shalehudin |
- Tahniah Umngok
- Betina bodoh
- Geng kopiah tinggi
- Semuanya angkara Umno
- Pakatan Rakyat tak hargai BLOGGER?
Posted: 03 Dec 2010 10:13 AM PST Apa lagi agaknya pilihan yang rakyat terbanyak ada selain dari jatuhkan saja kerajaan penindas rakyat... Umno-BN dari takhta kuasa. Apa lagi dolak dalik kerajaan korup Umno-BN yang mahu disuapkan pada rakyat bagi menghalalkan rampokan duit poket rakyat marhaen di negara tercinta ini. Nahhh... ini lah balasan yang rakyat dapat hasil dari kepercayaan yang telah rakyat berikan pada kerajaan Umno-BN pada PRU ke12 yang lalu. Ini saja habuan yang Mak Cik dan Pak Cik felda dapat hasil dari bertungkus lumus menang Umno-BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Kenaikan 4-dalam-1 menyaksikan dimana harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi, sesuatu yang begitu sinonim dengan Umngok APCO ini, iaitu BN = Barang Naik. Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU). Tahniah orang orang Umno semoga korang semua Bongok sebongok Umngokk... |
Posted: 03 Dec 2010 06:12 AM PST BETINA SIAPALAH YANG BODOH TIADA AKHLAK KELUAR TV SEMALAM Oleh: WFAUZDIN NS AKU tidak tahu betina mana yang bercakap dalam TV semalam. Aku andaikan macam GRO je sebab dari segi bahasanya tidak langsung menunjukkan ciri-ciri wanita yang baik. Memang pakai tudung, tapi ujung rambut terjelir keluar di atas kepala, dan yang peliknya mahu bercakap seperti `Ustazah'. Betina ini menggelarkan DS Anwar pengkhianat dan minta DS Anwar pulangkan balik segala anugerah yang beliau perolehi. Inilah kali pertama aku lihat betina ini di muka TV, dan mungkin itulah satu cara baginya untuk mendapat `glamour' sedikit walaupun kelihatan bodoh. Paling bodoh, di dalam sebuah akhbar menyebut DS Anwar adalah Utusan Syaitan. Yang aku tahu Utusan Syaitan sudah lama wujud iaitu Utusan Meloya. Tiada hujah langsung yang boleh kita pakai dari percakapan betina ini. Jika betul-betul mahu tunjuk betina atau jantan, cabar saja DS Anwar berdebat, biar rakyat nilaikan siapa yang benar. Bukan bercakap depan TV seperti pertunjukan raja lawak yang bodoh itu. Aku tak tahulah samada dia ini dari PERKASA ke atau perkosa mahupun dari perkasam, tetapi yang jelas cakapnya sebijik meniru modal Zahrain katak. Aku terbaca Tweeter dari DS Anwar, beliau kata tidak mahu layan isu yang disebutkan oleh betina jalang ini. Lagi pun, di Parlimen semalam DS Anwar sudah jelaskan semuanya. Kesihan aku tengok media-media sekarang. Mereka kehabisan modal, betina seperti ini pun laku untuk keluar di depan TV. Kalaulah betina ini ada jantan, malang sungguh jantannya kerana dapat betina mulut jalang seperti ini. |
Posted: 02 Dec 2010 06:00 PM PST Songkok Tiga Jengkal Tiada Makna Di Sisi Tuhan "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," "Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Klik di sini |
Posted: 02 Dec 2010 04:00 PM PST Tanah Melayu terhakis angkara Umno — Idris Ahmad Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara. Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno. Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16 per cent. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu. Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu: Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44 per cent tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2 peratus setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30 peratus sahaja. 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu. 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang. 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno. Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura. Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak Nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing. 217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat. Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat". — harakahdaily.net |
Pakatan Rakyat tak hargai BLOGGER? Posted: 02 Dec 2010 02:00 PM PST Notis perletakan jawatan Presiden Blogger PAS Negeri Perak Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan jawatan sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari. Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan. Salam dan terima kasih. Radens ALB |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan