Ahad, 28 November 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


PANAS isu Altantuya & Kapal Selam: Lan Pet Pet sindir Najib dalam rancangan Senario...(video inside)

Posted: 09 Nov 2010 07:48 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Berdasarkan video, "Lan Pet Pet Sindir Najib Razak dalam Senario"...



"Aku nak jadi Menteri jugak...aku nak jadi Menteri Kewangan...bila kita ada duit, kita boleh beli bom, bila kita ada banyak duit, kita boleh beli kapal selam..."
Siapa menteri kewangan?..beli bom? bom C4 yg meletopkan model Moggolia Altantuya Syaaribu?...beli kapal selam?..skandal kapal selam Najib yang suatu ketika dahulu tidak boleh menyelam?...

Mungkin bagi setengah penyokong gerombolan, ini adalah kebetulan (lawak spontan), tiada kena mengena degan sesiapa...namun, hakikat sebenar, rakyat Malaysia yg lebih mengetahui..

Walaupun Najib dan kerajaannya dilihat cuba menutup isu ini, namun dunia masih tegar dalam membicarakan hal ini...sudah kita maklum bagaimana media diluar negara, secara terbuka memperkatakan hal ini..boleh rujuk di SINI...

Najib perlu membersihkan namanya

Kini, golongan artis dan rancangan TV di Malaysia tidak ketinggalan memperkatakan serta menyindir pemimpin negara..selagi Najib tidak berusaha membersihkan nama beliau di mahkamah, selagi itu isu ini akan membelenggu Najib dan kerajaannya....

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia..."Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata Tun Mahathir Mohamad
Bukan sahaja tokoh negara Tun Mahathir, malah Ku Li juga pernah menyarankan agar Najib membersihkan namanya, boleh baca di SINI...

Akhir kalam, masihkan korang ingat, dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang diarahkan oleh P.Ramlee pada tahun 1958 pernah menggelarkan Umno sebagai sarkas?...kebetulan atau disengajakan?..apa pun, kedua2 rakaman video ini adalahnya dari cerita berunsur lucu/lawak/komedi...fikir2kan....




WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


INI NEGARA BUKAN UMNO/BN YANG PERINTAH, TAPI....

Posted: 28 Nov 2010 11:00 PM PST

Singapore Civil Servants To Receive 2 Month Salary Bonus

In view of the strong economic recovery, civil servants will receive a total year-end variable payment amounting to two months.

This comprises the Annual Variable Component (AVC) of one month and a Non-Pensionable Annual Allowance (NPAA), also known as the 13th month payment, of one month.

The Singapore economy has recovered strongly and expanded by 17.9% in the first half of 2010.

The Ministry of Trade and Industry (MTI) has forecasted the 2010 GDP growth at around 15%.

In view of the strong economic recovery, civil servants will receive a total year-end variable payment amounting to two months.

This comprises the Annual Variable Component (AVC) of one month and a Non-Pensionable Annual Allowance (NPAA), also known as the 13th month payment, of one month.

Civil servants received a mid-year AVC of 0.5 month and a one-off dollar quantum of $300 in July. Together with the year-end payment, the total variable payment for 2010 will be 2.5 months and $300.

In March 2011, eligible civil servants will be paid a Special Variable Payment (SVP).

The SVP, formerly known as Growth Bonus, is payable when there is exceptionally good economic growth, and the quantum varies depending on individual performance.

In March 2011, good performers will receive one month of SVP and better performers will receive more, up to 1.6 months, while poor performers will not receive any SVP./Tranungkite

SERANG SAYA OK, SERANG PARTI, NO - SAIFUDDIN

Posted: 28 Nov 2010 09:00 PM PST

Boleh Serang Saya Tetapi Jangan Serang parti- Saifuddin
28/11/2010


PETALING JAYA 28 NOV : Boleh serang saya tapi jangan serang parti saya, tegas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifudin Nasution Ismail.

Bercakap dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR ke 7 di sini, Saifuddin menjelaskan beliau tidak kisah dituduh sebagai pengatur dan manipulator dalam Pemilihan 2010 bagi memenangkan 'orang-orang' tertentu.

Saifuddin menganggap PKR yang dianggotai hampir 400 ratus ribu ahli dari pelbagai latar belakang yang menarik.

"Saya tak boleh biarkan parti ini diserang, sebab saya hargai kepelbagaian watak dalam parti ini.

"Mana nak cari parti seperti ini, sebab itu Saifuddin boleh diserang tapi parti keadilan sekalipun tak boleh diserang," kata beliau. Ahli Parlimen Macang dan tonggak reformasi itu dilihat sebagai antara pemimpin yang paling bewibawa dan tidak gemarkan kerenah berpolitik. Oleh kerana itu beliau diangkat menjadi Setiausaha Agung PKR dan tanggungjawab utamanya ialah menyusun pemilihan parti yang membabitkan hak mengundi untuk kira-kira 400,000 ahli.

Bagaimanapun segelintir individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim menyerang Saifuddin secara peribadi dalam cuba menghakis kredibiliti pemilihan berkenaan. Saifuddin tegas mengatakan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Merujuk kepada barisan kepimpinan yang dipilih oleh akar umbi, beliau berkata mereka harus memastikan hala tuju parti sejajar dengan aspirasi ahli. "Dari 20 MPP, 15 daripadanya adalah muka baru. Isyarat apa yang akar umbi hendak beritahu? Lapan daripada mereka juga di bawah 40 tahun...dan dua daripada Naib Presiden adalah wanita," kata beliau.

Saifuddin juga mengulas mengenai demonstrasi oleh kira-kira30 orang semalam diketuai oleh S. Kottapan. Beliau berkata parti mempunyai bukti salah laku displin bekas Setiausaha PKR Selangor itu dan akan mengambil tindakan susulan./TVNews

TAHNIAH YB FUZIAH, ANUGERAH UNTUK RAKYAT PAHANG

Posted: 28 Nov 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas saya ucapkan buat Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden PKR yang baru diumumkan di dalam Kongres PKR semalam dengan mendapat undian 8, 927. Turut memenangi jawatan itu adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman.

Sebagaimana DS Anwar Ibrahim yang dianugerahkan Allah SWT kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjuang membela nasib rakyat, pada saya YB Fuziah juga demikian yang pastinya akan berganding bahu bersama DS Anwar lebih-lebih lagi untuk membela nasib rakyat di Negeri Pahang khususnya. Tepat sekali ahli-ahli PKR memilih YB Fuziah walaupun di dalam pertandingan itu beliau bersaing dengan seorang lagi calon wanita iaitu YB Nurul Izzah.

Kebijaksanaan ahli-ahli PKR membuat pilihan harus dipuji kerana pilihan dibuat bukan berdasarkan kaum atau jantina, tetapi berdasarkan prestasi dan kebolehan. Saya cukup yakin, dengan gandingan dua tokoh wanita ini, maka PKR akan dapat menambah pengaruh khususnya di kalangan wanita tua dan muda untuk menyertai parti ini.

Sekali lagi, tahniah saya ucapkan dan saya sentiasa mendoakan agar YB Fuziah lebih bersemangat dengan jawatan baru serta cabaran yang baru beliau terima ini. Jawatan ini adalah amanah, dan YB Fuziah hendaklah memikul amanah ini sebaik mungkin./wfauzdin.blogspot.com

KITA AKAN JAWAB SEGALA ADUAN - ANWAR

Posted: 28 Nov 2010 07:00 PM PST

Anwar mahu kumpul semua calon kalah

Abdul Rahim Sabri
Nov 28, 10

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR, termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, tidak akan diketepikan oleh parti.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan di akhir kongres PKR di Petaling Jaya.

Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi peranan kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya./Malaysiakini

TAHNIAH BUAT AZMIN, UMNO TERKEDU

Posted: 28 Nov 2010 04:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memelihara Kongres PKR yang baru berakhir dengan jayanya. Apa yang kita bimbangi bahawa Kongres kali ini gagal dilaksanakan akibat `tangan-tangan' pengkhianat parti yang bersekongkol dengan pihak musuh dan media pencacai untuk memporak-porandakan Kongres kali ini, namun Alhamdulillah, mereka gagal di dalam misi jahat mereka.

Tahniah, saya ucapkan kepada YB Azmin yang telah ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR, sekaligus membuatkan Umno teramat dukacita di atas kemenangan pejuang gigih ini. Begitu juga kepada YB Nurul Izzah, YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua dan YB Mansor yang juga berjaya menduduki kerusi Naib Presiden. Saya amat bersyukur juga apabila Dr Badrul Amin Bahrom berjaya terpilih di antara yang menduduki kerusi MPP dengan undian kedua tertinggi. Beliau mempunyai harapan cerah di masa akan datang untuk ditabalkan ke jawatan yang lebih tinggi lagi.

YB Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya semalam, Azmin mendapat 19,543 undi. Syabas diucapkan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub, walaupun tewas di dalam perebutan kerusi yang ditandinginya namun beliau berjaya melalui pertarungan yang dikatakan `kontroversi' itu sehingga ke akhirnya. Keberanian, keikhlasan dan kejujuran beliau menunjukkan beliau sememangnya tokoh yang bakal bangkit di suatu masa nanti. Bukan mudah untuk seseorang berani menegur parti dan pimpinan demi keutuhan parti. Sdr Mustafa Kamil telah berjaya melakukannya.

Kesemua mereka yang bertanding kali ini sebenarnya adalah pemenang dan telah berjaya menangkis dakwaan Umno bahawa PKR akan berpecah dan berkubur selepas ini. Walaupun saya kecewa dengan kekalahan Chegu Bard yang bertanding kerusi Ketua AMK, namun saya masih menganggap beliau adalah idola anak muda yang berani dan jujur di dalam perjuangannya membantu parti. Mungkin terdapat beberapa pihak atau kumpulan yang menyokongnya termasuk saya, melakukan langkah yang silap sehingga dilihat seperti `menentang' parti, menyebabkan imej Chegu Bard terjejas pada pandangan parti, diharapkan Chegu Bard sudi memaafkan. Mungkin, terlalu kuat kita menyokong seseorang sehingga orang yang kita sokong itu mendapat kesulitan.

Adalah menjadi harapan kita agar parti sentiasa memberikan keadilan kepada kita semua termasuk calon-calon yang tewas kali ini. Selagi mereka tidak melanggar disiplin parti dan menghidupkan amalan kebebasan bersuara secara beradab, maka parti tidak harus memandang serong kepada mereka.

Berikut adalah keputusan resmi pemilihan;

Presiden (menang tanpa bertanding) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan presiden Azmin Ali - 19,543 undi Naib presiden Nurul Izzah Anwar - 13,211 Tian Chua - 11,744 Fuziah Salleh - 8,927 Mansor Othman - 8,576 Majlis pimpinan pusat Elizabeth Wing 10,897 Badrulamin Bahron 9,672 Heee Loy Sian 8,473 Khalid Jaafar 7,889 Johari Abdul 7,719 Abdul Rahman Yusof 7,719 Haniza Talha 7,588 Fariz Musa 7,511 Zakaria Abdul Hamid 7170 Roland Chian Ming Shen 7,095 Siti Aishah 6,876Ismail Yusof 6,332 Latheefa Koya 6,242S Kesavan 6,139 Shuhaimi Shafie 6,095MR Summugam 5,964 Yusmadi Yusoff 5,810S Manikumar - 5,789 Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 Christina Liew - 5,707

Dari
: wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH YB FUZIAH, ANUGERAH ALLAH BUAT RAKYAT PAHANG

Posted: 28 Nov 2010 12:03 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas saya ucapkan buat Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden PKR yang baru diumumkan di dalam Kongres PKR semalam dengan mendapat undian 8, 927. Turut memenangi jawatan itu adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman.

Sebagaimana DS Anwar Ibrahim yang dianugerahkan Allah SWT kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjuang membela nasib rakyat, pada saya YB Fuziah juga demikian yang pastinya akan berganding bahu bersama DS Anwar lebih-lebih lagi untuk membela nasib rakyat di Negeri Pahang khususnya. Tepat sekali ahli-ahli PKR memilih YB Fuziah walaupun di dalam pertandingan itu beliau bersaing dengan seorang lagi calon wanita iaitu YB Nurul Izzah.

Kebijaksanaan ahli-ahli PKR membuat pilihan harus dipuji kerana pilihan dibuat bukan berdasarkan kaum atau jantina, tetapi berdasarkan prestasi dan kebolehan. Saya cukup yakin, dengan gandingan dua tokoh wanita ini, maka PKR akan dapat menambah pengaruh khususnya di kalangan wanita tua dan muda untuk menyertai parti ini.

Sekali lagi, tahniah saya ucapkan dan saya sentiasa mendoakan agar YB Fuziah lebih bersemangat dengan jawatan baru serta cabaran yang baru beliau terima ini. Jawatan ini adalah amanah, dan YB Fuziah hendaklah memikul amanah ini sebaik mungkin./wfauzdin.blogspot.com

BUKAN SINGKIR - AZMIN ALI

Posted: 28 Nov 2010 09:56 AM PST

Bukan singkir, tapi disiplinkan, jelas Azmin

Abdul Rahim Sabri
Nov 28, 10

Timbalan Presiden PKR yang baru, Azmin Ali berkata beliau tidak pernah menyebut untuk menyingkirkan pihak tertentu selepas kongres PKR berakhir, seperti yang dilaporkan media.

"Ia bukan proses untuk witch hunting. Apa yang dibincangkan dalam kongres ini, yang berlegar di kalangan ahli parti adalah (bagi) memastikan kepimpinan baru ini mempunyai semangat untuk mendisplinkan pemimpin dan ahli.

"Ini adalah perkara penting untuk memastikan persediaan parti dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang," katanya selepas kongres parti itu berakhir lewat petang ini.

Pada 22 November lalu, media melaporkan, Azmin berikrar untuk membersihkan PKR daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin - ketika itu masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR yang akan tamat hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik MBPJ - tempat kongres berlangsung - Azmin berkata, kepimpinan baru juga akan memastikan setiap aduan yang diberikan akan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak yakin kepimpinan baru yang dipilih akan memberikan komitmen dan kesetiaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, mengulas pasukan baru Majlis Pimpinan Pusat PKR, Azmin mengharapkan sumbangan dan idea daripada naib presiden baru yang dipilih.

Sementara itu, beliau juga berkata akan mengadakan hubungan lebih erat dengan kumpulan lain dan penulis blog untuk memastikan kesedaran tentang hak rakyat dapat dibela./Malaysiakini

AKIBAT DENGKI DAN BUSUK HATI, PEMIMPIN PAS DIFITNAH

Posted: 28 Nov 2010 08:13 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

EKSPO Cheng Ho yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan telah pun berakhir. Syabas, kepada Kerajaan Negeri yang berjaya menanamkan perasaan di kalangan kaum Cina khususnya bahawa Islam itu melangkaui kaum. Kerajaan Pusat di bawah terasnya Umno pun tidak terfikir untuk berbuat demikian, ini adalah kerana Umno adalah parti kebangsaan jauh sekali untuk memperjuangkan Islam.

Apabila Kerajaan PAS Kelantan berupaya berbuat demikian tanpa promosi oleh media perdana, maka timbullah perasaan iri hati atau busuk hati. Maka, wujudlah fitnah yang hanya `lembu bodoh' sahaja yang boleh mempercayainya. Lain-lain cerita, anda boleh baca di sini. /wfauzdin.blogspot.com

CERITA LUCU DARI UTUSAN, PATUTLAH AKHBAR RUGI....

Posted: 28 Nov 2010 04:00 AM PST

103 bekas ahli yang kecewa dengan Pas sertai UMNO
27/11/2010

PASIR PUTEH 27 Nov. – Seramai 103 bekas ahli Pas termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dalam Parlimen Pasir Puteh bertindak menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66.

"Saya sedar perjuangan Pas selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Nordin yang mula menyertai Pas selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata, parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

KAHKAHKAHKAHKAHKAH................

keluaq parti tahun 2008 >>>> 2010 baru utusan meloya bawak masuk berita, awat xpi cari ahli PAS yg keluar tahun ni???....

BANGANG!!!

Sumber: Forum Tranungkite

SEKADAR KOMEN MERUJUK KEPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN

Posted: 28 Nov 2010 01:00 AM PST

APABILA saya menulis artikel mengucapkan syabas kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub yang berjanji akan komited dengan PKR, walaupun tewas di dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden PKR yang penuh `kontroversi' itu, terdapat seorang pengunjung blog saya mengulas dan memberi komen beliau.

Saya tertarik dengan komennya yang matang dan positif. Berikut adalah komen beliau, malangnya beliau tidak menyertakan namanya. Terima kasih di atas komen yang bernas ini.
____________________________________________________________________

Oleh: Tanpa Nama

SEKADAR KOMEN MERUJUK KEPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN

Mungkin inilah hikmahnya kak wan terus kekal sebagai Presiden, saya tertarik dengan ucapan dasar yang kak wan kemukakan, hujah yang agak mantap. Sambil berhujah sambil berdakwah, selitan dakwah Kak Wan memang penuh ayat-ayat tersirat dan tersurat.

Alhamdulillah KEADILAN masih bertahan walaupun diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dalam dan luar. Saya tak dapat nafikan, kini keadilan dibarisi oleh gandingan Naib Presiden yang mantap iaitu Nurul Izzah, Fuziah Salleh dan Tian Chua.

Saya harap ada satu perubahan drastik akan berlaku. Cuma saya agak kecewa dengan kekalahan CheGuBard tetapi saya harap CheguBard tidak kecewa, saya yakin CheGuBard masing kurang mendapat sokongan dikalangan AMK sendiri.

Senario ini kita boleh lihat sendiri ketika pencalonan dimana masih dikuasai oleh SAM. Saya harap CheGuBard akan terus turun padang untuk mendamping anak-anak Malaysia terutamanya anak muda dikalangan ahli AMK. Saya akui CheGuBard memang agak famous dikalangan anak muda "siber dan marhean yang celik politik" tapi beliau masih kurang "famous" dikalangan anak muda AMK yang menjadi pengundi dalam Pemilihan AMK 2010.

Ini kerana beliau tidak terlibat dalam gerak kerja AMK secara rasmi pada sesi sebelum ini. Beliau lebih fokus terhadap SAMM dan posisi MPP Keadilan. Saya harap CheGuBard akan terus konsisten untuk bergandingan dengan AMK walaupun telah tewas dalam perebutan Ketua AMK.

Pola pengundian telah menunjukkan kemenangan nipis buat SAM. Ini menunjukkan pola penolakan terhadap SAM semakin meningkat dan dalam masa yang sama pola pengundian terhadap CheGuBard semakin meningkat. SAM perlu berkerja keras untuk meningkatkan semula sokongan terhadap beliau begitu juga CheGuBard.

Sepertimana yang selalu diwar-warkan, sebelum pemilihan kita masing2 berlawan hujah untuk memenangkan team masing-masing, kemudian setelah habis pemilihan kembalilah bersatu sebagai satu pasukan. Saya harap CheGuBard akan menjadi sebahagian daripada "team penggerak AMK" dan saya harap juga HafiziRamli dan Hasmi Hashim dijemput untuk mengisi ruang-ruang yang ada dalam AMK.

Kombinasi CheGuBard, Hafizi Ramli, Hasmi Hashim dan SAM insya Allah pasti akan memunculkan semula era reformasi versi kedua. Semoga calon yang tewas berlapang dada, semoga calon yang menang meraikan calon yang tewas. Kembalilah sebagai satu "pasukan".

Tetapi sekiranya CheGuBard diketepikan dalam AMK. Saya cadangkan CheGuBard dilantik sebagai Naib Presiden Lantikan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam KEADILAN. Saya tak nampak calon lain yang lebih layak untuk mengisi kekosongan tersebut melainkan CheGuBard dan Gobalakrishnan.

ISLAM LEBIH BAIK MENJADI `TUAN' DARIPADA MELAYU

Posted: 28 Nov 2010 12:00 AM PST

Pemimpin Islam yang sanggup bersusah payah demi agama...mudah-mudahan Allah panjangkan usianya...

Oleh: WFAUZDIN NS

UCAPAN Presiden PKR, DS Wan Azizah sewaktu berucap di Kongres PKR semalam yang menariknya apabila beliau berkata `tinggalkan saja ketuanan Melayu'. Tentunya perkataan ini akan dijadikan modal besar Umno walaupun Umno sendiri gagal untuk meletakkan Melayu sebagai `Tuan' yang sebenar-benarnya `Tuan'. Maka, PKR akan dilabelkan sebagai `anti-Melayu' selepas ini.

Pada saya buat apa Melayu menjadi tuan kalau Melayu sendiri tertindas? Seronok apanya menjadi tuan kalau yang kaya raya di dalam lima terkaya di negara ini pun bukan Melayu? Untung sangatkah menjadi tuan kalau tulisan jawi yang dulunya terkenal sebagai tulisan orang-orang Melayu kini sudah tenggelam? Bukan MCA atau DAP yang melupuskan tulisan jawi ini dahulu. Jika mahu tahu, cuba tanya veteren-veteren Umno sezaman dengan Khir Johari.

Sepatutnya atau sewajibnya menjadi tuan di dalam negara ini adalah orang-orang Islam yang mengamalkan Islam dengan meletakkan Islam sebagai panduan dan hukum tertinggi di negara ini. Ini bermakna tiada ketuanan Melayu, tiada ketuanan Cina atau India atau apa jua kaum, melainkan meletakkan Islam sebagai tuan. Apabila Islam menjadi `tuan', percayalah, semua kaum dan agama lain akan terpelihara.

Jika begitu keadaannya, maka kita tiada pilihan lain melainkan memilih parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. Setakat ini, hanya PAS sahaja sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar parti dan jika PAS berkuasa di Pusat, maka dasar negara ini akan berubah dari dasar peninggalan penjajah kepada dasar Islam. Di waktu itu, tiada satu kaum pun yang boleh mendakwa mereka `tuan' kepada negara ini.

Saya ditanya di dalam satu komen, mengapa saya menyokong PKR jika saya percaya PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Saya menyebut, oleh kerana saya sokong PAS lah maka saya juga menyokong PKR. Ini adalah kerana PKR juga menyokong PAS di dalam perjuangan mereka. Seandainya PKR tidak lagi mahu menyokong PAS, maka saya pun tidak akan menyokong PKR, malahan saya akan tentang PKR setakat termampu. Selagi PKR membuat ketetapan bahawa semua ahli dan penyokongnya hendaklah menyokong atau membantu PAS, selagi itulah saya akan membela PKR juga.

Mudah bagi saya, jika mengundi atau menyokong PAS sebagai berpahala, maka mustahil menyokong PKR yang ingin membantu PAS akan mendapat dosa. Saya percaya kepada pahala yang akan diberikan oleh Allah kerana Allah sendiri memberi jaminan pahala kepada mereka yang berbuat amalan yang baik termasuk menyokong mereka yang berbuat baik. Masakan Allah akan memungkiri janji? Apa yang penting, betulkan niat kita terlebih dahulu dengan ikhlas kerana Allah.

Justeru itu, ketuanan Melayu hanyalah `lagu dan irama' untuk melalaikan kita semua agar segelintir pemimpin Melayu yang zalim, rakus, rasuah dan kaya raya ini akan terus mendakap kuasa yang mereka miliki sekarang. Sebab itulah selama 50 tahun lebih mereka mendakwa negara ini tuannya adalah Melayu, hakikatnya kita lihat di mana Melayu sekarang berada? Kalau sudah Melayu pun mereka gagal martabatkan, jangan ditanya soal Islam./wfauzdin.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Apa Akan Jadi Bila Tersalah Taip

Posted: 28 Nov 2010 08:06 AM PST

Benda ni sebenarnya sudah ramai blogger tahu tapi mungkin bagi mereka yang baru nak berjunak dengan dunia internet mungkin tak tahu lagi,jadi apa salahnya kalau kita sama-sama memperingati satu sama lain.

sebagaimana kita tahu pihak kristian@ kristen banyak memanfaatkan internet untuk menyebarkan dakyah mereka.Antaranya ialah dengan mewujudkan laman-laman fake,yang alamat urlnya seakan-akan laman popular.
antaranya blogspot,jika tersalah eja tanpa huruf "s" anda akan tersesat ke laman propaganda kristian.

sebagai contoh alamat blog teman kita http://naimnikmat.blogspot.com/
jika tersalah taib tanpa huruf "s" pada blogspot akan jadi [ http://naimnikmat.blogpot.com/ ]




Cari N3 lama-lama disini

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Nik Aziz juga akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan

Posted: 28 Nov 2010 11:07 AM PST

November 28, 2010

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan "dianugerahkan oleh Tuhan."

"Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup," katanya (gambar).

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

"Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

"Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita," katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

"Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

"Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu," kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

"Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam.

"Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang," katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.

Elizabeth Wong undi tertinggi MPP

Posted: 28 Nov 2010 10:44 AM PST

PKR sahkan Azmin timbalan presiden, Elizabeth Wong undi tertinggi MPP

TERKINI @ 06:47:21 PM 28-11-2010
November 28, 2010

PETALING JAYA, 28 Nov - Di sebalik proses pemilihan langsung bersejarah yang turut dicemari dakwaan kecacatan dan kepincangan, Azmin Ali hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang menyandang jawatan itu sejak 2003.

Naib Presiden itu menewaskan pencabarnya yang juga Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dengan memperoleh undi sebanyak 19,534.

Azmin merupakan timbalan presiden keempat PKR yang ditubuhkan April 1999.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran.

Awalnya jawatan timbalan presiden ditandingi oleh Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri selepas minggu kedua pengundian atas alasan wujud kepincangan dalam proses pemilihan.

Mustaffa juga membuat dakwaan itu tetapi meneruskan saingan dengan protes.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Hishamuddin Ismail ketika Kongres Nasional PKR yang berakhir hari ini.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului senarai apabila menerima 13,211 undi.

Ini kali pertama Puteri Reformasi itu bertanding jawatan itu.

Kesemua empat naib presiden yang dipilih merupakan muka baru.

Turut memegang jawatan itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mendapat 11,744 undi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (8,927) dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman (8,576).

Bagi 20 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Elizabeth Wong mendapat undi tertinggi dengan menerima 10,897 undi.

Ia diikuti Badrulamin Bahron (9,672), Hee Loy Sian (8,473), Khalid Jaafar (7,889), Johari Abdul (7,719) dan Abdul Rahman Yusof (7,719).

Turut dipilih menjawat ahli MPP yang baru adalah Haniza Talha (7,588), Fariz Musa (7,511), Zakaria Abdul Hamid (7,170), Roland Chia Ming Shan (7,095), Siti Aisah Shaik Ismail (6,876), Ismail Yusof (6,332), Latheefa Koya (6,242), S. Kesavan (6,139), Shuhaimi Shafiei (6,095), M. R. Shamugam (5,964), Yusmadi Yusoff (5,810), S. Manikumar (5,789), Mustafa Kamal Yusoff (5,745), Christina Liew (5,707).

Anwar mahu kumpul semua calon kalah

Posted: 28 Nov 2010 09:17 AM PST




Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR, termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, tidak akan diketepikan oleh parti.


Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan di akhir kongres PKR di Petaling Jaya.

Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi peranan kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Rosmah menceritakan bahawa Wan Azizah pernah cuba goda Najib(sumber blogger umno)

Posted: 28 Nov 2010 08:55 PM PST

buat fanatik anwar dan rosmah..u all jngn marah aku aaaaah.. ahahahahahahahaha..

yg tak baca surat khabar...

sila baca surat khabar..

ceritanya begini..

berita hairan kritik wan azizah..

presiden pkr..

sbb terlalu mengagungkan suaminya..

kononnya anugerah tuhan la..

biarla..anwar tu laki dia..kalau dia agungkan najib mcm tk kena plak..

nnti rosmah panas bontot lak..

lepas tu nk hapuskan ketuanan melayu..

atau dari transkrip yg dikantoikan tv3...nk bakul sampahkan ketuanan melayu..

kontranya..

mengagungkan parti umno halal plak..

kononnya parti keramat.atau immortal..

bukan mortal kombet..

dah tu najib lak suruh kita bersyukur kerana umno..

bersyukur hanya untuk Allah..tapi berterima kasih tu bole lah..

terima kasih kerana naikkan harga barang kepada umno dan bn..

dah tu..cina pineng mati pun nk buat state funeral..

tu ko tak agungkan ke cina yg dah makan tanah melayu pineng tu?

ceh u all sama je..

sebut pasal agung..aku teringat zahrain..

konon anwar sudah bawak hal 16/9 kepada ydp agong..

yg heran tv3 yg ada wartawan handal iaitu karam singh walia pun..

tak dapat mnginterbiu ydp agong..

hera..heran..

korang tk heran ke..

ke korang tk paham ke..

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ini lah cakap-cakap orang politik ...

Posted: 28 Nov 2010 10:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Datuk Zaid Ibrahim yang keluar PKR baru-baru ini dan mahu menubuhkan parti yang baru menafikan pihaknya pernah mengajak bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub agar menyertai pihaknya untuk meneruskan perjuangan dari luar parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Sudah pasti tidak, pada bila-bila masa Datuk Zaid atau saya atau mana-mana orang kanan Datuk Zaid ada membuat tawaran kepada Mustaffa supaya keluar PKR dan menyertai parti baru yang hendak ditubuhkan, tidak, sama sekali tidak," kata pembantu politik kepada Zaid, Muhammad Firdaus Christopher ketika dihubungi.

Kata beliau, pihaknya tidak pasti kemungkinan ada pihak luar yang mengadakan perbincangan dengan Mustaffa dan jika ada ia tidak boleh dikaitkan dengan Zaid.

"Tetapi bukan daripada kami. Beliau (Mustaffa) memberikan gambaran yang salah (kononnya diajak orang Zaid)," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, Muhammad Firdaus juga berkata, pihaknya tidak mahu menerima mana-mana individu yang tiada kredibiliti, merujuk kepada pendirian Mustaffa yang memberikan kata dua 48 jam kepada pucuk kepimpinan PKR agar pemilihan pusat dibatalkan dan diadakan semula tetapi meneruskan saingan dengan protes.

"Isunya ialah soal kredibiliti, kalau tiada kredibiliti macam mana (kita hendak menerima), kita tidak mahu orang yang suka 'flip-flop'... bukannya seseorang yang merestui ketidakadilan, berbohong," kata beliau.

Zaid meninggalkan PKR selepas menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden.

Mustaffa juga memberikan kata dua 48 jam kepada PKR agar mengatasi masalah yang dibangkitkan berhubung kecacatan dan kepincangan yang wujud.

Dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR semalam, Mustaffa berkata, beliau akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen PR itu.

Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Zaid dan juga orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah.

"Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti.

"Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat," kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini.

Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat.

"Kali ini, betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.

"Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya.

Jawatan timbalan presiden dimenangi oleh Azmin Ali - TMI
MS : Ni kita tak percaya siapa ni .. Mustaffa atau Zaid? Apakah ini dah menjadi trend cakap-cakap orang politik? Kalau ahli politik mesti kena 'kencing' ... kalau tak pandai 'kencing' jangan jadi ahli politik ... macam tu ka?

Umno lah punca segala masalah di Malaysia - TGNA

Posted: 28 Nov 2010 09:19 PM PST

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

"Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.

Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.

Kenal siapa kawan, siapa lawan

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'.

Menurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.

"Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri." Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.

Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.

"Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan," katanya.

Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.

"Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal," katanya.

Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.

"Kita kekalkan kita berjiwa rakyat," katanya.

Pertahan keyakinan rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.

Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Azizan (kanan, bersongkok), ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.

Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

"Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita," katanya - mkini

Isu TV berbayar YTL : Kelihatan janggal apabila Najib ingin bertemu telco

Posted: 28 Nov 2010 03:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan ketua-ketua syarikat telekomunikasi hari ini berhubung isu dakwaan YTL Communications Sdn Bhd mendapat spektrum 700MHz akan turut dihadiri Datuk Seri Dr Rais Yatim dan ketua pengawal selia Tan Sri Khalid Ramli.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diketuai Khalid muncul dengan kenyataan lewat petang semalam untuk menjelaskan YTL Communications hanya memperoleh lesen individu penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan (CASP) untuk menyediakan langganan berasaskan perkhidmatan Televisyen Protokol Internet (IPTV) yang menggunakan rangkaian WiMax 2.3GHz mereka untuk tempoh lima tahun.

Pengarah Eksekutif YTL Communications Datuk Yeoh Seok Hong memberitahu The Malaysian Insider minggu lalu, ia akan mengendalikan perkhidmatan pada jalur 700MHz, yang menurut laporan The Straits Times, ia menggemparkan kalangan ketua-ketua syarikat telekomunikasi tempatan.

"Menteri (Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dan pengerusi SKMM akan menyertai mesyuarat (hari) ini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider beberapa jam sebelum SKMM mengeluarkan kenyataannya.

Difahamkan pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi yang akan menghadiri mesyuarat hari ini menyediakan hujah masing-masing mengenai peruntukan spektrum dan bagaimana mereka harus menilainya, bukannya oleh SKMM sendiri.

Pemerhati-pemerhati industri berkata penafian SKMM semalam bermakna perdana menteri tidak perlu menemui ketua-ketua telekomunikasi mengenai isu berkenaan.

"(Oleh itu) kelihatan janggal bagi mereka apabila perdana menteri bertemu dengan mereka (syarikat-syarikat telekomunikasi) dan melahirkan bantahan berhubung spektrum YTL selepas SKMM mengatakan ia tidak pernah memberikan tugasan spektrum (yang dimaksudkan) itu," kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, SKMM menjelaskan bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada YTL Communications untuk menawarkan siaran televisyen berbayar menggunakan 700MHz sebagaimana yang dilaporkan beberapa media.

SKMM berkata lesen operasi yang diberikan kepada YTL pada 30 Ogos lepas adalah lesen individu bagi CASP untuk membekalkan perkhidmatan langganan IPTV menggunakan 2.3GHz WiMax milik syarikat berkenaan.

"SKMM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada YTL dalam jalur spektrum 700MHz bagi siaran TV berbayar, jadi beberapa

Rais Yatim.laporan dan komen berhubung pemberian spektrum itu adalah tidak tepat," kata kenyataan itu.

Menurutnya beberapa media membuat laporan serta komen sejak beberapa bulan lepas kononnya spektrum 700MHz akan diberikan kepada YTL bagi melaksanakan perkhidmatan televisyen hibrid yang dirancang hujung tahun depan, dan ia juga

boleh digunakan untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebarnya.

"SKMM juga ingin menjelaskan bahawa ia sedang mengkaji satu pelan perniagaan terperinci yang dikemukakan oleh YTL untuk pelaksanaan siaran tv digital

berbayar, dan bukan perkhidmatan mudah alih 4G sebagaimana yang dilaporkan sesetengah media," menurutnya.

SKMM berkata di bawah Rancangan Spektrum Nasional Malaysia, jalur spektrum 700MHz hanya khusus kepada perkhidmatan penyiaran, dan bukannya bagi "Long-Term

Evolution" (LTE) atau perkhidmatan mudah alih 4G.

"Pemilikan semua jalur spektrum masih kekal dengan kerajaan Malaysia," menurut kenyataan itu.

Yeoh berkata, YTL Communications, yang melancarkan perkhidmatan YES 4G WiMAX seminggu lalu telah memohon untuk mendapatkan spektrum 700MHz daripada SKMM bagi mengadakan perkhidmatan televisyen berbayar dengan kerjasama Sezmi Corporation dari Amerika Syarikat.

"Kami memperoleh spektrum ini sebab kami mahu memperkenalkannya dengan cepat berbanding rancangan pendigitalan perkhidmatan televisyen oleh SKMM menjelang Disember 2015," katanya.

"Tetapi mereka boleh mengeluarkan kami daripada spektrum kemudian sebaik sahaja pendigitalan penuh, yang percuma sehingga 300MHz antara spektrum 400MHz dan 700MHz," kata Yeoh.

Bagaimanapun kenyataan terbaru SKMM semalam bercanggah dengan versi pengarah eksekutif YTL Communications, yang mana spektrum itu akan digunakan bagi perkhidmatan televisyen hibrid.

Katanya, spektrum yang diberikan akan membolehkan syarikatnya menawarkan lebih banyak saluran dan bersaing dengan Astro yang kini menawarkan 119 saluran termasuk saluran definisi tinggi. Astro yang memulakan perkhidmatan pada 1996 mempunyai lesen eksklusif selama 17 tahun.

"Persaingan seharusnya digalakkan dan kami membawa satu alternatif kepada pasaran," kata Yeoh sambil menambah, YES sudah pun memulakan operasi 4G WiMAX menerusi spektrum jalur lebar tanpa wayar 2.3GHz.

Sebelum ini, SKMM pernah mengatakan bahawa Malaysia telah memutuskan untuk memperuntukkan gelombang 700MHz iaitu 710 hingga 790MHz untuk tujuan siaran digital.

Satu lagi penyedia WiMAX ialah P1 tetapi spektrum baru yang diberikan kepada YTL akan memberikannya kawalan penuh ke atas jalur generasi akan datang di bawah teknologi baru dalam sektor telekomunikasi seperti LTE.

LTE menjadi asas kepada pasaran 4G yang mana kedua-dua YTL dan P1 mendakwa menyediakan perkhidmatan itu. Bagaimanapun perkhidmatan mereka tidak memenuhi kriteria Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa untuk 4G.

Dua lagi pemain utama ialah Maxis Broadband dan Digi Telecommunications. Sebelum ini ada sembilan syarikat telekomunikasi di Malaysia tetapi krisis kewangan 1997 telah membawa kepada penggabungan sektor tersebut. - TMI
MS : Hahaha, PM kena settlekan kes macam ni? Besar sangat ker kes ni? Atau ada apa-apa disebaliknya ?

Syed Husin tolak, DS Wan Azizah dicadang Canselor UNISEL

Posted: 28 Nov 2010 06:29 AM PST

Jamilah Kamarudin dan Fazy Sahir

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali menolak cadangan supaya beliau dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Cadangan itu sebelum ini disuarakan perwakilan Srikandi Farah Afzan Faridi dalam Kongres Nasional hari ini yang mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkannya kerana mendakwa ianya datang daripada pelajar Unisel sendiri.

"Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kepercayaan kepada saya selama lebih lapan tahun untuk sama-sama memimpin parti…bermacam pujian dan sanjungan yang tak perlu diberikan, saya tolak bulat-bulat cadangan srikandi yang suruh saya jadi canselor Unisel.

"Ada orang yang lebih layak iaitu presiden parti kita (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) saya ucapkan terima kasih kepada yang beri cadangan," katanya dalam ucapan sesi penggulungan hari ini.

Farah ketika sesi perbahasannya pagi tadi berkata cadangan itu hadir daripada pelajar-pelajar universiti terbabit.

Malah memandangkan Datin Seri Rosmah Mansor sudah meletakkan jawatan maka cadangan agar Syed Husin Ali sebagai calon canselor pula muncul ketika sesi perbahasan itu.

Syed Husin yang merupakan pemimpin vateran dalam parti itu berkata turut menekankan kepada anggota serta pimpinan agar tidak mengwujudkan perjuangan tanpa penindasan terhadap kaum.

"Cinta saya terhadap parti sudah memuncak..tak salah mana-mana kaum perjuangkan hak kaum masing-masing..saya salah perjuangan hak kaum untuk kepentingan segelintir pihak kaya. Maka perjuangkanlah hak kaum tanpa menindas hak kaum lain," katanya. - FMT

DSAI Pemimpin Anugerah Tuhan - TGNA

Posted: 28 Nov 2010 01:45 AM PST

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan "dianugerahkan oleh Tuhan."

"Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup," katanya (gambar).

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

"Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

"Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita," katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

"Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

"Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu," kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

"Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam.

"Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang," katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan. - TMI

Bukan sekadar di Galas

Posted: 28 Nov 2010 12:16 AM PST

28 NOV — Selalunya hanya apabila kalah teruk dalam pilihan raya, barulah parti politik terbabit lebih bersedia untuk mendengar kritikan dan melakukan koreksi diri. Operasi bedah-siasat akan dijalankan bagi mencari punca kelemahan dan kealpaan. Selain menuding jari kepada tipu muslihat dan taktik kotor seteru politik, faktor dalaman turut mendapat perhatian.

Apabila PAS bersama Barisan Alternatif mengejutkan Umno dalam pilihan raya umum 1999, rasanya tiada siapa mendesak diadakan post-mortem. Masing-masing bergembira dan sibuk dengan kenduri kesyukuran. Bagaimanapun sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) di bawah teraju Tun Abdullah Ahmad Badawi menang besar pada 2004 dan PAS secara tiba-tiba hilang penguasaan di Terengganu, maka secepat kilat ditubuhkan pasukan khas — bukan saja untuk menganalisis kekalahan tidak disangka itu — malah bagi menerima aduan tentang penyelewengan dan manipulasi pemerintah.

Tidak pasti pula apakah ada badan penyiasat bagi menganalisis kejayaan gemilang PAS-DAP-KeADILan, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat, sehingga dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan merangkul lima negeri dalam pilihan raya ke-12, hampir 30 bulan lalu? Mungkin ada yang beranggapan, tidak perlulah membazirkan tenaga, masa, sumber dan wang berbuat demikian.

Bagi saya, sama ada menghadapi kemenangan tidak terduga mahupun kekalahan tidak dijangka, post-mortem perlu dilakukan secara sistematik dan mendalam. Sokongan rakyat boleh datang mencurah, tetapi dalam pilihan raya berikutnya boleh ditarik balik tanpa didahului petanda awal.

Sesebuah parti atau calon bukan sahaja perlu mengetahui mengapa ditimpa kekalahan, tetapi harus juga meneliti punca sebenar kemenangan diraih. Apakah ia lebih difaktorkan oleh kelemahan musuh atau kekuatan sendiri? Dan punca kelemahan dan kekuatan itu mesti diperincikan dan diperdebatkan. Usah terpukau dan terleka dengan sindrom syok sendiri.

Dan jangan pula sebaik kalah, maka kritikan dan kecaman hanya dihalakan kepada pesaing, yang sudah semestinya sentiasa mencari jalan, termasuk melalui taktik paling kotor, bagi mengecewakan kita. Bukankah apabila begitu mudah ditipu dan disabotaj, apatah lagi dengan strategi musuh yang sama berulang kali, ia menandakan kita cukup naif dan tidak mengambil iktibar daripada "pertempuran" sebelumnya?

Kekalahan PAS di Galas tentulah memeritkan. Biarpun kawasan itu bukannya kubu tradisi parti Islam di Kelantan, sementalahan pula pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah di sana agak dominan, namun mesej yang disampaikan pengundi perlu diberi perhatian khusus.

Kritikan pensyarah media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, yang juga pengasas Zentrum Future Studies Malaysia memang agak pedih untuk diterima, tetapi ia wajar direnung secara mendalam. Tegurannya mungkin boleh disangkal aktivis PAS terutama mereka yang bertungkus-lumus sepanjang kempen. Saya lebih gemar melihat sudut positif yang boleh dimanfaatkan.

Lagipun, kita hanya berdepan pilihan raya kecil, yang sebenarnya berfungsi untuk mendedahkan jentera parti dengan realiti di akar umbi. Kadang-kadang senario semasa amat berbeza dengan gambaran sewaktu pilihan raya umum akan datang. Lihat saja keputusan siri pilihan raya kecil terdahulu. Di Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim dimalukan secara terbuka melalui tayangan berulang kali di kaca TV mengenai ucapannya yang tersasul meminta pengundi menyokong BN dan beliau turut kalah.

Siapa sangka dalam pilihan raya umum tidak lama kemudian, beliau bukan saja menebus kekalahan tetapi diangkat sebagai Menteri Besar Selangor! Sebaliknya, PAS juga pernah merakamkan kemenangan manis merebut kerusi daripada Umno-BN dalam pilihan raya kecil di DUN Telok Pasu, Terengganu dan Parlimen Arau, Perlis, tetapi dalam pilihan raya umum selepas itu, kedua-dua calon PAS kalah di kerusi yang sama.

Dr Abu Hassan melihat bahawa, "onar yang tidak berkesudahan dalam Pakatan Rakyat, antara lain telah membuka ruang taktikal dan strategi dari aspek informasi, komunikasi dan media kepada BN untuk memanipulasi segala krisis dalaman itu sebagai sentimen kebencian melalui isu berpanjangan di media tradisi yang rata-rata masih menguasai pemikiran masyarakat luarbandar."

Dalam masa sama, tambahnya, "Pakatan belum mewujudkan pusat media profesional yang boleh mengatur sumber media secara lebih sistematik dan bertanggungjawab." Beliau turut menegur Pakatan yang tidak benar-benar memberi perhatian terhadap faktor kemiskinan luar bandar, sedangkan katanya, isu kemiskinan paling mudah digunakan sebagai strategi dalam politik moden. Pemilihan calon dan pengarah pilihan raya turut disinggungnya.

Bagaimanapun, meneliti sikap pengundi di Manek Urai sebelum itu, banyak pihak sejak awal telah meramalkan Galas merupakan medan cukup sukar buat PAS, apatah lagi pengundi Kelantan dikenali "bijak mengagihkan sokongan" dalam waktu kritikal. Mereka tahu apa yang boleh diperolehi daripada kerajaan negeri dan apa yang boleh dilengkapkan oleh kerajaan pusat.

Saya tertarik apabila ada pihak mengatakan, "lebih baik PAS kalah di Galas daripada terlepas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang". Tidak kurang pula yang mengkritik sikap pemimpin tertentu di Kelantan yang dilihat seperti tidak begitu bersedia memberi ruang untuk "orang luar" membantu. Beberapa aksi dan kenyataan, yang boleh dikaitkan dengan politik wang, turut dilihat mengundang polemik yang membebankan. Kita mungkin ada hujah tersendiri bagi membenarkan tindakan itu tetapi bagaimana dengan persepsi rakyat?

Seorang kolumnis pernah menyimpulkan, rakyat memenangkan BN dengan majoriti besar pada 2004 kerana mereka mengundi "potensi" Perdana Menteri baru ketika itu, Abdullah. Tetapi dalam pilihan raya 2008, pengundi proaktif menghakimi "prestasi" beliau.

Rakyat mungkin mengundi Pakatan ketika itu disebabkan kebobrokan BN, tetapi menjelang pilihan raya akan datang, "keistimewaan" itu tiada lagi. Prestasi kedua-dua gabungan parti akan diteropong secara halus. Tiada jalan singkat untuk menang. Ia harus berdasarkan kekuatan sendiri dan bukannya kelemahan lawan.

Selepas melewati "babak pertama" dan mendekati tahun ketiga, iaitu memasuki zon persiapan pilihan raya umum ke-13, alangkah baiknya jika Pakatan dapat melakukan post-mortem di atas prestasi empat kerajaan negeri dan rekod kerja ahli-ahli Parlimenya. Ya, bukan hanya Galas perlu dibedah.

Umno selepas 1999 rancak meremajakan parti dan bersedia dengan taktik terselindung yang tidak terhidu. Sudah pasti selepas hampir hilang kuasa pada 2008, keupayaan BN tidak boleh diremehkan, khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak menggesa ahli Umno "sedia berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahankan." — harakahdaily.net

keADILan - Parti Keadilan Rakyat

Posted: 27 Nov 2010 11:32 PM PST

keADILan = PKR

>> Ahad, November 28, 2010

PKR adalah parti yang menarik dengan wadah baru memecah mitos lama yang selalu mendendangkan lagu perkauman serta pecah dan perintah. Sejarah penubuhan Parti Keadilan Nasional (sebelum bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat) amat menarik. Ia terbina dari air mata, peluh dan darah rakyat. Ya, asasnya tak boleh lari dari faktor Anwar Ibrahim.

(tak payah tulis dengan bahasa yang susah dan ilmiahlah, leceh!!! Tapi depa ni kalau tak tulis dengan gunakan istilah hebat dan analogi-analogi mahu pun metafora penulis tu akan dianggap lokoih)

Hari ini krisis sudah menanah dan pimpinan atasan hanya menyumbatnya di bawah permaidani. Percayalah, jika tiada penyelesaian nanah ini akan menjadi barah dan menggunung lalu melibas ranap parti ini.

Kepincangan dalam sistem pemilihan ini amat jelas dengan fakta-fakta yang tak pernah disangkal pimpinan. Sistem ini sebenarnya baik - jangan salah sangka tetapi pembelit akan menyalahgunakannya apatah lagi anggota-anggota ada yang masih belum celik berpolitik dan hanya taksub dengan susuk-susuk yang mereka kagumi sahaja. Percaturannya mudah - aku undi dia sebab aku tak suka si anu. Bukan pasal apa-apa. Ada yang masih baru, usah ditanya dah baca perlembagaan parti atau tidak, lagu parti pun tak reti nyanyi - yang ni lebih senang diputar dan dibongokkan.

keADILan (asalnya ejaan dan fontnya begitu) telah melalui beberapa fasa 'pemimpin' keluar parti. Keluar parti tak salah, ia bukan agama - tak sesuai anda boleh murtad. Bermula dengan keluarnya Marina Yusof, Chandra Muzaffar dan geng-geng diikuti beberapa tahun kemudian dengan Ruslan Kassim, Zahid Mat Arip serta grup mereka.

Grup lama yang diketuai Ezam Md Noor, SD Johari, Ghani Haroon dan Nadzmi Rosli keluar amat mengejutkan. Pasti apa yang mereka dakwa ada asasnya juga seperti Azmin mengawal parti dan sebagainya. Tetapi masuk umno adalah bukan tindakan yang betul. Itu lubuk jahanam.
Habis.

Grup yang masuk selepas Anwar bebas juga sudah keluar parti. Mereka yang digelar Tukar Tiub sebagai 'susuk yang berperut gendut dan berbaju batik' masuk selepas hujan reda dan berlumba-lumba mengutip cendawan. Mereka mengaku pejuang tetapi selepas tak dapat cendawan emas mereka keluar. Zahrain, Sallehuddin, Nallakarupan adalah contoh golongan ini. Yang ada salah laku seperti menipu, rasuah sudah tentu cabut. (Zul Nordin, Fairus dan katak-katak lain).

Habis siapa lagi yang tinggal?

1) Orang lama yang turun memprotes ketika Anwar dizalimi. Mereka ada di jalanraya, di parti, di mahkamah, di hospital, di rumah untuk solat hajat. Mereka ini (yang wanitanya) akan menangis memeluk Nurul Izzah kerana sayang. Mereka ini yang tak pernah mengamuk sebab tak jadi ahli majlis atau apa-apa jawatan. Apa jadi mereka sekarang bila kekecohan baru ini timbul?

Aku lihat mereka terus setia di dalam parti tetapi tidak berminat bertanding apa jua jawatan. Mereka tidak perlu jawatan untuk berjuang. Akhirnya mereka semakin ke sudut dari segi populariti dan prioriti kerana mereka tak makan puji dan bodek. Pimpinan yang gila jawatan akan meminggirkan mereka (kalau boleh mencantas) kerana mereka ini tidak boleh disogok. Tumpuan diberikan kepada yang baru-baru untuk terus mereka kekal.

2) Orang lama yang taksub dengan tokoh pujaan mereka. Mereka mengagumi susuk pemimpin ini dan menganggap pemimpin ini sebagai 'guru'. Pemimpin ini mereka angkat, pilih dan julang. Salah benar sudah jadi bukan nombor wahid. Anwar, Azmin, Khalid Jaafar, Zuraida atau juga Shamsul Iskandar ada pemuja mereka sendiri dan mereka sangat menjaga pemuja ini. Orang yang bekerja dengan baik tetapi tak reti berpolitik dan bodoh dalam mengambil hati ikan-ikan akan dibenci dan cuba dijatuhkan. Contoh - Khalid Ibrahim. Ketika imej Menteri Besarnya begitu baik di mata rakyat Selangor, beliau amat dibenci di dalam parti.

3) Orang-orang baru yang masuk selepas kemenangan dalam PRU. Aku kagumi mereka dan tak berniat memperkecilkan keikhlasan mereka tetapi harus diakui juga ada di antara mereka yang bengong masuk melulu mengharapkan akan dapat 'sesuatu'. India-india estet misalnya masuk berbondong-bondong dan diajar mengundi mengikut 'chai' yang diatur ketua mereka. Puak ni bukan tahu apa. Esok dekat PRU percayalah, mereka ini akan berbondong-bondong keluar merungut kononnya diabaikan. Tengoklah nanti!

Kesimpulannya - dalam PKR sekarang sedang berlaku 'pertembungan' yang lama dan baru dan mereka ini menjadi mangsa diperalatkan oleh pemimpin yang mahu terus mencari makan dalam parti. Yang berprinsip tak akan mudah terpedaya tetapi risikonya mereka akan disudutkan. Keluarnya Zaid Ibrahim adalah persoalan lain, sama ada dia kuda trojan itu pun bukan halnya.

Cuma apa yang didakwanya jangan anggap semuanya salah. Percaturan itu ini di pihak atasan benar-benar berlaku dan gagal disangkal oleh pimpinan. Ini harus dipandang serius bagi mereka yang sayangkan parti. Jangan sokong sembrono. Berpolitik jangan sampai tergigit kelentit. Jadi pejuang jangan jadi bangang. Mengkritik pemimpin atasan bukanlah satu dosa.

Konon tuduh umno taksub dan tak boleh pemimpinnya dikritik, sebenarnya lu orang pun sama. Apa salah kritik Anwar? Dalam soal kes liwat tak perlu kita bahaskan lagi. Itu jelas Anwar dizalimi dan wajib untuk kita membela beliau. Tetapi soal kelemahan mengawal parti jika perlu dikritik, kritiklah. Jangan asyik main slogan "PKR sudah bawa masuk budaya umno" untuk tutup kelemahan tetapi bagi aku "PKR sudah cipta budaya mengampu dalam partinya".

Kata seorang reformis veteran - "Kadang-kadang aku jadi jahat bila mengharapkan Anwar masuk penjara semula sebab nak tengok puak-puak ni sanggup turun menggoncang kerajaan atau tidak seperti yang pernah kita buat"

Ya, 2011 adalah tahun penting kerana PRU semakin hampir. Oh! Mereka masih percayakan PRU. Tugas Pakatan Rakyat makin mencabar bukan saja menangkis serangan BN tetapi bergerak meyakini rakyat agar BN sendiri terhumban bukan kerana apa-apa tetapi kerana kesedaran rakyat itu sendiri.

Tugas berat dan mencabar ini harus dipikul oleh anak muda dan Angkatan Muda Keadilan dengan ketua barunya (sebenarnya ketua yang lama juga melakukan pusingan U) selepas berjaya menang pemilihan kali ini harus merangka seterusnya bergerak konsisten memasuki lubuk-lubuk rakyat dan sarang-sarang anak muda untuk menumbangkan kerajaan korup.

Anak muda jika ketuanya lembab, sembab, lembab akan pasti membuat Pakatan Rajyat gagal dan jatuh tersembam.

Jika 2011 ini mereka hanya leka berpolitik dan terus berkelakuan elit, aku akan tembak mereka tanpa belas kasihan.

Amma Ba'du

- ikut suka aku - ISA