maka mereka perlu dilihat adil kepada semua dan meletakkan undang-undang sebagai asas kepada segala tindak tanduk mereka.


Malangnya raja-raja Melayu semakin terbabas dalam tindak tanduk mereka. Malah sesiapa saja yang rapat dengan UMNO akhirnya akan terbabas. UMNO akan menjanjikan langit dan bumi untuk mencapai nafsu syahwat mereka. Adakah janji-janji projek, kemewahan dan kelangsungan bangsa Melayu (walaupun UMNO tak ada kuasa menentukannya) menyebabkan raja-raja Melayu terjebak dalam perangkap UMNO dan bersetuju bersama-sama menidakkan hak rakyat dan undang-undang?


Jika inilah pendekatan yang nak diguna oleh raja-raja Melayu, Anak Bapa ingin nasihatkan mereka supaya fikir balik habis-habis. Sokongan UMNO adalah sokongan membawa rebah. Jangan korbankan maruah dan kedaulatan institusi raja-raja Melayu dengan tindakan yang dilihat bertujuan menyambung hayat UMNO. Dan yang lebih utama jangan memandang rendah kepada kuasa rakyat dan apa yang mereka mampu lakukan.


Anak Bapa yakin raja-raja Melayu mampu berfikir secara objektif dan adil. Jika ada yang agak terbabas yang lainnya akan membantu membetulkannya. Tindakan kolektif raja-raja Melayu dalam memulihkan keyakinan rakyat kepada konsep raja berpelembagaan amatlah dialu-alukan sebelum ia terlambat. Raja juga adalah manusia dan mereka terdedah kepada kesilapan. Rakyat perlu menegur dan mereka perlu mendengar.


Anak Bapa: Berani kerana benar …….

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Gobala tumbuk..Mike menepis

Posted: 30 Dec 2010 05:23 PM PST

usinkata;..huhuhu agak-agak hampa la.yg mana satu Mike yg mana satu Gobala..huhuhu..


Pada sidang akhbar pagi tadi (30 Dis 2010), Gobala sekali lagi  mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008.

Dalam membuat tuduhan itu, Gobala tidak menjawab kenapa beliau membuat tuduhan itu hanya sekarang(akhir 2010), setelah gagal dilantik menjadi Naib Presiden PKR.

Hakikat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya membekukan kerja-kerja mengubah suai kuil itu setelah tapak berkenaan di landa masalah hakisan tanah dan tanah runtuh.

Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam menolak tuduhan-tuduhan Gobala dan menegaskan tidak ada sebarang campurtangan politik bersabit kuil Sivan di Petaling Jaya.

"Tidak pernah Anwar tutup mana-mana kuil. Ini tidak benar dan fitnah. Bagi saya Anwar tidak pernah tutup kuil. Kuil Bukit Gasing memang ada masalah tanah runtuh. Kita khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka semua akan salahkan kerajaan Pakatan Rakyat," beliau memberitahu Tv Selangor.

Manikavasagam berkata orang ramai masih dibenar menunaikan ibadat di kuil itu cuma kerja-kerja pengubahsuaian dibekukan sehingga MBPJ mengemukakan hasil siasatanya.

"Jadi kita mahu tunggu laporan daripada Majlis, kalau tiada masalah kita buka. Kalau satu kuil ditutup, saya orang pertama yang akan bising. Tapi dalam isu ini saya tahu kenapa kuil ini ditutup kerana takut kejadian tanah runtuh. Kita selalu fikir pasal keselamatan. Dalam isu ini, Anwar tidak tutup kuil," tambah beliau.

sumber; http://blog.marhaen.info/index.php/laman-utama/1-artikelmarhaen/631-tiada-kuil-ditutup-mike-bidas-fitnah-gobala-

"Kembar Siam" DEB dan MEB

Posted: 30 Dec 2010 06:24 AM PST

huhuhu..try teka..yg mana DEB yang mana MEB..huhuhu..??


Dulu DEB..Kini MEB..DanSelamanya NEPOTISM

usinkata; ..huhuhu ..AMARAN KERAS ..Posting dibawah agak panjang lebar dan melalut-lalut...untuk itu ia menuntut pembacaan yg agak lama dan membosankan..adalah dinasihati bagi sesiapa yg ingin membacanya mempunyai tahap kesabaran dan kejituan pemerhatian serta memiliki daya perbandingan yg kuat kerana posting ini berdasarkan dua sumber artikel yg amat panjang..
Selamat Datang kepada pembaca yg tidak inginkan dirinya tertipu dengan tipu daya "Ketuanan Melayu" yg dileterkan oleh pemimpin United Malay National Organisation serta para-para OKUnya..( OKU :- Orang Kuat Umno)..huhuhu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

DEB - MAHATHIR

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70'an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90'an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation. - (TT)


petikan dari sumber; http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/nilai-manusia-melayu-baru.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Prof UKM kata;...

Dalam satu kertas berjudul "Inclusiveness: A Fairer Way to Share the Economic Pie?", dibentangkan Profesor UKM, Ragayah Hj Mat Jin(gambar kiri) dalam satu persidangan anjuran MIER, beliau berkata, meskipun DEB dan dasar selepasnya berulangkali menekankan bahawa pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, namun pada hakikatnya, pelaksanaannya hanya tertumpu kepada kaum bumiputera.  Akhirnya, kekayaan disalurkan kepada mereka yang rapat dengan orang politik.

Di samping itu, pelaksanaan DEB telah mewujudkan satu lagi fenomena yang tidak sama rata, iaitu ekonomi berada dalam genggaman pemerintah berikutan masalah merentir (rent-seeking) dan rasuah, atau disebut sebagai party capitalism, menurut Ragayah.  Pemimpin parti menggunakan pengaruh politiknya, bersama kroninya untuk menguasai sumber dan kepentingan ekonomi.

Situasi sedemikian menjurus kepada jurang kaya-miskin yang semakin ketara.  Ragayah menambah, jurang kemiskinan di Malaysia bukan lagi jurang perbezaan antara desa-bandar mahupun antara kaum, tetapi ketidakseimbangan dalam kaum itu sendiri.  Misalnya, dasar penswastaan telah menjadikan sesetengah bumiputera semakin kaya, sementara sesetengah bumiputera kekal hidup merana kepapaan.

Contohnya, 11 orang bumiputera tersenarai sebagai 40 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes pada tahun 2010 menguasai kekayaan USD 4 bilion.  Antaranya, 42.5% kekayaan (atau USD 1.7 bilion) berada dalam tangan Syed Mokhtar AlBukhary.  Pada masa yang sama, kadar kemiskinan di negeri yang majoritinya Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan negara pada tahun 2009, malah Sabah mencatat kadar kemiskinan setinggi 19.7%.  Lebih-lebih lagi, jurang kaya-miskin dalam kaum Melayu sendiri semakin ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini, dari 0.429 pada tahun 1999 dan terus melebar kepada 0.44 pada tahun 2009.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEB a.ka.a DEB MAHATHIR


Akhirnya bahagian akhir Model Ekonomi Baru (MEB) dihidangkan pada 3 Disember, lapan bulan selepas bahagian pertamanya dikemukakan.  Sepanjang tempoh ini, siri program yang dijana, misalnya Program Transformasi Ekonomi (PTE), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) - kesemuanya bertemakan MEB, yang diibaratkan sebagai "Kitab Ekonomi" zaman pemerintahan PM ke-6, Najib Razak.

Kerajaan Najib menyarankan pembaharuan ekonomi dengan "penghapusan merentir (rent-seeking)" dan "pihak swasta sebagai penggerak utama dalam bidang ekonomi" pada peringkat awalnya.  Namun akhirnya ia kembali kepada "pendominasian ekonomi oleh kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)" dan "liberalisasi ekonomi palsu"-ala Mahathir, yang "mencipta lebih peluang merentir".

PTE  (Program Transformasi Ekonomi) masih mengambil pendekatan "central planning" (pusat yang memutuskan) ketika melaksanakan program ini, iaitu kerajaan yang menentukan projek manakah yang harus diutamakan, dijalankan atau disingkirkan, siapa yang dipertanggungjawabkan, pengagihan sumber dan sebagainya.

Dengan kata lain, kerajaan masih mempercayai teori "kerajaan mengetahui segala-galanya" (the Government knows best), malah, ia memperlihatkan bahawa kerajaan Najib masih belum melepaskan kuasanya untuk mendominasi sumber ekonomi, dan dibiarkan pihak swasta mahupun pasaran untuk menentukan ekonomi.

CONTOH DAN BUKTI JELAS

Kerajaan melantik terus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertanggungjawab ke atas projek pembangunan tanah Sungai Buluh yang bernilai RM10 bilion, 1MDB untuk bertanggungjawab ke atas Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.

Selain itu, proses pertimbangan masih tidak telus - contohnya PEMANDU menerima cadangan YTL Hotels untuk menyenaraikan pembinaan Hotel Majestic sebagai 18 projek yang didahulukan; tetapi pada masa yang sama tidak menyenaraikan cadangan POIC (Palm Oil Industrial Cluster) di Sabah bahawa mereka memerlukan satu container port untuk menampung keperluan mereka di sana.  Tiada orang yang mengetahui kayu ukur pertimbangan ini.  Malah, daripada pengalaman lalu, cara yang tidak telus sebegini senang membiakkan peluang merentir.

petikan dari sumber; http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11408

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
usinkatalagi;..utk itu apa bezanya DEB dan MEB..2x5..5x10..kepala..cerita nak bantu Bumiputera Melayu..sampai ke ekor..yg kaya-raya BumiputeraUmno..pastikan kekayaan negara dimiliki oleh kepimpinan Umno dan para kroninya..bila dah kaya barulah boleh perbodohkan Melayu dengan kuasa dan ringgit..agar gerombolan ini masih kekal menjadi penjajah di Malaysia ini..

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JUARA PIALA AFF SUZUKI - ADA PIHAK CUBA `MENJUAL' SKUAD KEBANGSAAN DEMI POLITIK?

Posted: 30 Dec 2010 11:00 PM PST


Oleh: WFAUZDIN NS

CUKUPLAH bolasepak dipolitikkan di PRK Dun Galas dulu. Kita masih ingat betapa calon Umno menaiki kenderaan bersama Dato Anuar Musa orang kuat Kelantan FA, berarak bersama Piala Malaysia sewaktu kempen PRK di situ. Cukuplah, jijik kita melihatnya.

Ada cadangan pula untuk mengadakan sambutan ke atas Pasukan Kebangsaan yang telah berjaya menjadi johan Piala AFF Suzuki baru-baru ini ingin diadakan di Dun Tenang, Johor. Semua tahu di Dun Tenang, satu PRK akan diadakan dan Umno tidak mahu terlepas kerusi Dun di situ. Tetapi, mengapa pemain kebangsaan pula yang mahu `dijual' oleh mereka?

Apa komen Jurulatih Kebangsaan di dalam hal ini? Baca berita ini:

Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.

Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja." (Petikan dari Tranungkite)

Jelas, Jurulatih Kebangsaan itu tidak berminat untuk mempolitikkan kariernya dan `menjual' maruah Pasukan Kebangsaan yang dibimbingnya. Sekiranya masih ada yang berminat, mereka itu adalah perosak mutu bolasepak negara yang sebenarnya. Cukuplah kenyataan Nazri Aziz sebelum perlawanan Akhir Pertama di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil yang lalu di mana beliau menyeru sesiapa yang menyanjung konsep 1 Malaysia agar hadir beramai-ramai ke stadium. Maka, beliau perasan atau syok sendiri bahawa yang hadir lebih kurang 90 ribu ke stadium malam itu kesemuanya menyanjung konsep 1 Malaysia. Biarkan beliau perasan sedemikian, janji Pasukan Malaysia cemerlang malam tersebut.

Syabas, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Tahniah Rajagopal dan semua pemain./wfauzdin.blogspot.com

GOBALA... OH.. GOBALA....GO..GO..GO..

Posted: 30 Dec 2010 08:00 PM PST

Gobala 'berniat jahat' tuduh Anwar tutup kuil Sivan

Regina Lee
Dis 30, 10

Pemimpin masyarakat India PKR hari ini tampil menyatakan sokongan mereka terhadap ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kecaman berhubung penutupan satu kuil Hindu di Petaling Jaya.

Antara penjelasan yang dikemukakan, keputusan untuk menutup kuil tersebut dibuat oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Anwar tidak terlibat dalam tindakan berkenaan.

NONEPenjelasan itu dikemukakan salah seorang naib presiden baru parti itu N Surendran dalam satu sidang media bersama dua lagi pemimpin masyarakat India PKR -- exco kerajaan negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan kelmarin bahawa Anwar bertanggungjawab menutup kuil Sivan berkenaan dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

Surendran berkata dakwaan itu "tidak munasabah" memandangkan Anwar merupakan seorang pemimpin nasional dan tidak terlibat dalam keputusan kerajaan tempatan.

Tambahnya, dakwaan yang disuarakan Gobalakrishnan yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti merupakan satu tuduhan "berniat jahat."

Kuil Sivan yang terletak di puncak Bukit Gasing di Petaling Jaya itu menjadi tumpuan utama Gobalakrishnan dalam menyuarakan rungutannya kepada pemimpin tertinggi parti itu, malah menyebabkan beliau melabelkan Anwar sebagai "anti-Hindu" dengan menutup kuil berkenan.

NONEManikavasagam turut menyatakan kekesalannya atas tindakan Gobalakrishnan menghamburkan tuduhan seperti itu.

"Jika Anwar benar-benar telah menutup kuil berkenaan, saya akan mula buat bising. Anda tahulah saya seorang pembuat bising.

"Tapi orang yang buat dakwaan ini juga perlu tahu cerita sepenuhnya mengenai kuil berkenaan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Xavier yang merupakan exco bertanggungjawab dalam hal ehwal bukan Islam di Selangor dalam pada itu itu pula menjelaskan, kuil itu bukan ditutup sepenuhnya.

"Ya, ia ditutup kepada orang ramai hanya sebab kerja-kerja pembinaan fizikal masih berjalan," kata Xavier yang juga bekas naib presiden parti.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian ke atas kuil berkenaan bermula sejak tahun 2006 lagi.

Kerja-kerja berkenaan dijalankan memandangkan anggota pemegang amanah kuil berkenaan mahu memperbesarkan kuil kecil berkenaan menjadi kuil Sivan terbesar di negara ini sehingga boleh memuatkan 100,000 orang penganut Hindu, kata Xavier lagi.

Ahli pemegang amanah kuil berkenaan termasuklah isteri kepada bekas presiden MIC Datin Seri Idrani Samy Vellu./Malaysiakini

Teo Nie Ching: Utusan Malaysia buat hal lagi...

Posted: 30 Dec 2010 05:00 PM PST

Dec 30, 2010

Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru. Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap "assalamualaikum"? Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain? Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?

Sekiranya Najib Razak (gambar kiri) dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai "OK Tak OK" untuk semua warga bukan Muslim negara ini?

Semasa berucap merasmikan Konvensyen Ke-43 Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia pada 20hb Disember yang lalu, Najib Razak telah memberikan tiga peranan kepada media.

Pertama, media sebagai penggalak kesederhanaan (promoter of moderation); kedua, media sebagai menara tinjau untuk perubahan (watch tower for change); dan ketiga, media sebagai pendorong pembangunan (Catalyst for Development). 【Ucapan penuh Najib Razak

Dalam ucapan beliau, beliau mahu akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi perintis.

Tetapi pada masa yang sama, beliau mengizinkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya. Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme (promoter of extremism ), tetapi adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Dalam Negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?

Semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN-AS, Najib dalam ucapan pencelahan beliau telah menghulur bantuan kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menghapuskan fenomena Islamophobia. Mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam perlu dilakukan, kata Perdana Menteri.

Biarlah kita semua akui, fenomena Islamophobia bukan sahaja wujud di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi juga berakar umbi di Malaysia. Apakah pendekatan Najib untuk menangani masalah ini di negara kita?

Hasrat saya (Teo Nie Ching, gambar kanan) sebagai wakil rakyat adalah berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jujur saja, dalam pengalaman saya menjadi Ahli Parlimen, banyak surau dan masjid telah menganjurkan majlis-majlis ataupun jamuan-jamuan di perkarangan mereka. Pada kebanyakan masa, sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara komuniti, pihak berkenaan juga akan menjemput penghuni-penghuni sekitar untuk menghadiri program tersebut. Sudah banyak kali saya lihat orang-orang bukan Islam menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Masjid.

Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput? Apakah kesalahan saya untuk bersenam di tempat letak kereta Masjid bersama dengan hadirin yang lain? Kenapa usaha saya untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi, usaha untuk mempertingkatkan kefahaman, kesemua ini dianggap salah oleh Utusan Malaysia/UMNO? Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?

Betul sekali Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua pada 19 Disember 2010 yang lalu.

Utusan Malaysia hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Utusan Malaysia hanya tahu mendiskriminasikan, menganiayai dan merendahkan orang lain bukanlah rakyat Malaysia sebenar.

Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak berlayak untuk memberi ajaran agama Islam. Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong-penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi.

Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia telah menunjukkan bahawa kehadiran saya di perkarangan Masjid Cheras Jaya tidak pernah menjadi isu kontroversi pada hari tersebut dan sebaliknya telah diterima baik oleh para hadirin. Saya akan terus perjuangan saya untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia.

*Tulisan ini dipetik daripada blog Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang-DAP.

Sumber: MerdekaReview

SUK N. SELANGOR - DARI SUDUT UNDANG-UNDANG

Posted: 30 Dec 2010 07:56 AM PST

Oleh Suara Keadilan

SS19Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Mohamad Munir Bani berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2).

Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat secara lansung dalam sebarang bentuk pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.

Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.

Tetapi berdasarkan laporan Berita Harian tersebut, Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor telah menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor perlu disembahmaklum dan mendapat perkenan baginda oleh kerana baginda adalah kuasa eksekutif di Negeri Selangor (sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 50).

Ini jelas sekali bahawa kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang dinyatakan dalam Fasal 52 (1) telah dibaca sekali dengan Fasal 50 yang memberikan kuasa eksekutif kepada baginda.

Persoalannya, mengapa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor tersebut tidak membaca Fasal 50 dan 52 (1) tersebut bersekali dengan Fasal 55 (1) yang mengkehendaki baginda DYMM Sultan Selangor bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi baginda?

Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh hendaklah bukan sahaja dibaca secara tersurat (literal) tetapi juga hendaklah mengikut konvensyen (adat dan adab perlembagaan). Konvensyen adalah sesuatu yang tidak bertulis tetapi menjadi amalan dan ianya dianggap "daging yang membaluti kerangka perlembagaan" (the flesh that covers the bare bones of the constitution).

Ia adalah satu kiasan yang mengibaratkan perlembagaan sebagai satu rangka bernyawa yang hanya lengkap dan berfungsi dengan sempurna sekiranya ianya dibaluti oleh tubuh. Bolehkah satu benda bernyawa berfungsi dengan rangka sahaja tanpa daging tubuhnya?

Oleh itu, saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor menegaskan bahawa:

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor dan/atau mantan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor bukanlah pihak berkuasa (authority) yang selayaknya menafsir Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor mengikut tafsiran sendiri;

baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan Fasal 55 (1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959;

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan hendaklah bukan sahaja menyembahmaklum dan mendapat perkenan baginda DYMM Sultan Selangor tetapi juga mengambilkira bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan yang hendaklah bertindak mengikut nasihat MMKN yang lazimnya diwakili oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor; dan

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor bukanlah termasuk dalam kuasa budi bicara baginda DYMM Sultan Selangor yang dinyatakan oleh Fasal 55 (2) yang membolehkan baginda bertindak tanpa merujuk dahulu kepada dan mendapat nasihat dari MMKN yang sekian lamanya diwakili oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.

Sekiranya perkara ini telah dijalankan mengikut peruntukan dan konvensyen (adat dan adab) perlembagaan dengan melibatkan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Negeri, YAB Dato' Menteri Besar Selangor selaku Ketua Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan membuat pelantikan, saya percaya maka sudah tentu tidak timbul isu berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Demi menjaga keharmonian dan keberlansungan pentadbiran Negeri Selangor yang tercinta ini, harapan saya janganlah mana-mana institusi yang sewajarnya, dibelakangi dalam perkara berkaitan pelantikan jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor. Apakah boleh pula sekiranya jawatan Ketua Setiausaha Negara dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong tanpa merujuk dahulu kepada YAB Perdana Menteri?

Jika ada pihak yang hanya melihat peruntukan perlembagaan atau undang-undang tubuh secara tersurat sahaja tanpa mengambilkira konvensyen, pastinya SPB Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat tanpa perlu mendapat nasihat dari Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri. Ini peruntukan yang tersurat dalam Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Namun hakikatnya, dan mahkamah juga telah menyatakan bahawa, mengikut konvensyen, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytihar darurat tanpa dinasihati oleh YAB Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.

Mengapa diperingkat persekutuan SPB Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dalam perkara yang secara tersurat tidak pula menyebut baginda perlu mendapat nasihat YAB Perdana Menteri tetapi di Negeri Selangor, seolah-olah DYMM Sultan Selangor boleh bertindak tanpa mendapat nasihat YAB Dato' Menteri Besar hanya dengan alasan bahawa peruntukan undang-undang tubuh tidak menyatakan secara jelas baginda perlu merujuk kepada YAB Dato' Menteri Besar? Adakah SPB Yang DiPertuan Agong sahaja Raja Berperlembagaan di dalam Negara ini?

Ini adalah jelas satu tindakan yang berpilih dan tidak sama-rata. Gambaran yang terpampang kepada rakyat adalah dua layanan yang berbeza; satu untuk Pakatan Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.

Saya mengajak semua pihak untuk mengingati episod memalukan di Negeri Perak, berkenaan tindakan menggantung ADUN Bebas pro-BN oleh Speaker Perak telah dicabar di mahkamah, tetapi dalam kes penggantungan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Dato' Sri Anwar Ibrahim, menteri berhujah bahawa kuasa Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan "beraja di mata, bersultan di hati" oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.

Dalam sejah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.


Shuhaimi Shafiei
ADUN Sri Muda

PERTEMUAN PAS - UMNO, TIDAK SALAH DAN TIDAK JANGGAL ASALKAN.....

Posted: 29 Dec 2010 11:57 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi mahu mengulas tentang dakwaan berlakunya pertemuan PAS-Umno seperti yang dihebohkan sekarang. Apabila membaca tulisan rakan saya di sini, saya amat bersetuju dengan soalannya iaitu `Apa salahnya PAS berjumpa dan berbincang dengan Umno?'.

Memang tiada salahnya mana-mana pemimpin dari PR untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin dari Bn, apatah lagi dengan pemimpin negara. Bukan kita tidak pernah dengar bahawa banyak kali pemimpin dari PR termasuk dari Ketua Pembangkang DS Anwar berhajat untuk berjumpa dan berbincang dengan pemimpin kerajaan berkaitan banyak isu negara. Malangnya, keinginan untuk berjumpa dan berbincang sering tidak mendapat layanan dari pemimpin kerajaan.

Berbalik kepada pertemuan atau perbincangan PAS dengan Umno itu, kita cuma sekadar mahu bertanya pertemuan dan perbincangan yang didakwa berlaku itu untuk apa? Apa matlamat pertemuan dan perbincangan tersebut? Sekiranya perbincangan untuk menyatu padukan orang-orang Melayu, tentu lebih lojik parti sekutu dari PR juga dipanggil berbincang kerana parti ini juga mempunyai lebih separuh ahlinya dari kaum Melayu. Malahan, di dalam DAP pun ramai kaum Melayu menjadi ahli dan pemimpinnya.

Sekiranya berbincang atas nama perpaduan Islam, tentulah lebih baik dan inilah yang dituntut oleh agama Islam. Namun, tidak boleh juga dielakkan untuk membabitkan rakan sekutu di dalam PR kerana ramai ahli dari parti ini yang berugama Islam. PKR juga diterajui oleh pimpinan yang berugama Islam. Jadi, kesemuanya tertakluk di atas tujuan apa pertemuan tersebut boleh diadakan.

Saya tidak mahu mengandaikan pertemuan itu, jika benar berlaku adalah kerana untuk membincangkan UG (Kerajaan Perpaduan). Saya percaya isu UG telah lama ditutup buku oleh PAS, dan PAS komited untuk terus bersama dengan PR. Ini adalah keputusan Muktamar PAS sebelum ini.

Rumusannya, pertemuan PAS - Umno bukanlah sesuatu yang janggal demi kebaikan rakyat dan negara, tetapi akan dilihat janggal jika pertemuan itu dirahsiakan dari rakan sekutu dari PR./wfauzdin.blogspot.com