Rabu, 29 Disember 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LU TOLONG GU DI PORT DICKSON - GULA BAGI LU REMBAT FELDA

Posted: 29 Dec 2010 07:12 PM PST



NYONYOT TAK LEH TAHAN



nota:
nyonyot ini
mat mongol geli geli
tak boleh tahan

tapi slim bukan badak
ni yang tak potong stim
kah kah kah


PERLANTIKAN ISA SAMAD KESILAPAN BESAR

Oleh Mazlan bin Aliman (Presiden ANAK)

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sangat dukacita dengan pengumuman pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011. Alasan kononnya Isa mempunyai kemampuan dan perkhidmatan yang efisien terlalu longgar dan dangkal berasaskan latarbelakang beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Sabitan rasuah 5 daripada 9 pertuduhan politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan September 2004 masih diingati rakyat negara ini kerana liputan meluas mengenainya. Beliau yang digantung keahliannya selama 6 tahun adalah bukti jelas pembabitannya dalam amalan rasuah yang sangat menjijikkan.

Bukan itu sahaja; penduduk Negeri Sembilan pun tahu betapa korupnya beliau ketika menjadi Menteri Besar selama 22 tahun. Beliau melepaskan jawatan tersebut dengan isu ternakan babi di Bukit Pelandok yang memaparkan wajah sebenar siapa beliau. Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan; beliau dilihat gagal berperanan sebaliknya menggunakan hubungan baik dengan tauke tertentu untuk mendapat habuan bagi menyogok perwakilan dalam pemilihan parti. Saya sendiri pernah menghantar memorandum kepada Badan Pencegah Rasuah(nama ketika itu)mengenai penglibatan Isa Samad dalam aktiviti korup beliau.

Adalah pelik bagaimana tokoh kitar semula ini dilantik menerajui Felda, sebuah GLC terpenting milik orang melayu dengan track record yang begitu buruk?

Kenyataan Ahmad Maslan baru-baru ini yang mendedahkan kejayaan anak-anak peneroka dalam kerjaya mereka sebagai seorang ahli korporat, profesional dan ahli akademik yang berjaya; nampaknya tidak memberi apa-apa makna. Kenapa tidak dilantik dikalangan mereka; yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Raja Alias, bekas Pengerusi Felda dulu.

Bayangkan, di zaman Yusof Nor sebagai Pengerusi Felda(1 Julai 2001-31 Dis 2010)pelbagai cerita, skandal dan krisis berlaku. Pendedahan Ahmad Maslan sendiri di Parlimen yang mengesahkan rezab Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 ke RM1.3 bilion pada tahun 2009 membuktikan Felda sedang bermasalah akibat salah urus, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Adakah dengan perlantikan Isa Samad akan menyempurnakan pakej manusia korup menerajui Felda iaitu Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Razak?

Tanah seluas 905,000 hektar adalah aset 112,635 orang peneroka dan akan di warisi oleh lebih sejuta generasi kedua dan ketiga Felda. Kenapa mereka ini tidak pernah dirundingkan terlebih dahulu?

Saya penuh yakin tidak akan ada yang menyokong Isa Samad melainkan para pengampu Felda sahaja. Ketika ini pun puluhan sms dan panggilan talipon yang saya terima membantah perlantikan Isa Samad dan mendesak sesuatu dilakukan.

Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak Perdana Menteri menarik balik perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. ANAK akan menggerakkan pungutan tandatangan seluruh warga Felda mulai 1 Januari 2011 ini dan akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri dalam tempoh sebulan.

Jika ianya gagal melembutkan pendirian Perdana Menteri, suatu Memorandum akan diserah ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk memohon campurtangan baginda.

Pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa Samad tidak akan dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru. Perdana Menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. KATAKAN TIDAK KEPADA ISA SAMAD!

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit….ANAK TAK FAHAM FAHAM LAGI…. kah kah kah..

kah kah kah… LANTIKAN INI IALAH LANTIKAN PORT DICKSON… kah kah kah…

kah kah kah…. LANTIKAN INI IALAH LANTIKAN ZIANA ZAIN… kah kah kah…

kah kah kah… TAK PERCAYA TANYA 6 ORANG PEGAWAI AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN YANG KENA BUANG…...kah kah kah

kah kah kah…. SIAPA TAHU SILA TEMU BUAL PEGAWAI AGAMA INI… kah kah kah..

kah kah kah…. PEGAWAI AGAMA INI BUKAN KAWAN KHUSRIN… kah kah kah…

kah kah kah… PEGAWAI INI BUKAN KAKI BODEK…. kah kah kah…

kah kah kah…. LU TOLONG GUA… GUA TOLONG SAMA LU…. kah kah kah…



MAHASISWA TOLAK THIRD FORCE

Posted: 29 Dec 2010 05:14 PM PST





ANAK MUDA BAGUN MELAWAN !











KENYATAAN MEDIA :PENGLIBATAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) DI DALAM MCLM DAN PILIHANRAYA UMUM.


1. Mutakhir ini suara-suara 'kuasa ketiga' begitu lantang berkumandang dengan semakin hampirnya Pilihanraya Umum ke-13.

2. Terhebat adalah sebuah gerakan bernama Malaysian Civil Liberties Movement (ringkasnya MCLM).

3. Ada juga perkhabaran yang mendesak dan mencadang supaya mahasiswa turut mengambil bahagian secara terus bersama barisan calon-calon MCLM di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

4. Solidariti Mahasiswa Malaysia telah berbincang dan memutuskan bahawa SMM tidak akan terlibat dengan MCLM dalam menyediakan calon dari kalangan Mahasiswa untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum.

5. SMM juga telah sepakat atas kesedaran bahawa dalam menuju sistem dua parti gabungan; untuk berpendirian bahawa pertandingan tiga penjuru adalah sebuah pertandingan yang merugikan perjuangan memulihkan demokrasi, hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.

6. SMM juga berpendapat bahawa keputusan secara kolektif tidak akan dapat dicapai dalam sebuah kumpulan yang tidak terikat dalam organisasi terurus. Demikian 30 calon MCLM tidak punya upaya untuk mencapai konsensus bersama dalam hal-hal penting melibatkan negara, agama, demokrasi apatah lagi jalur fikir ekonomi.

7. SMM menyedari hakikat bahawa makna politik itu bukan hanya sebuah perlawanan. Kompromi, desak dan gesa juga adalah sebahagian daripada politik. Justeru SMM tidak semestinya ikut serta dalam perlawanan dalam Pilihanraya Umum.

8. Bagi Mahasiswa, bertanding dalam Pilihanraya Umum bukanlah suatu prioriti. Apa yang lebih penting ialah menyedarkan rakyat tentang hak mereka, menyuarakan hasrat dan kepentingan masyarakat utk kesejahteraan semua.

9. Fungsi Mahasiswa sebagai suara ketiga tidak semestinya ikut bertanding dalam Pilihanraya, malah jauh lebih penting dari sekadar menjadi legislator di Parlimen ialah untuk terus menjadi suara yang terkecuali dari politik struktur dan permainan kuasa.

10. Justeru SMM masih belum punya hasrat serta mengadakan perbincangan untuk menghantar calon untuk bersama MCLM dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


Sekian, terima kaseh.

Hilman Idham
Solidariti Mahasiswa Malaysia
29 Disember 2010

SELANGOR SESEDIA UNTUK MELAWAN

Posted: 29 Dec 2010 08:25 AM PST




SEKALI LAGI!



nota:
sekali lagi
beri perhatian
sanggup kah sesiapa
duduk semaja dengan malaon ini

muka sembab mata bula
patit kah jadi barua
kavita singh kah kah kah



SUK : KERAJAAN NEGERI NAFI LEWAT SERAH NAMA, DAKWA WUJUD DALANG - minsider

Kerajaan negeri Selangor menyangkal Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Munir Bani yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini kelihatan menjadi kemelut antara negeri dan pusat.

Pakatan Rakyat Selangor juga kesal dengan perkembangan mutakhir dan merasakan ia tindakan didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menegaskan, tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

Malah katanya, jawatan Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat 20 Mac depan.

"Perlu ditegaskan di sini, kerajaan negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November lalu dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam," kata Faekah dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Panel itu diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Teng Chang Khim dengan dianggotai dua Exco Kerajaan Negeri Dr Hasan Ali dan Dr Xavier Jayakumar.

Panel itu kata Faekah, telah menemu ramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

"Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. BETUL TAK….. MUKA SEMBAB INI MUKA PENIPU…. kah kah kah..

kah kah kah… MUKA JAGA SELUAR DALAM KAVITA SINGH…. kah kah kah..

kah kah kah…. MUKA RUPA TAPAK KASUT KAVITA SINGH…. kah kah kah..

kah kah kah….. KURUSKAN MUKA SIKIT….BIAR SENANG BERNAFAS…. kah kah kah..


sila baca sekali lagi apa malaon ini cakap :


MB SELANGOR LEWAT SERAH SURAT – berita hairan

Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Ini bermakna Ketua Setiausaha Negara, Mohd Sidek Hassan selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa memilih calon berkelayakan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Sultan memegang kuasa eksekutif pada peringkat negeri dan kerana itu baginda perlu disembah maklum calon bagi jawatan itu untuk diperkenankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Munir juga berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu kepada pihak istana kerana Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

nota:
jelas nampak menipu !


HILANG MEMBURET ENTAH KE MANA?

Posted: 29 Dec 2010 01:16 AM PST



INI SATU BURET



nota:
sila ambil perhatian
ini bukan buret kavita singah
ini satu buret di bilik maklmal
jangan buat silap nanti
kena sumpah raja jadi batu lesong kah kah kah


KHUSRIN : PUSAT CUBA GULING SELANGOR - harakah daily

indakan kerajaan pusat melantik Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.

Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.


NIZAR PREDICTS NEW STATE SECRETARY COULD CAUSE SELANGOR COUP
– minsider

Nizar Jamaluddin warned the Selangor government today of a possible repeat of Barisan Nasional (BN)'s takeover of Perak in the country's wealthiest state with the appointment of Mohd Khusrin Munawi as the state secretary.

The ousted Perak mentri besar urged the Selangor Pakatan Rakyat (PR) government to do all that was 'humanly possible' to prevent the state Islamic Religious Department (Jais) director from carrying out his new duties come January 1.

"S,gor MB and Xcos, prevent Khusrin from entering SS office. Written instruction 4 him 2 stay at home. Get the SFO to assume/tanggong jawatn (Selangor MB, and state excos should prevent Khusrin from entering the state secretary office. Written instruction for him to stay at home. Get the State Financial Officer to assume his duties)" said Nizar in a message posted on popular micro-blogging site Twitter today.

nota:
bersedia ini rancangan jahat
atas nasehat zionis apco
ini cara nethanyahu meggulingkan yasser arafat
taktik kelihatan sama.

nethanyahu memilih abbas
walhal plo memilih yasser

ini cara zionist pecah perentah
nampaknya zionis apco ini
semakin berjaya dalam memasang jarumnya
ini kerana mat mongol terperangkap dalam kes
bunuh altantuya maka terpaksa tunduk kepada
amerika/apco/singapura

hairan mana perginya pejuang islam
mana peginya pejuang melayu
mana perginya ngo melayu
semua telah hilang nilai halal hatam
semua telah hilang nilai salah benar


PEMANDU KENA ROGOL !!!

Posted: 29 Dec 2010 12:50 AM PST



LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI


nota:
Orang ramai menunggu ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963 setelah kembali dari mengadakan rundingan penubuhan Malaysia dengan British di Malborough House, London.

nota:
tanya rais yatim
bangunan ini pun
macam penjara pudu
tak ada nilai sejarah !

rogol amah ada nilai
sejarah tak?


PERKASA MAHU PEMANDU VERSI MELAYU - mkini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang setara dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi menangani agenda bumiputera.

Mendakwa unit kerajaan itu tidak berkesan menangani agenda itu, Pengerusi Biro Ekonomi PERKASA Zubir Harun berkata, badan baru itu boleh memfokuskan kepada usaha meningkatan kebajikan ekonomi kepada orang Melayu.

"Tiada komitmen daripada pelbagai agensi dalam pelan tranformasi mereka," dakwanya.

Katanya, badan itu boleh dinamakan Unit perancangan, Perlaksanaan dan Pemantauan Prestasi Ekonomi Bumiputera.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… APA BUDAK PEKASAM NI HENDAK?.... kah kah kah..

kah kah kah…. BUKAN KAH GEROMBOLAN ITU PEJUANG KETUANAN MELAYU… kah kah kah…

woit… GEROMBOLAN PARTI MELAYU…. UNTUK ORANG MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah…. KINI DAN SELAMA LAMANYA HINGGA MAPOOOS…. kah kah kah..

kah kah kah….SIAPA YANG TAK BAWA AGENDA MELAYU TAPI PRO CUKONG?... kah kah kah…

kah kah kah… SIAPA BAGI CUKONG AMBIL LAPANGAN TERBANG TUDM DI SUNGAI BESI ...SIAPA?... kah kah kah..

kah kah kah… SIAPA YANG AKAN JUAL TANAH KERAJAAN DI JALAN PEEL ?... kah kah kah..

kah kah kah.. SIAPA YANG AKAN AMBIL TAPAK PENJARA PUDU?.... kah kah kah

kah kah kah… BUKAN KAH SEMUA INI KERJA PARTI KETUANAN MELAYU... kah kah kah..

nota:
tak payahlah ada pemandu melayu pulak
telah 53 tahun memnadu
hancur negara ini
kah kah kah




NILAI MANUSIA MELAYU BARU

Posted: 28 Dec 2010 09:06 PM PST




MELAYU BARU





BUNUH, ROGOL, RASUAH DAN NILAI MELAYU


Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70'an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90'an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan di anggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci tetapi melalui juruheboh dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistaion.

Tidak dibenarkan malah dilarang dan di haramkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang di mulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke CEO.

Nilai Melayu Baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik : lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes dimana seorang anak sekolah dibawah umur telah dihamilkan oleh seorang Ketua Menteri. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu Baru kes 'rogol bawah umur' ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana anak dibawah umur telah di rogol oleh seorang Ketua Menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrek dan tender yang akan diperolehi dari mementingkan salah benar seorang budak di bawah umur yang telah di rogol.

Ketika tulisan ini ditulis satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam alam sesawang. Telah di perkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu telah dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini saheh atau tidak bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu Baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama 2 tahun.

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Kerana ianya sering berlaku atau dilakukan oleh mereka yng memiliki kuasa dan duduk di puncak kuasa maka orang awam kini telah mula menerima ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik dimana ianya telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah terlibat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh.

Persoalan yang timbul disini bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini di bunuh. Bukan ini yang ingin di bincangkan Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapam dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian telinga dan kelalian perasaan 3 juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrek dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan juruagama United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih maka 3 juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima ini sebagai wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam 3 juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dam membawa mudarat yang amat sangat keatas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu. (TT)

SIAPA MALAON BERNAMA KHUSRIN INI

Posted: 28 Dec 2010 08:16 PM PST




INI KERJA DIA



nota:
malaon ini kerja dia
jual tiket halal haram
tak tahu cakap orang putih
what is the because dia
dilantik jadi ksu

the because tak nampak
rajagopal entot entot
kavita singh kah kah kah




Dari segi rekod Khusrin juga wajar dipertikai. Khusrin sendiri sekadar dalam gred Jusa C, justeru melangkah Jusa B untuk menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bergred Jusa A.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


KEMELUT PERLANTIKAN SUK SELANGOR

oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

Saya mengikuti kemelut terbaru melanda perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas beberapa sebab. Pertama, tentulah sebagai rakyat Selangor yang cintakan Perlembagaan. Kedua sebagai wakil rakyat yang berinteraksi dengan perkhidmatan awam Selangor secara berterusan. Ketiga sebagai anak seorang pesara kerajaan.

Bapa saya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan sejak beliau tamat belajar pada tahun 1958 hinggalah beliau besara 30 tahun kemudian. Beliau merupakan anggota Malayan Civil Service ketika negara masih baru-baru merdeka, dan bersara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

"Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan."

Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak.

sila baca tulisan penoh di :

http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=2532



Tiada ulasan: