Isnin, 13 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ADAKAH AKIM AKAN `ROSAK' SELEPAS KEMASUKAN ZAID?

Posted: 13 Dec 2010 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SECARA resminya Dato Zaid Ibrahim telah menyertai sebuah parti yang bernama AKIM. Mungkin ramai juga yang tidak mengenali AKIM, tetapi lebih mengenali Zaid Ibrahim seorang bekas Menteri Kabinet, bekas pemimpin Umno dan bekas pemimpin PKR. Jika ada yang mengenali AKIM pun adalah mungkin terkenangkan calon parti ini pernah hilang deposit di dalam Pilihanraya.

Tahniah buat Zaid kerana memilih parti yang teramat sesuai dengan dirinya. Kita tidak tahu apakah peranan atau jawatan yang boleh dipegang oleh Zaid di dalam parti yang baru beliau sertai ini. Tidak mustahil beliau akan diserahkan jawatan Presiden secara `percuma' di dalam AKIM dan beliau tidak perlu bersusah payah bertanding. Jika sewaktu di dalam PKR, cita-cita Zaid teramat tinggi tetapi kurangnya tenaga beliau maka beliau beliau `cabut' awal dari bertarung, maka di dalam AKIM mungkin beliau mendapat apa yang dihajatinya.

Sehingga kini kita tidak tahu berapa ratus ribu yang turut bersama beliau untuk menyertai AKIM. Jika diikutkan berita yang dicanangkan oleh media pencacai sebelum ini, PKR akan hilang separuh dari ahli-ahlinya kerana akan mengikuti jejak langkah Zaid.

Apakah AKIM akan terus hidup sebatang kara umpama kera sumbang atau bakal menjadi parti komponen BN, tidak diketahui. Yang nyata, AKIM tidak diperlukan oleh PR. Apabila Zaid menyertai AKIM, maka silap besar mereka yang menyangka selama ini Zaid mempunyai kekuatan untuk membina pengaruhnya sendiri dengan menubuhkan parti baru. Mungkin baru Zaid tahu kekuatan dirinya yang sebenar.

Mudah-mudahan AKIM tidak dirosakkan pula oleh Zaid. Apa pun, tahniah buat Zaid./wfauzdin.blogspot.com

PERKENALKAN NAJIB SEBAGAI PENGKHIANAT FELDA YANG SEBENAR

Posted: 13 Dec 2010 07:00 PM PST

Isu FELDA: Najib Pengkhianat Sebenar- Dr Tan Kee Kwong

Sumber TVS

SHAH ALAM 13 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai pengkhianat sebenar oleh Mantan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Ini kerana katanya rizab tunai agensi itu susut mendadak selepas Najib mengambil alih syarikat itu pada tahun 2005.

Tegasnya, tindakan terdesak itu juga ujarnya disebabkan Najib ingin menjaga 40 kerusi Parlimen yang terletak di bawah kawasan FELDA seluruh negara.

Dihubungi Tv Selangor Dr Tan berkata, selepas Najib mengambil alih pengurusan FELDA, rizab tunai lembaga itu jatuh daripada RM4.5 bilion kepada RM1.2 bilion.

Beliau mendakwa Najib sebagai individu yang bertanggungjawab penuh ke atas FELDA membazirkan RM3 bilion melalui pelaburan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures.

FELDA juga baru-baru ini kata Dr Tan, cuba meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat kekurangan rizab tunai walaupun aset dari hartanah dan pegangan sahamnya banyak.

"Banyak lagi kes peneroka yang tidak berpuas hati tentang Tabung Tanam Semula.

"Dua bulan lalu, ada satu kes yang melibatkan peneroka berusia 60 tahun yang melalui skim tabung tersebut telah menyimpan sebanyak RM17,000.

"Oleh disebabkan alat-alat dan baja di bawah skim FELDA mahal, beliau menggunakan wang sendiri dan apabila beliau mahu menuntut wang tersebut, FELDA kata tak boleh," jelasnya.

Beliau yang mempersoalkan tindakan tersebut, menggesa supaya FELDA melantik syarikat akauntan untuk menjalankan audit dalaman terhadap akaun lembaga tersebut.

Dr Tan turut mempertikaikan kenyataan Najib di mana FELDA juga mempunyai 45 anak syarikat yang tidak diberikan butiran termasuk pelaburan luar negara RM3 bilion di Amerika Syarikat.

"Bagilah semua butir-butir, sebab kita tidak tahu apakah butir-butirnya tetapi beliau tidak jawab langsung," ujarnya.

Tambahnya, apabila FELDA kalah dalam kes Kadar Perahan Gred (KPG) di FELDA Kemahang 3 di Kelantan, Najib turut menyalahkan peguam di mana menyebabkan peneroka semakin marah dengan sikap sebenar kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN).

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata sebelum Najib dan pemimpin Umno membuat tuduhan, beliau harus melihat kembali tentang apa yang didedahkan oleh Dr Tan mengenai penyusutan rizab FELDA dari tahun 2004 sehingga 2009.

"Maknanya daripada sejumlah rizab FELDA menyusut daripada RM4 bilion kepada hanya RM1.3 bilion.

"Ia juga telah dikemukakan dalam Parlimen tentang kebenaran dakwaan Dr Tan dan telah dijawab oleh Datuk Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Beliau telah mengaku bahawa wujud kemerosotan tersebut, jadi adakah dengan jawapan secara berterus-terang itu bahawa kononnya pihak pembangkang telah membuat pengkhianatan dan tuduhan mengatakan FELDA bankrap?," soalnya

Justeru, Mazlan menegaskan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri seharusnya bertanggungjawab ke atas salah urus dan kemerosotan rizab tunai yang dipertanggungjawabkan ke atasnya ketika itu.

Semalam dalam satu ucapan di hadapan peneroka FELDA, Najib melabel golongan yang menuduh agensi itu bankrap sebagai pengkhianat.

FELDA pada ketika ini menyaman akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan yang menyiarkan laporan 'FELDA Bankrap' sehingga pihak Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan akhbar berpengaruh itu.

WIKILEAKS - ANWAR MULA JAWAB TUDUHAN BERMULA HARI INI

Posted: 13 Dec 2010 05:00 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks, hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.

Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula. Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

WIKILEAKS, MAHAFIRAUN DAN SAKA

Posted: 13 Dec 2010 04:49 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

"PENDEDAHAN WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar" (Malaysia Insider). Berita TV hari ini menyiarkan kenyataan bekas Pemimpin Umno yang pernah digelar `Mahafiraun' berkaitan isu ini.

`Mahafiraun' amat lega kerana ada pihak asing iaitu Wikileaks yang sependapat dengan beliau bahawa kununnya DS Anwar sememangnya terlibat di dalam kegiatan tidak bermoral itu. Selama ini sudah berbagai cara telah dilakukan untuk memburukkan imej DS Anwar di dalam negara dengan bantuan media celaka namun ternyata gagal. Kini, mereka mengutip bahan berupa `sampah buangan' dari luar pula untuk meneruskan kerja jahat mereka. Seperti kata DS Anwar di dalam Twitternya, semuanya gagal menampilkan bukti tentang dakwaan ke atasnya. Jika `Mahafiraun' percaya kepada pendedahan Wikileaks ini, maka beliau juga akur bahawa ada `perangkap' untuk DS Anwar di dalam kesnya itu.

Kepercayaan `Mahafiraun' ini diikuti pula oleh anaknya. Kejahatan serta dendam `Mahafiraun' terhadap DS Anwar diperturunkan oleh kepada waris beliau. Ini seperti menjadi `Saka' kepada keturunan `Mahafiraun' terhadap DS Anwar. Saya sudah lama tidak mendengar DS Anwar mengecam orang tua nyanyuk itu, tetapi orang tua itu masih tidak sedarkan diri. Kita masih ingat di dalam perbicaraan kes liwat pertama, orang tua ini begitu penakut dan bacul untuk tampil ke mahkamah menjadi saksi meskipun beliau telah disapina. Walhal, sebelumnya beliau setiap hari muncul di kaca TV mengaku beliau ada bukti kukuh dan tahu kisah sebenar tentang kelakuan tidak bermoral DS Anwar.

Sikap pengecut beliau itu tidak hilang sampai ke tua. `Mahafiraun' ini walaupun sudah tua dan nyanyuk tetapi masih perasan bahawa kata-katanya akan dipercayai oleh semua orang. Beliau lupa, perpecahan terbesar di kalangam Melayu - Islam di negara ini adalah berpunca dari perangai jahat beliau. Beliaulah orang pertama yang menghancurkan perpaduan sesama Melayu. Wujudnya Parti Melayu Semangat 46 suatu ketika adalah berpunca dari kerja jahat beliau. Kemudiannya, muncul gelombang reformasi dan Parti KeADILan yang menambahkan perpecahan Melayu juga adalah kerana tangan si tua ini.

Adakah DS Anwar tergugat dengan semuanya ini? Ternyata impian mereka untuk melihat DS Anwar tersungkur di arena politik tidak berjaya. Jenis DS Anwar, semakin ditekan semakin kuat. Tidak seperti Najib dan gerombolannya yang semakin ditekan, mereka akan gunakan segala jentera termasuk pihak keselamatan untuk melindunginya. Najib tidak sekuat DS Anwar untuk berani berdepan dengan rakyat tanpa bantuan jentera yang mereka kuasai. Jika Wikileaks yang kununnya hebat didunia itu masih gagal untuk menjatuhkan DS Anwar, apalah mahu diharapkan dengan media seperti TV 3 suku dan Utusan Meloya itu?

Terbukti, kekuatan DS Anwar tiada lain adalah kerana beliau berjuang dengan kebenaran dan beliau disokong oleh rakyat yang mahukan keadilan. Kebenaran pasti menang jua apabila berdepan dengan kebathilan. Orang yang benar tidak takut untuk berdebat mahupun berhujah, tetapi orang yang salah lagi penipu tidak akan berani berbuat demikian. Pernahkah kita lihat si tua `Mahafiraun' mahu pun Najib ini berani berdebat atau berhujah dengan DS Anwar? Mereka hanya berani berhujah seorang diri di media kawalan mereka kerana mereka ingat rakyat semakin bodoh dan tolol./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: