Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

sumber :-

MIMPI SENJA


Farid Ridzuan TV3suku dipinjamkan ke Jab Perdana Menteri

Posted: 24 Dec 2010 08:23 PM PST

MS : hahahaha kerja APCO dah kurang baik, jadi Najib ambik pula kaki ampu ni masuk JPM, yang yang kononnya nak menjaga konsep 1Malaysia ... (yang didakwa BUKAN Apco yang buat). Hahaha kencing dan kencing lah najib, tak dak sapa yang boleh sentuh apa yang hang buat, semua betul semua ORI, tak der yang ciplak ... itu lah Perdana Menteri aku - kaki kencing ... wakakaka ...
Kenapa pula najib ambil org luar, kenapa tak ambik MP2 dia yg belambak tu?
Huhuhu Ini menunjukan MP2 UmNO tu hanya pandai melalak dalam Parlimen saja ...
Dulu Idris Jala, Jamil Khir dan kini Farid ... ni semua kaki bodek kaki ampu ... kaki kipas ... ooopppsss sekarang org tak pakai kipas, sekarang dah guna aircond dah, lagi sejuk .... hahahaa
Tapi apa-apa pun seperti kata TMI ni, PRU13 dah semakin hampir, najib tak nak tunggu lagi, kalau lagi lama dia tunggu, lagi teruk umNO, silap-silap padam terus ... Insyaallah
Dec 25 — Umno-linked Media Prima Bhd's television chief Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan has been seconded to the Prime Minister's Department effective January 1, fuelling speculation of snap polls next year.

The Malaysian Insider understands that Farid is taking along five television executives with him for the secondment which is related to Datuk Seri Najib Razak's 1 Malaysia concept.

"The full-time secondment is temporary and upon completion of the assignment, he is expected to return to assume his role in the company," said Media Prima group managing director Datuk Amrin Awaluddin in a statement yesterday.

Amrin said that Ahmad Izham Omar, the current executive director of 8TV, CEO of Alt Media and head of Media Prima Radio Networks (MPRN), will replace Farid effective January 1.

"He will also assume the role of chief executive officer of Primeworks Studios Sdn Bhd, reporting to the group managing director," said Amrin, adding that Izham would relinquish his position as heads of MPRN and executive director of 8TV.

In an internal memo, Media Prima named the five executives following Farid as Noor Amy Ismail, Noor Syazwani Abdul Rahman, Nurul Asyikin Ab Aziz, Nasir Taff and Eddy Sulaiman.

"Farid is an experienced advertising and media executive and that will count in working on the 1 Malaysia concept," a Media Prima editor told The Malaysian Insider.

The prime minister's 1 Malaysia concept has come under fire from political foes Pakatan Rakyat (PR), who accuse Najib (picture) of using public strategist APCO Worldwide's previous campaign for former Israeli prime minister Ehud Barak called One Israel.

Najib has denied the claims, saying he thought of the concept which is also the name of his blog before he became prime minister in April 2009.

Parliament suspended opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim for six months last week over his claims that 1 Malaysia is a carbon-copy of One Israel. Anwar changed his tack yesterday by saying his taunt was about accountability in giving the public relations contract to APCO which he claimed was linked to undemocratic regimes.

In what was seen as a response to Anwar's suspension, The PR government in Selangor banned the 1 Malaysia logo in all billboards in the state this week, raising an outrage among Barisan Nasional (BN) lawmakers.

Despite the furore, it is learnt that Farid and his team will work on the concept that includes the tagline "People First. Performance Now." which former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said remains confusing to the people at large.

Farid is the second professional roped into the Najib administration in the last few months. Former Reuters Malaysia correspondent Abdul Jalil Abdul Hamid was seconded from the Securities Commission (SC) to join the prime minister's national communication team.

The team works on messaging and communication for the entire government and has been active in ensuring positive reports in the local and international media, a role once outsourced to APCO Worldwide.

The slew of appointments and postponement of elections within the ruling Barisan Nasional (BN) parties have ramped up talk of snap polls next year.

The Malaysian Insider reported earlier today that Najib met his counterparts from other BN parties last week to discuss preparations for the polls. The BN has a mandate until May 2013

The Umno president remains popular among the people, scoring a 69 per cent approval rating in a recent Merdeka Center survey, just down from 72 per cent in a previous survey. The dip was attributed to recent price hikes after the government cut subsidies for fuel and sugar.

Umno has toned down its race rhetoric while a BN convention was held recently to chart the ruling coalition's strategies ahead of elections.

BN lost its traditional two-thirds parliamentary majority in Election 2008, and Najib, who became prime minister after Tun Abdullah Ahmad Badawi was pressured to resign, is understood to be keen on winning his own mandate.

The ruling federal coalition has won only five out of 13 by-elections held since the March 2008 general elections but is expected to retain the Tenang seat against PAS, which will represent Pakatan Rakyat (PR) in the January 30 vote. - TMI

Larang pamer gambar MB Azizan di sekolah-sekolah

Posted: 24 Dec 2010 07:01 PM PST

Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

"Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

"Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

"Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

"Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka," katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

"Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

"Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. - Sinar Harian
MS: Aku tak tau nak kata apa lagi dah pada Umno haramjadah ni, sampaikan gambar MB pun tak dibenarkan digantung disekolah-sekolah. Apa yang aku boleh kata Umno ni dah terdesak sangat-sangat, segala-galanya dia takut. Katanya politik tak sepatutnya dibawa ke sekolah, tapi arahan ini bukan kah bersangkutan denga n politik. Apakah ini arahan dari din sembab? ....

Dua beradik bersama pasangan bagai suami isteri

Posted: 24 Dec 2010 06:39 PM PST

Dua beradik peluk kekasih

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan," katanya - metro


Melacur untuk beli susu anak

KUALA LUMPUR - "Sejak bercerai dua tahun lalu, saya mula melacur dan duit itu saya gunakan untuk beli susu anak dan belanja rumah."

Bukan itu sahaja, malah Nora 30-an (bukan nama sebenar) memberitahu, dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperoleh pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira-kira RM3,000 sebulan.

Ibu kepada dua anak berusia di antara tiga dan lima tahun mendakwa dia terjebak dengan aktiviti persundalan selepas bergaul dengan pelacur asing yang turut menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu di sini.

Wanita yang mempunyai paras sederhana itu memberitahu, dia tidak perlu bersusah payah bekerja mengikut masa seperti di pejabat atau kilang kerana waktu kerja terserah kepadanya. - Kosmo

Antara tugas-tugas polis - Pukul Orang ...

Posted: 24 Dec 2010 08:14 AM PST

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.
Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini - Merdeka Review

Jangan perlekeh janji Pakatan - Khir Toyo

Posted: 24 Dec 2010 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Datuk Seri Dr Khir Toyo yang dihadapkan di mahkamah dua minggu lalu, hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) ambil iktibar kesilapan 2008 dan tidak memandang enteng janji Pakatan Rakyat – Program 100 Hari Buku Jingga yang diumum Ahad lalu.

"Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan.

"Saya berharap pisang tidak berbuah dua kali," kata bekas menteri besar Selangor ini (gambar) dalam tulisan terbaru blognya.

Ia dlihat komen terbuka pertama seumama itu selepas beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pertengahan bulan ini.

Dr. Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Sebahagian kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat ialah Program 100 Hari yang akan dilaksanakan jika memerintah kerajaan persekutuan.

Kata Dr Khir, sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM500.

Dr Khir berkata, terdapat kira-kira 400,000 guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius.

"Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi," katanya lagi.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Dr Khir menambah, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

Pemimpin Umno percaya jentera kerajaan terutamanya menteri "jaga makmal" boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri 'jaga letrik' mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

"Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat," kata beliau.

Dr Khir mendakwa menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan Rakyat sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan Rakyat berbanding BN yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif, yang sekali gus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."

"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan, namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?

"Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai, namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi," katanya.

Malah Dr Khir juga berkata, tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini.

"Ini akan memberi 'pukulan hebat' kepada BN," katanya lagi.

Beliau juga berkata, masalah BN lebih besar daripada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, katanya, BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji, sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan.

Tegas beliau, majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji Pakatan Rakyat.

"Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan," katanya.

Dr Khir menjelaskan BN harus datang dengan pelan yang meyakinkan majoriti rakyat.

"Kalau pun tidak seindah Pakatan, namun pelan BN jika baik dan cantik ia boleh mendapat kepercayaan rakyat kerana kemampuan BN telah terbukti," katanya lagi

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT