Khamis, 16 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


`TAHI BABI' DI KEPALA NAZRI

Posted: 16 Dec 2010 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMETIK kenyataan Nazri di Malaysiakini berkaitan penggantungan beberapa MP dari PR, ""Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka. "Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri sambil ketawa. Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan." (Malaysiakini).

Memang sungguh betapa di atas kepala Nazri yang botak itu ada `tahi babi'. Beliau sanggup berbuat apa sahaja asalkan dilihat mengampu Najib habis-habisan. Lebih hebat lagi apabila dilihat tunduk kepada APCO yang mengakibatkan DS Anwar juga akan digantung 6 bulan.

Apabila beliau menyebut mahkamah tiada kuasa apa yang berlaku di dalam Dewan, kepala beliau yang di atas ada `tahi babi' terlupa apa yang terjadi di Perak. Peristiwa di Dun Perak sebelum ini berlanjutan begitu lama dibicarakan di Mahkamah. Apa beza Dun Perak dengan Parlimen? Sewaktu hal ehwal dalam Dun dibawa ke Mahkamah, di mana suara Nazri?

Betapa dungunya Menteri seekor ini di dalam membuat kenyataan. Patut pun beliau berada di tahap itu juga di dalam karier politiknya walaupun beliau orang lama di dalam Umno. Beliau tiada pemikiran yang matang jauh sekali bijak. Beliau cukup dikenali sebagai ahli politik yang akan makan apa sahaja yang disuapkan oleh tuannya hatta bangkai sekali pun. Jika beliau mendakwa Karpal Singh adalah Peguam Kelas 3, beliau sendiri patut sedar bahawa beliau juga adalah Menteri yang langsung tiada kelas./wfauzdin.blogspot.com

KEPALA OTAK MAHATHIR DAN LEE KUAN YEW SERUPA SAHAJA

Posted: 16 Dec 2010 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

LAJNAH Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengutuk tindakan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew yang berinteraksi dengan Kerajaan Australia berkenaan dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim, sepertimana yang didedahkan oleh Wikileaks. Bagi Pemuda PAS, selagi mereka tidak membawakan bukti kukuh maka apa yang diperkatakan oleh Lee Kuan Yew itu tidak ubah seperti mainan jahat Umno untuk menjatuhkan PR.

DS Anwar sebelum ini berkali-kali mencabar agar Lee Kuan Yew mahupun Wikileaks sendiri dedahkan bukti dan fakta kukuh sepertimana yang mereka dakwa itu. Peliknya, cerita semurah itu pun menjadi bahan rujukan kepada pemimpin Umno untuk menyerang DS Anwar. Lebih peik lagi, pendedahan Wikileaks tentang tragedi pembunuhan Altantuya yang melibatkan nama Najib tidak pula menarik minat mereka. Ini satu bukti menunjukkan betapa ada agenda lain untuk menyekat PR dari mengambil alih Putarajaya.

Bagi saya, kepala otak Lee Kuan Yew sama dengan kepala otak mantan PM Tun Mahathir. Mereka suka bercakap seolah-olah dilihat bijak, walaupun apa yang diperkatakannya tidak dibawa dengan fakta dan bukti kukuh. Saya tidak hairan dengan Mahathir kerana beliau seorang yang berani untuk menghina Islam dan juga Sunnah Nabi, apa tah lagi setakat untuk mengaibkan atau memburukkan DS Anwar. Bagi saya, Mahathir dilahirkan untuk perpecahan kaum Melayu di samping untuk menghancurkan kebangkitan Islam. Sesiapa saha yang bercita-cita untuk memartabatkan kaum Melayu atau Islam, samada DS Anwar mahu pun Tuan Guru Nik Aziz, pasti akan diserang oleh Mahathir Kutty ini.

Singapura memang wajar bimbang jika PR dapat memerintah negara ini. Ini adalah kerana Singapura mahukan Malaysia terus dipimpin oleh pemimpin yang boleh dijadikan `lembu dicucuk hidung' oleh mereka. Saya ucapkan syabas kepada DS Anwar kerana bertindak untuk menyaman Mahathir Kutty dan akhbar pencacai yang mengeluarkan kenyataan senada dengan Lee Kuan Yew.

Cuma, saya tidak percaya bahawa Lee Kuan Yew akan berani tampil ke mahkamah untuk menunjukkan bukti-bukti yang beliau ada. Mahathir juga begitu, kerana Mahathir walaupun mempunyai wajah yang cantik dengan hidung besarnya tetapi jiwanya terlalu kerdil. Bukankah otak Lee Kuan Yew dan Mahathir itu sama?/wfauzdin.blogspot.com

KETUA PUTERI UMNO - DIAM DISANGKAKAN BODOH, APABILA BERCAKAP MEMANG SAHIH BODOH

Posted: 16 Dec 2010 11:43 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH lama tidak mendengar suara Puteri Umno. Patut pun bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Azalina pernah membebel kepada Puteri Umno yang semakin lesu itu, bahkan beliau pernah berkata lebih baik Puteri Umno tutup kedai saja. Beberapa pemimpin Umno pun senada dengan beliau, dan sememangnya Puteri Umno semakin tidak bermaya bagaikan `orang lepas pantang'.

Semalam saya terbaca satu kenyataan dari Ketua Puteri Umno yang `montel' itu. Apabila Ketua Puteri Umno yang selama ini banyak membisu, saya menyangkakan bahawa Ketua Puteri Umno ini tidak cerdik atau tidak tahu perkembangan politik negara, tetapi apabila beliau mula untuk bercakap memang sahih beliau tidak tahu apa-apa. Bak kata orang kampung saya, bodoh atau tolol.

Semalam Ketua Puteri Umno mengulas kenyataan dan janji Timbalan Presiden PKR, YB Azmin untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak jika PR dapat memerintah Sarawak. Maka, Ketua Puteri Umno pun menyebut ianya mustahil dapat dilakukan. Apa yang mustahilnya? Bagi Umno memanglah mustahil kerana Umno hanya mahukan kuasa untuk kepentingan diri dan kroni masing-masing. Sebab itulah Sarawak walaupun kaya raya hasil mahsulnya, tetapi tersenarai sebagai negeri yang termiskin. Ini adalah kerana bagi Umno, mustahil rakyat Sarawak boleh hidup senang selagi Sarawak diperintah oleh Bn. Siapa yang mengumpul kekayaan di Sarawak kalau bukan Ketua Menteri dan anak beranaknya?

Ketua Puteri Umno memberikan contoh songsang apabila menyebut bagaimana Selangor sebuah negeri yang kaya raya semakin teruk apabila berada di bawah PR. Di mana sumber yang beliau perolehi apabila membuat kenyataan begitu? Sumber dari Utusan Malaysia atau TV 3 kah? Mengapa tidak melihat sumber rasmi dari Laporan Audit Negara dan bandingkan sewaktu Selangor di bawah MB sebelumnya termasuk MB anak Toyo itu?

Sebelum PR mengambil alih Selangor, siapa MB Selangor yang tidak kaya raya? Muhamad Taib kaya raya sehingga tertangkap membawa wang tunai jutaan ringgit di lapangan terbang. Beliau dilepaskan dari hukuman kerana `tidak tahu berbahasa Inggeris'. Anak Toyo pula tidak kurang kayanya sehinggakan banglonya menarik minat SPRM sehingga dibawa ke muka pengadilan. Begitulah juga Sarawak yang kaya dengan minyak dan balak itu. Cuba siasat berapa harta kekayaan yang dikumpulkan oleh KM Sarawak sekarang di dalam dan di luar negara. Rakyat Sarawak bagaimana?

Ketua Puteri Umno nampaknya main tembak sahaja untuk menunjukkan betapa Puteri Umno masih berbisa. Apabila beliau menyerang PR, beliau langsung tidak menunjukkan fakta yang boleh menunjukkan bahawa beliau bukan Ketua Puteri Umno yang lembab otaknya. Jadi, lebih baik beliau selesaikan dulu masalah dalaman di dalam Puteri Umno yang banyak diperkatakan oleh ahli-ahli Umno sendiri. Masalah moral ahli-ahli Puteri Umno sekarang menjadi perbualan ramai. Ada yang mendakwa betapa rasuah seks di kalangan ahli Puteri Umno semakin berleluasa.

Justeru itu, YB Azmin tidak harus menjawab kenyataan Ketua Puteri Umno yang sudah hilang taringnya itu. Beliau cuma bercakap sekadar untuk menunjukkan kepada pemimpin Umno bahawa Puteri Umno sebenarnya masih bernyawa dan belum `mampus' lagi. /wfauzdin.blogspot.com

IMBAU DEBAT ANWAR - SHABERY, TERBUKTI HUJAH SHABERY KOSONG

Posted: 16 Dec 2010 12:00 AM PST

Tukar kerajaan untuk sistem pengangkutan lebih baik?

Wong Chin Huat | Dec 15, 2010

Untuk berhemat dalam perbelanjaan, Barisan Nasional telah mengurangkan subsidi terhadap bahan api. Masalahnya, bagaimana kesannya terhadap rakyat jelata boleh dikurangkan?

Kenaikan harga minyak mendatangkan dua kesan. Pertama, secara langsung kos pengangkutan ditingkatkan, justeru itu pendapatan telah berkurang nilainya; keduanya, peniaga memindahkan beban kenaikan kos pengangkutan kepada pengguna, lantas mengakibatkan kenaikan harga barang. Kedua-dua kesan ini sebenarnya boleh diredakan dengan dasar pengangkutan, sungguhpun kesannya tidak semestinya dirasai serta-merta, malah efisensinya turut berbeza.

Seandainya kerajaan boleh memperbaiki kualiti sistem pengangkutan awam, malah menurunkan kosnya - sebelum pengumuman kenaikan harga minyak, maka orang awam akan tertarik untuk beralih kepada penggunaan pengangkutan awam, daripada penggunaan kenderaan peribadi. Penggunaan bahan api akan berkurang, meskipun sistem pengangkutan awam juga bergantung kepada minyak.

Pada masa yang sama, seandainya kerajaan boleh mengurangkan kos pengangkutan barangan yang lain, misalnya menurunkan harga tol lebuh raya, maka kesan kenaikan bahan api akan ditangkis sebahagiannya, lantas meredakan tekanan inflasi.

Maka kewajaran subsidi (subsidy rationalization) bukan masalah pengurangan perbelanjaan dan defisit semata-mata, tetapi pengagihan semula kekayaan (wealth redistribution). Masalahnya bukan soal cukup atau tidak, tetapi seimbang atau tidak.

Konflik kepentingan yang kompleks dalam BN

Kerajaan Barisan Nasional juga sedar tentang rungutan rakyat. Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap penyelarasan harga minyak, Idris Jala mendakwa, wang yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi akan digunakan untuk memperbaiki jaringan pengangkutan bandar, infrastruktur asas dan jalan raya di kawasan desa, pendidikan dan memerangi jenayah.

Persoalannya, bukankah setiap kali kenaikan harga minyak disusuli dengan janji bahawa sistem pengangkutan akan diperbaiki? Sejak perdebatan antara Ahmad Shabery Cheek dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, sehinggalah hari ini, bilakah pula sistem pengangkutan diperbaiki? Hujah-hujah Idris Jala langsung tidak berkredibiliti, melainkan beliau menyatakan dengan jelas ke mana wang yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi itu digunakan?

Pada hakikatnya, bukankah pengangkutan menjadi salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)? Mengapa kerajaan BN tidak menunjukkan prestasinya dalam bidang ini? Mengapa Najib berani untuk menongkah arus, menyelaras harga minyak tiga kali setahun tanpa apa-apa pakej? Apakah ini hanya disebabkan kezaliman dan kelemahan kerajaan?

Faktor yang sebenar mungkin disebabkan konflik kepentingan yang kompleks. Cuba fikirkanlah persoalan-persoalan yang berikut:

Pertama, siapa lagi yang mahu membeli kereta seandainya sistem pengangkutan awam di bandar kita mudah dan murah? Bagaimana pula dengan nasib kereta nasional kita?

Kedua, siapa sudi membayar tol yang semakin melambung, seandainya tiada kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur? (Meskipun kita tetap terperangkap dalam kesesakan jalan raya setelah membayar tol)

Ketiga, apakah nasib PLUS dan MAS (penerbangan dalam negeri) seandainya landasan keretapi intercity cepat dan selesa, dan bas perjalanan jarak jauh dijamin keselamatannya?

Keempat, apakah pemandu teksi akan berkompromi dengan keadaan lesen dimonopoli beberapa orang dan syarikat untuk tujuan rent-seeking, seandainya bayaran teksi diturunkan sebagai galakan untuk menggunakan teksi?

Semuanya saling berpautan - kepentingan kroni dan mereka yang mempunyai hak istimewa. Bahkan walau minyak RON 95 dinaikkan sehingga RM2.50 perliter sekalipun, wang yang dijimatkan itu pun gagal menyelesaikan masalah pengangkutan. Ini kerana punca sebenarnya adalah kepentingan yang saling berpaut antara kuasa ekonomi-politik di bawah dasar penswastaan yang "diubah bentuknya" ketika zaman pemerintahan Mahathir Mohamad.

Dasar pengangkutan PR?

Namun, seandainya keadaann BN sudah terlalu kronik, apa pula dasar pengangkutan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat? Anwar Ibrahim sekadar menjanjikan "hari ini jadi kerajaan, esok Pakatan Rakyat turunkan harga minyak". Tetapi, sampai bilakah negara boleh memberi subsidi untuk bahan api dalam jangka panjang? Kalaupun tidak menyentuh isu peningkatan suhu bumi, sampai bilakah lombong minyak Malaysia mampu menampung keperluan kita?

Ramai orang yang mengkritik bahawa PR hanya pandai untuk bertarung sesama sendiri. Dan ramai pemimpin politik PR hanya mengambil berat tarikh pilihan raya umum diadakan. Saya menganggap fikiran mereka tersongsang dalam isu ini. Ia mungkin agak zalim bunyinya - siapa yang peduli bagaimana ahli politik melayan musuhnya, seandainya dia hebat dalam urus tadbirnya? Untuk PR, tarikh pilihan raya sebenarnya tidak penting - apa yang lebih penting, mampukah mereka meyakinkan rakyatnya bahawa kehidupan mereka akan bertukar baik seandainya kerajaan ditukarkan?

Seandainya PR boleh mengemukakan satu dasar pengangkutan yang sempurna, lengkap dan bernas, untuk meredakan kesesakan jalan raya, mengurangkan kemalangan dan menurunkan kenaikan kos, siapakah mereka yang tersesak dalam Lebuhraya Persekutuan tidak inginkan pertukaran kerajaan? Persoalannya, mampukah anda, Pakatan Rakyat?

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Artikel ini diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 9 Disember 2010.

Tiada ulasan: