Jumaat, 24 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


MEMALUKAN: Indeks Demokrasi: Malaysia tercorot di belakang Namibia, Timor Leste!

Posted: 24 Dec 2010 07:45 PM PST



Versi KeadilanDaily

Malaysia ketinggalan di belakang Namibia, Papua New Guinea dan Timor Leste dari segi perkembangan demokrasi, demikian dapatan satu indeks demokrasi yang dikeluarkan majalah bisnes antarabangsa, The Economist.

Kajian itu mengukur perkembangan atau pun kemerosotan demokrasi di negara-negara dunia dari tahun 2008 hingga 2010, berdasarkan lima kriteria utama iaitu suasana budaya politik, penyertaan politik, fungsi kerajaan, pluralisme dan proses pilihan raya, serta kebebasan sivil.

Negara-negara yang diindekskan pula dikategorikan kepada negara-negara demokrasi penuh, demokrasi 'cacat', rejim campuran, dan rejim autoritarian.

Malaysia, yang tergolong dalam kategori negara yang mengamalkan demokrasi 'cacat' menduduki tangga ke-71 daripada 167 negara yang dikaji, turun tiga anak tangga berbanding dua tahun lalu.


(Demokrasi ala Umno: Kumpulan GAPS (gabungan Umno+PERKASA) bebas berdemo dan berarak 3 Disember lalu tanpa dihalang dan dikasari polis, namun kumpulan yg membantah air SYABAS diperlakukan sebaliknya..boleh rujuk di SINI...)

Malaysia juga tergolong dalam 36 negara yang mengalami kemerosotan dari segi kebebasan media bersama Fiji, Sri Lanka dan Thailand.

"Pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan sivil adalah syarat penting untuk demokrasi. Namun kedua-duanya tidak cukup untuk demokrasi penuh serta bersepadu seandainya ia tidak disokong oleh kerajaan yang cekap dan telus, penyertaan politik yang mencukupi serta budaya politik yang sihat.

"Membina budaya demokrasi yang kukuh bukan tugas yang mudah. Dalam negara yang telah lama mengamalkan demokrasi sekali pun, demokrasi akan pudar jika ia tidak dipelihara dan dipupuk.

"Pemusatan pemilikan media juga menjadi punca meningkatnya impak negatif dalam kepelbagaian pandangan dan kebebasan bersuara," kata laporan tersebut.

Edisi penuh laporan tersebut boleh diperolehi dengan mendaftar di laman www.eiu.com

Versi MerdekaView

Indeks demokrasi: Malaysia jatuh 3 tangga, ke-71 di dunia

Malaysia jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan 71 dalam indeks demokrasi, antara 167 negara di dunia ini, menurut laporan Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini. Daripada lima kateria penilaian, Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebebasan sivil, meskipun meningkat dari segi fungsi kerajaan.

Laporan indeks demokrasi yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit ini menunjukkan kemunduran demokrasi di merata dunia dari tahun 2008 hingga 2010. Negara Barat mahupun Timur mengalami impak dari faktor ekonomi, lantas negara diktator semakin sempit ruangnya, malah menunjukkan kecenderungan politik negatif yang semakin nyata berikutan krisis ekonomi.

Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-68 dengan purata 6.36 mata, menurut penilaian kedua Economist Intelligence Unit. Dua tahun selepas itu, mata purata yang dipungut Malaysia menurun 0.15 kepada 6.19, membawa negara kita ke tangga 71.

Lima kategori yang dinilai termasuk proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengekalkan prestasi dalam kategori proses pilihan raya dan pluralisme (6.5) dan penyertaan politik (5.56).

Bagaimanapun, prestasi Malaysia meningkat dalam kategori Fungsi Kerajaan, melonjak dari 6.07 pada tahun 2008 kepada 6.79 pada tahun 2010. Tetapi, Malaysia jatuh dari segi budaya politik, 7.5 pada tahun 2008 kepada 6.25 pada tahun 2010. Kebebasan sivil juga memperlihatkan penurunan 0.3, dari 6.18 tahun 2008 kepada 5.88 pada tahun 2010.

Kebebasan media: Malaysia berundur

Apa yang menarik, laporan Economist Intelligence Unit menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah dari segi kebebasan media. Hanya empat buah negara Asia tersenarai dalam kategori ini, iaitu Fiji, Sri Langka dan Thailand, selain Malaysia.

Laporan menjelaskan faktor yang menjurus kepada pengunduran dari segi kebebasan media - banyak kerajaan yang merasakan dirinya tergugat akibat krisis kewangan tahun 2008, lantas mengetatkan kawalan media dan menyekat kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, kadar penggangguran yang meningkat pula menjuruskan sikap pengamal media untuk "lebih berwaspada", supaya tidak kehilangan kerjayanya.


(Mengapa parti Umno/BN tidak berani mengeluarkan media (akhbar) sendiri? kenapa perlu menzalimi harta rakyat dgn memperkuda media perdana?..ternyata Umno tidak layak bersuara ttg keadilan dan demokrasi..)

Tidak dinafikan juga bahawa trend pemusatan pemilikan media semakin ketara, dan membawa impak negatif kepada kemajmukan dan kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, negara diktator yang semakin kuat akan menyekat dan menekan media yang bebas. Lebih ketara, serangan terhadap pengamal media bebas juga semakin meningkat.

Negara Eropah Utara berada di depan

Negara yang tinggi indeks demokrasi-nya kebanyakannya tertumpu di Eropah Utara, dengan Norway pada kedudukan tertinggi, disusuli Iceland, Denmark dan Swedan. Negara lain yang berada dalam kedudukan 10 tertinggi di dunia termasuklah New Zealand (5), Australia (6), Finland (7), Switzerland (8), Kanada (9) dan Netherlands (10). Negara demokrasi terbesar kononnya, Amerika Syarikat berada pada tangga ke-17.

Antara negara Asia pula, Korea Selatan berada pada kedudukan tertinggi, iaitu ke-20, diikuti Jepun (22) dan Taiwan (36), yang juga jatuh tiga anak tangga seperti Malaysia. Di negara Asia Tenggara pula, Timor-Leste berada pada kedudukan tertinggi, meningkat lima tingkat dari 47 pada tahun 2008 kepada 42 pada tahun 2010.

Jika dibandingkan dengan negara jiran Malaysia pula, Thailand jatuh dari kedudukan 54 kepada 57, Indonesia pula meningkat secara mendadak dari 69 kepada 60; sementara Filipina melonjak dari 77 kepada 74, ketinggalan tiga anak tangga berbanding Malaysia. Singapura kekal pada kedudukan 82, dan tidak mengalami sebarang naik turun dalam setiap kategori yang dinilai.

Pengunduran demokrasi

Menurut laporan Economist Intelligence Unit, gelombang demokrasi global ketiga yang bermula sejak tahun 1974 mencapai kemuncaknya ketika runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Namun demikian, 167 buah negara di merata dunia mengalami democracy recession, yang dikatakan Larry Diamond dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Kini, situasi di seluruh dunia digambarkan sebagai "democracy retreat", malah laporan mendakwa krisis kewangan tahun 2008 menonjolkan lagi trend politik yang sudah begitu negatif pada asalnya.

Menurut perhitungan Economist Intelligence Unit, hanya 26 buah negara dianggap negara demokrasi yang sebenar, daripada 167 buah negara. Populasinya hanya 12.3% daripada populasi dunia. Terdapat 53 negara yang demokrasi tempang, dengan nisbah populasi 37.2%. 33 negara berada dalam keadaan campuran dengan nisbah populasi 14% dan 55 negara diktator, dengan populasi 36.5%.

Seandainya negara yang mengalami ketempangan dalam demokrasinya disenarai dalam kategori "negara demokrasi", maka hampir 50% populasi dunia masih berada dalam zon demokrasi. Namun, terdapat 2.5 bilion orang penduduk, iaitu lebih daripada satu pertiga umat bumi yang masih berada di bawah kuku besi diktator - sememangnya, negara China memberi sumbangan yang tidak kurang dalam hal ini..



"Kami diugut kerana sertai Parti Keadilan Rakyat" - Bekas ahli Umno

Posted: 24 Dec 2010 05:48 PM PST



KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar parti.

Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang mula berani memperjuangkan hak mereka.

"Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan pihak Umno BN.



"Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan," katanya kepada Keadilan Daily.

Isa yang juga anggota Umno sejak lebih 30 tahun lalu turut memberitahu bahawa sesuatu yang menghairankan apabila banyak bantuan yang sepatutnya mereka terima selama ini langsung tiada terutamanya kepada warga miskin dan ibu tunggal.

"Berpuluh-puluh tahun hak kami diabaikan dan apabila kami siasat, hanya kroni tertentu sahaja yang menerimanya sedangkan banyak lagi ibu tunggal dan warga emas di kawasan ini dinafikan hak mereka," jelasnya.

Kumpulan itu meninggalkan Umno pada pertengahan Disember lalu dan menyertai KEADILAN dengan borang mereka diterima sendiri oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain.

"Itu hanya permulaan dan ratusan lagi ahli Umno BN akar keluar parti secara senyap-senyap selepas ini kerana beberapa penduduk terus diugut jika mengisytihar keluar Umno secara terbuka," katanya.

Menurut Isa, Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 3,000 dengan lebih 75 peratus daripadanya bersedia menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Berpuluh-puluh tahun kami bersabar dan menderita dan sudah tiba masanya kami bangkit untuk mempertahankan hak kami sebagai mana yang dijamin dalam perlembagaan.

"Merupakan hak kami selaku warga Malaysia untuk memilih parti yang kami sukai dan yakin mampu memperjuangkan hak kami lagipun demokrasi membenarkan ia berlaku," kata Isa.

Menurut rekod, Telok Pelanduk diasaskan oleh Abdullah Tir yang juga merupakan Datuk kepada Isa. - www.keadilandaily.com

"UBAH SEKARANG": Anak pemimpin vateran Umno, Tan Sri Khir Johari sertai DAP..(video inside)

Posted: 24 Dec 2010 01:15 AM PST



Khir's son makes Pakatan debut

KEPALA BATAS: The son of former Umno stalwart Tan Sri Khir Johari made his debut at the Pakatan Rakyat convention here after joining the DAP a few months ago.

Foray into politics: Zairil stressing a point during the Pakatan convention at the Dewan Millennium in Kepala Batas Sunday.

Zairil Khir, 26, the chief executive officer of RND Chocolate Labs Sdn Bhd, said: "This party stands for the multi-racialism envisioned by our first prime minister, Tunku Abdul Rahman."

His father, who died four years ago, had served in the Cabinet under three prime ministers – Tunku, Tun Abdul Razak and Tun Hussein Onn.

Zairil said: "My father did not force me to join any political party – his only advice was for me to always do what's right."

He added that his family, including his 22-year-old brother and mother, Puan Sri Christine Khir Johari, had given their blessings for him to join DAP.

He said he decided to get involved in politics to carry on his father's legacy. - The Star

p/s: Berikut pula adalah rakaman ucapan Zairil Khir Johari semasa sesi perbahasan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 19-12-2010...



INFO TAMBAHAN: Siapa bekas s/u agung Umno, Allahyarham Tan Sri Khir Johari ini??
"..Dalam banyak-banyak kementerian yang diterajui oleh beliau, Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi. Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular.

Pada tahun 2005, Utusan Melayu telah terkubur dan pihak kerajaan terpaksa menghidupkannya kembali dengan tajaan dari pihak-pihak tertentu.."
Baca seterusnya dalam sumber Wikipedia.org di SINI...

Memetik sumber dari Tranungkite Dot.Net:
"Salah seorang anak perempuan Khir Johari, JJJ yang tidak tahu membaca jawi dan Al-Quran telah diberi pertunjuk oleh Allah. JJJ telah berjumpa seorang ustaz dan meminta diajarkan jawi dan Al-Quran. JJJ mengakui bahawa kejahilan dan buta jawi serta Al-Quran nya adalah angkara bapanya sendiri Tan Sri Khir Johari, semasa berkuasa sebagai Menteri Pelajaran Malaysia.

JJJ bernazar jika dia berjaya membaca jawi dan Al-Quran dia akan menunaikan umrah. Alhamdulillah dengan usaha gigih dan bantuan Allah kini dia telah boleh membaca jawi dan Al-Quran dan telah sempurna menunaikan umrah..."
Ya, pada penyokong parti ketuanan Melayu Umno, ingat, parti andalah yg bertanggungjawab dalam mengahpuskan tulisan jawi, bukan Pakatan Rakyat, bukan Lim Guan Eng, bukan DAP..tetapi dasar ketuanan Melayu Umnolah yang mengkuburkan tulisan jawi yang berkait-rapat dengan Bahasa Arab, Al-Quran dan ISLAM....sila ingat fakta sejarah ini dan sebarkan...wallahua'lam...

sumber gambar: Minaq Jinggo

Tiada ulasan: