Selasa, 7 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Umno ditempelak: "Dacing berat sebelah...bubarkan semua parti komponen BN" - MCA

Posted: 07 Dec 2010 08:47 PM PST



"Politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini..BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja....BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja" - MCA

Gerakan: Bubar komponen BN, tubuh parti tunggal

Timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata membubarkan parti-parti komponen BN adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

"Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

"Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya," kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.



"Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.
Dacing berat sebelah

"Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia," katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

"Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil," katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya "diboloti oleh satu atau dua parti sahaja".

"BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?" soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu "proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai "menjalani pemeriksaan badan yang lengkap".

"Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

"Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

"Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya," kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan. - Mkini

BN bercakaran: MCA nakkan semula jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju dari Umno!

Posted: 07 Dec 2010 08:02 PM PST



MCA NAKKAN SEMULA JAWATAN BN WANGSA MAJU !

KUALA LUMPUR: MCA Wilayah Persekutuan mahukan jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju. Difahamkan MCA WP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tan Chai Ho sudahpun menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN dan UMNO Wilayah Persekutuan.

Jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look kini telah diserahkan kepada Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri.

Shafie yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan sudah mengidamkan menjadi" calon" di Wangsa Maju pada PRU yang ke 13 nanti manakala Yew Teong Look yang tewas tipis kepada Wee Choo Keong pada PRU yang lepas dikatakan masih menjadi calon"poular" di Wangsa Maju ketika ini.

Sementara itu, Wilayahkini dengar desas desus MCA WP dikatakan telah membawa isu ini sampai ke mesyuarat BNWP yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyddin Yassin semalam. Malah kami turut difahamkan mesyuarat semalam panas kerana isu tersebut. Yang pasti, MCA dan UMNO kini dilihat umpama bermain tarik tali untuk menjadi calon di Wangsa Maju.

Persoalanya - siapa boleh menang ?

Sumber: http://wilayahkini.blogspot.com

BN menuju kehancuran: Parti Maju Sabah (SAPP) akhirnya keluar BN!

Posted: 07 Dec 2010 07:39 PM PST



"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya...siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin UMNO di Semenanjong yang suka membazir dan menggunakan peruntukkan yang berlebihan untuk kroni kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat" - Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Mojimbun

Keluar BN , tak sanggup lihat BN salah guna kuasa

TENOM: Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada September, 2008 kerana parti itu tidak lagi sanggup melihat karenah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa berlaku dalam kepimpinan kerajaan BN.

Tegas Timbalan Presidennya Datuk Eric Mojimbun, malahan teguran yang dibuat oleh parti parti kecil dalam BN khususnya SAPP langsung tidak diambil peduli oleh mereka walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju kearah landasan yang betul.

"Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan...kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis Induksi Ahli Ahli Baru SAPP kawasan Kemabong di Hotel Perkasa dekat sini pada Ahad.


(Kepimpinan Umno/BN terbukti 'memiskinkan' rakyat Sabah..laporan terbaru Bank Dunia menunjukkan negeri Sabah paling miskin di Malaysia..klik..)

Hadir bersama dimajlis itu, Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi.

Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya diSabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN.

Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah Pendatang Asing Tanpa izin (PATI), Kad pengenalan Palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa dimana sehingga kini masalah tersebut masih berkeadaan tergantung.

"Perjuangan SAPP semata mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan," tegas Eric.

Datuk Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali dimana laporan media baru baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin diMalaysia.

"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya...siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin UMNO di Semenanjong yang suka membazir dan menggunakan peruntukkan yang berlebihan untuk kroni kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa kita diSabah pembangunan tidak sampai...kalau sampai pun lambat," tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan dipedalaman merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur.

Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan UMNO yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan disitu.

Katanya, cukuplah UMNO bertapak disitu selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan UMNO selama ini ibarat pepatah ada mengatakan "Bertuan dimata, ber Raja di mulut dan ber Sultan dihati".

Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata diperingkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP dimana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat diSabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka. - sapp.org.my

Hasil JUDI bertambah: "Kerajaan digesa asingkan sumber 'haram' dalam akaun berasingan" - DAP

Posted: 07 Dec 2010 08:48 AM PST



Oleh: Pria Malaya



Tahniah DAP! Syabas Pakatan Rakyat!!..ternyata Pakatan Rakyat prihatin terhadap isu Integriti dan moral yang melanda negara kita..inilah yang kita mahukan!!

Dalam video di atas, YB Chong jen Chieng (DAP-Bandar Kuching) telah mendedahkan bahawa pendapatan kerajaan dari cukai judi semakin bertambah setiap tahun, dan beliau seterusnya menggesa kerajaan supaya mengasingkan sumber 'haram' ini dalam akaun yg berasingan..

Sumber halal dan haram bercampur

Sebelum ini penulis ada mengulas laporan terbaru dari parlimen mengenai dana judi yang bercampur dengan sumber yg halal..ianya telah disahkan oleh menteri bertanggungjawab...kalian boleh rujuk pada tajuk, "TERBARU: Kerajaan Najib-Rosmah akui dana negara bercampur dengan sumber JUDI!"...

Ternyata sebuah parti non-muslim yang sering diserang dan difitnah media Umno, lebih terkehadapan dari parti melayu/Islam Umno dalam isu judi dan sumber haram ini..sungguh memalakan parti yang kononnya memperjuangkan KETUANAN MELAYU!!..

DAP dan PR konsisten

Sudah banyak contoh sebelum2 ini, dimana parti DAP dengan tegas menyeru kerajaan memngurangkan kegiatan dan aktiviti perjudian negara dgn alasan ia adalah amalan tidak sihat yg boleh menimbulkan gejala2 negatif..antara contoh terbaru adalah seperi di bawah..


1. DAP bantah lesen judi sukan Piala Dunia 2010



2. DAP bantah hasrat sekutu Umno (MCA) beli firma judi



3. DAP gesa kerajaan Umno kurangkan lesen2 judi



Dan banyak lagi..inilah hasil muafakat dan kerjasama 'tahalluf siasi' PAS bersama rakan bukan Islam, DAP dan sebahagian dalam PKR...

Penulis petik kata-kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen mengulas kesungguhan pemimpin DAP membantah kegiatan judi, katanya:

"Kesungguhan pemimpin DAP mendesak Kerajaan untuk mengurangkan lesen judi dan hari perjudian menunjukan bahawa kerjasama PAS dan DAP bersama PKR dalam Pakatan bukannya kerjasama yang sia-sia.

Umno sering menyebarkan pembohongan bahawa PAS tidak mampu untuk mendaulatkan Islam kalau berkawan dengan DAP. Tetapi apa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini adalah bukti terbaru, bagaimana DAP membuka mata dan duduk bersama PAS untuk menentang Judi yang diharamkan Islam walaupun dihalalkan oleh Umno.

Umno yang memerintah selama 12 penggal kini terdesak untuk menambahkan pengeluaran lesen judi bagi menampung kos perbelanjaan pengurusan Kerajaan, walhal banyak lagi sumber lain yang boleh diperolehi dan dimajukan bagi mendatangkan hasil kepada negara."
Terdahulu, sekitar bulan Mac yg lalu, YB Lok Siew Fook dalam temuramah bersama Harakah berkata:
"Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan akan meminta tandatangan semua ahli parlimen dan kita harap ahli parlimen Umno yang memperjuangkan agama, bangsa, dan negara akan menyokong memorandum bagi mengurangkan perjudian di negara kita.

"Pakatan Rakyat berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menambah hari cabutan khas ini kerana ini menyebabkan masyarakat kita lebih banyak mengeluarkan wang untuk dipertaruhkan dalam perjudian dan memberi impak kepada masalah sosial yang semakin meningkat hari ini.

"Pakatan Rakyat mahu kerajaan menghapuskan kesemua cabutan khas ini dan. Kita juga berpandangan kerajaan seharusnya mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu," katanya.
Tahniah sekali lagi buat ahli2 parlimen DAP yg tegas memperjuangkan isu ini..kalian adalah lebih bermaruah dari sebilangan pemimpin Islam yg terdapat di dalam Umno...

Untuk yg terakhirnya, penulis ingin menyoal penyokong2 parti 'ketuanan Melayu', apa reaksi kalian? apakah kalian akan mendesak Najib mengasingkan dana halal dan haram? apakah kalian akan berdemontrasi selepas ini?apakah kalian akan memulangkan kembali wang dan gaji yang diberikan oleh kerajaan kerana ianya haram?..fikirk2kan ..


Artikel berkaitan:
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
- Jawapan KM Lim Guang Eng mengenai isu sumbangan judi Pulau Pinang yang gagal disangkal penyokong Umno..

VIDEO: Pengakuan perwakilan Umno: "Puteri Umno GEDIK!"..

Posted: 07 Dec 2010 07:54 AM PST





Oleh: Pria Malaya

'Gedik' berbeza dengan 'manja'..sifat 'manja' mungkin lumrah bagi wanita..tetapi kalau 'gedik' dah sama macam 'mengada-ngada'..

Bukan apa, bimbang bila puteri kuat sangat bergedik depan pemuda dan putera umno..bimbang jadi kes 'bapak makan anak'...

"exco puteri UMNO, Datin Ismalina menasihatkan mana2 pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah..."(klik)

Bahaya tu..fikir2kan..wallahua'lam..


Artikel terdahulu:
- PANAS BERAPI: Blogger Umno kutuk Puteri Umno! - GEMUK, GEMPAL & GEBU

MELETUP: Fitnah keluar parti dan cium Anwar, blogger 'cucumatkilau' saman Utusan RM5 juta!

Posted: 07 Dec 2010 02:33 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Syabas dan tahniah blogger 'Cucumatkliau'!!..penulis setuju tindakan saman ini terhadap utusan Umno (Utusan Malaysia)..bahkan patut disabitkan sekali blog2 dan laman pro-Umno yang sebelum ini telah menfitnah beliau dan PKR...

Pahang Daily Online (PDO) melaporkan:

"Tindakan saman amatlah wajar bagi mengajar wartawan terbabit yang selama ini banyak membuat fitnah dan merosakkan minda rakyat dengan laporan yang menyimpang. Di fahamkan wartawan berkenaan adalah wartawan senior dan memang tidak sewajarnya beliau mencari publisiti murahan dengan laporan berkenaan. Sususlan laporan itu, ramai yang menyangka CMK sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Adalah lebih elok wartawan terbabit meletakkan jawatan dan menjadi blogger daripada mereka cerita yang beiau sendiri tidak pasti kebenarannya. Maka tindakan saman adalah dikira jalan terbaik buat masa ini, tambahan pula artikel tersebut disiarkan ketika Kongres Nasional PKR berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.

Langkah ini adalah wajar untuk memberi amaran kepada Utusan Malaysia agar tidak terus melakukan provokasi kepada rakyat. Mereka mendabik dada kononnya media arus perdana melaporkan kebenaran, namun kini terbukti laporan yang diceduk dari blog jelas sekali telah menyebabkan mereka terperangkap sekarang. Malah, tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh mencerminkan betapa tidak profesionalnya wartawan terbabit."
Rupanya laporan blogger CMK keluar parti dan pernah mencium Anwar adalah laporan yang dusta, fitnah lagi palsu!..bahkan penulis sendiri tidak tahu bahawa CMK sudah menafikan gambar dan berita tersebut..penulis yakin masih ramai yang tidak tahu...kerana itu penulis bersetuju langkah CMK menyaman Utusan Malaysia dan blog Umno berkaitan...

Sungguh biadab cara akhbar dan blogger Umno memainkan sesuatu isu..ternyata fitnah dan Umno tidak dapat dipisahkan..sila sebarkan!...wallahua'lam..


Panas: Fitnah Keluar PKR Serta Cium Anwar, CMK Hantar Notis Mahkamah Kepada Utusan Malaysia Dan Saman RM5 Juta Bakal Menyusul Kemudian !

KUANTAN, 7 Dis - Susulan tindakan biadap media arus perdana Utusan Malaysia yang menyiarkan satu artikel berunsur fitnah terhadap blogger cucumatkilau (CMK) pada 27 November lalu, maka satu notis mahkamah telah dihantar kepada pihak terbabit. Menurut CMK, notis telah diserahkan oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co sekitar jam 4.30 petang semalam.

"Saya amat kecewa dengan tindakan akhbar terbabit yang membuat laporan artikel tanpa merujuk kepada pihak saya terlebih dahulu. Sudahlah maklumat yang disiarkan tidak betul, mereka juga menfitnah dengan mengatakan saya sanggup mati kerana membela Anwar. Saya juga dituduh mencium pipi Anwar dengan ghairah seolah-olah saya seorang gay, homoseks dan sebagainnya.




(Blog AIDC dan MYKMU antara blog dan laman politik pro-Umno yang menfitnah CMK dan PKR...)

Paling teruk bila wartawan terbabit mengatakan saya sudah pun keluar PKR sedangkan perkara itu masih dalam perancangan dan belum berlaku pun. Saya hanya menyatakan hasrat di dalam blog saya dan berjanji akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Masalahnya Utusan telah melaporkan kononnya saya sudah keluar PKR. Ini menyebabkan saya telah dihina dan dikutuk oleh ramai pihak susulan berita berkenaan", kata CMK.

Sementara itu difahamkan tindakan saman fitnah terhadap akhbar terbabit akan diambil biarpun media terbabit memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel tersebut. "Tarik balik artikel dan memohon maaf bukanlah bermakna saman tidak diteruskan.

Lihat apa yang berlaku kepada MB Perak si Zambry Kadir dulu. Beliau meneruskan saman terhadap Suara Keadilan, Wan Azizah dan Dr.Syed Hussin biarpun akhbar terbabit sudah tarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka", katanya. - Cucumatkilai Online

Artikel CMK terdahulu....

Kenyataan CMK Tentang Isu Artikel Keluar Parti Yang Telah Di Siarkan Dalam Utusan Malaysia !!

Ramai yang terkejut dan menghubungi CMK bertanyakan tentang artikel panas yang keluar di akhbar Utusan Malaysia pada 27 November (Sabtu) lalu. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" . Susulan artikel tersebut, ramai sahabat seperjuangan dan rakan taulan yang telah menghubungi CMK bagi mengesahkan perkara tersebut.

Tambah mengejutkan artikel berkenaan yang dipercayai dipetik dari blog ini turut menyatakan perkataan "Dulu Pernah Cium Anwar, Kini Tidak Sanggup Lagi Tipu Diri Sendiri". Maknanya penulis artikel berkenaan iaitu Tarmizi Abdul Rahim mengatakan CMK "cium" Anwar.

Masalahnya dari mana beliau boleh menambah cerita tersebut? Inilah yang memusykilkan CMK sekarang sebenarnya. Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan iaitu kenapa disiarkan tajuk besar "Cucu Mat Kilau Keluar PKR", sedangkan jika dirujuk kepada kenyataan CMK dalam blog ini ia berbunyi "Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini".


(Notis mahkamah oleh blogger CMK..)

Namun, anehnya wartawan terbabit telah menyalahtafsirkan kenyataan tersebut dan dengan beraninya mengeluarkan kenyataan kononnya CMK sudah keluar daripada parti PKR.

Tambah menyedihkan, wartawan terbabit juga telah menyiarkan kenyataan kononnya "CMK Cium Anwar". Sedangkan, perkara itu tidak pernah berlaku sebenarnya. CMK sendiri kurang arif, dari mana beliau mendapatkan maklumat tersebut. Inilah yang memusykilkan dan amat mengecewakan CMK sebenarnya. Susulan gambar cium terbabit, kini ramai yang memandang serong kepada CMK.

Terus terang CMK ingin maklumkan bahawa gambar tersebut bukanlah CMK tetapi ia adalah merupakan wajah salah seorang penyokong tegar Anwar yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sila klik DI SINI untuk bukti. CMK hairan, kenapa seorang wartawan yang profesional dari akhbar terbabit tergamak menuduh demikian berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan secara meluas di internet sekarang ini.

Kecewa dengan perkara itu CMK telah pergi ke Pejabat Biro Utusan Malaysia di Kuantan semalam. Ia bagi tujuan untuk memperbetulkan fakta yang berkenaan. Pembetulan telah dibuat dalam akhbar terbabit hari ini atas tajuk "CMK nafi Cium Anwar". Cuma masalahnya, CMK tidak mendapat permohonan maaf dari wartawan terbabit yang telah menjatuhkan maruah CMK itu.

Justeru itu, sebagai balasannya, CMK tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan tindakan saman malu terhadap wartawan dan akhbar berkenaan dalam masa terdekat ini. Ia sebagai pengajaran supaya pihak berkenaan lebih berhati-hati dalam menyampaikan laporannya selepas ini. - CMK Online

p/s: Akan dikemaskini..

TERBARU: Gambar MESRA tuanku sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 07 Dec 2010 01:13 AM PST



Program: Sambutan Hijratur Rasul 1432 H
Lokasi: Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan
Tarikh: 6 Disember 2010












p/s: InsyaAllah penulis akan post artikel kebiadapan pemimpin Umno dan blogger Umno yg telah mempertikai dan mempersoal sultan Kelantan yg baru, yg sah dan diiktiraf oleh perundangan dan majlis raja2...pada blog2 berkenaan, penulis nasihatkan, sila berhati2..
wallahua'lam...


Apa reaksi penyokong Umno?: "Namawee tidak lakukan kesalahan" - Nazri Aziz

Posted: 06 Dec 2010 11:50 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Sebelum ni penyokong rasis Umno punyalah berdegar2 salahkan pembangkang punca Namawee semakin naik kepala, itu dan ini...namun kenyataan menteri ini jelas membuktikan kerajaan (Umno) adalah 'penyelamat' Namawee...

Apa reaksi penyokong Umno bawahan?..masih nak memekik melolong salahkan pembangkang?..masih mengharap supaya Namawee dikenakan tindakan?..abaikan..pemimpin kamu sendiri sudah 'membebaskan' beliau...fikir2kan...


Namawee tidak lakukan kesalahan – Nazri

PARIT BUNTAR – Kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana pemuda dari Muar, Johor itu tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam klip video terbarunya, Namewee mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).



Katanya, mengikut akta tersebut, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee.

''Sekiranya Namewee membuat lagu lucah yang dihalakan kepada pengetua sekolah di Kulai, maka orang yang berhak mengambil tindakan di bawah Akta SKMM ialah pengetua sekolah itu.

''Terpulang kepada pengetua itu untuk mengambil tindakan atau tidak tetapi kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Namewee," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian, di sini hari ini

Tiada ulasan: