Khamis, 9 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Namawee jumpa Nazri: Berita paling PERIT buat PERKASA dan blogger Umno..

Posted: 09 Dec 2010 10:18 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Tiada apa lagi yang boleh dikatakan, melainkan mengatakan perjuangan PERKASA dan blogger Umno selama ini adalah sia-sia..mereka kini tidak boleh menyalahkan pembangkang atas isu Namawee ini..pemimpin mereka sendiri sudah 'membebaskan' Namawee..

Penulis ada sentuh sebelum ini tentang isu Namawee ini, boleh rujuk pada tajuk, "Apa reaksi penyokong Umno?: "Namawee tidak lakukan kesalahan" - Nazri Aziz"..



Jika dahulu, Nazri hanya menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Namawee atas sebab2 'teknikal', kali ini bukan sahaja dapat bertemu muka secara mesra di lobi parlimen, malah Nazri siap mempertahan dan membersihkan nama Namawee lagi.

"Dia seorang yang muda, Namewee disalah faham dan disalahertikan oleh media arus perdana..Saya tidak fikir Namewee mahu atau berhasrat untuk terlibat dalam politik, kita tidak harus mengheret dia ke dalam bidang yang dia tidak suka" - Nazri Aziz
Fuh...comform berasap telinga penyokong rasis Umno mendengarnya...penulis cukup yakin, kalau kenyataan ni dikeluarkan oleh pemimpin2 DAP atau PR, pastinya berbakul-bakul makian dan kutukan dilemparkan terhadap pemimpin PR..

Pada blogger rasis Umno, sekarang tiba masa kalian halakan segala kutukan, maki hamun, cacian, carutan kalian terhadap pemimpin dan parti kamu sendiri...jangan hanya nk salahkan PR..cermin parti tu dahulu..fikir2kan..wallahua'lam..


Namewee 'derita' masalah dana terbit filem Nasi Lemak 2.0

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pencipta lagu kontroversi, Wee Meng Chee atau mesra dikenali sebagai "Namewee" hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sambil mengadu bahawa berhadapan dengan masalah mendapatkan geran bagi menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0.





Namewee menjelaskan kepada Nazri bahawa projek filem 1 Malaysia itu yang berjudul Nasi Lemak 2.0 tidak dapat dijayakan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kewangan.

"Saya seorang rakyat yang patriotik. Saya sentiasa menunjukkan rasa cinta terhadap negara saya menerusi kebanyakan video Youtube dan malah menghasilkan dokumen DVD berjudul 'Saya mahu balik rumah'... sedihnya tidak seorang pun tahu perkara ini kerana media arus perdana sentiasa memilih untuk menggambarkan video kontroversi saya dan menjadikan saya seorang bersikap sebaliknya, macam hantu," kata Namewee.

Nazri mengulangi bahawa tiada tindakan akan dikenakan ke atas Namewee meskipun dia berhadapan dengan tekanan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional, menggesa agar dia dihukum sebagaimana pengetua Siti Inshah Mansor, pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis, dikenakan hukuman.

"Undang-undanga adalah undang-undang, ia sangat jelas. Orang yang boleh mengambil tindakan ke atas dia ialah pengetua itu sendiri, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Terpulang kepada beliau, tetapi sehingga hari ini guru itu tidak mengambil apa-apa tindakan. Jika guru itu sendiri tidak mahu mengambil tindakan, apa hak yang pihak lain ada?" kata Nazri.

Namewee berkata dia berhadapan dengan masalah kewangan itu sejak lapan bulan yang lalu.

Katanya dia sebelum ini mendakwa dikenakan syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam bahasa Malaysia untuk dipertimbangkan memperoleh geran.

Namewee juga melahirkan hasrat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain.

Nazri berkata beliau akan membawa permintaan itu ke perhatian Najib ketika mesyuarat Kabinet esok.

Nazri juga merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak mengecam penyanyi muda itu.

"Dia seorang yang muda, Namewee disalah faham dan disalahertikan oleh media arus perdana.

"Saya tidak fikir Namewee mahu atau berhasrat untuk terlibat dalam politik, kita tidak harus mengheret dia ke dalam bidang yang dia tidak suka," kata Nazri kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen.


(Setelah gagal segala2nya..PERKASA dan blogger Umno hanya melepaskan tension mereka di Youtube sahaja..ini shj cara terakhir utk melepaskan geram selepas pertemuan mereka dgn menteri awal Disember lalu turut tidak mendatangkan apa2 makna...)

Akhir September lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kertas siasatan berkaitan kes Namewee sudah dikemukakan kepada Peguam Negara.

"Ia melibatkan beberapa kes berkaitan termasuk kes guru di Johor," katanya.

Namewee, seorang pemuda dari Muar, Johor sepertimana yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes pengetua itu yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lepas.

Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh. Sebelum ini, Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.

Namewee pernah melahirkan hasrat untuk melahirkan sebuah filem tentang 1 Malaysia yang mana skripnya telah mendapat kelulusan FINAS tetapi tidak mendapat pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Saya sudah lalui proses membuat skrip, mendapatkan pengiktirafan FINAS bagi membolehkan saya dapat pinjaman di bawah skim tabung kreatif di BSN tapi tidak diluluskan," katanya.

Menurut Namewee, apa yang ingin dilakukan melalui filem itu adalah sesuatu gambaran bagaimana sokongannya terhadap 1 Malaysia.

Projek filem Namewee berjudul Nasi Lemak 2.0 menceritakan bagaimana nasi lemak mempunyai sambal ikan bilis yang dihasilkan oleh orang Cina Baba, kuah kari dimasak oleh orang India dan Ikan Bilis Goreng oleh orang Melayu. - TMI

Lagi RAKYAT didahulukan: Tarif elektrik pula bakal dinaikkan!

Posted: 09 Dec 2010 10:03 AM PST



Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.


(Sekadar gambar hiasan: Mahasiswa Indonesia mengadakan protes tanda bantahan tarif elektrik di nagara terbabit pada awal Jun yang lalu..apakah rakyat Malaysia berani seperti mereka?..)

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat. - BERNAMA

Berita terdahulu...

TNB Mahu Kerajaan Semak Semula Tarif Gas Untuk Tangani Ebbas Harga Arang Batu Yang Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan meminta kerajaan menyemak semula tarif gas asli jika harga arang batu meningkat ketara dan menyebabkan beban kewangan.


(Kemenangan selesa Umno pada 2 PRK yg lalu diambil kesempatan oleh Umno utk membalas undi mereka dengan menaikkan harga barang..bagaimana jika mereka menang selepas PRU ke-13 kelak?..)

Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata syarikat akan meminta semakan semula memandangkan tidak ada cara ia dapat menyerap kenaikan harga arang batu.

"Pada puratanya harga arang batu meningkat kepada lebih AS$110 (AS$1=RM3.10) satu tan dan ini pastinya akan menjejaskan hasil kami," katanya pada taklimat media di sini Khamis.

Che Khalib berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk menangguhkan kenaikan tarif bekalan elektrik.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd, institut latihannya dan Tyco Electronics Energy Division, di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan kebiasaannya menyemak tarif gas pada Januari dan Julai.

"Saya tidak tahu apa yang akan diputuskan oleh kerajaan. Pada dasarnya, sesuatu perlu dilakukan bersabit harga gas kerana ia terlalu rendah.

"Harga semasa pada RM10.70 mmBTU adalah terlalu rendah berbanding harga pasaran sebanyak RM30 mmBTU," katanya.

Mengenai prospeks pendapatan bagi 2011, beliau berkata: "Kami harap dapat mengekalkan keputusan 2010," katanya.

Keuntungan bersih TNB sebelum keuntungan tukaran mata wang asing bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2010, meningkat 22.6 peratus kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM30.32 bilion berbanding RM28.785 bilion sebelumnya.

Che Khalib sebelum itu berkata MoU itu akan menawarkan TNB ILSAS dengan peluang untuk meningkatkan pertumbuhan, meningkatkan pendedahan serantau dan memperbaiki penebusan dalam pasaran Asia dan antarabangsa.

"Kerjasama teknikal ini akan memacu TNB ILSAS sebagai Pusat Kecemerlangan untuk Latihan di Asia," katanya.

Pengarah Urusan Tyco Electronics Energy Division Asia Bastian Willenbuecher berkata usaha sama itu akan menjadi platform untuk syarikat menyumbang dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan industri tenaga elektrik. - BERNAMA

Artikel berkaitan:
- BN=Beban Negara: Harga RON95, Diesel, gula & gas naik lagi, BN menipu rakyat!
- Naikkan harga minyak: Bukti kerajaan Umno di bawah Najib menipu rakyat!

PANAS: "Ketua Umno Bahagian Dungun sombong, angkuh, berlagak dan tak sedar diri!" - Armand PERKASA

Posted: 09 Dec 2010 08:48 AM PST



"Ketua Bahagian Dungun Sombong Dan Angkuh Berlagak, Tak Sedar Diri, Bole Tanya Kenapa "Sibuk2 Nak Bantu Pelajar2 Kat Mesir, Aku Ketua Bahagian , Aku Kenal Menteri" .....Ni Contoh Org Yg Tak Layak Jadi Pemimpin, Piraaaahh..Bantu Lar Anak2 Muda Bukan Pertikai Anak2 Muda

Org Tua Yg Perasaaan Bagus..Saya Rasa Secara Peribadi Ini Lar Yg Hancurkan Bangsa Melayu....Ni Bukan Pemimpin Tapi Ali Baba..."
- Armand Ketua Wira Perkasa

Oleh: Pria Malaya

Aik, apa masalah ni? dalam satu 'kapal' pun boleh bertelagah?..kata 1Malaysia??...hehe...

Kenyataan Armand PERKASA di atas diambil dari facebooknya di SINI..penulis pun tak pasti apa masalah sebenar yang berlaku antara beliau dan Ketua Umno Bahagian Dungun..

Mungkin ketua bahagian ni pun tak minat dengan perjuangan PERKASA seperti beberapa pemimpin utama Umno..mungkin je la..



Ketua Bahagian Umno Dungun ialah Datuk Rosli Mat Hassan...beliau juga memegang jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu..so, tak pelik beliau dikategorikan dari kumpulan atau kem Mat Said...

Dari cakap-cakap yang sampai pada penulis, beliau sememangnya banyak terpalit beberapa isu..antara yang dibisikkan en.google kepada penulis adalah seperti:

- AHLI PARLIMEN DUNGUN TAKUT DENGAN KETUA BAHAGIAN
- Berapa Juta Pula Dapat?



Penulis pun tak tahu pasal apa..tak nak komen lebih2..nk tahu lebih lanjut, tanya si Armand sendiri...beliau bertanggungjawab 'membuktikan' pemimpin2 Umno atau lebih tepat Ketua Bahagian Umno sombong, angkuh dan tak sedar diri...wallahua'lam..


SENSASI: Gambar Ketua Pemuda Umno jadi model catwalk...

Posted: 09 Dec 2010 04:42 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Dulu berlakon pemandu Teksi, kini model 'part time'..itulah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, menantu Tun Abdullah Badawi (Pak Lah)..

Gambar dirakam ketika KJ dan isterinya buat catwalk untuk piala seri Endon 2010 pada 5 Disember lalu...

Mungkin ini sahaja yang mampu dilaksanakan oleh Umno menerusi ketua pemudanya..penyokong fanatik Umno pasti berbangga sakan..tak kesah la dikritik orang, asalkan 'ketuanan Melayu' terjaga..hidup Melayu!!..;)








p/s: Kat bawah ni KJ semasa jadi model front page untuk 'pullout' majalah Harper's Bazaar Malaysia edisi oktober 2009..(pullout tu adalah sisipan dlm bahasa melayu…)..amacam? hebat tak Ketua pemuda UMNO Malaysia?...;)



Artikel berkaitan:
- Kenapa bila taip perkataan "beruk", keluar nama Ketua Pemuda Umno?

Tiada ulasan: