AdukaTaruna |
Blog UMNO-APCO mengatasi blog rakyat? Posted: 02 Dec 2010 10:16 PM PST Oleh : AdukaTaruna Bukan nak syndrome nafi. Tapi cari pembolehubah. Apa pun, kita tetap ucap tahniah kepada UMNO dan bunyikan loceng kecemasan untuk pihak blogger rakyat. Pembolehubah 1. Gua main agak jer nih. Bukti takda, dan ilmu bab benda alah ni pun takda. Peningkatan blogger UMNO dan penyusutan blogger rakyat bermula dengan hampir kesemua blog rakyat diserang malmware tupperware apa ntah. Sampai Wak Banjar tukar blog. Gua ingat ujian peluru berpandu pakar upahan UMNO dari India la. Bokepstudio apa ntah. Sampai skang ni, gua terkial-kial nak buang. Last2 jadi Melayu. Lantak la. Hahaha. Nak minta tolong uma, lu tahu la dia skang ni. Sejak mengamalkan ilmu cakar harimau ni. Payah bai. Pembolehubah 2. Zaman facebook. Blog atau internet adalah wadah golongan muda. Ianya melonjakkan sokongan muda terhadap BR semasa PRU12 dulu dengan blog as platform. UMNO still ketinggalan. Time tu, word blog paa UMNO ialah bahan binaan pembangunan. Kemuncak blog ialah pasca PRU12. Macam cendawan. Dikuasai rakyat. Tukar tiub, Penarik Beca, MSK, Topeng Perak, Pink Turtle. Lepas tu tak zaman dah blog. Lu tgk la blog Topeng. Dah macam sarang ular. Tapi lu tengok FB dia. Macam mahligai. Pembaca gua pun kebanyakan komen artikel gua yang auto aplod dalam FB. Kena kutuk pasal pakai seluar slack baju letak dalam pun dalam FB, menega T Shirt pun guna FB. Skandal Manjung Mari dengan bini orang kenamaan Pahang pun dalam FB. Kah3... Cuma gua selesa blog sebab gua jenis taip panjang2. Taip panjang2 kat FB gua tak masuk jiwa lagi. Pembolehubah 3. Carta blog UMNO tu diambil ketika isu PKR panas. Mesti la semua baca sudut UMNO. Sebab sudut rakyat tak ramai yang jentik PKR. Cuba ambil time PAU plak. Pemilihan Agung UMNO. Pembolehubah 4. Kekerapan update. Blogger UMNO kebanyakan dibayar. Blogger rakyat plak ikut masa terluang. Kena cari nasi untuk anak isteri dulu. Tu blom bayar bil air lagi. ISA takpa.. dia update sambil bayar bil air. Advance tahap dewa dah tu bai. Tak boleh ikut kita. Lu tengok ketika BlogPriaMalaya dalam keadaan rajin update. Rank naik menggila. La ni, ketika dia gagal untuk menjadi tahap rajin update, menjunam. Gua tak tahu apa masalah priamalaya. Dia kata Disember nak wat penjelasan kepada kejadian dia. Ada masalah kongsi bro. Lu kena ugut ke? Kongsi sini. Tak payah goyang la. Insyaallah. Takan nak mati atas katil? Hina bai. Pembolehubah 5. Bantuan promosi dari media perdana. Media perdana banyak memetik blog UMNO adalah salah satu pembolehubah dalam hal ini. Lu sendiri tahu la rank blog gua bila media UMNO promosi blog gua kejap dulu. Ada hikmah gak tu. Banyak yang selongkar tulisan2 gua yang dulu. Tak terima takper. Tapi sebenarnya gua dah implan sudut idea tu dalam memori dia. Insyaallah, berguna nanti tu. Ngeee... Penutup. Tahniah UMNO. Parpu Kari punyalah bangga. Siap hina lagi blog UMNO yang lain. Hahaha. Tahniah bro. Buat yang tinggalkan blog dan fokus FB, harap, janganlah perkecilkan audien blog, walau kita tahu ianya semakin luput. At least ada gak saki baki audien yang tinggal. Wallahualam. |
Kenapa Allah tidak sunnahkan demokrasi undi? (2) Posted: 02 Dec 2010 08:01 PM PST Oleh : AdukaTaruna Memula sekali, gua guna istilah DEMOKRASI UNDI. Gua speksifikasikan. Gua tak sebut demokrasi suara, demokrasi kajian dan macam-macam lagi. Lu boleh dakwa pemerintahan Muhammad saw mendapat persetujuan penduduk. Tapi, bukan secara undi terbuka. Katakan satu kampung ada 10 orang. 8 bodoh, 2 kurang bodoh yang menjadi ketua. Zaman tanpa undi, jika ketua sudah setuju, yang bodoh, hanya mengikut. Dah nama bodoh, mana berani, dan tahu cara melawan. Tiada kaedah yang disediakan. So, bila hampir kesemuanya setuju, bolehkah lu kaitan dengan hujah demokrasi undi? Cuba lu kembali zaman silam tersebut, dan minta setiapseorang penduduk Madinah, atas 21 tahun undi sama ada Muhammad saw jadi pemimpin atau tidak? Kita sediakan kaedah untuk orang bodoh dan orang pandai memilih, di mana keputusan diambil dari kelompok terbanyak. Lu tengok bagaimana pembolehubah itu berfungsi. Sekali lagi, kita bercakap mengenai demokrasi undi. Bukan demokrasi total. Pilihan yang kita ada. Gua tak suruh pun kita tinggalkan satu-satunya pilihan yang ada pada kita ini. Gua just share kemungkinan sebab-sebab Allah tidak sunnah satu sistem sebegitu. Walau lu dakwa zaman Muhammad saw, sekian dan sekian, itu hanyalah mengaitkan secara bau-bau bacang dengan istilah demokrasi. Tetapi, tidak satu zarah pun hujah yang boleh mengaitkan mengenai demokrasi undi. Setakat yang kita saksikan, sejak zaman Muhammad saw yang dibenarkan kemenangan (zaman nabi2 lain tidak menang kecuali Sulaiman yang mewarisi dari ayah), tidak ada satu pun yang melalui demokrasi undi. Yes, gua setuju, demokrasi undi adalah satu platform awal, tetapi, sunnahnya, seolah-olah, perubahan itu berlaku melalui revolusi yang terbentuk lama atas tajuk demokrasi. Tetapi bukan demokrasi undi. Zaman kebangkitan Perancis tidak melalui demokrasi undi. Zaman khalifah tidak melalui demokrasi undi. Kejayaan Revolusi Islam Iran tidak melalui demokrasi undi. Indonesia tidak melalui demokrasi undi. Taksin tergolek anjing tidak melalui demokrasi undi. Allah menunjukkan satu-satu kejayaan itu tidak ada kena-mengena dengan golongan bodoh dan lemah. Ianya hasil dari golongan cerdik dan kuat. Ini format alam yang Allah create. Allah seolah-olah enggan menjadikan satu-satu perubahan itu berlaku hasil berkumpulnya orang bodoh, pemalas dan lemah. Ianya lari dari kalam Allah, lari dari sunnah Allah yang mengatakan perubahan itu berlaku kerana Allah mengubah atas usaha golongan yang gigih, cerdik, bersungguh2 dan kuat. Kemudiannya, kemanisan, kebaikan dan faedah hasil kemenangan itu, barulah dikongsi bersama, termasuk golongan paling banyak, yakni golongan bodoh dan lemah. Setuju undi demokrasi dilaksana selepas pembinaan masyarakat cerdik. Sunnahnya ialah perubahan itu berlaku hasil usaha manusia yang mahu berusaha. Bukan melalui berkumpulnya hasil pensel golongan bodoh. Alatnya ialah sistem itu. Alat boleh berubah dan berubah. Asalkan baik kepada lebih baik. Kaizen. Jika masyarakat cerdik, dan ketika itu datang satu sistem yang lebih baik menggantikan demokrasi undi, maka, mudah untuk berubah. Tak perlu revolusi. Hamas menang PRU akibat demokrasi undi. Ya, memang benar. Pertama, isunya di sini, berapa lama Hamas berusaha membentuk masyarakat cerdik? Di mana usaha-usaha Hamas itu bukan demokrasi secara total. Sebaliknya bercampur-campur. Hamas memiliki ketenteraan sebelum kemenangan melalui pilihanraya, dimana, dalam konsep demokrasi, pemenang hasil undi yang layak memiliki ketenteraan. Yang keduanya, atas pelbagai faktor, Gaza telah berjaya membentuk masyarakat cerdik lebih ramai dari masyarakat bodoh. Jadi, hasilnya, kemenangan Hamas itu ialah hasil berkumpulnya undi golongan cerdik. Contoh lainnya Kelantan. Atas pelbagai faktor, seperti nisbah sekolah pondok (pendidikan independent) yang banyak per jumlah rakyat Kelantan, dan sebagainya, menyebabkan perubahan itu berlaku melalui undi. Jadi, ketetapan itu diizinkan Allah kerana tidak melanggar format alam. Ianya hasil berkumpulnya golongan cerdik. Tidak stabil. Kemenangan hasil kuasa terbanyak tidak stabil. Ianya membuka ruang2 ekploitasi. Jika masyarakat Kelantan atau Gaza berjaya menjadi cerdik pun, dan sistem menetapkan kuasa diserahkan kepada golongan yang ramai, ianya tetap mengundang padah. Tidak stabil. Ini kerana cerdik itu hidup dan tumbuh. Ianya tidak statik. Cerdik dahulu setakat boleh cipta kereta. Cerdik terbaru sudah boleh terbang ke bulan. Dalam masyarakat cerdik, kelompok cerdik konvensional pasti ramai dari kelompok super cerdik tajdid. Ianya tidak stabil. Kelompok teramai cerdik konvensional akan mudah dieksploitasi. Lebih baik sistem seperti Arab Saudi. Ya, memang benar sistem Arab Saudi itu sistem yang bodoh. Tetapi, hanya kelompok yang benar-benar kuat sahaja, yang dipilih oleh Allah, yang dibantu Allah, berjaya membuat perubahan. Jadi, kemenangan selepas itu sangat stabil. Sekali lagi, kita story pasal demokrasi undi. Apa pun, apakah pilihan yang kita ada di Malaysia? Guna sahaja demokrasi undi sehinggalah Allah takdirkan satu revolusi rakyat. Gua tak fikir BN ditumbangkan melalui demokrasi undi. Satu lagi yang gua nak share, kalaulah doa Ostad Fadhil mengenai usia TDM dimakbulkan, gua rasa revolusi rakyat di Malaysia sudah hampir. Kerana TDM pun sudah tua. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan