WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- ZAINULFAQAR MENJAWAB TULISAN US NASRUDDIN TANTAWI
- GILIRAN ZAHRAIN PULA DIBELASAH
- Ketuanan Melayu Sama Taraf Nazi Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan, National Front
- PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR SERTAI PERHIMPUNAN AHAD INI
- PERTEMBUNGAN AHAD INI SEPERTI DIRANCANG UNTUK DIGAGALKAN
- NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ?
- BETINA SIAPALAH YANG BODOH TIADA AKHLAK KELUAR TV SEMALAM
- WALAUPUN PIALA MALAYSIA DIARAK DI GALAS, KERAJAAN KELANTAN TETAP HARGAI TIM KELANTAN
ZAINULFAQAR MENJAWAB TULISAN US NASRUDDIN TANTAWI Posted: 02 Dec 2010 11:00 PM PST "PM dan TPM : Menurut Perspektif Islam" yang ditulis oleh Nasruddin Hassan at-Tantawi hari ini wajar dibaca dan diamati oleh kita. Ketua Pemuda PAS Pusat itu seakan cuba mengajak kita untuk melihat kepentingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mesti terdiri oleh peribadi yang beragama Islam. Mengangkat konsep "Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz" yang pernah dipopularkan oleh Iman Mawardi, Nasruddin seakan mahu memberitahu kita bahawa orang bukan Islam seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri. Nasruddin mungkin mahu memberitahu kita bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din atau Datuk Harun Taib sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri kalau ada yang bertanya beliau hal kelayakan bagi mengisi jawatan nombor satu itu. Nasruddin menganggap Hadi, Harun Din dan Harun Taib layak menjadi Perdana Menteri mungkin disebabkan mereka ini dipopular sebagai ulama. Mereka yang tidak ulama mungkin dianggap tidak layak walaupun peribadi-peribadi tertentu itu dikenali sebagai pemimpin yang bijak, licik, profesional, korporat, amanah serta berintegriti di dalam dan di luar PAS. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mungkin dianggap tidak layak kerana peribadi itu bukan ulama bahkan tiada "kesucian" ekoran perbicaraan kes liwat sekarang. Kita mungkin terlupa pada era reformasi lebih sedekad lalu, Dato' Fadhil Mohd Noor pernah mengisytiharkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya GERAK (kemudian dikenal sebagai Barisan Alternatif) mengambil alih kerajaan pusat. Ketika itu, Anwar masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tiada sesiapa pun tahu sampai bila rejim Dr Mahathir Mohamad mahu menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri itu. "Kebijakan ajaib" tersebut walaupun gagal membawa PAS mendominasi Putrajaya, namun "al-ijtihad al-tanzili" yang dilancarkan Fadhil itu akhirnya mengangkat Presiden PAS itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ini kerana, Ahli Parlimen PAS paling ramai di Parlimen berbanding wakil rakyat dari PKR dan DAP. Sekarang, kita acap kali diheret untuk berasa bimbang seperti Nasruddin – jika Pakatan Rakyat "memerintah" Putrajaya, apakah Islam kian terpinggir? Apakah kepemimpinan Islam akan memegang tampuk pemerintahan negara? Lebih malang sekiranya mereka yang mempunyai perasan demikian mengambil sikap bahawa lebih baik mengekalkan rejim Umno dan Barisan Nasional lebih baik sebagai pemerintah dari komited memperkukuh Pakatan Rakyat demi menguasai Putrajaya. Dengan demikian, setidak-tidaknya meletakkan posisi Islam seperti sekarang yang eksklusif untuk orang Melayu sebagaimana yang dipertahankan Umno dan Perkasa. Suka dipertegaskan bahawa tindak-tanduk seperti Nasruddin belakangan ini kesemuanya adalah bersifat sangkaan atau "dhonniyah". Sedangkan Islam mengajak kita supaya merancang perjuangan serta berjihad ke arah perjuangan yang jelas dirancang oleh kita. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar umatnya pada perjuangan yang kabur, tetapi merancang jihad dengan penuh strategi dan keimanan kepada Allah s.w.t. Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Yatrib penuh dengan strategi walaupun pada masa yang sama menawarkan mahkota kisra kepada seorang pembunuh profesional yang diupah oleh "United Muta'assibin Nasional Organization". Cuba tanya Dewan Pemuda PAS Pusat, adakah Nasruddin pada setiap mesyuarat berkala dewan itu komited merealisasikan usul "PAS sasar tawan 63 Parlimen" seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lalu? (Kalau tak salah) kerusi tradisi DAP tidak sampai 45 kerusi. Kerusi tradisi PKR pun tidak melebihi kerusi tradisi PAS buat masa ini. Dengan erti kata yang lebih mudah, kalau PAS mempunyai kerus paling banyak pada kala Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, adakah Anwar atau Guan Eng secara implisit menjadi Perdana Menteri? "Da'ma yuribuka illa ma la yuribuk" (Letakkanlah perkara-perkara yang diragui kecuali sesuatu yang tidak diragukan) Mengapa Nasruddin tidak fokus pada usaha "qat'iyyah" ini, iaitu mengepalai jentera anak muda Malaysian mendominasi 63 kerusi sasaran PAS itu? Inilah masalah Nasruddin dan kebanyakan ulama di dalam PAS – mereka begitu ghairah memperkatakan soal jihad dll tetapi tiada perancangan yang jelas untuk berjihad dalam konteks Malaysia ini. Yang mendakwa demikian bukan pemimpin DAP atau PKR, tetapi exco Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri yang bosan dengan "cakap kosong" Nasruddin pada setiap kali mesyuarat pemuda. Tidak cukup dengan itu, pemimpin pemuda terbabit berkata, soal "Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz" yang ditintakan di blog Nasruddin (http://episodeperjuangan.blogspot.com/) hari ini bukanlah idea Nasruddin sendiri. Tetapi, idea itu adalah saduran idea menantu Hadi, Zaharuddin Mohamad atau lebih popular sebagai "Din Ayam" di kalangan penuntut-penuntut Rusila. Lenggok bahasa dalam entri itu dipercayai umum adalah tulisan Zaharuddin. Mereka akan menganggap demikian sekiranya mereka pernah membaca tulisan Zaharuddin mengenai "Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz" yang mahu dibentangkan dalam Majlis Syura Ulama (MSU) supaya menghalalkan kerjasama politik antara PAS dan Umno pada era "muzakarah-muqabalah" dan "Kerajaan Perpaduan" dahulu. Nasruddin, hentikanlah menulis karut-marut ini dan fokus semula pada gerak kerja mendapatkan 63 Parlimen sasaran tersebut. Jangan asyik mendengar nasihat "tidak sihat" Zaharuddin yang mulai hari ini wajar digelar sebagai "Khairy versi PAS". Tidak perlu asyik bercakap kepentingan PAS atau orang Islam memerintah Malaysia semata-mata, tetapi persiapkanlah jentera untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bermula sekarang. "Al-hukmu yaduru 'ala musamma la 'ala ismi…" (kehukuman itu berkisar pada perkara/inti yang diberikan nama, buka atas nama). Setuju? Zainulfaqar Yaacob Sumber: Rakyat Marhaen | ||
GILIRAN ZAHRAIN PULA DIBELASAH Posted: 02 Dec 2010 08:00 PM PST Ketua PKR Cabang Bayan Baru: Zahrain Hashim harus bertaubat | Dec 01, 2010 Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal ke atas kenyataan Zahrain Hashim yang mendesak pingat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah ditarik balik. Parti KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain (gambar kanan) yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia.Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen di bawah Parti KEADILAN dengan melompat keluar parti. Beliau mengkhianati prinsip perjuangan Parti KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi asyik berkali-kali mengikut Perdana Menteri Najib Razak ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati persahabatan Dato Seri Anwar yang lama. Beliau mengkhianati pingat "Dato Seri" yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat.Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai. Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan "Keadilan untuk Semua". "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak, orang India, Orang Asli dan segelintir Orang Cina masih tetap terabai. Pakatan Rakyat memperjuangkan "Ketuanan Rakyat" untuk membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar UMNO-BN. Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula Nampak di kawasan mereka. *Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin (gambar kiri) selaku Ketua Cabang Bayan Baru, Parti KEADILAN | ||
Ketuanan Melayu Sama Taraf Nazi Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan, National Front Posted: 02 Dec 2010 05:00 PM PST
| ||
PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR SERTAI PERHIMPUNAN AHAD INI Posted: 02 Dec 2010 12:25 PM PST PERMASIS akan sertai MB Selangor hantar Memorandum | Dec 02, 2010 Sejak dasar penswastaan air diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1997, ia jelas sekali dilihat membebankan rakyat di negeri ini. Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan. Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali. Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan. Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) membantah sekeras-kerasnya tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37%. Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada hari Ahad ini (5 Disember 2010). Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana. *Kenyataan media oleh Izzuddin Helmi (gambar kanan) selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)/MerdekaReview | ||
PERTEMBUNGAN AHAD INI SEPERTI DIRANCANG UNTUK DIGAGALKAN Posted: 02 Dec 2010 09:26 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS KUMPULAN Gaps (baju hitam) nampaknya sengaja untuk bertembung dengan peserta perhimpunan `Kembalikan Air Kami' anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada Ahad ini. Walaupun mereka berkumpul di tempat yang berasingan, namun helah ini mudah untuk dibaca. Kumpulan pengampu yang diibaratkan oleh Dr Badrul Amin sebagai kumpulan upahan Umno berbaju hitam ini mengharapkan agar pihak Polis akan menghalang kedua-dua perhimpunan ini atas alasan keselamatan. Mungkin pihak Polis merasa bimbang apabila kedua-dua kumpulan ini bakal bertembung yang boleh mengakibatkan berlakunya kekecohan atau provokasi, maka pihak Polis terpaksa menghalang kedua-dua kumpulan dari meneruskan hajat mereka ke Istana Negara. Itu satu taktik yang dirancang oleh mereka yang takut melihat kebangkitan rakyat Selangor dan Lembah Kelang yang ingin menuntut pembelaan. Melucukan, kumpulan baju hitam ini terpaksa mengadakan `raptai' terlebih dahulu agar mereka tidak dimalukan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Petikan dari Malaysiakini menyebut, " Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok." Walau apa pun perancangan mereka, kita berharap rakyat yang bijak dan sedar bahawa diri mereka selama ini tertipu dengan pihak yang `mencekik darah' mereka selama ini akan bangkit menuntut pembelaan dari Duli YMM Tuanku. Marilah berkumpul di Masjid Negara mulai jam 1200 tengahari bersama kepimpinan kita dengan memakai baju merah agar kita boleh menenggelamkan baju hitam sehitam hati mereka./wfauzdin.blogspot.com | ||
NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ? Posted: 02 Dec 2010 05:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno. Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang. Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR. Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com | ||
BETINA SIAPALAH YANG BODOH TIADA AKHLAK KELUAR TV SEMALAM Posted: 02 Dec 2010 01:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKU tidak tahu betina mana yang bercakap dalam TV semalam. Aku andaikan macam GRO je sebab dari segi bahasanya tidak langsung menunjukkan ciri-ciri wanita yang baik. Memang pakai tudung, tapi ujung rambut terjelir keluar di atas kepala, dan yang peliknya mahu bercakap seperti `Ustazah'. Betina ini menggelarkan DS Anwar pengkhianat dan minta DS Anwar pulangkan balik segala anugerah yang beliau perolehi. Inilah kali pertama aku lihat betina ini di muka TV, dan mungkin itulah satu cara baginya untuk mendapat `glamour' sedikit walaupun kelihatan bodoh. Paling bodoh, di dalam sebuah akhbar menyebut DS Anwar adalah Utusan Syaitan. Yang aku tahu Utusan Syaitan sudah lama wujud iaitu Utusan Meloya. Tiada hujah langsung yang boleh kita pakai dari percakapan betina ini. Jika betul-betul mahu tunjuk betina atau jantan, cabar saja DS Anwar berdebat, biar rakyat nilaikan siapa yang benar. Bukan bercakap depan TV seperti pertunjukan raja lawak yang bodoh itu. Aku tak tahulah samada dia ini dari PERKASA ke atau perkosa mahupun dari perkasam, tetapi yang jelas cakapnya sebijik meniru modal Zahrain katak. Aku terbaca Tweeter dari DS Anwar, beliau kata tidak mahu layan isu yang disebutkan oleh betina jalang ini. Lagi pun, di Parlimen semalam DS Anwar sudah jelaskan semuanya. Kesihan aku tengok media-media sekarang. Mereka kehabisan modal, betina seperti ini pun laku untuk keluar di depan TV. Kalaulah betina ini ada jantan, malang sungguh jantannya kerana dapat betina mulut jalang seperti ini. | ||
WALAUPUN PIALA MALAYSIA DIARAK DI GALAS, KERAJAAN KELANTAN TETAP HARGAI TIM KELANTAN Posted: 02 Dec 2010 12:00 AM PST Piala Malaysia: Kelantan hadiah RM200,000 Rizal Tahir KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan hari ini meluluskan 'hadiah' sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) setelah Red Warriors berjaya membawa pulang Piala Malaysia, baru-baru ini. Sumbangan itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri sebelum ini terhadap pasukan Kelantan itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 55 tahun menunggu. Hadiah wang tunai tersebut juga bagi menggantikan hadiah Umrah yang diberi oleh kerajaan negeri tahun lalu. Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya, kerajaan negeri melihat kejayaan besar itu perlu diraikan untuk mereka. "Kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan itu pada Kafa dan terpulang pada Kafa tarikh yang sesuai perlu diadakan untuk diadakan majlis khas. "Kita cadangkan biarlah ianya diadakan di Kompleks Kota Darulnaim dan kita raikan sama-sama,"ujarnya. Pada masa yang sama, katanya bagi meraikan kejayaan Red Warriors juga kerajaan negeri turut melupuskan Cukai Hiburan yang perlu dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341.11. Menurutnya, tahun ini kerajaan negeri telah dua kali mengecualikan bayaran itu, iaitu pada bulan April lalu. Ianya dilakukan sebagai sumbangan terhadap kecemerlangan Kafa dan Red Warriors./DetikDaily |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan