Sabtu, 18 Disember 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ANWAR : NAJIB HARUS BERANI MENJAWAB DAKWAAN WIKILEAKS

Posted: 18 Dec 2010 08:25 PM PST



BELAKANG DEWAN (KIRI) TEPI DEWAN(KANAN)




DALAM DEWAN





YANG DATANG NI SEBAHAGIAN BESARNYA ADALAH PENEROKA.MAKA JIKA ADA YANG BUTA PERUT NAK KATA ANAK MUDA JADI PENEROKA ..MEMANG BUTA PERUT LAH..ANAK MUDA KAWASAN PENEROKA DAH LAMA BERHIJRAH TEMPAT LAIN.

TAPI INI LAH YANG KITA NAK LIHAT KERANA SALURAN 5,6,7,8,9.......GOLONGAN INILAH SELALUNYA MENYOKONG BN/UMno.JADI KALAU ADA YANG KOMEN GOLONGAN TUA YANG DATANG...MAKNANYA YANG DATANG INI TERDIRI DARI DATO,PEGAWAI FELDA YANG DAH BERSARA,MAKA PERKEMBANGAN SIHAT LAH NAMANYA.....INI HUJAN LEBAT NI...KALAU TAK HUJAN..DENGAN NENEK,TOK WAN DATO/ DATIN SEMUA HADIR.....

BAK KATA LEMAN...DALAM WARTAMAYA....MUAKAKAK........RAMAI DATANG NAK DENGAR ANWAR....

DATO SERI........KENA KERAP TURUN LAGI NI.......








KIRI DAN KANAN BAHAGIAN DEPAN.




SUDUT PENJURU PADANG KANAN




Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Bera Pahang dalam rangka jelajah beliau dalam siri penjelasan kepada rakyat bukan sahaja mendedahkan dokumen APCO dan UMno, malahan menjelaskan bahawa setelah beliau diaibkan dengan pendedahan wikileaks , dan apabila akhbar dan berita memainkan isu tersebut, Najib menyatakan bahawa isu tersebut adalah isu kecil.

Menurut Anwar lagi, saya telah dimalukan bukan sahaja dengan pertuduhan dan dihina , namun , kegagalan Najib untuk menjelaskan tuduhan yang sama dalam wikileak mengenai kelemahan kerajaan beliau, mempuyai kepentingan diri, dan hanya akan bertindak jika di kritik,dan pernglibatan dengan kes Altantunya tidak di endahkan Najib.

Beliau berucap di hadapan lebih 5,000 yang hadir di markas PAS Bera .Turut hadir ialah Pengerusi PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ,Pengerusi PKR Dato Fauzi Abdul Rahman , ADUN Kuala Semantan Syed Ibrahim, ADUN Triang Leong Ngah Ngah , Pengerusi ANAK Sdr Mazlan Aliman,Peguam peneroka En Hanipa Maideen, PKR Cabang Temerloh Sdr Nizam Hamid.

" Mana mungkin seorang ketua kerajaan , apabila adanya tuduhan menyatakan kerajaan beliau tidak konsisten, dan kerajaan beliau lemah dan takut dihantui dengan kes pembunuhan Altantunya,dan beliau mempunyai kepentingan diri , beliau masih berdiam diri ? . Jika beliau berani, beliau seharusnyalah mencabar akan apa yang di katakan oleh Lee Kuan Yew dan menyaman mereka ", demikian cabaran Anwar terhadap kerajaan pimpinan Najib .

Malah beliau juga turut membidas akhbar lidah Umno dengan menyatakan bahawa laporan itu sengaja ingin merosakkan nama beliau dan tidak berakhlak dalam menyiarkan laporan yang telah di siarkan. Namun apabila ianya menyentuh Najib, akhbar tersebut diam membisu, malah menteri-menteri juga turut membisu seribu bahasa.Utusan serang guna wikileaks , namun akhirnya makan tuan.Namun utusan diam membisu.

"Kita lawan bukan kerana kepentingan kita, kita lawan kerana kita tahu mereka memang sedang tenat dan adanya system yang korup, sebagaimana yang di dedahkan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebelumnya menyatakan betapa laporan salahurus kewangan kerajaan Negeri Pahang. Mereka angkuh dan sombong dalam menghina dan mengaibkan orang, maka kerana itulah kini mereka diam membisu" jelas beliau lagi

Konvensyen ke-2 persiap hadapi pilihan raya

Posted: 18 Dec 2010 07:44 PM PST


Konvensyen ke-2 persiap hadapi pilihan raya
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Selepas tepat setahun berlalu, Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 hari ini di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Setahun lalu iaitu pada 19 Disember juga, Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen pertamanya di Dewan MBSA, Shah Alam.

Kali ini mereka dijangka mengadakan konvensyen terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 dan juga pilihan raya kecil ke 14 untuk sessi ini iaitu untuk Dun Tenang, Labis, Johor.

Konvensyen yang disertai oleh 1800 perwakilan ini dijangka akan mempersiapkan semua pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menghadapi kedua-dua pilihan raya penting itu kerana ia akan mencorakkan masa depan politik negara.

Majlis pagi ini akan bermula di luar dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia iaitu silat, tarian naga dan silamban.

Ia akan diikuti nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya ucapan dari tiga pemimpin utama parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR akan memberikan ucapan pertama diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan seterusnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selepas itu, majlis berehat sementara mereka melawat pameran kejayaan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah di samping Perak (setahun setengah di bawah Pakatan) dan Terengganu (1999 - 2004).

Majlis kemudiannya diteruskan dengan perbentangan kertas kerja utama konvensyen dari tiga pemimpin Pakatan dan akan dibahaskan oleh 12 orang perwakilan.

Pada sebelah petangnya, ucapan penggulungan akan dibuat oleh pemimpin utama parti masing-masing iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kemudiannya akan menantangani dokumen bersama yang diluluskan dalam konvensyen ini.

ANWAR LANCAR KEMPEN LAPORAN "ANAK "KE MAHKAMAH

Posted: 18 Dec 2010 03:03 AM PST



Oleh: Wrlr

DARI KIRI: DATO'TUAN IBRAHIM TUAN MAN, PENGERUSI PAS PAHANG, DATO ' FAUZI ABDUL RAHMAN PENGERUSI PKR PAHANG, DATO SERI ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA, SDR MAZLAN ALIMAN PENGERUSI ANAK.

ANWAR MELANCARKAN RISALAH INTERNET MENGENAI LAPORAN YANG AKAN DI BUAT OLEH 5OOO PENEROKA DAN MEMBAWA KES KE MAHKAMAH DI BERA , PAHANG SEMALAM.





ANAK atau singkatan Persatuan Anak Peneroka Kebangasaan



PAHANG AKAN BANGKRAP JIKA INILAH CARA PENGURUSAN KEWANGANNYA...DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Posted: 18 Dec 2010 02:40 AM PST


Dato..... yang turut hadir.Beliau pernah menjadi Pengerusi perhubungan Umno Pahang(kiri)
Sebahagaian dari peneroka yang hadir di dalam dewan(Kanan)



DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN MEMBACA LAPORAN AUDIT NEGARA MENGENAI MAJLIS DAERAH BENTONG


Gambar dan laporan: Amiramiruddin


Pimpinan yang hadir..YB Syed Ibrahim ADUN Kuala Semantan merangkap Tim Pengerusi PAS Pahang , Sdr Mazlan Aliman pengerusi ANAK ,Dato Fauzi Ketua Perhubungan PKR Pahang ,Tuan Hanipa Maideen peguam bagi pihak peneroka,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pengerusi Perhubungan PAS, dan YB DAP Triang Eng Ngah Ngah


Bera 17 hb -Pengerusi Pehubungan PAS negeri Pahang dalam ceramahnya semalam menjelaskan bahawa umno Pahang sebenarnya banyak bergantung kepada pengundi di kawasan FELDA, selain undi pos di pihak askar, juga undi dari kaum orang asal Pahang.

Namun menurut beliau lagi, usaha bagi menyatukan para peneroka bagi menuntutbhak mereka tanpa mengira fahaman politik harus di giatkan lagi bagi membantu para peneroka yang di tindas. "Kita akan bergabung seluruh kekuatan felda bagi menghembalikan hak kepada peneroka".jelas Tuan Ibrahin Tuan Man lagi yang memenanagi kerusi DUN Jengka dalam pilihanraya tahun 1999.


Beliau yang memenangi undi dalam pilihanraya tahun 1999 lalu , menjelaskan bahawa 9 dari 10 peti mundi yang di menangi beliau adalah di kawasan peneroka, maka kerana itu , jika kita memeberi penerangan kepada para peneroka, maka mereka akan memberi kekuatan kepada kita dalam membantu mereka untuk menegakan keadilan yang selama ini di nafikan.

Dalam ceramah semalam juga Tuan Ibrahim Tuan man menjelaskan bahawa Pahang berda dalam keadaan kritikal kerana menurut laporan audot negara yang beliau dapat, Beliau menyatakan bahawa terdapat begitu banyak penyelewengan yang rakyat dan para peneroka harus sedar.

Beliau kemudiannya menjelaskan bagi daerah Bentong sahaja laporan audit negara menjelaskan bahawa terdapatkan penyalahgunaan dalam pengurusan kerajaan negeri bagi daerah Bentong. Dalam belanjawan kerajaan geri dan pentadbiran kerajaan negri Pahang.

Audit negara tersebut menjelaskan bahawa perbelanjan ini dilakukan tanpa mengikut prosedur dan sekretriat audit negara menjelaskan bahawa pembelian peralatan bagi membekalkan peralatan rumah rehat Bentong , peralatan yang di bekalkan kepada rumah rehat kerusi nyatoh harga rm 990 harga pasaran namun di bayar pada harga rm3200, sofa nyatoh harga pasaran rm2040 tetapi di bayar kepada pembejkal sebanyak rm 5300,lampu di rest house rm150o pada harga pasaran , namun di bayar kepada pembekal sebanyak rm 38000.Ini telah bertahun ereka kerja. Hutang Pahang berjumlah 2.1 billion.Menteri besar menyebut, bahawa jika kerajaanpusat tidak membantu kerajaan negeri, maka sampai kiamat kita tidak akn dapat membayarnya.

Menurut Tuan Ibrahim ini bukan laporan PAS dan bukan laporan DAP atau PKR .Ini bukan soal siapa, tetapi laporan audit negara.Dalam ucapan belanjawan kerajaan negeri, Menteri Besar membacakan laporan penyelesaian yang mana beliau menyarankan agar :

1. Meminta 50% keuntungan dari syarikat kepada kerajaan negeri .Mana mungkin anak syarikat kerajaan negeri dapat membayarnya kerana PKNP sendiri berhutang sebanyak rm160.71 juta, Amanah Saham Pahang berhutang sebanyak rm109.87 juta, manakala pihak berkuasa tempatan pula berhutang sebanyak rm1.89 juta


2. Peruntukan perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak rm271 juta manakala 60 juta adalah untuk belanjawan pengurusan.Menurut Tuan Ibrahim lagi, jika belanjawan ini diteruskan , kita percaya tidak akan ada pembanggunan dan pengurusan yang cekap di lakukan di negeri Pahang ini.

Beliau juga menjealaskan bahawa dengan pergantungan 4 ahli parlimen akan meberikan kelebihan dan majoriti 2/3 di parlimen dan kemungkinannya ialah meluluskan persempadanan semula kawasan pilihanraya.namun kita punya harapan bahawa rakyat memahami semua ini.

"Kita akan bincangkan agenda kita dalam majlis Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad ini dan bagaimana strategi ini akan di lakukan untuk membela nasib rakyat." demikian jelas Tuan Ibrahim Tuan Man lagi.


Kini serangan kepada Kelantan semakin berkurangan.malah serangan kini di seratakan di negeri pakatan Rakyat.Malahan kes yang di siasat keatas Tuan Guru Nik Aziz kononya beliau menerima rasuah amat memalukan.

"kita menghormati semua pegawai kerajaan, namun kerjalah dengan profesional.Maka kerjalah dengan cekap.Jika kita ,lapor pukul 9 ,pukul 10 dah siasat.Namun bagi pihak kerajaan ,dah dilapor belum di siasat sehingga kini,kita yakin jika kita menang dalam pilihanraya ke 13, beribu fail kita akan buka semula.Kita juga tidak berkelahi dengan kakitangan FELDA di mana pegawai dipaksa menjalankan kerja dan sistem yang tidak adil.Untuk membetulkan sistem kita perlu mendapatkan kuasa" demikian jelas Tuan Ibrahim lagi.

"Kita juga akan mengadakan konvensyen pakatan Rakyat Pahang selepas konvensyen pusat Pakatan Rakyat di Pualau Pinang" demikian jelas beliau lagi.

1 Jangan khianat kepada amanat rakyat.Bagi pimpinan PAS, jaga hubungan dengan Tuhan dan jaga sembahyang berjemaah. Rakyat lihat apa yang kita buat.

2. Hal remeh temeh hendaklah kita letakkan sebelah sementara umpama kemuncup di seluar semasa bermain bola, jika penjaga gol asyik mencabut kemucup maka bola datang pun tidak sedar.Ini memang kerja mereka,kerana kalau mereka baik, mereka tidak akan berada dalam umno.

3.Parti akan menang dengan usaha kita dan anak-anak kita. sebab itu perlu di gerakkan kekuatan kita dan kekuatan spiritual dan juga mental ,pastikan anak anak remaja kita dan anak muda kita bersama kita.

DATO FAUZI...JANGAN SOKONG LAGI UMno

Posted: 18 Dec 2010 02:15 AM PST


Oleh: Amiramiruddin


Bera 17 Dis - sewaktu berceramah dalam kempen majlis bersama ANAK, atau dengan lebih tepatlagi kempen membuat laporan polis terhadap FELDA, Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang semalam menjelaskan bahawa para peneroka seharusnya sedar bahawa mereka bukan sahaja mengalami kerugian dan penipuan, malahan selama 53 tahun memerintah dan sejak awal tahun 70an mereka datang memugar tanah dari hutan rimba kepada kawasan pertanian, FELDA masih lagi belum dapat memberikan mereka geran tanah yang mereka usahakan.

Menurut beliau lagi perubahan telah berlaku dalam politik di Malayisa. Maka kerana itulah para peneroka dan orang kampung perlu juga berubah sealiran dengan perubahan yang di buat oleh orang bandar . "Semua orang bandar telah berubah ,kecuali Perlis dan Johor Bahru, maka kerana itulah kita lihat, para peneroka memainkan peranan untuk berubah dan perubahan ini akan dapat membantu menyelamatkan Pahang yang kini tenat dalam memberikan belanjawan dalam negeri ini katanya",disambut takbir oleh para hadirin yang hadir.

Malah menurut Dato Fauzi Abdul Rahman lagi,di Pahang , apa yang masih mengekalkan Pahang di tangan Bn dan Umno ialah undi para peneroka , Undi kaum asal dan juga undi pos.Jika konsep ini berjaya kita ubah terutamanya dengan perubahan yang di lakukan oleh para peneroka, maka sudah tentulah lanskap iklim politik Pahang akan turut berubah juga. Kita punya rekod bahawa para peneroka boleh berubah." Jika peneroka berubah, maka Pahang akan berubah,tuan adalah pemilik tanah,jika peneroka berubah, lanskap tanah Pahang ini akan berubah, kita boleh mentadbir Pahang dengan lebih baik lagi kerana Pahang punya banyak kekayaan, hasil hutannya,taseknya,pemandangan, pusat pelanconganya, " demikian jelas Dato Fauzi lagi.


Baru baru ini PKR telah mengadakan pemilihan di peringkat cabang .Apa yang menjadikan Umno gila ialah kerana Umno hanya mempunyai 192 bahagian , manakala PKR mempunyai 222 bahagian atau cabang termasuk di Sarawak. Apa yang menjadi masaalah ialah cuma 9 cabang sahaja , maka Tv3 dan akhbar umno memainkan peranan mereka kononya kita telah menghadapi masaalah yang besar."Saya tidak mahu ulas hal ini kerana tuan-tuan tahu sendiri masaalah dalaman Umno. Kita adalah parti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada ahli untuk mengundi.Umno sendiri tidak berani untuk melakukannya meski pun telah 53 tahun mereka mengusai negara ini.Tuan-tuan tahu kenapa? kerana jika umno mendakwa bahawa mereka punya 3 juta ahli, maka para pemimpin yang bertanding akan perlu menyediakan rm 3 juta ringgit untuk merasuah.Inilah kerja umno. " demikian jelas beliau lagi.

Tiada ulasan: