SharpShooter |
- Anwar saman Mahathir dan akhbar
- Mengapa Najib kata jangan ambil kisah dakwaan WikiLeaks
- Terus Terang bersama Guan Eng
- Mana dokumen rasmi "Ketuanan Melayu"?
- Pemilihan 2010 - Mengapa pengadu tidak dipanggil hingga ke hari ini.
- Mengapa utusan meloya padam cerita Altantuya
Anwar saman Mahathir dan akhbar Posted: 14 Dec 2010 01:41 AM PST Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks. Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan. "Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan. "Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya," katanya kepada Malaysiakini. Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah. Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya. Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'." Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'. "Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir. Dalam pendedahan WikiLeaks yang diperolehi daripada kabel komunikasi Jabatan Negara US, agensi risikan Singapura dilaporkan memaklumkan agensi risikan Australia yang mereka mempunyai maklumat diperolehi daripada 'risikan teknikal' mengesahkan tuduhan dalam kes Fitnah II.Sememntara itu, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua bersama pimpinan dan ahli KEADILAN akan menghantar surat meminta penjelasan kerajaan Singapura berhubung tuduhan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Surat tersebut, yang akan diserahkan kepada kedutaan Singapura di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur petang ini, meminta penjelasan Singapura berhubung maklumat risikan yang dihantar kepada Australia, menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kes fitnah 2. Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasep dalam laman facebooknya menyatakan surat bantahan itu akan diserahkan kepada kedutaan terbabit pada pukul 3 petang ini. Baru-baru ini Lamanweb Antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu. 'Maklumat' itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh. Pakatan menyifatkan pendedahan itu sengaja diadakan kerana kekhuatiran Singapura bahawa tsunami politik yang melanda Malaysia bakal beralih ke republik itu. Ia juga merupakan usaha Lee KuanYew mengekalkan hegemoni kekuasan Perdana MenteriMalaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Najib dilihat lebih tunduk kepada desakan republik itu dalam pelbagai isu melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Mengapa Najib kata jangan ambil kisah dakwaan WikiLeaks Posted: 13 Dec 2010 05:49 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Najib Razak, dalam komen pertama mengenai laporan pendedahan WikiLeaks, meminta rakyat Malaysia tidak menghiraukan cakap-cakap yang menyentuh hubungan negara jiran serantau, sebaliknya mahu memfokus usaha mencapai matlamat negara. Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks. Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat. "Kita boleh membuktikan kepada jiran-jiran kita, meskipun kadangkala mereka membuat kenyataan memperlekehkan tentang kita, bahawa rakyat Malaysia boleh mencapai (kejayaan)," kata Najib ketika berucap pada majlis kutipan derma Yayasan Perubatan 1 MCA di sini malam ini. "Pencapaian terbesar ialah apabila kita menjadi negara maju menjelang 2020," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sebahagian daripada sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia. WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden. Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang "amat dikesali" ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington. Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turtu disebutkan oleh laporan The Sun-Herald. Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten." Singapura dan Malaysia berpisah pada 1965, hanya dua tahun selepas membentuk Malaysia. Kini mempunyai hubungan kuat tetapi tidak membenarkan akhbar masing-masing diedarkan di negara mereka. Terdahulu Bernama melaporkan, Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan. "Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang," kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar hari ini. "Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini," kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan "bukan cakap-cakap atau mengumpat". Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan "menyusahkan" Singapura. Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, "masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa." Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut. Seorang lagi pegawai diplomatik bernama Peter Ho pula dikatakan mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dia juga mendakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang menyukainya kerana beliau naik dalam politik akibat pertalian keluarga. Ho juga didakwa mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya dan menyifatkan Najib seorang yang suka mengambil kesempatan. Sharpshooter - Ibarat meludah ke langit akhirnya timpa ke batang hidung Najib sendiri. Terlalu mudah rakyat dapat membaca mengapa Najib membuat kenyataan sedemikian. Sudah pasti Najib terlalu takut rahsia Najib bersama Altantuya di Singapura terbongkar.Umno mengaku mereka pejuang bangsa Melayu dan anti Cina dan terbukti dalam kursus Biro Tata Negara yang selalu mereka tekankan kepada Melayu bahawa Cina adalah pendatang dan jahat kerana mahu merampas kuasa Melayu. Tetapi sekarang mereka percaya pada Lim Kuan Yew pula. Sejak bila umno percaya pada Cina pula. Bukankah isu perkauman yan sering umno mainkan untuk kekal berkuasa. Rakyat masih menunggu juga dakwaan yang lain, kata ada seribu kabel berkaitan Malaysia. Sudah pasti yang Najib takut tentang rundingan di Singapura yang tiba-tiba sahaja Najib mahu serahkan Tanjong Pagar kepada Singapura. Mengapa Najib dengan mudah mahu serahkan tanah kepada Singapura jika tidak ada rahsia besar yang mampu Singapura ugut Najib. Mahathir juga percaya mungkin Singapura mempunyai gambar Najib bersama Altantuya di Singapura sebab itu Najib terlalu takut.Rakyat akan menyumpah dan tidak rela Najib menyerahkan tanah kepada Singapura, dahulu Singapura adalah milik Malaysia. Apakah Najib fikir tanah Malaysia ini milik mak bapanya? Rakyat akan lebih bersyukur jika Najib serahkan Rosmah milik Najib kepada Singapura bukannya serahkan tanah milik Malaysia. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 13 Dec 2010 04:55 PM PST Selamat menonton * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Mana dokumen rasmi "Ketuanan Melayu"? Posted: 13 Dec 2010 03:56 PM PST Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka. "Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno. "Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini. "Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya. Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu. "Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu. "Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya. Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan. Sebaliknya Khoo berkata,dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. Sharpshooter - Sedih juga dengan nasib melayu yang ditipu oleh pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya. Mereka berkata mereka memperjuangkan Melayu, rupa-rupannya dokumen "Ketuanan Melayu" pun tidak ada dalam perlembagaan. Melayu dan Islam adalah dua perkara berbeza. Melayu itu bangsa dan Islam itu agama. Bangsa Melayu juga kena sedar jika dahulu Nabi Muhammad SAW hanya berdakwah memikirkan bangsanya sahaja sudah pasti Melayu di Malaysia sekarang tidak beragama Islam. Tidak ada MELAYU yang akan dimuliakan ALLAH kerana MELAYUnya, Tidak ada CINA/INDIA yang akan dihina ALLAH kerana CINA/INDIAnya, Kemulian disisi ALLAH ialah MELAYU/CINA/INDIA yang BERTAQWA kepadanya! * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Pemilihan 2010 - Mengapa pengadu tidak dipanggil hingga ke hari ini. Posted: 13 Dec 2010 08:07 AM PST Kenyataan Media 13 Disember 2010 RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDER Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agong KEADILAN meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin — bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak bukan - bukan. Laporan yang di siarkan pada 10 Disember 2010, di link http://www. Pertama sekali saya tidak pasti apa maksud YB Setiausaha Agong dengan minta che'GuBard jangan buat yang bukan - bukan ? Saya mohon YB Setiausaha agong jelaskan. Kedua saya berasa hairan, bila kita tampil bertanya kepada JPP atau menghantar persoalan kepada JPP, yang tampil ke depan menjawab ialah YB Setiausaha Agong, tetapi bila tak boleh menjawab bila ditanya butiran lengkap YB Setiausaha Agong akan jawab tak apa kita serah pada JPP..... apakah ini ? Ketiga undang - undang keadilan apakah ini ? Yang diadukan antaranya ialah kepincangan JPP dan JPP diserahkan untuk menyiasat ? Keempat beban membuktikan tergalas 100% ke bahu pengadu dan seolah pengadu sendiri perlu menyiasat dan membuktikan.... kita bayangkan aduan dibuat kepada SPRM kerana rasuah orang tertentu dan SPRM pula minta kita siasat untuk buktikan ? Aduan seharusnya diambil bagi memulakan kes dan siasatan harus dibuat termasuk memanggil pengadu. Kelima ingin saya jelaskan saya selaku Penyelaras Kempen che'GuBard dan rakan - rakannya dalam Pemilihan KEADILAN 2010 dalam pengetahuan saya telah lebih dari satu surat dihantar kepada pihak pusat sama ada JPP, Presiden mahupun Setiausaha Agong sendiri, namun sehingga kini satu pun tidak berjawab. Surat aduan yang terakhir menyenaraikan beberapa aduan kes 'spesifik' yang harus dijawab. Keenam, ramai sudah mula menyatakan memang ada kelemahan dan ada unsur tidak sempurna. Namun sebenarnya ia melibatkan penipuan bukan kelemahan. Kami mahu tindakan siasatan oleh badan bebas dan jika terdapat kesalahan tentu ada yang harus dihukum. Saya menyokong tindakan che'GuBard dengan menolak semua perlantikan jawatan kerana jika menerima lantikan maka ia dilihat bersekongkol dengan kabinet yang dibentuk secara penyelewengan demokrasi. Tindakan ini seharusnya dilihat dengan aspek positif kerana dalam KEADILAN ada suara anak muda berani menegakkan keadilan demi menjamin proses demokrasi telus. Jauh dari itu ini bukan persoalan jawatan tetapi persoalan ketelusan. Saya dan teman-teman juga sayang parti ini, kerana sayanglah kami tegas dalam membaiki dan menangani sebarang penyelewengan demokrasi dalam parti. Zulkifli Ibrahim bekas Exco AMK Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Mengapa utusan meloya padam cerita Altantuya Posted: 13 Dec 2010 05:21 AM PST Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan mengenai 'pendedahan Wikileaks' bersabit tuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun cuba menutup isu mengenai kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu, sepertimana yang turut didedahkan laman itu. Anwar Ibrahim dalam laman twitternya mencabar pihak yang memfitnahnya, yang merujuk kepada tindakan Utusan, supaya tampil mengemukakan bukti. Malah Anwar mempersoalkan mengapa hubungan Najib dan Altantuya dipadamkan berdasarkan pendedahan yang sama dalam WikiLeaks, yang kemudian dilaporkan oleh akhbar Australia, The Sydney Morning Herald. Muka depan Utusan, akhbar milik Umno hari ini turut menyiarkan komen pegawai dan pemimpin Singapura serta agensi risikan Australia untuk memberi gambaran bahawa Anwar bersalah. Walaubagaimana pun Utusan memadamkan laporan WikiLeaks yang menyatakan Anwar 'menjadi mangsa perangkap' yang dipasang kerajaan Umno-Barisan Nasional, berdasarkan maklumat yang dikongsi perisikan Singapura- Australia. Utusan juga tidak melaporkan pendedahan WikiLeaks mengenai kenyataan pegawai diplomatik Singapura yang menyifatkan Najib sebagai pemimpin oportunis dan kemerosotan Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution berkata, maklumat yang didedahkan WikiLeaks bukan seratus peratus betul dan menggesa rakyat di negara ini meneliti secara keseluruhan maklumat lain. "Salah seorang pegawai diplomatik negara itu, Bilahari Kausikan dalam satu mesyuarat pada September 2008 memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Cheney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura," kata Saifuddin. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan