Rabu, 29 Disember 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


PEROGOL:Senang cari.....Menteri kita tidak ramai.

Posted: 28 Dec 2010 10:40 PM PST

Menjelang tahun 2010 melabuh tirai, tiba-tiba negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat memalukan iaitu satu dakwaan yang dibuat oleh Badan NGO Migrant CareIndonesia terhadap Menteri Senior Malaysia semasa zaman Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.

Jika ianya benar dakwaan itu yang sudah diketahui sejak 2007 oleh Jabatan Perdana Menteri, Kedubes Indonesia dan Kedubes Amerika di Jakarta sudah pasti memalukan dan mencemarkan imej Malaysia di kaca mata dunia Islam. Mengapa tidak?

Bukankah ketika itu kempen Islam Hadhari rancak dikempenkan.

Timbul persoalan mengapa Kerajaan Indonesia juga turut "menyapu " kes ini di bawah karpet? Berbeza dengan cara Kedubes Indonesia begitu cepat dan peka dengan kes amah-amah yang disiksa oleh majikan Malaysia. Adakah Kedubes juga turut takut kerana membabitkan Menteri Senior Malaysia?

Kes ini perlu disiasat setelus-telusnya. Pihak Indonesia dan Malaysia perlu bertindak segera. Ini membabitkan imej dan moral. Pendakwaan perlu disegerakan.

Keselamatan untuk si mangsa perlu dimaksimakan. Patutlah si mangsa sangat takut dengan kes ini dibongkarkan kerana si mangsa baru setahun pengeboman Altahtunya berlaku.

Nampaknya Kabinet Menteri kita penuh "warna-warni".

Siapakah agaknya Menteri Senior kita yang menghiasi "warna-warni" terakhir menjelang 2010 melabuh tirai?

Yang pastinya ianya bukan Samy Vellu dan JJ !


Oleh: Tok Pepijat

YB Gobala Menjerit Seperti `MABUK TODI'?

Posted: 28 Dec 2010 10:14 PM PST

MEMBACA laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam, ternyata YB Gobalakrishnan terlalu kepingin dirinya dipecat dari PKR. Beliau secara terus terang menyerang kepimpinan DS Anwar dengan menuduh Ketua Umum PKR tersebut secara terbuka sebagai tidak berlaku adil. Malangnya, YB Gobala tidak menyebut secara terperinci atau bukti ketidakadilan DS Anwar di dalam kenyataannya itu melainkan menuduh secara rambang sahaja.

Adakah PKR tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden yang dilantik suatu bukti bahawa DS Anwar tidak berlaku adil? Apakah perlantikan N.Surendran seorang pejuang hak asasi yang mewakili kaum India di dalam PKR juga menunjukkan DS Anwar pilih kasih? Bagaimana pula dengan tokoh ternama lain yang tewas di dalam pemilihan PKR baru-baru ini tetapi tidak dipilih oleh DS Anwar? Mengapa mereka tidak menuduh DS Anwar tidak berlaku adil? Mengapa YB Gobala sahaja yang terjerit-jerit macam mabuk todi?

Beliau membangkitkan isu kuil orang-orang India. Tidakkah beliau tahu orang-orang Islam juga sekarang mempunyai masalah dengan tempat ibadat mereka dan sehingga kini tiada seorang pun pemimpin PKR yang berugama Islam terjerit-jerit seperti YB Gobala. Mereka semua faham isu tersebut mesti ditangani segera, dan ada ketikanya mereka perlu bertolak ansur bagi mengatasi masalah tersebut.

Kita mahu bertanya YB Gobala berapa banyak kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan atau dibakar di bawah Kerajaan Negeri PR? Jika setakat kuil dipindahkan atas sebab-sebab tertentu, YB Gobala juga mesti tahu Masjid dan Surau bagi orang-orang Islam juga akan dipindahkan sekiranya terdapat keperluan. Apa yang penting, pihak pemerintah mesti berbincang terlebih dahulu kepada semua penduduk agar sebarang tindakan yang bakal diambil difahami sepenuhnya oleh mereka. Mengapa YB Gobala meletakkan isu kuil ini ke atas kepala DS Anwar untuk menuduh beliau seolah-olah anti kaum India?

Nampaknya YB Gobala mula belajar dari YB Zul Kulim Bandar Baru yang sengaja mencari sebab untuk dipecat. Apakah YB Gobala merasakan beliau terlalu hebat sehinggakan PKR terlalu sayang untuk melepaskannya? Atau, YB Gobala sudah merasakan semenjak Sammy Vellu bersara dari Presiden MIC, harapan beliau agak cerah untuk kembali kepada MIC? Mungkin juga YB Gobala terlalu rindu untuk bersama semula dengan Dato Zaid Ibrahim Presiden KITA dan merasakan ada harapan untuk memegang jawatan penting di dalam parti yang mempunyai keahlian 300 orang itu? Jika itulah harapan YB Gobala, kita minta beliau berambus sahaja dari PKR.


Oleh: WFAUZDIN NS

APCO: Kembali Kepada Asas Perbincangan

Posted: 28 Dec 2010 10:06 PM PST

Penglibatan serius APCO dalam pentadbiran Perdana Menteri adalah bukti paling jelas tentang kemunafikan Umno-Barisan Nasional.

Selama lebih satu dekad, mereka memekakkan negara ini dengan propaganda bertali-arus bagi menggambarkan saya sebagai agen Yahudi, sambil secara diam-diam mengupah firma yang termaklum kerana hubungan kuatnya dengan perisik dan institusi politik Israel untuk menguruskan salah satu fungsi paling berpengaruh di pentadbirannya iaitu mesej dan komunikasi.

Maka itu, sebahagian besar bantahan saya ketika pertama kali membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat ditujukan pada sikap hipokrik dan kecuaian Perdana Menteri yang mengupah firma dengan rekod lampau seperti APCO.

Amat wajar apabila ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan berterus-terang tentang sejauh mana keterlibatan APCO dalam penggubalan dasar-dasar dan komunikasi di bawah Perdana Menteri ketika ini.

Ada banyak catatan tersediia untuk tatapan umum sedia untuk mengesahkan rekod lampau APCO yang tidak sihat yang berkhidmat dengan regim-regim yang berkecenderungan untuk menekan hak-hak asasi manusia dan ruang demokrasi.

Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) telah menulis dua artikel dengan panjang lebar mengenainya ("APCO: In Mercenaries We Trust" dan "APCO & Najib: Beneath the PR Veil").

Kedua-dua artikel ini; disiarkan oleh Malaysiakini memberi wawasan tentang kerja-kerja APCO dan hubungan eratnya dengan regim-regim atau penyebab-penyebab yang dianggap merugikan kemajuan demokrasi dan kepentingan awam.

Maka itu, isu ini sama sekali bukannya mengenai soalan mudah tentang siapa yang mencetuskan 1Malaysia. Ia mengenai soal memastikan kerajaan hari ini bertanggungjawab di atas perlakuan tidak terurusnya dalam membelanjakan wang awam (anggaran RM77 juta bagi satu tahun perkhidmatan) yang mengupah firma bagi membina imejnya sendiri.

Lebih penting lagi, ia membabitkan sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri yang menolak rekod lalu APCO dan potensi risiko keselamatan yang ditimbulkan olehnya.

Malangnya, Umno-Barisan Nasional tidak pernah bersedia untuk berdepan dalam kedua-dua isu kritikal ini. Ia bertindak keras sejak awal lagi sehingga akhirnya membawa kepada penggantungan empat ahli Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia menginjak-injak setiap etika dan norma yang termaklum termasuklah proses alami yang membenarkan seorang tertuduh untuk mengemuka dan mempertikaikan kesnya di hadapan sebuah panel yang adil dan saksama.

Hakikat bahawa saya tidak dibenarkan untuk mengemukakan bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen memperlihatkan tujuan Perdana Menteri bagi mengelak isu-isu asas tentang akauntibiliti dan kelalaian pihaknya dalam mengupah APCO. Akhirnya, Umno-Barisan Nasional mencipta satu lagi sejarah pertama Dewan Rakyat apabila ia merancang penggantungan kami tanpa bahas dan berdasarkan surat ringkas penafian dari APCO.

Kuasa Surat APCO

Saya juga harus menjawab dakwaan terbaru Umno-Barisan Nasional yang hanya dengan sepucuk surat penafian dari APCO dan satu kenyataan dari Robert M Shrum sudah menjadi bukti yang tidak dipertikai bahawa APCO tidak terlibat dalam konseptualisasi 1Malaysia; dan 1Malaysia tidak pernah diadaptasi dari kempen One Israel.

Dalam proses biasa mahkamah undang-undang, "bukti" sedemikian perlu diuji melalui pemeriksaan silang bagi memastikan ia boleh diyakini dan dapat diterima untuk tujuan sesuatu kes. Tidak ada mahkamah atau jawatankuasa parlimen yang bereputasi teguh yang akan menolak sebarang kes dan membuat penghakiman berat sebelah semata-mata dengan berlandaskan dua pucuk surat yang dikemukakan oleh pendakwa.

Dengan menggunakan logik Umno-Barisan Nasional yang sama tadi, kenyataan bersumpah yang dibuat oleh P. Balasubramaniam di atas tuduhannya terhadap hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya Sharibu seharusnya diterima sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan.

Begitu juga, dua perjanjian yang ditandatangani oleh APCO masing-masing dengan kerajaan Malaysia dan Israel yang saya miliki perlu diterima sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan tentang hubungan di antara kempen 1Malaysia dengan kempen lain yang APCO atau pegawainya pernah lakukan sebelumnya.

Mujurlah, proses undang-undang dan keadilan alami yang ditadbir dengan cara paling adil akan menetapkan bahawa setiap bukti yang dibawa tertakluk kepada ujian tertinggi.

Atas alasan inilah saya bersuara lantang dalam kritikan saya kerana Umno-Barisan Nasional bertegas untuk mengelak sebarang ujian tentang hubungannya dengan APCO hingga ke tahap dengan tidak membenarkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dari meneruskan langkah sewajarnya dalam menjalankan peranannya.

Maka itu, pendedahan Umno-Barisan Nasional tentang dua dokumen tersebut tidak lebih daripada mainan terancang media bagi memastikan tidak ada ujian ke atas "bukti" yang didakwa dimilikinya. Siapa saja yang sudah biasa dengan sejarah Umno-Barisan Nasional dalam merancang kempen pembunuhan karakter yang sering melibatkan reka-cipta "bukti-bukti palsu" sememangnya akan merasa sketik dengan penghakiman terakhir media ini.

Pada akhirnya, negara ini harus kembali ke persoalan asas yang begitu ingin dihindari oleh Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak.

Persoalan paling asas muncul dari satu laporan oleh portal berita The Insider Malaysia bertarikh 28 Julai 2009 bertajuk "Money Being Splurged To Boost Image of Najib's Administration". Saya siarkan semula isi-isi pentingnya yang tidak pernah dinafikan secara rasmi oleh Perdana Menteri:

"Sudah diketahui bahawa perkhidmatan APCO Worldwide telah dibawa oleh Omar Mustapha, pembantu dekat PM yang baru-baru ini terlibat dalam kontroversi di atas cadangan pelantikannya ke lembaga syarikat minyak nasional Petronas.

APCO Worldwide diketahui sudah mempunyai pejabat rasmi berpusat di pejabat Najib semenjak hari-hari awal pentadbirannnya.

APCO dan lain-lain pakar perhubungan awam dari Amerika Syarikat juga telah membantu Najib melakar strategi 100 harinya. Ini termasuk slogan 1Malaysia dan lain-lain platfom utama pentadbirannya."

Jika ini memang benar, Perdana Menteri mesti bersedia untuk menjelaskan lain-lain isu asas – sikap sesuka-hatinya dalam menggunakan wang pembayar cukai bagi mengupah sebuah firma semata-mata untuk kebaikan partinya, terutamanya pihak yang mempunyai rekod lampau yang begitu meragukan yang boleh menggugat keselamatan negara.


* Penulis ialah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Tahun Baru, Harga Barang Pun Akan Baru

Posted: 28 Dec 2010 09:58 PM PST

Rakyat negara ini dijangka akan menyambut kedatangan tahun baru 2011 dengan perasaan yang kelat berikutan wujudnya tanda-tanda awal berlakunya kenaikan harga barangan pengguna pada awal tahun nanti.

Spekulasi kenaikan harga susu sejat dan susu krim di antara 20 sen hingga 30 sen pada permulaan tahun baru juga semakin bertiup kencang pada masa ini.

Sebelum ini sebuah syarikat pengeluar susu sejat dan krim mendakwa kenaikan harga gula akan turut memberi implikasi kenaikan harga produk keluaran mereka berikutan gula sebagai salah satu bahan utama produk mereka.

Kesan berantai kenaikan harga daripada langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan kerajaan itu dijangka turut memberi kesan terhadap harga makanan dan minuman oleh pengusaha restoran.

Manakala tinjauan di beberapa kedai runcit sekitar negeri Selangor pula mendapati bekalan minyak masak dalam paket 1kg semakin berkurangan, keadaan yang sama sebelum berlakunya kenaikan harga gula pasir sebelum ini.

Ketika beberapa peniaga yang memberitahu mereka telah kehabisan bekalan minyak masak, beberapa peniaga lain pula terpaksa menghadkan pembelian kepada satu paket sahaja untuk setiap pelanggan.

Minyak masak juga merupakan antara barangan yang tersenarai dalam pelaksanaan langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Memetik berita yang disiarkan oleh sebuah stesen tv swasta malam tadi, bekalan kelapa turut mengalami kekurangan yang ketara di beberapa tempat di Semenanjung khususnya di sebelah Pantai Timur dan mengakibatkan kenaikan harga santan.

Harga bahan api dijangka naik lagi

Sementara itu, Gabenor OPEC Iran, Mohammad Ali Khatibi dalam satu kenyataannya dalam laman sesawang Shana, Kementerian Minyak semalam, menjangkakan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa akan mencecah US$100 setong.

Harga komoditi utama dunia itu telah mencecah paras tertingginya semenjak 2008 dengan US$95 setong pada Jumaat lalu, sebelum ditutup pada harga US$93 pada hari yang sama.

Berdasarkan formula apungan harga minyak yang diguna pakai oleh kerajaan, kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia ini akan mempengaruhi harga pengguna bahan api itu di pasaran tempatan.

Pada masa ini harga bahan api terbabit pada setiap liter ialah RM1.90 bagi petrol Ron 95, RON97-RM2.30, diesel-RM1.80 dan gas petroleum cecair (LPG)-RM1.90 bagi setiap kilo gram.

Rasionalisasi subsidi beri kesan kenaikan inflasi 2011

Sementara itu, dalam satu laporan yang diterbitkan oleh CIMB Research sebelum ini, Pemotongan subsidi akan memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI).

Menurut Ketua Ekonomi CIMB, Lee Heng Guie langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi akan menyebabkan kenaikan inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2011 dan pengguna akan menerima kesannya.

"Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011 dan kesannya akan lebih dirasai pada tahun itu.

"Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

Tiada ulasan: