Selasa, 28 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Peneroka saman Felda : Peneroka menang lagi hari ini

Posted: 28 Sep 2010 11:03 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. - mkini

MS ; hahahahaha ... nasib kau lah Felda. macam tu lah kalau buat kerja tak betul, naik mahkamah jer bungkus ... dah banyak kes-kes yang dimenangi peneroka ... walau apa pun tahniah pada peneroka dan juga Sdra Mohamed Hanipa Maidin

Akan ada banyak lagi kes-kes yang akan dibawa peneroka ke Mahkamah. Teruskan ....

Polis kejar penjenayah : Ala-ala adegan dalam filem

Posted: 28 Sep 2010 10:58 PM PDT

PERASU – Kejadian sebuah Proton Wira merah dipandu laju dikejar kereta peronda polis di kawasan Tanah Rancangan Felda Perasu, di sini, menggemparkan penduduk di situ, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, sebuah kereta peronda dari Balai Polis Paloh mengejar Proton Wira dipercayai dinaiki tiga lelaki dipercayai penjenayah.

Bagaimanapun, seorang daripada penjenayah diburu polis dapat ditangkap oleh penduduk, manakala dua lagi berjaya melarikan diri.

Kejadian dikatakan bermula dari Paloh sehinggalah kenderaan terbabit masuk ke kawasan Felda Perasu seterusnya bertembung sebuah lagi kenderaan polis dari Gua Musang yang masuk ke kawasan Felda tersebut menerusi jalan belakang.

Sebaik menyedari muncul sebuah lagi kenderaan polis, suspek dipercayai cuba memecut kenderaannya untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, kenderaan terbabit terbabas dan melanggar pokok kelapa hadapan Pejabat Felda di sini.

Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, Mat Zain Hasan, 61, berkata, kemudian ketiga-tiga suspek melarikan diri di kawasan Felda Perasu.

Menurutnya, ketika cuba bersembunyi, dua daripada lelaki terbabit melarikan dua motosikal milik penduduk yang diletakkan di hadapan rumah.

"Motosikal milik penduduk dilarikan dua lelaki terbabit, memandangkan ketika itu kunci motosikal masih terdapat pada kenderaan tersebut.

"Selepas itu kedua-duanya dipercayai menghilangkan diri sekitar Felda Perasu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, seorang lagi suspek dipercayai bermalam di surau Felda Perasu dan berjemaah ketika penduduk menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, melihatkan keadaan suspek yang mencurigakan, penduduk cuba menangkap suspek kerana mengesyaki terbabit kejadian dikejar polis pada malam berkenaan.

"Bagaimanapun, lelaki itu berjaya melarikan diri dan kemudiannya ditemui penduduk yang sedang menebas dalam kebunnya.

"Kemudian penduduk bertindak menangkap lelaki sekitar usia 30-an dan diserahkan kepada Polis, keesokannya," katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit. - Sinar Harian

PRK Galas : Saat paling susah... cukup sukar bagi Ku Li - Prof A. Aziz Bari

Posted: 28 Sep 2010 08:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 — Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan "situasi paling sukar" dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS.

Profesor A. Aziz Bari berkata, beliau melihat Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenal sebagai "Ku Li" akan melalui situasi sukar dalam kerjaya politiknya dalam menentukan "bakal keputusan" pilihan raya kecil itu.

Penganalisis ini menjangkakan kemungkinan itu ekoran penerimaan Tengku Razaleigh dengan baik oleh komponen dan penyokong PR khususnya PAS sejak kebelakangan, lebih-lebih dalam isu royalti minyak.

"Saya lihat memang sukar, saat paling yang susah... cukup sukar bagi beliau (Tengku Razaleigh) sepanjang kerjaya politiknya dalam persekitaran sekarang.

"Ia tidak sukar baginya jika pilihan raya kecil ini diadakan di kawasan di luar bahagian Parlimen Gua Musang atau negeri lain seperti biasa," kata beliau merujuk kepada kedudukan DUN Galas dalam bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Aziz menambah, dalam menghadapi pilihan raya kecil ini Tengku Razaleigh perlu mengambil keputusan yang cukup "menarik" dalam menggambarkan pendirian beliau.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh telah beberapa kali menegaskan Kelantan mempunyai hak untuk menuntut wang royalti minyak, yang dinafikan pusat dan bersedia untuk muncul di mahkamah jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah.

Kes itu telah difailkan di mahkamah 30 Ogos lalu.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

"Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh

Tengku Razaleigh.

"Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan

parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya," katanya.

Muhyiddin berkata peluang BN untuk merampas kembali kerusi tersebut adalah 50-50.

Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa beliau percaya bahawa Tengku Razaleigh akan membantu kejayaan BN di Galas, Aziz menambah, ia kenyataan strategi dalam 'memerangkap' gerak-geri pemimpin veteran menghadapi pilihan raya kecil.

Sebelum ini PR juga pernah meminta Tengku Razaleigh mengetuai kokus isu-isu berkaitan dengan minyak dan hubungan negeri dan persekutuan.

Muhyiddin meminta Tengku Razaleigh berfikir dengan mendalam sebelum memilih tawaran tersebut. - TMI

Kekosongan kerusi DUN Galas sudah dimaklumkan kepada SPR - Speaker

Posted: 28 Sep 2010 08:41 PM PDT

RANTAU PANJANG, 29 Sept — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan telah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

Katanya surat pemakluman itu telah dihantar 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyadang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.

"Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad akibat barah usus. — Bernama

Umno dengan judi macam kembar siam

Posted: 28 Sep 2010 08:02 PM PDT

Idris Ahmad

PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.

Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram.

Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad.

Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa "bapa judi" ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno.

Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor

Remaja didakwa lakukan seks luar tabii dengan gadis 14 tahun

Posted: 28 Sep 2010 07:33 PM PDT

GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan bawah umur.

Mohamad Akmal Hakim Ismail, 19, yang berasal dari Kampung Gajah, Perak, didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik di Hotel Rope Walk, Jalan Pintal Tali dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun kira-kira jam 11 hingga 12 tengah malam pada 12 September lalu.

Mohamad Akmal Hakim didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut remaja perempuan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdullah.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 15 Oktober ini. - Sinar Harian

Kes Sosilawati : Lokasi baru diperiksa

Posted: 28 Sep 2010 06:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan dibincangkan dengan Peguam Negara dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi.

SIASAT LANJUT...dokumen penting dibawa keluar dari pejabat suspek utama, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata, polis kini dalam proses menyiapkan siasatan berdasarkan arahan terbaru Jabatan Peguam Negara untuk memantapkan kertas siasatan kes berkenaan.

"Kami akan berbincang dengan pihak Peguam Negara sekiranya ada perkara lain yang perlu disiasat lagi bagi memastikan kertas siasatan berkenaan benar-benar lengkap sepenuhnya," katanya semalam.

Sambil menyifatkan perkembangan siasatan kes berkenaan sebagai 'positif', Mohd Bakri menjelaskan beberapa lokasi baru di sekitar Banting turut diperiksa kerana dipercayai menjadi lokasi suspek membuang mayat mangsa lain.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan lokasi baru berkenaan dan meminta media memberi ruang dan masa kepada polis menjalankan siasatan menyeluruh.

Katanya, polis masih menunggu keputusan ujian DNA yang akan disertakan dalam kertas siasatan berkenaan sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Keputusan lengkap ujian DNA diketahui sebaik semua spesimen dan bukti di lokasi kejadian dianalisis makmal forensik," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen, di sini, semalam.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah - metro

Pembunuhan Sosilawati : Lagi bukti baru ditemui

Posted: 28 Sep 2010 08:48 AM PDT

More evidence found within Banting 'killing field'
Tuesday, September 28th, 2010 KUALA LUMPUR: Police today confirmed they have found more new evidence within the 'killing field' of beauty products millionaire, Datuk Sosilawati Lawiya and her three associates at the Ladang Gadong poultry farm in Tanjung Sepat, near Banting.

Federal CID chief Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, said besides the two graves and bone fragments discovered within the compound previously, there have been many new evidence and leads which could be linked to the quadruple murders; the missing Sungai Petani contractor and businessman, 37-year-old Shafik Abdullah and his unidentified friend, as well as missing Indian millionaire A. Muthuraja.

"All of the cases are being investigated Under Section 302 of the Penal Code for murder and also missing persons.

"We will be visiting some other places that we believe are connected to the said cases. This will be based on the evidence and leads that we've gathered from the investigation," said Mohd Bakri after attending the Hari Raya open house at Kuala Lumpur police contingent headquarters today.

He, however, declined to elaborate on the new discoveries. He only said police are on the right track, and that investigation is showing positive progress based on statements from witnesses as well as evidence collected from many of the suspected crime spots around the area.

"The investigation paper was given back to us after the Attorney-General wanted us to further update and 'tighten' the investigation," he said.

Mohd Bakri said the outcome of the investigation paper will be discussed with the A-G in the next two to three days before submitting to the prosecution.

On the DNA results, Mohd Bakri said they are still waiting for the report on the analysis. Although the process may be complicated, police would not pressure the pathologist and the chemistry lab.

"We will not pressure them to hurry their analysis of the bone fragments as this has to be conducted properly and carefully. There is no rush and we have to give them time," he said

Kawasan berasmara baru di Kuala Terengganu

Posted: 28 Sep 2010 02:24 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Hari ini bukan sahaja taman rehat awam atau lokasi peranginan menjadi tumpuan pasangan kekasih bermadu asmara, tetapi paling menjijikkan, kawasan parkir yang disediakan di se-buah kompleks beli-belah di Kam-pung Tanjung turut menjadi sasaran.

Lokasi baru ini didedahkan oleh orang awam yang tinggal dan bekerja di kawasan berhampiran pusat beli-belah itu yang sudah tidak tahan melihat kerenah jijik pasangan kekasih melakukan maksiat yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini di sini.

Wakil orang awam, Wan Hassan Wan Jaafar berkata, kawasan parkir di bangunan pusat beli-belah ini sebenarnya sudah lama menjadi lokasi tumpuan pasangan kekasih yang berkereta tidak mengira siang atau malam disebabkan faktor lokasi parkir yang agak sunyi dan kurang digunakan orang awam.

"Pasangan kekasih yang berkereta akan ke sini dan melakukan maksiat di dalam kereta. Mereka dilihat terlalu berani walaupun pada siang hari disebabkan kawasan parkir di sini agak sunyi.

Majoriti yang menggunakan ruang parkir disediakan ialah pekerja di pusat beli-belah ini sahaja. Jadi, kesempatan inilah digunakan oleh pasangan kekasih yang tidak bermaruah ini untuk melampiaskan nafsu ditambah lagi, kawasan parkir ini langsung tiada pemantauan daripada pe-ngawal keselamatan yang bertugas," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Wan Hassan, ruang parkir yang agak tersorok menjadi pilihan pasangan tersebut dan lokasi maksiat berkenaan akan 'meriah' pada waktu malam kerana keadaan persekitaran yang dianggap terlalu terjamin bagi mereka, lebih-lebih lagi suasana di sini agak suram pada waktu itu.

"Terserempak dengan pasangan yang melakukan adegan panas sudah biasa bagi kami yang boleh dikatakan hampir setiap hari berada di sini malah kami pernah terjumpa kondom yang dibuang di serata tempat di sini.

"Melihat kepada bukti ini, kami yakin bahawa lokasi parkir ini bukan sahaja dijadikan sebagai tempat untuk melakukan adegan 'ringan-ringan', malah mungkin bagi segelintir pasangan ini sudah menjadikan parkir ini sebagai 'hotel' untuk mereka," katanya.

Wan Hassan berkata, diharapkan dengan pendedahan lokasi ini, pihak berkuasa dapat turun padang membuat tinjauan dan kawalan di sini bagi mena-ngani masalah keruntuhan akhlak yang begitu memalukan hari ini - Sinar Harian

Anak Syarikat ASTRO disaman RM 1.3 Billion

Posted: 28 Sep 2010 02:16 AM PDT


KUALA LUMPUR: A company supplying television support equipment today filed a RM1.3 billion suit against MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd.

AV Asia Sdn Bhd filed the suit this morning here against MEASAT Broadcast Network Systems, the company which operates Astro, for breach of mutual non-disclosure agreement over a satellite dish technology.

In the suit, filed at the High Court Registry here this morning, AV Asia is claiming RM1.3 billion for exemplary and aggravated damages.

It named Tele System Electronics (M) Sdn Bhd as the second defendant.

AV Asia CEO V. Vijaya Kumar was present this morning and the suit was filed by counsel Ravi Sodhi.

Ravi, when met with reporters following the filing, said his client had learnt that the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) had made recommendations to MEASAT to conduct studies on the use of different satellite dish sizes and design to reduce existing rain fade problems inherent in the satellite dish.

Rain fade is a characteristic of satellite transmission in tropical weather conditions where, during rain, the satellite transmission would suffer from interruptions.

AV Asia claimed MEASAT used their confidential information to launch its Astro Byond high definition service at the end of 2009.

Ravi explained that on June 18, 2007, AV Asia requested Maspro, a Japan incorporated company which also provides television support equipment, to initiate research and later brought this to MEASAT.

A mutual non-disclosure agreement was then signed between both parties, dated Aug 1, 2008, and confidential information was shared during negotiations between both parties.

However, Ravi alleged that AV Asia later discovered MEASAT had disclosed the confidential information to tender bidders, Tele System Electronics.

"The complaint here is the mutual agreement that had been breached. The agreement only allowed the exchange of confidential information between the two parties," he said.

When asked about the amount of the claim, he said the amount stated was derived from the commercialisation of Astro Byond.

He added that AV Asia was also claiming for its losses, due to the alleged agreement breach, to be assessed - Malay Mail

Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati

Posted: 28 Sep 2010 02:04 AM PDT

Oleh IZRA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR: "Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan."

Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.

Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.

"Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.

"Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh " katanya.

Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program 'Kerusi Panas' terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.

Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.

Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.

Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.

"Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang," katanya.

Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.

Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.

Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.

"Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang," katanya. - mStar

PRK N45 Galas : PAS yakin boleh pertahankan kerusi - Salahuddin

Posted: 28 Sep 2010 12:46 AM PDT

KUALA LUMPUR — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima semalam.

Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

"Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

"Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru semalam kerana kanser usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, bagaimanapun PAS tidak akan memandang rendah akan kebolehan parti lawan.

"Di Parlimen Gua Musang, Ahli Parlimen adalah Umno, dua DUN lain juga adalah Umno. Jadi ini merupakan satu cabaran kepada kita mempertahankan kerusi ini.

"Selain itu, kita tidak akan memandang rendah pada pihak lawan. Jentera perlu kuat untuk menghadapi pilihan raya kecil ini nanti," katanya.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian Che Hashim.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut. - TMI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PELABUR MAHU AGAR SELESAIKAN SEGERA KES ANWAR

Posted: 28 Sep 2010 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PELABUR asing masih berhati-hati untuk datang melabur ke negara ini. Bermacam-macam faktor yang diperkatakan mengapa kurangnya minat pelabur asing untuk melabur di negara ini. Alasan paling melucukan adalah datangnya dari anak Tun Dr Mahathir yang menyalahkan Parti Pembangkang menyebabkan pelabur asing tidak berminat datang ke nagara. Satu alasan yang budak baru belajar asas ekonomi akan ketawakan.

Tertarik pula dengan apa yang diperkatakan oleh seorang hartawan Sir Richard Banson pemilik syarikat penerbangan Virgin di sini. Beliau mengaitkan isu `liwat' yang dihadapi oleh DS Anwar sebagai punca mengapa negara ini bukan pilihan bagi pelabur asing. Ada kebenaran dakwaannya kerana negara luar sudah lama mengenali tokoh reformasi itu. Sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara berjaya diurus dengan baik sehinggalah `dirosakkan' oleh PM ketika itu yang begitu rakus dengan amalan kronisme dan nepotismenya. Cita-cita DS Anwar untuk membersihkan amalan rasuah, kronisme dan nepitosme di dalam pentadbiran kerajaan masa itu disekat. Akhirnya beliau disingkirkan secara jijik dari kerajaan.

Apa yang terjadi kepada DS Anwar ditentang oleh kebanyakan negara luar dan mereka menganggap negara ini sudah tidak selamat lagi untuk mencari keuntungan pelaburan. Bagaimana mungkin seorang Menteri Kewangan dan TPM yang cuba untuk menarik pelaburan asing untuk menjana ekonomi negara secara telus boleh diperlakukan sedemikian rupa? Amalan melindungi sistem yang korup sudah tentu ditolak oleh para pelabur asing. Penganiayaan terhadap DS Anwar dilihat oleh para pelabur seolah-olah negara ini menyokong amalan korupsi. Apatah lagi apabila melihat secara jelas betapa DS Anwar difitnah sehingga dipenjarakan. Sistem kehakiman di negara ini tidak meyakinkan mereka dan tentunya mereka tidak sanggup untuk menghadapi risiko kemudian hari di bawah sistem yang sedemikian rupa.

Oleh itu, tiada jalan lain lagi melainkan sistem ini perlu diubah. Jika kerajaan yang ada sekarang tidak boleh mengubahnya, para pelabur asing mungkin bersedia menunggu sehingga kerajaan baru yang bakal diterajui oleh DS Anwar dibentuk selepas PRU ke 13 nanti. /wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - BIAR KECOH ASALKAN TIADA RASUAH POLITIK SEPERTI UMNO

Posted: 28 Sep 2010 06:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

TERUK sangatkah pemilihan di dalam PKR? Berapa banyak rasuah yang telah dilaporkan sepanjang pemilihan pimpinan PKR kali ini? Dan, berapa ramai yang telah dihalang untuk bertanding atau pun dihalang untuk memilih calon yang mereka mahukan? Siapa boleh menjawabnya dengan fakta dan hujah kukuh? Jika ada, memang sewajarnya PKR boleh disamakan dengan Umno.

Namun, sehingga kini pemilihan berjalan tanpa adanya rasuah mahu pun politik wang. Apa yang berlaku hanyalah beberapa peristiwa teknikal atau rasa tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat. Kelemahan ini adalah lazim bagi sebuah parti yang baru ingin merealisasikan satu kaedah pemilihan yang benar-benar telus. Kaedah yang julung kali diperkenalkan ini tentunya terdapat beberapa kelemahan dan kelemahan ini telah diekploitasikan oleh beberapa pihak yang mahukan calon mereka menang.

Bahkan, kelemahan dari segi teknikal ini juga menjadi bahan berita kepada beberapa media pencacai Umno yang sekian lama mengharapkan agar pemilihan di dalam PKR kali ini akan dicemari dengan amalan rasuah politik wang seperti lazim Umno lakukan. Inilah yang diperkatakan oleh seorang Profesor kangkung di sini. Beliau menggambarkan seolah-olah teramat teruk pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang. Beliau tidak menggunakan akal fikirannya sebagai seorang Profesor untuk membandingkan pemilihan di dalam PKR dengan pemilihan di dalam Umno.

Profesor kangkung seperti ini mungkin terlupa bahawa di dalam Umno ada Ketua Pemuda dan Ketua Menteri yang diberi kuasa walaupun terlibat di dalam rasuah politik wang. Cuba sebutkan seorang sahaja pemimpin dari PKR yang naik hasil dari rasuah politik wang. Sudah tentu Profesor kangkung ini tidak akan menjumpainya. Jika mahu mencari orang seperti itu, beliau boleh dapat `seguni' di dalam Umno. Jika tidak percaya, cuba tanya Isa Samad Adun Bagan Pinang yang baru berkahwin itu.

Sehingga kini, PKR masih komited untuk merealisasikan amalan demokrasi tulen yang jauh lebih bersih dari Umno. Biarpun terdapat di beberapa tempat berlakunya kekecohan, namun ianya pasti ditangani dengan baik. Di dalam pemilihan kali ini, satu kepala satu undi dan pimpinan atasan juga menggalakkan sesiapa juga untuk bertanding. Seperti kata Profesor Dr Agus, demokrasi berjaya ditonjolkan oleh PKR dan hak memilih tidak dikongkong.

Percayalah, media pencacai akan terus mencari jalan untuk melabelkan PKR sama seperti Umno. Apa yang penting, semua ahli PKR harus memahami bahawa parti ini sedang mengalami satu proses yang lebih baik dan telus dari Umno. Sebarang kelemahan, ianya merupakan satu pelajaran untuk memantapkan parti. /wfauzdin.blogspot.com

DUN GALAS, SERAHKAN SAJA PADA PAS

Posted: 28 Sep 2010 02:49 PM PDT

PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihan Raya Kecil Dun Galas

KOTA BAHARU, 28 Sept (Bernama) -- PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.

-- BERNAMA

GALAS SATU CABARAN, BAGAIMANA PULA DI KOTA SEPUTIH? - PAS

Posted: 28 Sep 2010 12:24 PM PDT


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Usaha mempertahan kerusi Dun Galas yang dikosongkan ekoran kematian Chek Hashim Sulaima semalam dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata demikian berdasarkan pemerhatian geo-politik, iaitu BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu.

Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno, manakala Dun Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani juga dari Umno.

"Saya rasa itu suatu cabaran besar untuk PAS mempertahankan kerusi (Dun Galas)," ujarnya tengah hari tadi di Pejabat Agung PAS .

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian secara peribadi tidak memandang rendah pada kemampuan Umno/BN.

"Saya tidak memandang rendah dan meremehkan kekuatan di pihak lawan," ujarnya.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS mungkin menurunkan sebahagian jentera yang sebelum ini dipersiapkan sempena menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada pilihan raya kecil tersebut.

"Parti telah membuat persiapan awal, bukan sekadar buat persiapan untuk Galas (kerana) parti sedang siapkan untku hadapi pilihan raya umum.

"3 hari bulan (Oktober) ini akan diadakan mesyuarat PAS Pusat, saya yakin persiapan di Galas antara agenda penting yang akan diperbincangkan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersama Pakatan Rakyat akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan yang ada dikekalkan.

"Saya yakin seluruh jentera parti akan turun ke Galas bagi menjayakan hasrat ini," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengigatkan mahkamah untuk menyegerakan pilihan raya kecil Kota Seputih, Kedah yang telah sekian lama dibiarkan kosong tanpa wakil rakyat.

"Tidak sepatutnya perkara ini terjadi. Rakyat kawasan Kota Seputeh dibiar tanpa mempunyai wakil yang sah," katanya.

Agak malang, katanya, bila mahkamah rayuan langsung tidak memulakan proses penghakiman, dalam tempoh yang panjang dan akhirnya rakyat pun telah melupai kes yang begini penting.

"Kita tidak mahu ia menjadi satu perkara biasa membiarkan rakyat dalam sesuatu kawasan Parlimen atau Dun tanpa mempunyai wakilnya," tambah beliau./Harakahdaily

SIAPA BAPAK JUDI SEBENAR ?

Posted: 28 Sep 2010 11:38 AM PDT

Umno 'bapa judi' sebenar, dakwa PAS
Sep 28, 10


PAS mendakwa Umno sengaja mempolitikkan isu wang ehsan pemberian kerajaan Pulai Pinang kononnya daripada sumber judi untuk menyemai kebencian rakyat dan "melaga-lagakan" isu berkaitan agama dan kaum.

Sambil mendakwa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

"Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah tahi judi," kata Idris (kiri) beranalogi.

"Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggalkan dulu menjadi pendokong kerajaan judi."

Beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini mendakwa pemberian wang ehsan sebanyak RM100 oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Bagaimanapun, ketua menterinya Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, malah setiausaha politiknya Ng Wei Aik dilaporkan membuat laporan terhadap penulis blog yang mula-mula menimbulkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyatan hari ini, Idris juga menyifatkan Umno dan judi seolah-olah kembar Siam apabila bantahan ulama yang membantah loteri kebajikan sebelum ini tidak dipedulikan.

Bagaimanapun, tambahnya, "sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan".

Ketua peneranagn parti Islam itu bagaimanapun berkata, pihaknya tetap tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malah pada 1990 apabila mula memerintah Kelantan, tiada lagi premis dibenarkan menjalankan aktiviti perjudian.

"Tindakan ini dibuat apabila (menteri besar)Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Buddha, judi adalah (turut) haram di sisi agama mereka," katanya./Malaysiakini

~penarik beca

~penarik beca


Cerita lawak sikit pagi ni...

Posted: 28 Sep 2010 04:28 PM PDT

Asal bukan Azmin?

Posted: 28 Sep 2010 05:54 AM PDT

kerangeleber

kerangeleber


Ibans do get raw deal - admits Borneo Post

Posted: 28 Sep 2010 07:20 PM PDT

PRK N45 Galas : PAS akan buat keputusan

Posted: 28 Sep 2010 06:55 PM PDT

Nik Aziz tempelak Pemuda UMNO

Posted: 28 Sep 2010 05:32 PM PDT

Pilihan Raya Kecil : PAS yakin boleh kekal kerusi DUN Galas

Posted: 27 Sep 2010 11:00 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video Lingam: Semakan kehakiman - 16 Mei 2011

Posted: 28 Sep 2010 08:48 PM PDT

PEMILIHAN PKR - BIAR KECOH ASALKAN TIADA RASUAH POLITIK SEPERTI UMNO

Posted: 28 Sep 2010 08:47 PM PDT

Gaji minimum: MEF tak mahu campur tangan kerajaan tentukan gaji swasta

Posted: 28 Sep 2010 08:45 PM PDT

JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Posted: 28 Sep 2010 08:44 PM PDT

Koh: Jangan bertindak keterlaluan dalam isu kaum, agama

Posted: 28 Sep 2010 08:43 PM PDT

PERKASA bantah 'Nah!' - bakar gambar Namewee

Posted: 28 Sep 2010 08:41 PM PDT

Mampukah 'Tiga Abdul' bangkitkan Umno Selangor?

Posted: 28 Sep 2010 08:40 PM PDT

Muhyiddin Bagi Bola Tanggung Kepada Saifuddin?

Posted: 28 Sep 2010 08:38 PM PDT

Senapang RM300

Posted: 28 Sep 2010 08:37 PM PDT

Cuma Bantu Polis, Usharani Nafi Ditaja Tiket Penerbangan

Posted: 28 Sep 2010 08:36 PM PDT

PAS mampu tawan kerusi Umno BN

Posted: 28 Sep 2010 08:35 PM PDT

Ranapkan Anwar Lebih Utama Daripada Pacu Ekonomi Malaysia

Posted: 28 Sep 2010 08:33 PM PDT

Namewee: Pakatan demands arrest of Perkasa rabble rousers

Posted: 28 Sep 2010 08:30 PM PDT

Syor Pecat Jika Ganggu Pemilihan PKR

Posted: 28 Sep 2010 08:29 PM PDT

2010 kebangkitan anak muda

Posted: 28 Sep 2010 08:28 PM PDT

BIRO TIBAI NEGARA

Posted: 28 Sep 2010 08:23 PM PDT

Aziz Bari buat cubaan kedua?

Posted: 28 Sep 2010 07:36 PM PDT

Malaysia's huge economic plan needs a doer not a talker

Posted: 28 Sep 2010 07:33 PM PDT

Sahabat Durjana: Serah Rakan untuk DIRATAH 4 Lelaki

Posted: 28 Sep 2010 07:32 PM PDT

Pemilihan PKR: Azmin Presiden,Zaid Timbalan...ahakks...ada berani..!!

Posted: 28 Sep 2010 07:30 PM PDT

Pemimpin Umno perlu bangkit ..ha.ha..ha..dah karam maa..!!!

Posted: 28 Sep 2010 07:23 PM PDT

The three R’s of anti-reform in Selangor

Posted: 28 Sep 2010 07:19 PM PDT

Sounds from an empty gong: Time for Najin to rein in BTN

Posted: 28 Sep 2010 07:18 PM PDT

What a shameful, hypocritical UN speech by PM Najib

Posted: 28 Sep 2010 07:16 PM PDT

Jangan jadi Si Tanggang, anak yang derhaka!

Posted: 28 Sep 2010 07:15 PM PDT

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Satu dunia buat lawak pasal Malaysia ni yob!!

Posted: 28 Sep 2010 08:32 PM PDT

Agak2nya ini semua lanjutan dari kisah2 lucu dari Malaysia sendiri.

2019 - Bankrap
2020 - Status Negara Maju
2010 -2020 nak bankrap tapi ETP RM1.4 trillion
Lotus F1-Proton
Sodomy 2
Projek Angkasa Lepas
Bla bla bla...

Mungkin sebab tu akhbar The Guardian pilih Malaysia untuk terbit kisah Dr. Mazlan jadi Jurucakap ET...Saja nak mendajal. Cerita hantupun banyak kat TV3 la ni..he he!!

Mazlan: It is cool, but I'm no ET spokesman
By LEE YEN MUN
yenmun@thestar.com.my

PETALING JAYA: The rumoured appointment of the first earthling spokesman to visiting extra-terresterial life forms last week is a hoax, said National Space Agency Malaysia director-general Dr Mustafa Din Subari.

He said United Nations Office for Outer Space Affairs (Unoosa) head Datuk Mazlan Othman, who was rumoured to be the spokesman, had confirmed to him in an e-mail yesterday that there was no such appointment.

British newspaper The Guardian also quoted in its blog that Mazlan had refuted the purported appointment.

"It sounds really cool but I have to deny it," Mazlan, an astrophysicist, was quoted as saying when responding to the rumours.

The Sunday Times of Britain had run a report claiming that Mazlan would be appointed by the United Nations as the earth's official point-of-contact with aliens.

The article was later picked up by other media worldwide, including several local newspapers, which attracted much public interest in Mazlan's "new role".

Mazlan could not be contacted at her Vienna office yesterday.

Dr Mustafa, however, said that if any such appointment was to have been made, Mazlan would have been the best candidate for the job.

"You do not want a spokesman from just anywhere. Mazlan is in the highest position of outer space affairs.

"Coupled with her credentials as an astrophysicist, she would be the most appropriate candidate to take up such a role," Dr Mustafa said of his predecessor, whose position he took over in 1999 after Mazlan left to assume her role in Unoosa.

Dr Mustafa added that scientists worldwide were still hopeful about communication with extra-terresterial life.

"Theoretically, scientists internationally are still confident in the existence of extra-terresterial life as we have found other solar systems, although we cannot yet ascertain whether there is life in those systems," said Dr Mustafa, who also admitted that studies in the past 50 years had not produced concrete evidence of extra-terresterial life forms.

Masjid Bukit Indah terkini....

Posted: 28 Sep 2010 06:02 PM PDT

Malam tadi, selepas solat maghrib telah berlangsung majlis diskusi yang santai antara AJK Masjid Bukit Indah (teman sengaja panggil yang muda2), Major Ghazali dari SUA dan wakil STC (Saifulislam Training Consultancy) dan Islamic Relief Malaysia untuk merencanakan program remaja di MBI yang bersifat istiqomah.

Menarik.

MBI berhasrat untuk menyediakan program pengisian khusus untuk remaja dan STC diminta untuk merangka module yang bersesuaian. Program ini kalau dipersetujui oleh semua AJK MBI, akan diadakan through out the year yang juga bakal melibatkan pihak sekolah dan ibu bapa di bawah kariah MBI.

Antaranya ialah dengan penubuhan Kelab Remaja Masjid yang mana aktivitinya akan dikendalikan oleh remaja itu sendiri dengan pantauan pihak STC dan MBI. Ini merupakan satu pilot project yang memerlukan iltizam yang tinggi untuk dilaksanakan.

Satu hari dalam seminggu khusus untuk remaja akan diperuntukkan di mana apa jua kegiatan yang dilakukan di MBI ianya adalah untuk remaja. Samada ianya motivational talk, ceramah, kuliah, ramah mesra or whatever...

Melalui Kelab Remaja Masjid, aktiviti luaran seperti sukan dan rekreasi akan disalurkan secara sistematik.

MBI bercadang untuk mendapatkan kerjasama dari Kerajaan Negeri terutamanya dari Y.B. Dr. Halimah Bt. Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan bagi merealisasikan program ini. Apabila kertas kerja sudah lengkap, satu representasi yang diketuai oleh Nazir Masjid akan mengadakan perjumpaan dengan wakil kerajaan negeri pada tahun ini juga.

Kita bercadang untuk memulakan program ini seawal Januari tahun depan. Maknanya, pada hari pendaftaran sessi persekolahan tahun hadapan, ibu bapa dan pelajar akan dibekalkan dengan maklumat tentang aktiviti2 yang bakal diselenggarakan di MBI. Insya'Allah.

Sementara Islamic Relief Malaysia (IRM) pula akan mengemukakan kertas cadangan dan seterusnya membantu pihak masjid untuk menubuhkan perpustakaan di MBI. Pengalaman IRM yang telah berjaya menubuhkan lebih 10 perpustakaan di rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia akan dicurahkan pula di MBI.

MBI memerlukan dana sebanyak RM20-30 ribu untuk merealisasikan projek perpustakaan ini. Selain dari penyediaan buku, rak buku, sofa dan pemasangan dinding cermin (see thru), MBI juga bercadang untuk memasang TV dan vcd player bagi menayangkan kuliah-kuliah terpilih untuk ditonton oleh jemaah dan remaja di sekitar Taman Bukit Indah.

Walau bagaimanapun ini semua masih di peringkat cadangan dan memerlukan endorsement dari AJK masjid semua.

Namun apa yang pasti, MBI akan menyediakan perkhidmatan wi-fi secara percuma pada sedikit masa lagi. Macam Coffee Bean, macam Restoran Hidayah....Sapa2 boleh bawak laptop ke MBI tapi... kalau hilang tanggung sendiri.

Yang penting sokongan dari segenap lapisan masyarakat amatlah diperlukan agar usaha ini tidak tinggal sebagai angan2 sahaja. Anaspun nampaknya dah free sikit...Alhamdulillah.
Teman suka mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hasrizal, Sdra. Danial dan Sdra. Shakir dari STC dan Sdra Iskandar Syah Ismail dari IRM yang sudi meluangkan masa bersama di MBI malam tadi dan seterusnya akan kembali dengan paper work masing2 dalam masa yang terdekat ini. Mudah2an usaha tuan-tuan semua dirahmati dan diberkati Allah.

Wallahu'alam.

BILA AMPANG NAK ANJURKAN WACANA SEBEGINI???

Posted: 28 Sep 2010 12:41 AM PDT

Baik PAS ke...PKR ka...DAP ka???? Balik2 Kelantan....

Buatlah kat DePalma ka...Flamingo ka??


Makin lama aku tengok...makin bangang Muhyiddin ni...!!

Posted: 27 Sep 2010 11:11 PM PDT

Hello Din...aku nak bagitau kau macam ni lah...

1. Kes buat2 macam ni memang tak baik. Bukan sebab mat saleh ni cakap tak baik ... baru benda ni jadi tak baik. Memang benda fitnah ni Allah dah larang. Kau kata kau anak kiai... bior bebeno??

2. Masuk pulak dalam court yang macam kanggaroo...beruk mat yeh pun termenung...apa lagi mat saleh?

3. Kalau court dah macam sial sapa nak melabur dalam negara ni Din oiii???

4. Kalau kau tak faham jugak....kau berhenti jadi TPMlah...baik kau berniaga mini cooper lama macam kawan2. Dapat juga beli banglo kat Country Height...he he

5. Jangan marah...nanti kena jual!!

DPM agrees Sodomy II trial bad for business
By Yow Hong ChiehSeptember 28, 2010

Muhyiddin: If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn't like this case to be in the Malaysian court.
KUALA LUMPUR, Sept 28 — Tan Sri Muhyiddin Yassin today admitted that Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy trial was bad for the country's image and said that the sooner the case was disposed of, the better.

"If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn't like this case to be in the Malaysian court," the Deputy Prime Minister said.

"Of course, it's true that... if there's no any cases of such that is high profile, then Malaysia will be much better positioned.

"The sooner this matter is resolved, the better for us."

Virgin Group founder Sir Richard Branson yesterday said the ongoing Sodomy II trial was "a thorn" in Malaysia's otherwise good reputation, and urged the prime minister to intervene in the matter.

"If you're a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation," he had said.

Despite Branson's outspoken remarks, Muhyiddin said he did not think the British entrepreneur was intervening in the country's internal affairs but rather making a "genuine" comment in the best interest of Malaysia.

"His remarks are in the context of how to help Malaysia further move forward and draw the bigger investment that we need," the deputy prime minister said.

"His comment is taken in light of how to support Malaysia's initiative, and I want to take that sort of angle as to what he is saying."

Muhyiddin also stressed that Anwar's trial was not a government conspiracy, as alleged by some, pointing out that the case did not fall under the jurisdiction of the government but Malaysia's "very established" judicial system.

"It is a case which is... not being brought by any parties except [an] individual who felt that he has the right to be... judged and, of course, the right to be protected by whatever law in the country, as far as the sodomy case is concerned," he said.

Anwar, the 62-year-old PKR de facto leader, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.

The former deputy prime minister has denied the charge, describing it as "evil, frivolous lies by those in power" when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years' jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.

Anwar was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences.

He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.

He had earlier led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.

Anwar's Sodomy II trial will resume on October 14.

Bagi Peluang Brahing Bertanding Di Galas...

Posted: 27 Sep 2010 10:37 PM PDT

Petikan dari Malaysian Insider...

Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa berkata, Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya beliau menjadi menteri besar.

"Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini.

"PAS selama ini tidak buat apa-apa. Perubahan terbesar yang pemimpin mereka lakukan adalah ceramah perdana, itu sahaja.

"Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya," katanya di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir di program itu.

Nota: Inilah masanya untuk Umno menguji kepopularan Brahing. Lagipun secara tradisinya, DUN Galas adalah milik BN...