WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PELABUR MAHU AGAR SELESAIKAN SEGERA KES ANWAR
- PEMILIHAN PKR - BIAR KECOH ASALKAN TIADA RASUAH POLITIK SEPERTI UMNO
- DUN GALAS, SERAHKAN SAJA PADA PAS
- GALAS SATU CABARAN, BAGAIMANA PULA DI KOTA SEPUTIH? - PAS
- SIAPA BAPAK JUDI SEBENAR ?
| PELABUR MAHU AGAR SELESAIKAN SEGERA KES ANWAR Posted: 28 Sep 2010 11:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PELABUR asing masih berhati-hati untuk datang melabur ke negara ini. Bermacam-macam faktor yang diperkatakan mengapa kurangnya minat pelabur asing untuk melabur di negara ini. Alasan paling melucukan adalah datangnya dari anak Tun Dr Mahathir yang menyalahkan Parti Pembangkang menyebabkan pelabur asing tidak berminat datang ke nagara. Satu alasan yang budak baru belajar asas ekonomi akan ketawakan. Tertarik pula dengan apa yang diperkatakan oleh seorang hartawan Sir Richard Banson pemilik syarikat penerbangan Virgin di sini. Beliau mengaitkan isu `liwat' yang dihadapi oleh DS Anwar sebagai punca mengapa negara ini bukan pilihan bagi pelabur asing. Ada kebenaran dakwaannya kerana negara luar sudah lama mengenali tokoh reformasi itu. Sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara berjaya diurus dengan baik sehinggalah `dirosakkan' oleh PM ketika itu yang begitu rakus dengan amalan kronisme dan nepotismenya. Cita-cita DS Anwar untuk membersihkan amalan rasuah, kronisme dan nepitosme di dalam pentadbiran kerajaan masa itu disekat. Akhirnya beliau disingkirkan secara jijik dari kerajaan. Apa yang terjadi kepada DS Anwar ditentang oleh kebanyakan negara luar dan mereka menganggap negara ini sudah tidak selamat lagi untuk mencari keuntungan pelaburan. Bagaimana mungkin seorang Menteri Kewangan dan TPM yang cuba untuk menarik pelaburan asing untuk menjana ekonomi negara secara telus boleh diperlakukan sedemikian rupa? Amalan melindungi sistem yang korup sudah tentu ditolak oleh para pelabur asing. Penganiayaan terhadap DS Anwar dilihat oleh para pelabur seolah-olah negara ini menyokong amalan korupsi. Apatah lagi apabila melihat secara jelas betapa DS Anwar difitnah sehingga dipenjarakan. Sistem kehakiman di negara ini tidak meyakinkan mereka dan tentunya mereka tidak sanggup untuk menghadapi risiko kemudian hari di bawah sistem yang sedemikian rupa. Oleh itu, tiada jalan lain lagi melainkan sistem ini perlu diubah. Jika kerajaan yang ada sekarang tidak boleh mengubahnya, para pelabur asing mungkin bersedia menunggu sehingga kerajaan baru yang bakal diterajui oleh DS Anwar dibentuk selepas PRU ke 13 nanti. /wfauzdin.blogspot.com | |||||
| PEMILIHAN PKR - BIAR KECOH ASALKAN TIADA RASUAH POLITIK SEPERTI UMNO Posted: 28 Sep 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSTERUK sangatkah pemilihan di dalam PKR? Berapa banyak rasuah yang telah dilaporkan sepanjang pemilihan pimpinan PKR kali ini? Dan, berapa ramai yang telah dihalang untuk bertanding atau pun dihalang untuk memilih calon yang mereka mahukan? Siapa boleh menjawabnya dengan fakta dan hujah kukuh? Jika ada, memang sewajarnya PKR boleh disamakan dengan Umno. Namun, sehingga kini pemilihan berjalan tanpa adanya rasuah mahu pun politik wang. Apa yang berlaku hanyalah beberapa peristiwa teknikal atau rasa tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat. Kelemahan ini adalah lazim bagi sebuah parti yang baru ingin merealisasikan satu kaedah pemilihan yang benar-benar telus. Kaedah yang julung kali diperkenalkan ini tentunya terdapat beberapa kelemahan dan kelemahan ini telah diekploitasikan oleh beberapa pihak yang mahukan calon mereka menang. Bahkan, kelemahan dari segi teknikal ini juga menjadi bahan berita kepada beberapa media pencacai Umno yang sekian lama mengharapkan agar pemilihan di dalam PKR kali ini akan dicemari dengan amalan rasuah politik wang seperti lazim Umno lakukan. Inilah yang diperkatakan oleh seorang Profesor kangkung di sini. Beliau menggambarkan seolah-olah teramat teruk pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang. Beliau tidak menggunakan akal fikirannya sebagai seorang Profesor untuk membandingkan pemilihan di dalam PKR dengan pemilihan di dalam Umno. Profesor kangkung seperti ini mungkin terlupa bahawa di dalam Umno ada Ketua Pemuda dan Ketua Menteri yang diberi kuasa walaupun terlibat di dalam rasuah politik wang. Cuba sebutkan seorang sahaja pemimpin dari PKR yang naik hasil dari rasuah politik wang. Sudah tentu Profesor kangkung ini tidak akan menjumpainya. Jika mahu mencari orang seperti itu, beliau boleh dapat `seguni' di dalam Umno. Jika tidak percaya, cuba tanya Isa Samad Adun Bagan Pinang yang baru berkahwin itu. Sehingga kini, PKR masih komited untuk merealisasikan amalan demokrasi tulen yang jauh lebih bersih dari Umno. Biarpun terdapat di beberapa tempat berlakunya kekecohan, namun ianya pasti ditangani dengan baik. Di dalam pemilihan kali ini, satu kepala satu undi dan pimpinan atasan juga menggalakkan sesiapa juga untuk bertanding. Seperti kata Profesor Dr Agus, demokrasi berjaya ditonjolkan oleh PKR dan hak memilih tidak dikongkong. Percayalah, media pencacai akan terus mencari jalan untuk melabelkan PKR sama seperti Umno. Apa yang penting, semua ahli PKR harus memahami bahawa parti ini sedang mengalami satu proses yang lebih baik dan telus dari Umno. Sebarang kelemahan, ianya merupakan satu pelajaran untuk memantapkan parti. /wfauzdin.blogspot.com | |||||
| DUN GALAS, SERAHKAN SAJA PADA PAS Posted: 28 Sep 2010 02:49 PM PDT PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihan Raya Kecil Dun Galas KOTA BAHARU, 28 Sept (Bernama) -- PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu. Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara. "Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa. Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam. Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. -- BERNAMA | |||||
| GALAS SATU CABARAN, BAGAIMANA PULA DI KOTA SEPUTIH? - PAS Posted: 28 Sep 2010 12:24 PM PDT
| |||||
| Posted: 28 Sep 2010 11:38 AM PDT
PAS mendakwa Umno sengaja mempolitikkan isu wang ehsan pemberian kerajaan Pulai Pinang kononnya daripada sumber judi untuk menyemai kebencian rakyat dan "melaga-lagakan" isu berkaitan agama dan kaum. Sambil mendakwa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.
"Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah tahi judi," kata Idris (kiri) beranalogi. "Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggalkan dulu menjadi pendokong kerajaan judi." Beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini mendakwa pemberian wang ehsan sebanyak RM100 oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Bagaimanapun, ketua menterinya Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, malah setiausaha politiknya Ng Wei Aik dilaporkan membuat laporan terhadap penulis blog yang mula-mula menimbulkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dalam satu kenyatan hari ini, Idris juga menyifatkan Umno dan judi seolah-olah kembar Siam apabila bantahan ulama yang membantah loteri kebajikan sebelum ini tidak dipedulikan. Bagaimanapun, tambahnya, "sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan". Ketua peneranagn parti Islam itu bagaimanapun berkata, pihaknya tetap tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malah pada 1990 apabila mula memerintah Kelantan, tiada lagi premis dibenarkan menjalankan aktiviti perjudian. "Tindakan ini dibuat apabila (menteri besar)Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Buddha, judi adalah (turut) haram di sisi agama mereka," katanya./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan