Khamis, 23 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


EDISI BONGKAR: Marina Mahathir antara penyokong kuat kumpulan 'Seksualiti Merdeka'?

Posted: 23 Dec 2010 12:15 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Seksualiti Merdeka (SM) adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia..'Seksualiti' merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara 'merdeka' adalah merujuk kepada 'kebebasan' (hak asasi)..

Festival yg berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur..kalau diluar, SM ini berbentuk seperti 'Gay Parade' di negara2 barat..



(Logo Seksualiti Merdeka (SM)..apa yg anda boleh 'baca' dari logo ini?..kebebasan 'mutlak' dan pergaulan tanpa mengira jantina dan seksual..)

Antara aktiviti/program SM ini adalah melalui perundingan, forum, bengkel, seni, teater, muzik, konsert, yang diadakan bersama antara NGO dan individu...


(Antara aktiviti2 'ilmiah' Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan penuh anak pemimpin negara..)

Perjuangan Seksualiti untuk golongan 'LGBT'

Melihat kepada 'pengenalan' tentang gerakan/kumpulan ini di dalam laman web rasminya, http://www.seksualitimerdeka.org, Seksualiti Merdeka adalah bermatlamatkan:
"Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."
Anda boleh baca seterusnya di laman web tersebut...dan jangan terkejut, video HOT yang anda menggemparkan negara baru-baru ini, berkaitan rakaman seorang Melayu-Muslim yang mengaku dan berbangga dirinya GAY adalah sebahagian daripada 'projek' kumpulan Seksualiti Merdeka!



Seperti apa yg tercatat pada 'status' video youtube di atas,
"Seksualiti Merdeka launches short videos featuring Malaysians telling young lesbians, gays, bisexuals and trangenders around the country not to despair: yes, it gets better. And it is possible to live honest, proud, fulfilling lives in Malaysia in spite of the situation."
Ya, perjuangan SM adalah untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan kepada golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) ini dikalangan masyarakat Malaysia..


(Marina Mahathir sewaktu melancarkan Seksualiti Merdeka tahun 2009..sumber...)

Siapa sebalik tabir Seksualiti Merdeka?

Dari penjelasan di atas, maka ternyata SM ini adalah salah satu kumpulan/festival 'haram' yang memperjuangkan hak asasi 'kaum' homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia..

Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik gerakan haram ini, terdapat tokoh Melayu-Islam yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak tokoh pimpinan negara, Marina Tun Mahathir...

Bukti beliau terbabit dengan acara dan festival ala barat ini boleh dirujuk pada laman web rasminya di SINI..dan ianya turut disahkan oleh sebuah lagi laman weblog di SINI..






Penutup..

Jika kita selama ini mengenali ayahnya (Tun Mahathir) sebagai seorang yang anti-gay (kerana memecat Anwar Ibarahim yg kononnya disabitkan dgn aktiviti songsang ini), maka jangan terkejut, jika anaknya sendiri (Marina Mahathir) adalah seorang penyokong kuat amalan homoseksual termasuk amalan gay..(apa reaksi penyokong fanatik Umno/Mahathir?)..

Untuk yg terakhirnya, jika entry ini tidak cukup menjelaskan kepada kita bahawa anak Tun Mahathir ini penyokong amalan homoseksual di Malaysia, artikel penulis terdahulu mungkin mampu membantu kita mengenali secara jelas kita siapakah sebenarnya Marina Mahathir ini..

Anda boleh saksikan artikel penulis pada tajuk "[Kemaskini] GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual!! (18SX)"...fikir2kan..wallahua'lam..


Bekas Setiausaha Umno cawangan dipenjara 10 tahun akibat rogol budak umur 15 tahun..

Posted: 23 Dec 2010 06:33 AM PST



Versi mymetro

Padah 'makan' bakal anak tiri

PETALING JAYA: Sepuluh hari sebelum bernikah dengan si ibu, seorang bakal bapa tiri 'durjana' tergamak merogol anak wanita itu yang berusia 15 tahun, lima tahun lalu.

Akibatnya, tertuduh, Hamdan Ahadluddin, 49, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mahkamah mendapati tertuduh yang membela diri sendiri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Hakim Rozina Ayob dalam penghakimannya berkata, isu utama berbangkit dalam pembelaan tertuduh berkaitan bukti alibi yang dikemukakannya di mahkamah.

"Tertuduh dalam keterangannya menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan dirinya berada di tempat kerja, bagaimanapun daripada keterangan saksi utama iaitu mangsa dan ibunya, mahkamah mendapati bukti berkenaan sebagai hanya penafiannya semata-mata dan bukan keterangan yang meyakinkan," katanya.


(Bekas KM Melaka pernah disabitkan dengan kes rogol budak bawah umur..boleh baca luahan nenek gadis mangsa rogol di SINI..)

"Pengecaman yang dilakukan mangsa serta keterangannya mengenai kesan koyak pada selaput daranya adalah konsisten dan disahkan pakar perubatan dan lebih meyakinkan. Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan ke atas kesalahan," katanya.

Bagi tuduhan pertama, Hamdan yang mendakwa dirinya sebagai bekas Setiausaha Umno cawangan Taman Aman, di sini, didakwa cuba merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Lembah Subang, kira-kira jam 2 petang, pada November 2004.

Manakala tuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa di lokasi sama seminggu sebelum Aidiladha, jam 2 petang 21 Januari 2005.

Versi Thestar

10yrs for man who raped daughter of woman he was going to marry

PETALING JAYA: He was all set to marry the woman but 10 days before the wedding, he raped her 15-year-old daughter.

Former Taman Aman Umno branch secretary Hamdan Ahadluddin, 49, was jailed 10 years and ordered to be whipped six times after he was found guilty of raping the teenager at her home in Lembah Subang on Jan 21, 2005.

The widower, who was a machine operator, was also sentenced to another six years in jail for attempted rape at the same house in November 2004.

His jail terms are to run concurrently from the date of his arrest on Feb 7, 2005. Sessions Judge Rozina Ayob also rejected Hamdan's application for a stay of execution pending appeal.

The girl lodged a complaint after her 45-year-old mother, an Umno executive secretary, found out about the rape. The wedding was promptly called off.

Hamdan would have been the third husband to the woman, a widow. It is understood that the girl, now 19, is a child from her first marriage.

Hamdan and the woman met after they worked at the same office and when they started going out, he visited her home several times and met the girl.

At the court Friday, DPP Shah Rizal Abdul Manan pressed for a deterrent sentence, saying that Hamdan's actions had traumatised the girl and ruined her life.

"She will remember this for the rest of her life," he said, adding that the court should send a clear message to society.

Pleading for leniency, Hamdan, who represented himself, urged the court to consider the fact that he was a first offender, a diabetic and was remorseful of his actions.

In sentencing Hamdan, Rozina said she found that the defence had failed to raise any reasonable doubt in the prosecution's case.

Rozina ruled that the defence was an "afterthought and mere denial."

She also held that Hamdan had failed to established his alibi although he said he was at his workplace during the time of the offences.

There was no evidence to support his contention on his alibi, the judge ruled. - The Star

p/s: Berita ni bulan lepas punya...mcm mana la penulis boleh terlepas pandang..media perdana tak heboh sgt pasal isu ni kot...kalau lah berlaku pada PAS, PR, laju bukan main...

Apa pun, entry ini dlm blog penulis ini adalah utk rujukan pada masa2 yg akan datang, utk peringatan kita yg masih hidup ini...yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan sempadan..takutlah Allah....wallahua'lam..


TERHANGAT: "Sumber Wikileaks dedah bekas Menteri BN rogol amah" - Rocky's bru

Posted: 23 Dec 2010 03:47 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Tatkala penyokong Umno heboh menjaja cerita fitnah dan aib terhadap adun PAS kononnya berkhalwat dan berzina, (telah dinafikan oleh yg tertuduh, baca di SINI), hari ini seorang blogger tersohor Umno mendedahkan mengenai seorang menteri Umno/BN telah merogol seorang amah warga Indonesia 3 tahun yang lalu...

Pendedahan ini adalah rentetan daripada isu yang didedahkan oleh laman Wikileaks, satu laman yang pernah mengaitkan PM Najib dengan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Syaaribuu..boleh rujuk pendedahan dahulu di SINI..(Najib bila nak jawab dan bersihkan diri?)



(Jika dahulu, Rocky's bru pernah mendedahkan skandal '1bilion' menteri BN, klik di SINI utk baca..kali ini beliau mendedahkan pula skandal rogol menteri BN..)

Apa yang ingin penulis highlightkan di sini ialah, cerita mengenai menteri rogol amah ini telah dahulunya diketahui oleh pemimpin tertinggi PAS tertentu semasa kejadian, namun atas sikap tidak mahu menghobohkan keaiban, disamping tiada bukti yg jelas, maka pemimpin PAS ini mengambil pendirian utk mendiamkan sahaja..

Ini diakui sendiri oleh blogger Syed Azizi Aziz atau juga dikenali sebagai Kikdefella, katanya:

"Berita itu saya terima sewaktu saya bersama seorang pemimpin tertinggi PAS dalam kenderaan rasminya di Kota Bharu pada tahun 2007. Pemimpin tertinggi itu menerima panggilan telefon dari seorang pimpinan Badan Bukan Kerajaan berkaitan pekerja Indonesia yang melaporkan secara terperinci insiden tersebut.

Sewaktu saya ke Indonesia, saya dipelawa wakil NGO tersebut untuk menemui dan menemuramah 'mangsa' itu. Segala-galanya bagaimanapun berakhir di situ. Saya tidak tahu mengapa pimpinan tertinggi PAS itu tidak mahu mendedahkan hal tersebut untuk kepentingan politik. Namun, syukur kepada Allah."
Ya, pemimpin tertinggi PAS ini memilih utk tidak menhebohkan berita aib ini atas dasar politik...berbeza dengan pemimpin dan blogger Umno pada hari ini, mereka menjaja berita aib dan fitnah walaupun berita tersebut belum terbukti benar dan nyata...fikir2kan..wallahua'lam..

Menteri rogol amah tetapi selamat

KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.


(Jika dahulu kita digemparkan dengan kes rogol bekas ketua menteri Melaka, klik di SINI utk baca, kini siapakah pula menteri yang dikaitkan dgn kes rogol amah warga indonesia sebagaimana yg didedahkan Wikileaks?..yg pasti, berita ini bakal mengundang amukan dahsyat dari rakyat negara jiran..)

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. - HD

Tiada ulasan: