Rabu, 22 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


GAMBAR: Hubungan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. dengan pemimpin Umno

Posted: 22 Sep 2010 09:58 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi syarikat Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini..

Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat penipu ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ni..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan dengan syarikat ini..

Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul bila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara...fikir2kan...
















p/s: Lagi gambar menyusul...

Di bawah adalah penjelasan lengkap Tok Guru Nik Aziz selaku MB berkaitan isu ini..jelas kerajaan Kelantan awal2 lagi berwaspada dan tidak termakan umpan syarikat ini...

VIDEO: Apa Cerita RM4 Bilion?



Lagi cerita Umno dan judi: Umno bakal bina sebuah kasino di sabah?

Posted: 22 Sep 2010 07:34 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Cadangan dan pembinaan kasino ini bukanlah dari DAP dan PR, tapi dari rakan sekutu Umno sendiri (BN)..seperti biasa, ia tidak akan menjadi hangat dan kecoh..sbb penyokong Umno tak nampak isu ini perlu diperbesarkan, melainkan jika ia adalah dari mulut musuh parti mereka iaitu DAP dan PR, barulah mereka akan bangkit membantah habis2an......

Korang fikir2lah sendiri betapa hipokritnya perjuangan mereka...wallahua'lam


UMNO Mahu Bina Kasino Di Sabah -Anwar

SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.

"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.


(Apakah anda masih ingat, Ahli parlimen dari BN penah 'membodek' Najib supaya mewujudkan sebuah kasino di Sabah pada bulan Jun baru-baru ini, seperti mana keratan akhbar 'Harian Ekspres'di atas??..apakah ini diusahakan demi mendapatkan sokong non-muslim di Sabah?..sila rujuk berita di sini..)

Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.

"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.



"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS)

Terdahulu, portal berita TheMalaysiaInsider melaporkan...

Casino option on table for Sabah under Najib's ETP

KUALA LUMPUR, Sept 21 — Malaysia appears to have jumped on the integrated resort (IR) bandwagon with the unveiling today of a proposed 500-acre "eco-nature" resort in Sabah by Pemandu at the Economic Transformation Plan (ETP) open day here.

Sources told The Malaysian Insider that the option to build a casino is on the table for the Karambunai IR — alongside a mangrove centre, water theme park and waterfront properties — to ensure a higher return on investment (ROI).

Although the presentation panels for the development made no mention of any casino, they repeatedly referenced Singapore's highly successful Marina Bay Sands as well as Resort World Manila in the Philippines and Vietnam's Ho Tram Strip — all of which are casino-anchored IRs.



One illustration, entitled "Case for Change", argued that Malaysia lagged behind regional competitors in tapping into the strong demand for IRs from countries like China, Indonesia and Thailand, and pointed out that Singapore had already seen a 21 per cent increase in tourist arrivals since opening Marina Bay Sands and Resort World Singapore.

The Malaysian Insider also understands that if a casino is built as part of the Karambunai IR, international players such as The Sands might be roped in to run it rather than local operator Genting.

However, it remains to be seen how the public will take to what would be Malaysia's second official casino given the strong popular opposition shown earlier this year to Tan Sri Vincent Tan's abortive attempt to introduce football betting.

Berjaya Corp reported on May 12 that the government had re-issued the licence to Tan-owned Ascot Sports Sdn Bhd after the original licence was cancelled by the previous Abdullah administration.

The gaming, property and hospitality group told Bursa Malaysia in a filing that it intended to acquire Tan's 70 per cent stake in Ascot for RM525 million. The tycoon's son — Datuk Robin Tan Yeong Ching — would have retained control of his 30 per cent stake.

Vincent Tan's attempt to legalise punting on the beautiful game was spun by the Najib administration as the best way to increase government revenue while reining in illegal bookmaking activities, estimated to be worth up to RM20 billion a year.

However, a concerted anti-gambling campaign run mainly by opposition coalition Pakatan Rakyat (PR) stirred up moral sentiment against any widening of legalised gambling and torpedoed any chances the gaming tycoon had of renewing his licence.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak finally capitulated to popular public opinion when he announced on June 25 that the government would not issue a football betting licence, weeks after Tan said Ascot had received approval for an old licence. - TMI

Artikel berkaitan (mesti baca):
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

Kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah, confirm Melayu majoriti di Parlimen...

Posted: 22 Sep 2010 06:25 AM PDT



1. Dengan syarat PAS lawan UMNO 1-1 di tempat majoriti Melayu. Jadi kalau UMNO kalah, yang menang ialah PAS. So Melayu untung.

2. Kalau tempat 50-50, PR leh letak Melayu atau lain2. Kalau letak Melayu, memang confirm tambah MP Melayu lagi.

Jangan jadi cam BN bengong letak bukan Melayu di tempat majoriti Melayu.

PAS jangan undur dari PR dan jangan termakan provokasi UMNO untuk keluar dari PR. UMNO dah tahu sifir ini, itu sebab dok cucuk PR. Harap2 think thank PAS faham hal2 nih.


Sumber: heroNS @ TKO

Patutlah ramai ahli Umno....rupanya....

Posted: 22 Sep 2010 06:08 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Patutlah ramai ahli Umno yang TAK BERKUALITI di dalam Umno sekarang, rupanya 'ramai' sebab terpengaruh dengan hadiah, wang ringgit dan kebendaan..ahli yang BEKUALITI, yang tak mudah di'jual beli' ditolak ketepi pulak...sehingga pernah dahulu Pak Lah, bahkan Mahathir merungut Umno kesampingkan ahli/penyokong yang BERKUALITI..;D

Bak kata Pak Lah..

"Mereka (Umno) tidak suka golongan yang berwibawa dan berpotensi menjadi ahli di cawangan atau bahagian masing-masing kerana bimbang akan dicabar oleh orang baru. Akibat perbuatan mereka, Umno dianggotai golongan tua dan oportunis"..
Kesian...Umno kini dianggotai golongan tua dan opurtunis..tak pun golongan muda yang mudah terpengaruh dengan wang/hadiah/rasuah/cabutan bertuah dsb...lastnya jadi macam kat bawah ni..





Sbb tu tak hairan ahli Umno seramai 3 juta lebih, rupanya ramai yang TAK BERKUALITI!!..;D


Artikel berkaitan (mesti baca):
- Himpunan gambar penyokong gerombolan tayang punggung..

20 Pusat Karaoke baru di Terengganu: Kalau di negeri Pakatan Rakyat, dah heboh dah..

Posted: 22 Sep 2010 03:52 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Terengganu lagi...baru je kelmarin Terengganu mencatat rekod penambahan jumlah penagih dadah teramai di Malaysia, iaitu sebanyak 1,366.67%!..paling serius antara negeri2 di Malaysia, bahkan jumlah penagih dadahnya mengalahkan negeri2 Pantai Barat seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang..dikatakan nisbah seorang penagih dadah adalah bersamaan dgn 100 penduduk Terennganu..ramai tak ramainya..

Tiba-tiba hari ni dilaporkan pula bercadang ingin meluluskan Pusat Karaoke baru..punyalah ghairah mereka ingin mencari kemajuan duniawi..langsung tak peka dgn gejala maksiat dan jenayah yang semakin membimbangkan di negeri ini..jenayah/keruntuhan moral dilaporkan semakin meningkat di negeri ini, namun di saat inilah jumlah pusat2 hiburan ditingkatkan juga..

Macam biasa, blogger gerombolan tidak akan bangkit dan besar2kan isu ini, sebab berlakunya di negeri jajahan parti mereka..kalaulah di negeri2 Pakatan Rakyat??..pasti DAP menjadi mangsa utama serangan mereka...korang fikirlah sendiri..wallahua'lam..


MBKT Timbang 20 Permohonan Pusat Karaoke Baru

KUALA TERENGGANU: Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata sehingga kini pihaknya telah meluluskan operasi tujuh pusat karaoke di bandar ini.


(Gambar hiasan: Mungkin kelulusan ini ada kaitannya dengan sikap pimpinan kerajaan yang suka berkaraoke, seperti Ketua Umno Bahagian K.Terengganu, Wan Farid, calon Umno yang tewas pada PRK Kuala Terengganu awal tahun lalu di tangan calon PAS..bahkan pada tahun2 yang lepas, Pemuda Umno Terengganu sendiri sanggup menuntut supaya kerajaan negeri membenarkan balik pusat2 karaoke di negeri terbabit, boleh baca di sini..)

"Untuk permohonan baru, tiada masalah untuk kita luluskan sekiranya permohonan dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya. Adzlan berkata antara kriteria yang ditetapkan ialah pusat karaoke itu tidakterletak dalam kawasan perumahan, tempat ibadat dan sekolah.

Beliau berkata dalam masa tiga bulan dari sekarang, MBKT akan mengadakan operasi untuk memastikan pusat karaoke sedia ada mematuhi syarat lesen termasuk menghentikan operasi bagi menghormati waktu solat. - BERNAMA

Artikel berkaitan (mesti baca):
- GEMPAR 'Terengganu Darul Dadah': Penagih dadah di negeri Terengganu meningkat 1,366.67%!!

Tiada ulasan: