Jumaat, 3 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Fitnah ADUN PAS berzina: Bukti blogger Umno dan FTINAH tidak dapat dipisahkan...

Posted: 03 Dec 2010 09:59 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Jika kalian ingat, semasa berlangsung kempen pilihan raya kecil DUN Galas baru 2ini, Umno melalui barisan bloggernya telah melemparkan tuduhan dan fitnah jahat mengatakan calon PAS, Ust Zul telah berzina dan berkhalwat..

Mereka tanpa rasa bersalah menyebarkan berita fitnah ini ke merata tempat..mereka juga berjanji akan mengeluarkan video saat2 akhir kononnya bukti jelas calon PAS itu pernah ditangkap khlawat..

Namun ternyata, tuduhan itu adalah palsu dan fitnah semata-mata...sehingga hari ini mereka gagal menunjukkan bukti termasuk video yg kononnya bukti sahih calon PAS itu berkhalwat..boleh rujuk kembali artikel terdahulu di bawah..

1. Fitnah calon PAS khalwat dengan ibu sendiri: Umno semakin keterlaluan dan biadap!
2. Fitnah calon PAS berkhalwat: Blogger Umno mohon maaf, tutup blog 'buat sementara waktu'..

Namun blogger Umno terbabit bernasik baik kerana calon PAS memaafkan mereka dan tidak membuat laporan polis....

Lagi fitnah ADUN PAS berzina..

Hari ini, satu lagi fitnah berkaitan khalwat/zina dilemparkan oleh para penyokong taksub parti perkauman Umno..kali ini mangsa mereka adalah ADUN Selising..beliau yg kini sedang berada di Mekah menunaikan haji telah dituduh ditangkap berzina oleh blogger dan facebooker Umno..





(Poster2 dan gambar fitnah seperti gambar di atas mula disebarkan oleh penganut tegar Umno di ruang maya..)

Nampaknya, mereka masih tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman terdahulu...mereka langsung tidak menghiraukan dosa pahala ketika mengeluarkan berita seumpama ini...

'Fitnah berantai'...

Sebenarnya fitnah berzina ke atas Adun Selising telah diksesan sejak dari tarikh 20 Ogos 2002,jam 6.17 petang di laman Mesra.net melalui seorang forumer yang bernama 'Badang'...




Ini bermakna selepas hampir 10 tahun, fitnah ini dipanaskan kembali oleh penyokong2 Umno..yg menjadi persoalan kini, kenapa dalam tempoh 10 tahun ini langsung tiada berita tentang ADUN PAS kononnya telah ditangkap berzina ini?...kenapa tidak digembar-gemburkan di dalam media perdana jika betul dakwaan ini...kenapa tidak dibuat report polis dan sebagainya

Melainkan ianya hanylah satu bentuk fitnah yang 'maha' dahsyat oleh para penyokong tegar Umno bawahan...mereka sebenarnya terdesak dan tiada isu untuk menjatuhkan lawannya..maka jalan terakhir yg difikirkan perlu adalah menyebarkan fitnah berzina kepada ADUN PAS....

Kalian boleh rujuk ulasan isu ini oleh rakan blogger di SINI, di SINI, dan di SINI..

Untuk yg terakhirnya, penulis ingin membawa kali mengingati satu lagi fitnah yang berjaya dipatahkan kembali oleh yg tertuduh...juga berkaitan fitnah ADUN PAS berzina/khalwat oleh penyokong/forumer Umno melalui lama forum penyokong Umno, MYKMU..

Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali.

Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.


(Fitnah khalwat oleh penyokong Umno terhadap pemimpin PAS awal tahun 2009 yg lalu..)

Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu.

"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.

Beliau mendapat tahu fitnah tersebut tersebar dalam laman web My Kmu.net setelah diberitahu oleh suaminya pada 26 Januari iaitu ketika pulang daripada forum Perdana Keluarga Bahagia.
Ya, akhirnya penyokong Umno dan laman MYKMU akhirnya melutut memohon maaf diatas fitnah yang disebarkan, hanyasanya setelah pihak tertuduh membuat lapora polis...namun ternyata penyokong khususnya barisan bloggernya hari ini tidak mengambil pengajaran terhadap pengalaman2 yg lalu..

Umno dan fitnah umpama aur dengan tebing..

Untuk yang terakhirnya..tidak pelik kiranya blog2 pro-Umno dilihat tersenarai antara blog yg ramai pembaca, kerana salah satunya adalah faktor fitnah seks, zina dan khalwat terhadap pemimpin PR selain cerita2 fitnah, 'hearsay' yg lain...itu belum lagi pendedahan penulis ttg tektik edit gambar porno, lucah oleh sebilangan blogger Umno untuk menarik jumlah pembaca..

Akhir kalam, khusus kepada penganut Umno takutlah kamu terhadap dosa fitnah ini..sesunggunya kamu telah melakuan satu tuduhan berat dgn menghalalkan perbuatan qazaf..fikir2kan...wallahua'lam...


Naikkan harga barang: Facebook Najib di'serang' rakyat Malaysia...

Posted: 03 Dec 2010 07:32 PM PST







*Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas...

Lagi reaksi dan komen rakyat Malaysia boleh dilihat di SINI...

p/s: Sudahlah mungkir janji untuk tidak menaikkan harga minyak petrol RON95 sehingga akhir tahun ini, diumumkan pula kenaikan harga barangan lain dalam satu masa...korang fikirlah sendiri..


Artikel berkaitan:
- BN=Beban Negara: Harga RON95, Diesel, gula & gas naik lagi, BN menipu rakyat!

Palajar PASTI non-muslim belajar Iqra'...(video inside)

Posted: 03 Dec 2010 07:08 PM PST



VIDEO: Chinese student studying Iqra' - from PASTI



p/s: Agak-agak apa reaksi penyokong tegar parti perkauman Umno?

Artikel terdahulu (mesti tengok):
- GEMPAR: Pemuda Umno puji silibus PASTI, hentam tabika KEMAS!!..(video inside)

Isu tanah Melayu Pulau Pinang: Hujah yang gagal disangkal puak gerombolan..

Posted: 03 Dec 2010 06:22 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Setakat artikel ini ditulis, penyokong taksub Umno belum lagi menjawab hujah Ust Saiful Bahri ini secara fakta dan ilmiah..

Kerana itu kita tidak pelik para pemimpin Umno, termasuk para bloggernya tidak berani berdebat dengan pemimpin Pakatan dlm isu Tanah Orang Melayu, khususnya di Pulau Pinang..

Yang mereka tau, menggunakan media utk menyebar fitnah dan mengapi2kan sentimen perkauman sempit...itulah sifat bacul dan dayus para pemimpin dan pengikut taksub Umno...

Ikuti tulisan Ust Saiful Bahri mengenai isu tanah orang Melayu di bawah...wallahua'lam..


Lim Guan Eng telan tanah melayu pulau Pinang?
Oleh Ustaz Saiful Bahri

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang.

Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu

Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa? Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan_Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu? Siapakah yang memerintah Tanah Melayu? Siapa yang memimpin Malaysia? Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa. Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje. Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca.

Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus. Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.

Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%.

Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor).

Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor.

Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula? Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka? Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda? Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang. Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak.

Artikel berkaitan:
- Tanah Melayu terhakis angkara Umno (Ust Idris Ahmad)

BN=Beban Negara: Harga RON95, Diesel, gula & gas naik lagi, BN menipu rakyat!

Posted: 03 Dec 2010 07:11 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Genap sebulan rakyat Malaysia khususnya para penyokong dan blogger jumud Umno ditipu hidup2 oleh para menteri Umno dan sekutunya..

Jika kalian masih ingat, 3 November lalu terpampang di dada2 akhbar kenyataan menteri yang menyatakan kononnya harga minyak petrol RON95 tidak naik bagi tahun ini..

Kenyataan rasmi dari kerajaan ini dilihat bagi meredakan kegelisahan dan kemarahan rakyat ekoran pengumuman kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen kepada RM2.15 seliter pada tarikh berkenaan...

Boleh rujuk pada link di bawah:
- Harga RON 95 kekal tahun ini (Kosmo)
- Harga RON 95 tidak naik (Utusan Meloya)

Namun pada hari ini, 3 Disember 2010, iaitu genap sebulan dari tarikh 3 November 2010, kerajaan telah mengumumkan LAGI kenaikan bagi petrol RON95 sebanyak lima sen..tidak cukup dengan itu, harga diesel, gula dan gas turut mengalami kenaikan...

Inilah yg dikatakan cakap tidak serupa bikin, munafik....utk yg terakhirnya, jadikan demo Ahad ini sebagai tempat menzahirkan perasaan kalian..kita jumpa di sana!..wallahua'lam...


Versi Malaysiakini

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.


(Harga terbaru berkuat kuasa hari ini...)

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas. - MK

Versi TheMalaysianInsider

Petrol RON95 dan diesel naik lima sen, gula mahal 20 sen

Harga petrol RON95 sah mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam ini — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib.

Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.

Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter.

Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.

Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.

Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.

RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan produk-produk itu akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini.

Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.

Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

"Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

"Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita)," kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi.


(Ingat BN, ingat Barang Naik...)

Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia.

"Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Salah satu pendekatan untuk mengurangkan kos ialah merasionalkan subsidi kita sebab subsidi keseluruhan Malaysia adalah paling tinggi berbanding negara lain. Subsidi kita tidak sasarkan pada (kumpulan) rakyat miskin," katanya.

Oleh itu kata beliau, penjimatan daripada pelarasan subsidi akan digunakan untuk pembiayaan pembangunan luar bandar, pendudukan, pengangkutan bandar dan bidang-bidang lain dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. -TMI

Mereka sudah berdemontrasi....ayuh pastikan Ahad ini kita merahkah KUALA LUMPUR!!!

Posted: 03 Dec 2010 03:52 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Mereka sudah berdemontrasi selepas Jumaat hari ini..mereka sudah berarak di jalanan secara beramai2...mereka sudah selamat menyampaikan memorandum kepada pihak istana..

Tiada sekatan pihak polis...tiada adegan kejar mengejar...tiada aksi tembakan water conan dan gas pemedih mata...tiada yang ditangkap dan di-ISA..

Dulu 'haram', sekrang 'halal'..

Ya, mereka sudah 'halal'kan demontrasi jalanan...tiada lagi makian, herdikan, dan kutukan terhadap budaya demontrasi..buktinya, blogger Umno mengiktiraf dan berbangga demontrasi ini...

MAKA para pejuang rakyat, pastikan Ahad ini kita 'MERAH'kan Kuala Lumpur!!!...jikalau mereka berjaya himpunan 200 orang termasuk penyokong Umno dan PERKASA, pastikan kita kumpul bukan 2000, tetapi 20,000 rakyat!!

Ayuh pejuang dan pencinta keamanan dan keadilan, kita turun beramai-ramai di Kuala Lumpur 5 Disember ini! para aktivis dan mahasiswa sudah menyatakan kesanggupan dan kesedian, bagaimana dengan anda?!
















p/s: Pada pihak polis termasuk SB...sila berlaku adil..rakyat sedang memerhati anda..

Artikel berkaitan:
- Demo bantah SYABAS Ahad ini : Ayuh anak muda sertai demo rakyat!

Demo bantah SYABAS Ahad ini : Ayuh anak muda sertai demo rakyat!

Posted: 03 Dec 2010 12:07 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Ayuh anak muda khususnya golongan mahasiswa IPT sekitar Lembah Klang dan Selangor!..jangan takut dan bimbang, hak anda telah terjamin oleh perlembagaan dan akta universiti!..

Masihkah kalian ingat bagaimana kerajaan Umno/BN dan pihak pentadbiran UiTM telah membenar dan mengizinkankan para mahasiswanya berdemontrasi dan berarak di jalanan akhir 2008 dahulu?..



Ya..ianya bukanlah suatu yang asing dan pelik..ianya tidak salah dan bukanlah perhimpunan politik, tetapi perjuangan menuntut hak dan keadilan...

Bahkan hak anda sebenarnya telah di'jamin' oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri...saksikan artikel (video) di bawah!..

klik >> "VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3"..

Ingat!..mahasiswa kini sudah matang, cerdik, dan tidak mudah dicucuk oleh sesiapa...akhir kalam...kita jumpa di sana!!!




Artikel berkaitan:
1. Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan air
2. SAMM bersama MB Selangor bantah kenaikan tarif air 5 Disember
3. Demo air: Chegubard tawar 50 'marsyal'
4. Isu air: Mahasiswa ikrar iring MB S'gor berdemo
5. Siswa Unisel dapat lampu hijau sertai demo
6. Lagi kumpulan pelajar mahu sertai demonstrasi air 5 Dis
7. Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong


Tiada ulasan: