Sabtu, 18 Disember 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Anti Denggi: Aedes tidak memilih mangsa...

Posted: 18 Dec 2010 12:58 AM PST

Pagi tadi, bermula jam 8.30 pagi telah berlangsung program gotong royong "kempen anti denggi" anjuran KPJ dan Reckitt Benckiser (RB) dengan kerjasama Masjid Bukit Indah (MBI), JKP Zon 11 (MPAJ) dan Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Indah.

Lebih 100 peserta mengambil bahagian yang terdiri dari kakitangan KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri dan penduduk Taman Bukit Indah.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar!! Tahniah kepada semua yang terlibat kerana semangat kemasyarakatan yang tinggi.

30 minit pertama adalah sesi ucapan dari CEO KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Tuan Hj. Mohamad Nasir. Diikuti oleh ucapan Pengerusi JKP Zon 11, Tuan Hj. Abdul Aziz Bin Ahmad dan diakhiri dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Bukit Indah, Saudara Zainal Rashid Bin Zakaria.

Kemudian sarapan pagi dan pembahagian tugasan. Gotong royong dimulakan tepat jam 9.15 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.

Selain dari program gotong royong tersebut, KPJ juga mengadakan pameran tentang denggi dan aedes serta pemeriksaan kesihatan percuma. RB mengadakan jualan istimewa produk mereka.

Datuk Mohamed Nazir Meraslam (Timbalan Nazir), Muhammad Anas Bin Malek dan Tuan Hj. Ghazali dan beberapa orang AJK lain serta Imam Saime, Zaki dan Ariff mewakili Masjid Bukit Indah.

Pihak media terdiri dari TV3, RTM dan The Star telah membuat liputan. Blog ni cuma tumpang sekaki aje...he he!!

Di bawah ini ialah gambar-gambar sekitar program tersebut....



Tu dia replika nyamuk aedes

Menurut Tuan Hj. Mohamad Nasir, aedes adalah nyamuk istimewa yang suka tinggal di bandar (peratus denggi di kampong2 kecil dibandingkan dengan di kawasan2 bandar). Ia juga suka kepada air yang bersih dan bertakung. Tidak memilih mangsa baik raja mahupun hamba, bangsa (tak kiralah hang ada status ketuanan melayu ka?), usia, pendapatan perkapita dan sudah tentu (ini aku tambah sendiri)...hang parti apa?

Ini gambar Shakimin, ceria saja brother ni masuk longkang. Glovepun nampak bersih aje yob!!!

Oppss...betul Syakimin buat kerja..he he!! Depan Restoran Hidayah...

Ini kawan kita, Basheer...pendek kata yang datang menolong ni ceria belaka. Bulan depan kita buat lagi...k?

Harmain....Chief Supervisor. Brother yang paling bersih selepas aku dalam gotong royong tu...

Tuan Hj. Nasir sedang ditemuramah oleh crew TV3....

Saudara Zainal Rashid bersiap sedia untuk ditemuramah.
"Kena pakai glove...baru nampak real yob!!"

Ini Anas. Koordinator program gotong royong ini bagi pihak MBI...tahniah yob!!

Ini Sister Jamilah yang sentiasa ada dalam program KPJ di MBI dan Taman Bukit Indah. Terima kasih..

Dalam court badminton, mereka adalah musuh utama tetapi di luar...gambar ini menjadi saksi. Mungkin juga mereka ni 'partner in crime'...he he siapa tau??

Simbolik. Tuan Hj. Aziz dan tetamu kehormat menyembur replika aedes dengan Shieldtox...



Saudara Zainal Rashid menyampaikan ucapannya bagi pihak Penduduk Taman Bukit Indah...nampak gaya Zuraidah kena cari kerja lain yob lepas PRU13 ni. He he...

Sebelum berpisah Anas pesan, minta sampaikan ucapan terima kasih kepada yang terlibat terutama KPJ, Tn. Hj. Abdul Aziz, Zainal Rashid, penduduk, Datuk Nazir, Ghani Md. Jani, Hj. Ghazali, Pak De (Gerai Mutiara) yang menyediakan hidangan makanan percuma dan awek KPJ yang comel2 (ini aku tambah).

Harap-harap, bak kata Zainal Rashid, ini adalah kickstart kepada program yang menyeluruh di Taman Bukit Indah bersama Kumpulan Perubatan Johor yang sememangnya sudah bertapak di Masjid Bukit Indah dengan beroperasinya Klinik Wakaf An-Nur di situ...

Bagi pihak MBI mungkin aku boleh bagi jaminan sikit nahawa Insya'Allah kita akan terbuka untuk berkerjasama dengan komuniti Taman Bukit Indah dalam program2 seumpama ini. Tahun depan MBI dijangkakan akan lebih padat dengan berbagai program terutamanya program Kelab ForTeen.

Tiada ulasan: