Rabu, 22 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Sosilawati : Reman 5 suspek dilanjutkan seminggu lagi

Posted: 22 Sep 2010 10:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi mulai Khamis.

Majistret Ahmad Shakin Ismail membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas kelima-lima lelaki yang berumur antara 20-an hingga 30-an yang berakhir hari ini itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu.

Perintah dikeluarkan Ahmad Shakin itu dibuat di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, iaitu tempat kesemua suspek terbabit ditahan.

Ini merupakan kali ketiga tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.

Sementara itu, tempoh tahanan reman tiga lagi termasuk dua peguam adik beradik yang dipercayai suspek utama pembunuhan akan berakhir pada Sabtu ini.

Kelmarin, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.

Beberapa arahan baru turut diberikan kepada polis termasuk meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain itu.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor. - BERNAMA

Kes Sosilawati - Polis ambil sampel air mani 8 suspek

Posted: 22 Sep 2010 05:22 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis membawa lapan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan pengambilan sampel darah dan air mani.

Dengan kawalan ketat polis, kelapan-lapan suspek lelaki terbabit dibawa masuk ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL, kira-kira jam 3 petang semalam.

Dua daripada mereka termasuk suspek lelaki yang ditahan selepas memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini dan berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu.

Difahamkan, pengambilan sampel darah dan air mani lapan suspek terbabit dilakukan selepas Pejabat Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan polis berhubung kes berkenaan bagi dikemas kini.

Kehadiran semua suspek yang menarik perhatian ratusan kakitangan dan pesakit hospital itu, kemudian keluar dan meninggalkan hospital pada jam 5 petang sambil diiringi beberapa unit kereta peronda polis yang mengawal ketat konvoi berkenaan.

Semua mereka kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara Polis Bukit Jalil dan tempoh reman lima daripada mereka akan tamat hari ini manakala tiga lagi pada Sabtu ini - Metro

Kes Sosilawati : Rumah Noorhisham disimbah cat merah

Posted: 22 Sep 2010 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Kediaman Noorhisham Mohammad, 38, seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, disimbah cat merah semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah.

Isteri dan anak-anak Noorhisham pulang ke Johor Baharu sejak Ahad lepas.

Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pukul 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka.

"Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat.

Noorhisham, 38, dilapor hilang bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandu Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. — Bernama

Polis sahkan ahli perniagaan India mati dibunuh

Posted: 22 Sep 2010 08:51 AM PDT


Ahli perniagaan warga India, Allal Kathan Muthuraja disahkan mati dibunuh.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan ahli perniagaan warga India Allal Kathan Muthuraja yang dilapor hilang sejak awaltahun ini telah dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis kini menyiasat kes kehilangan lelaki berusia 34 tahun yang tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya sahkan mangsa dibunuh hasil daripada petunjuk dan keterangan-keterangan yang telah dikumpul. Berdasarkan dari itu kita telah "upgrade" kertas siasatan daripada orang hilang kepada kes bunuh," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes kehilangan ahli perniagaan hartanah, restoran dan barang kemas dari Chennai, India itu.

Kehilangan ahli perniagaan itu dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain apabila dia dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, yang juga merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lepas.

Isteri ahli perniagaan itu, S.Usharani, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lepas.

Pada Rabu, Usharani menemui polis di Banting berhubung kes kehilangan suaminyaitu. - BERNAMA

Kes Sosilawati : Waran Tangkap Terhadap Shamsul Jika Terus Mengelak

Posted: 22 Sep 2010 04:06 AM PDT

Shamsul ketika ditemubual oleh pemberita TV Selangor


SHAH ALAM, 22 Sept – Polis memberi amaran kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya (gambar).

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.

"Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang. Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu ... kita beri peluang.

"Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis. Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Balai Polis Bergerak dan Motosikal oleh Sime Darby Property Bhd kepada Polis Kontinjen Selangor dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diubahsuai menjadi balai polis bergerak dan tiga buah motosikal jenis Honda Wave 100cc yang kesemuanya bernilai RM617,250 diserahkan kepada polis oleh Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd (Sime Darby), Tunku Datuk Putra Badlishah Tunku Annuar.

Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lepas sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Khalid juga memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan membawa isteri ahli perniagaan warga India yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan Sosilawati.

"Polis sudah pun merekodkan keterangan Usharani pada 8 September lepas dan akan meminta beliau datang semula dengan anaknya untuk membantu siasatan kita lagi termasuk untuk mengambil sampel DNA.

"Jadi, mana-mana ahli politik jangan cuba menjadi pegawai penyiasat dengan mencampuri urusan kita. Kalau jadi ahli politik buatlah kerja untuk membantu rakyat bukannya buat kerja polis," katanya.

Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi media sebelum ini, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor menyampaikan penghargaan kepada Khalid atas kejayaan polis menyelesaikan kes Sosilawati.

Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, Sosilawati dan tiga rakannya itu adalah anggota biasa Perkasa daerah Klang sejak pertubuhan itu ditubuhkan. – Bernama

Kes Sosilawati : 8 Suspek Jalani Ujian DNA Di HKL

Posted: 22 Sep 2010 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dipercayai bagi menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA), Rabu.

Kesemua mereka tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu kira-kira pukul 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiiringi dua buah kereta peronda polis.

Mereka yang dibawa dari Pusat Tahanan Bukit Jalil itu kemudian memasuki sebuah bilik dipercayai bagi mendapatkan sampel DNA berhubung kes terbabit.

Tujuh daripada mereka dilihat memakai pakaian lokap berwarna oren manakala seorang lagi memakai pakaian lokap berwarna ungu.

Kesemua mereka kemudian dilihat keluar dari perkarangan terbabit kira-kira pukul 5 petang dan dikawal ketat anggota polis yang mengiringi mereka sebelum meninggalkan hospital itu.

Media cetak dan elektronik yang berkumpul di perkarangan hospital terbabit turut ditemani ratusan orang awam termasuk doktor, jururawat dan pesakit yang tidak melepaskan peluang melihat kehadiran suspek.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menerusi laman web sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata polis telah menerima kembali kertas siasatan kes terbabit yang dipulangkan Pejabat Peguam Negara semalam.

"Proses terbabit adalah prosedur biasa bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Suspek mengaku membunuh suami saya : Isteri ahli perniagaan India

Posted: 22 Sep 2010 02:35 AM PDT

Isteri ahli perniagaan India sewaktu tiba di KLIA

BANTING: Missing Indian businessman A. Muthuraja is now presumed dead.

His wife, S. Usharani, 24, said Banting police told her in a meeting this morning the suspects nabbed earlier for the murder of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three others had confessed to murdering her husband.

The suspects were all workers at the farm.

Speaking to reporters at the scene of the murders in Ladang Gadong here, Usharani said her husband's parents, along with his younger brother, were expected to come to Malaysia next week to provide DNA samples for comparison with evidence collected from the scene.

She, however, declined to reveal how and when her husband was murdered based on the discussion she had with the Banting police.

Usharani, upon learning that her husband was dead, also promised she would reveal all on the two lawyer brothers, who are among the murder suspects, at a Press conference tomorrow.

She went to the Banting police station to meet Special Branch chief ASP Nor Imran Abdul Rahman soon after arriving at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) this morning.

Earlier at the airport, Usharani said she came here to find out the status of the police investigation into her spouse's disappearance. She had lodged a missing person report on Sept 8 but left for Chennai, India, on the same day, claiming to fear for her safety.

It was her police report that led the breakthrough into the disappearance of Sosilawati and three others.

Speaking to reporters at the airport, Usharani confirmed mentioning the name of the farm in Banting, owned by the lawyer brothers, which she and her husband had visited last December.

Both siblings and at least three of the farm workers have been arrested for the murder of Sosilawati and three others, including a lawyer, a banker and her driver.

Police had also arrested two more suspects in connection with Muthuraja's disappearance.

Usharani's husband, who had several business dealings with the two brothers, had been missing since he came to Malaysia on Jan 18 after receiving a call from one of the brothers.

Usharani confirmed the only report she made about her husband in Malaysia was on Sept 8. She did not lodge a missing person report with the Chennai police although she had contacted the Interpol liaison officer there about his disappearance in February.

Usharani had also faxed letters and documents about her husband to the Indian High Commission in Kuala Lumpur seeking help to trace him.

On reports that her husband has another wife in India, Usharani said she had no knowledge about the other woman and it was more important for her to find out about her husbands fate.

Kapar MP S. Manikavasagam, who was at the airport to accompany Usharani to the Banting police station, told reporters they would also try to see Selangor police chief DCP Datuk Khalid Abu Bakar on the matter.

"We are also trying to see Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar. It has been 14 days since she lodged the police report, she has the right to know what's going on."

Manikavasagam said he was helping Usharani after several politicians in Tamil Nadu, India, contacted him to assist the woman on a humanitarian basis.

He said a local NGO and the Indian High Commission would also assist Usharani during her stay here, adding that she was expected to be in the country until Sunday - Malay Mail

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Mahkamah Takut pada Anwar dan Anak Cina

Posted: 22 Sep 2010 02:56 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..

Blog ini di postkan dari rumah bini no 2 aku..

Ahahahahahahahhaa..

Apa sudah jadi...aku baca BH kat website BHOnline..

Budak yng simbah cat dan baling botol arak di Surau belum start bicara la plak..

Itu kes mahkamah sudah tangguh..

Apa lagi blogger karam UMNO...kasi havoc la...buat perhimpunan haram..kata Mahkamah tak adil untuk SEPOL dan UMAT ISLAM..melalak kat blog je apa korang dapat..aku tau Rosmah ada no akaun korang.. ahahaha well..aku gurau2 je..jngn dakwa aku fitnah korng lak..aku lom jadi loya lg...

Ahahahahahhaa apa sudah jadi sama Najib???1Malaysia???kalau Pak Lah ni dah di ISAkan aja dah budak2 ni...apa lagi..ISA la...cakap nk bahas kat palimen tk bahas2...Hishamuddin pegi mana??sjak abang Jalaluddin hassan kata KDN slalu kacau PDRM..tak nampak muka plak???SOSILAWATI punya kes??Si Najib ngn MURUGIAH gak yg kluar muka dia.. ahahahahahahahahaha

Dah lari ke mana???takkan beraya dalam rumah je kot???ahahahahahahahaha

Apa ni???dah 16 17 umo pun mahkamah juvana ke??masing2 dah pandai beromen la...mimpi basah hari2...takkan la main juvana lg kot...mana dia MP2 kita???duduk dalam palimen takkan cakap pasal hak kaum ngn ekonomi je kot???hampeh 16 17 pun main juvana ke???

Apsal tk berani kasi ISA???Teresa Kok korang berani ISA...Raja Petra berani kasi ISA..keling2 HINDRAF sudah kena ISA..anak2 CINA ni tk nk ISA plak ke???kejam??dunia memang kejam..Dulu Lim Kit Siang berani lak kasi ISA.apa skang NAJIB sudah takut sama Cina ke???Dulu kata nk basahkan keris..ahahahahahahahahaahaha apa cerita???

Tengok la..dah la mahkamah kena panggil kangaroo..katak la..rumah pangsa la..apa la..masalahnya SISTEM KEHAKIMAN pun kureng..apa cerita????40 tahun lebih tubuhnya MALAYSIA...50 tahun lebih telah merdeka... ahahahaaahhaahahahahhaa

ANAK2 CINA KOMUNIS NI ANAK MCA KOT??

ahahahahahahahahahaha

Wei..ini sudah membahayakan negara..sbb boleh mengundang rusuhan daripada MELAYU DAN ISLAM....apa lagi..ISA la...

Yg heran..mana PEMUDA UMNO??PERKASA??? mana telur masing2..kata pumpang2 ngn Cina..wei surau kena kacau...kena kacau ngn Cina..apa lagi..takkan nk tunggu 13 Mei kot???tu tahun depan..aku pun kot2 dah masuk KULIYAH.. ahahahahaha...aku???apahal lak aku...korang kan leader..so go ahead.. ahahahahaha

Pumpang2 tak guna...eksyen kena ada...baru orng leh pecaye...ahahahahahaha

Takkan nk JUSTICE 4 SAIFUL je kot???HOW ABOUT JUSTICE for MELAYU dan ISLAM...

Ahahahahahahahahahahahahahaahahahahhahahaa

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


GAMBAR: Hubungan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. dengan pemimpin Umno

Posted: 22 Sep 2010 09:58 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi syarikat Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini..

Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat penipu ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ni..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan dengan syarikat ini..

Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul bila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara...fikir2kan...
















p/s: Lagi gambar menyusul...

Di bawah adalah penjelasan lengkap Tok Guru Nik Aziz selaku MB berkaitan isu ini..jelas kerajaan Kelantan awal2 lagi berwaspada dan tidak termakan umpan syarikat ini...

VIDEO: Apa Cerita RM4 Bilion?



Lagi cerita Umno dan judi: Umno bakal bina sebuah kasino di sabah?

Posted: 22 Sep 2010 07:34 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Cadangan dan pembinaan kasino ini bukanlah dari DAP dan PR, tapi dari rakan sekutu Umno sendiri (BN)..seperti biasa, ia tidak akan menjadi hangat dan kecoh..sbb penyokong Umno tak nampak isu ini perlu diperbesarkan, melainkan jika ia adalah dari mulut musuh parti mereka iaitu DAP dan PR, barulah mereka akan bangkit membantah habis2an......

Korang fikir2lah sendiri betapa hipokritnya perjuangan mereka...wallahua'lam


UMNO Mahu Bina Kasino Di Sabah -Anwar

SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.

"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.


(Apakah anda masih ingat, Ahli parlimen dari BN penah 'membodek' Najib supaya mewujudkan sebuah kasino di Sabah pada bulan Jun baru-baru ini, seperti mana keratan akhbar 'Harian Ekspres'di atas??..apakah ini diusahakan demi mendapatkan sokong non-muslim di Sabah?..sila rujuk berita di sini..)

Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.

"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.



"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS)

Terdahulu, portal berita TheMalaysiaInsider melaporkan...

Casino option on table for Sabah under Najib's ETP

KUALA LUMPUR, Sept 21 — Malaysia appears to have jumped on the integrated resort (IR) bandwagon with the unveiling today of a proposed 500-acre "eco-nature" resort in Sabah by Pemandu at the Economic Transformation Plan (ETP) open day here.

Sources told The Malaysian Insider that the option to build a casino is on the table for the Karambunai IR — alongside a mangrove centre, water theme park and waterfront properties — to ensure a higher return on investment (ROI).

Although the presentation panels for the development made no mention of any casino, they repeatedly referenced Singapore's highly successful Marina Bay Sands as well as Resort World Manila in the Philippines and Vietnam's Ho Tram Strip — all of which are casino-anchored IRs.



One illustration, entitled "Case for Change", argued that Malaysia lagged behind regional competitors in tapping into the strong demand for IRs from countries like China, Indonesia and Thailand, and pointed out that Singapore had already seen a 21 per cent increase in tourist arrivals since opening Marina Bay Sands and Resort World Singapore.

The Malaysian Insider also understands that if a casino is built as part of the Karambunai IR, international players such as The Sands might be roped in to run it rather than local operator Genting.

However, it remains to be seen how the public will take to what would be Malaysia's second official casino given the strong popular opposition shown earlier this year to Tan Sri Vincent Tan's abortive attempt to introduce football betting.

Berjaya Corp reported on May 12 that the government had re-issued the licence to Tan-owned Ascot Sports Sdn Bhd after the original licence was cancelled by the previous Abdullah administration.

The gaming, property and hospitality group told Bursa Malaysia in a filing that it intended to acquire Tan's 70 per cent stake in Ascot for RM525 million. The tycoon's son — Datuk Robin Tan Yeong Ching — would have retained control of his 30 per cent stake.

Vincent Tan's attempt to legalise punting on the beautiful game was spun by the Najib administration as the best way to increase government revenue while reining in illegal bookmaking activities, estimated to be worth up to RM20 billion a year.

However, a concerted anti-gambling campaign run mainly by opposition coalition Pakatan Rakyat (PR) stirred up moral sentiment against any widening of legalised gambling and torpedoed any chances the gaming tycoon had of renewing his licence.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak finally capitulated to popular public opinion when he announced on June 25 that the government would not issue a football betting licence, weeks after Tan said Ascot had received approval for an old licence. - TMI

Artikel berkaitan (mesti baca):
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

Kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah, confirm Melayu majoriti di Parlimen...

Posted: 22 Sep 2010 06:25 AM PDT



1. Dengan syarat PAS lawan UMNO 1-1 di tempat majoriti Melayu. Jadi kalau UMNO kalah, yang menang ialah PAS. So Melayu untung.

2. Kalau tempat 50-50, PR leh letak Melayu atau lain2. Kalau letak Melayu, memang confirm tambah MP Melayu lagi.

Jangan jadi cam BN bengong letak bukan Melayu di tempat majoriti Melayu.

PAS jangan undur dari PR dan jangan termakan provokasi UMNO untuk keluar dari PR. UMNO dah tahu sifir ini, itu sebab dok cucuk PR. Harap2 think thank PAS faham hal2 nih.


Sumber: heroNS @ TKO

Patutlah ramai ahli Umno....rupanya....

Posted: 22 Sep 2010 06:08 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Patutlah ramai ahli Umno yang TAK BERKUALITI di dalam Umno sekarang, rupanya 'ramai' sebab terpengaruh dengan hadiah, wang ringgit dan kebendaan..ahli yang BEKUALITI, yang tak mudah di'jual beli' ditolak ketepi pulak...sehingga pernah dahulu Pak Lah, bahkan Mahathir merungut Umno kesampingkan ahli/penyokong yang BERKUALITI..;D

Bak kata Pak Lah..

"Mereka (Umno) tidak suka golongan yang berwibawa dan berpotensi menjadi ahli di cawangan atau bahagian masing-masing kerana bimbang akan dicabar oleh orang baru. Akibat perbuatan mereka, Umno dianggotai golongan tua dan oportunis"..
Kesian...Umno kini dianggotai golongan tua dan opurtunis..tak pun golongan muda yang mudah terpengaruh dengan wang/hadiah/rasuah/cabutan bertuah dsb...lastnya jadi macam kat bawah ni..





Sbb tu tak hairan ahli Umno seramai 3 juta lebih, rupanya ramai yang TAK BERKUALITI!!..;D


Artikel berkaitan (mesti baca):
- Himpunan gambar penyokong gerombolan tayang punggung..

20 Pusat Karaoke baru di Terengganu: Kalau di negeri Pakatan Rakyat, dah heboh dah..

Posted: 22 Sep 2010 03:52 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Terengganu lagi...baru je kelmarin Terengganu mencatat rekod penambahan jumlah penagih dadah teramai di Malaysia, iaitu sebanyak 1,366.67%!..paling serius antara negeri2 di Malaysia, bahkan jumlah penagih dadahnya mengalahkan negeri2 Pantai Barat seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang..dikatakan nisbah seorang penagih dadah adalah bersamaan dgn 100 penduduk Terennganu..ramai tak ramainya..

Tiba-tiba hari ni dilaporkan pula bercadang ingin meluluskan Pusat Karaoke baru..punyalah ghairah mereka ingin mencari kemajuan duniawi..langsung tak peka dgn gejala maksiat dan jenayah yang semakin membimbangkan di negeri ini..jenayah/keruntuhan moral dilaporkan semakin meningkat di negeri ini, namun di saat inilah jumlah pusat2 hiburan ditingkatkan juga..

Macam biasa, blogger gerombolan tidak akan bangkit dan besar2kan isu ini, sebab berlakunya di negeri jajahan parti mereka..kalaulah di negeri2 Pakatan Rakyat??..pasti DAP menjadi mangsa utama serangan mereka...korang fikirlah sendiri..wallahua'lam..


MBKT Timbang 20 Permohonan Pusat Karaoke Baru

KUALA TERENGGANU: Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata sehingga kini pihaknya telah meluluskan operasi tujuh pusat karaoke di bandar ini.


(Gambar hiasan: Mungkin kelulusan ini ada kaitannya dengan sikap pimpinan kerajaan yang suka berkaraoke, seperti Ketua Umno Bahagian K.Terengganu, Wan Farid, calon Umno yang tewas pada PRK Kuala Terengganu awal tahun lalu di tangan calon PAS..bahkan pada tahun2 yang lepas, Pemuda Umno Terengganu sendiri sanggup menuntut supaya kerajaan negeri membenarkan balik pusat2 karaoke di negeri terbabit, boleh baca di sini..)

"Untuk permohonan baru, tiada masalah untuk kita luluskan sekiranya permohonan dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya. Adzlan berkata antara kriteria yang ditetapkan ialah pusat karaoke itu tidakterletak dalam kawasan perumahan, tempat ibadat dan sekolah.

Beliau berkata dalam masa tiga bulan dari sekarang, MBKT akan mengadakan operasi untuk memastikan pusat karaoke sedia ada mematuhi syarat lesen termasuk menghentikan operasi bagi menghormati waktu solat. - BERNAMA

Artikel berkaitan (mesti baca):
- GEMPAR 'Terengganu Darul Dadah': Penagih dadah di negeri Terengganu meningkat 1,366.67%!!

kalam Perantau

kalam Perantau


Pernah diminta tidak buka tender nombor plat

Posted: 22 Sep 2010 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengesahkan beliau pernah menerima surat yang meminta agar nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula dengan MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada awam.

Tanpa mahu memberi komen lanjut, Solah ketika dihubungi sekadar memberitahu kenyataannya selari dengan pendedahan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam.

“Segala-galanya telah didedahkan oleh Menteri Pengangkutan semalam, jadi rasanya saya tidak perlu mengulas lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Kementerian Pengangkutan di Putrajaya semalam, Cho Ha mengemukakan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang mahu nombor plat berhuruf ‘MCA’ tidak dibuka kepada tender awam.

Surat tersebut ditujukan kepada Solah dan isi kandungannya adalah seperti berikut:

“Dimaklumkan bahawa YB Menteri Pengangkutan telah mengarahkan supaya tender nombor pendaftaran kenderaan bagi negeri Melaka iaitu MCA1-9999 tidak dibuka kepada umum.”

Tee Keat dalam laporan akhbar hari ini pula menafikan beliau menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat terbabit bagi dikhususkan kepada ahli dan pemimpin MCA.

Solah memberitahu, JPJ kini meneruskan proses pendaftaran plat kenderaan dengan abjad MCA itu.

“Bagaimanapun, kita perlu habiskan dulu (pendaftaran) MBY sebelum pendaftaran plat ‘MCA’ dimulakan, tetapi saya tidak boleh jangka bila, kena periksa dahulu,” jelas beliau.


Betulke MCA 1 – MCA 9999 untuk ahli MCA?

Posted: 22 Sep 2010 09:00 PM PDT

Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf “MCA” yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri, Kong Cho Ha, dijadikan bukti.

Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat berkenaan kepada pemberita hari ini selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat “MCA” yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat “MBY”, hanya dikhususkan untuk ahli MCA.

“Saya ada surat ini bertarikh 17 Februari, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat,” katanya di Putrajaya. Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata: “Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak.”

Surat itu yang kemudian diberi kepada pemberita, didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Ong, dalam laporan akhbar hari ini, menafikan desas-desus bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA.

Diminta mengulas lanjut isu tersebut, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan tersebut.

“Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia adalah sebahagian nombor pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri,” katanya.

- Bernama


Cek RM4 bilion: Ayah Din tak tahu menahu…

Posted: 22 Sep 2010 05:50 PM PDT

Oleh : Salmah Mat Husain   

KOTA BHARU, 21 Sept: Pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I'DA World Group Sdn Bhd di sini malam kelmarin menjelaskan kehadiran di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar seperti dilaporkan.

Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.

"Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit.

"Memang Ayah Din tak tahu menahu tentang perkara itu, Ayah Din pergi hanya memenuhi jemputan, siapa Ayah Din untuk mewakili kerajaan negeri dan Menteri Besar," katanya ketika dihubungi di sini.

Akhbar hari ini, menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diserah Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab.
Abdul Rahim dilaporkan berkata, sumbangan kepada PAS Kelantan untuk membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Nik Din menegaskan beliau hanya hadir pada majlis itu sekadar memenuhi jemputan penganjur yang turut mengundangnya.

Ditanya mengenai syarikat berkenaan, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak tahu menahu tentang mengenainya


Isu cek RM4 bilion: I’DA World tiada projek dan tiada kaitan dengan kerajaan Kelantan

Posted: 22 Sep 2010 05:00 AM PDT

Oleh : Rizal Tahir    

KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat [ Gambar - Abdul rahim Abdul Wahab (kanan) menyerahkan replika cek berjumlah RM4 bilion kepada Nik Din (dua dari kiri) di Kota Bharu baru-baru ini], yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi, Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd (l'DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

"Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka," ujarnya.

Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan.

Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti.

Dua malam lalu, syarikat I'DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan di sebuah hotel.

Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru.

Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu.

"Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun," ujarnya


Breaking news! Lelaki melayu terkaya di dunia sumbang zakat RM 1 Trillion bina lebuhraya 10 lorong di Kelantan

Posted: 22 Sep 2010 02:30 AM PDT

KOTA BHARU 21 Sept. – Sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.

Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Pada majlis pelancaran projek tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan sumbangan peribadi bernilai RM4 bilion kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tiada Exco Kelantan kelihatan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke majlis berkenaan sebaliknya replika cek terbabit hanya disampaikan kepada seorang individu dikenali sebagai Nik Din yang mendakwa dirinya adik kepada Nik Abdul Aziz.

Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.

Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan ‘zakat’ sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand.

Dakwa Abdul Rahim, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Dalam pada itu, laman web I’DA World iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7.

Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.


Duit Raya Lebih Kepada Pengarah; TDM Perlu Jelaskan

Posted: 22 Sep 2010 01:00 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Terengganu Development Management Berhad (TDM) perlu menjelaskan kepada seluruh pelaburnya dan rakyat Terengganu mengapa anak syarikat kerajaan negeri itu membayar duit raya lebih kepada para pengarahnya.

Resolusi ke 9 yang dicadangkan dibawa ke Mesyuarat Agong Luarbiasa TDM yang akan berlangsung pada 29 September menyatakan; Bahawa elaun sebanyak RM8,000 akan dibayar kepada setiap pengarah dan RM10,000 Pengerusi Lempaga Pengarah sempena sambutan hari raya eidul fitri.

Timbalan Editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris berpendapat, tidak ada masalah untuk menjadi seorang pemurah sekiranya seseorang menggunakan wang sakunya sendiri, namun bukan mengagih-agihkan ‘wang dana’ yang merupakan amanah kerana ia juga turut dimiliki oleh orang lain  

Ikuti komentar beliau seperti dibawah;

WILL the shareholders of TDM Bhd still be in a festive mood on Sept 29? On that day, the plantation player will hold an extraordinary general meeting (EGM) in Kuala Terengganu to vote on nine resolutions.

The first eight are on the proposed grant of share options to the TDM board members and its chief executive officer.

The ninth resolution is less typical: "That an allowance of RM8,000 for each director and RM10,000 for chairman be approved for payment in conjunction with the celebration of Hari Raya Aidilfitri 2010."

Other than the chairman, TDM has six directors. This means the total allowances will amount to RM58,000. It's not a huge sum, particularly when you compare with last year's net profit of RM56mil and total directors' remuneration (including benefits-in-kind) of RM1.46mil.

Nevertheless, it doesn't hurt to take a closer look at this idea of paying directors extra to mark a festival.
By seeking shareholder approval of the proposed Hari Raya allowance at the EGM, the company is playing by the book. This complies with the Companies Act and Bursa Malaysia's listing requirements.

However, the company is fuzzy about the basis of the allowance. The circular to shareholders offers a rationale for the proposed grant of share options, but not for the allowance.

Yes, we are told that the allowance will be paid "in conjunction with the celebration of Hari Raya Aidilfitri 2010."

And yes, it's reasonable to conclude that the allowance is a form of reward for the directors' time and effort in carrying out their boardroom duties. Still, we need to hear it straight from the horses's mouth, and the more details, the better.

Over the years, there have been listed companies that have asked shareholders to approve retirement gratuity payments for long-serving directors, and the amounts involved could go up to hundreds of thousands of ringgit each.

Inevitably, the companies have pointed out that these directors had contributed a lot in their many years with the companies. Convincing or otherwise, one could appreciate these attempts to justify the payments.

The lack of explanation for the TDM allowance is unfortunate because it suggests that there is no firm and clear policy for such payments.

TDM's largest shareholder, with a 53% stake, is Terengganu Inc Sdn Bhd, the state's investment arm. Another state government-owned entity, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, owns 15% of TDM.

Terengganu Inc also controls two other listed companies, Golden Pharos Bhd (57%) and Eastern Pacific Industrial Corp Bhd, or EPIC (40%), but neither has proposed a similar allowance for their directors.

So why isn't payment of the allowance a group-wide move? Perhaps we can rule out Golden Pharos because it is knee-deep in red ink, but EPIC, which is in oil and gas and port operations, seems to be faring well.

In fact, its net profit grew almost 90% last year, whereas TDM's shrank 44%. The apparent inconsistency within the Terengganu Inc stable is hardly comforting.

It doesn't help either that the proposal to pay the allowance seems to be have been hastily put together. It was as if the plan popped up as an afterthought.

Among the resolutions for the company's May 17 AGM was one on the directors' remuneration for 2010, but this didn't include the allowance.

Then on Aug 11, the company announced that it would convene an EGM to seek shareholders' approval of the proposed grant of options. Still no mention of the Hari Raya allowance.

That came on Sept 8, when TDM made a brief announcement of its intention to secure endorsement for the proposed allowance, without specifying the amounts.

The numbers were only made known when the company published the notice of EGM five days later.

TDM could have planned better for this. After all, Hari Raya Aidilfitri is an annual event; it's a matter of deciding early and disclosing the relevant particulars, regardless whether required by the rules or not.

For example, the shareholders, especially the minorities, should be told whether the allowance is one-off. If so, why is it given out this year? If the company plans to make such payments every Hari Raya Aidilfitri (or for that matter, in conjunction with other festivals), why not articulate that? Nobody is asking the company to make a legally binding commitment; all it is expected to do is be upfront about its plans.

Payments to directors shouldn't be ad hoc and arbitrary. More thought ought to go into creating a well-defined framework that links directors' remuneration to company performance and that attracts the best mix of boardroom talent.

Yes, the duties and responsibilities of directors are often onerous, but there are surely better ways to reward them than by giving duit raya. -TheStarOnline