kalam Perantau |
- Pernah diminta tidak buka tender nombor plat
- Betulke MCA 1 – MCA 9999 untuk ahli MCA?
- Cek RM4 bilion: Ayah Din tak tahu menahu…
- Isu cek RM4 bilion: I’DA World tiada projek dan tiada kaitan dengan kerajaan Kelantan
- Breaking news! Lelaki melayu terkaya di dunia sumbang zakat RM 1 Trillion bina lebuhraya 10 lorong di Kelantan
- Duit Raya Lebih Kepada Pengarah; TDM Perlu Jelaskan
| Pernah diminta tidak buka tender nombor plat Posted: 22 Sep 2010 11:00 PM PDT
Tanpa mahu memberi komen lanjut, Solah ketika dihubungi sekadar memberitahu kenyataannya selari dengan pendedahan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam. “Segala-galanya telah didedahkan oleh Menteri Pengangkutan semalam, jadi rasanya saya tidak perlu mengulas lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Kementerian Pengangkutan di Putrajaya semalam, Cho Ha mengemukakan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang mahu nombor plat berhuruf ‘MCA’ tidak dibuka kepada tender awam. Surat tersebut ditujukan kepada Solah dan isi kandungannya adalah seperti berikut: “Dimaklumkan bahawa YB Menteri Pengangkutan telah mengarahkan supaya tender nombor pendaftaran kenderaan bagi negeri Melaka iaitu MCA1-9999 tidak dibuka kepada umum.” Tee Keat dalam laporan akhbar hari ini pula menafikan beliau menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat terbabit bagi dikhususkan kepada ahli dan pemimpin MCA. Solah memberitahu, JPJ kini meneruskan proses pendaftaran plat kenderaan dengan abjad MCA itu. “Bagaimanapun, kita perlu habiskan dulu (pendaftaran) MBY sebelum pendaftaran plat ‘MCA’ dimulakan, tetapi saya tidak boleh jangka bila, kena periksa dahulu,” jelas beliau. |
| Betulke MCA 1 – MCA 9999 untuk ahli MCA? Posted: 22 Sep 2010 09:00 PM PDT
Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat berkenaan kepada pemberita hari ini selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat “MCA” yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat “MBY”, hanya dikhususkan untuk ahli MCA. “Saya ada surat ini bertarikh 17 Februari, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat,” katanya di Putrajaya. Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata: “Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak.” Surat itu yang kemudian diberi kepada pemberita, didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan. Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan. Ong, dalam laporan akhbar hari ini, menafikan desas-desus bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA. Diminta mengulas lanjut isu tersebut, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan tersebut. “Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia adalah sebahagian nombor pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri,” katanya. - Bernama |
| Cek RM4 bilion: Ayah Din tak tahu menahu… Posted: 22 Sep 2010 05:50 PM PDT Oleh : Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 21 Sept: Pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I'DA World Group Sdn Bhd di sini malam kelmarin menjelaskan kehadiran di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar seperti dilaporkan. Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan. "Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit. "Memang Ayah Din tak tahu menahu tentang perkara itu, Ayah Din pergi hanya memenuhi jemputan, siapa Ayah Din untuk mewakili kerajaan negeri dan Menteri Besar," katanya ketika dihubungi di sini. Akhbar hari ini, menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diserah Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab. Nik Din menegaskan beliau hanya hadir pada majlis itu sekadar memenuhi jemputan penganjur yang turut mengundangnya. Ditanya mengenai syarikat berkenaan, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak tahu menahu tentang mengenainya |
| Isu cek RM4 bilion: I’DA World tiada projek dan tiada kaitan dengan kerajaan Kelantan Posted: 22 Sep 2010 05:00 AM PDT Oleh : Rizal Tahir
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat [ Gambar - Abdul rahim Abdul Wahab (kanan) menyerahkan replika cek berjumlah RM4 bilion kepada Nik Din (dua dari kiri) di Kota Bharu baru-baru ini], yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya lagi, Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd (l'DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya. "Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka," ujarnya. Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan. Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti. Dua malam lalu, syarikat I'DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan di sebuah hotel. Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru. Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri. Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu. "Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun," ujarnya |
| Posted: 22 Sep 2010 02:30 AM PDT KOTA BHARU 21 Sept. – Sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya. Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini. Pada majlis pelancaran projek tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan sumbangan peribadi bernilai RM4 bilion kepada kerajaan negeri. Bagaimanapun, tiada Exco Kelantan kelihatan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke majlis berkenaan sebaliknya replika cek terbabit hanya disampaikan kepada seorang individu dikenali sebagai Nik Din yang mendakwa dirinya adik kepada Nik Abdul Aziz. Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.
Dakwa Abdul Rahim, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya. Dalam pada itu, laman web I’DA World iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7. Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh. |
| Duit Raya Lebih Kepada Pengarah; TDM Perlu Jelaskan Posted: 22 Sep 2010 01:00 AM PDT
Resolusi ke 9 yang dicadangkan dibawa ke Mesyuarat Agong Luarbiasa TDM yang akan berlangsung pada 29 September menyatakan; Bahawa elaun sebanyak RM8,000 akan dibayar kepada setiap pengarah dan RM10,000 Pengerusi Lempaga Pengarah sempena sambutan hari raya eidul fitri. Timbalan Editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris berpendapat, tidak ada masalah untuk menjadi seorang pemurah sekiranya seseorang menggunakan wang sakunya sendiri, namun bukan mengagih-agihkan ‘wang dana’ yang merupakan amanah kerana ia juga turut dimiliki oleh orang lain Ikuti komentar beliau seperti dibawah;
|
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR 22 Sept. – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengesahkan beliau pernah menerima surat yang meminta agar nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula dengan MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada awam.
Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf “MCA” yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri, Kong Cho Ha, dijadikan bukti.
KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.
Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan ‘zakat’ sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand.
KUALA TERENGGANU – Terengganu Development Management Berhad (TDM) perlu menjelaskan kepada seluruh pelaburnya dan rakyat Terengganu mengapa anak syarikat kerajaan negeri itu membayar duit raya lebih kepada para pengarahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan