Jumaat, 3 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KITA BERTEMBUNG ESOK !!

Posted: 03 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KUMPULAN Gaps (baju hitam) nampaknya sengaja untuk bertembung dengan peserta perhimpunan `Kembalikan Air Kami' anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada Ahad ini. Walaupun mereka berkumpul di tempat yang berasingan, namun helah ini mudah untuk dibaca.

Kumpulan pengampu yang diibaratkan oleh Dr Badrul Amin sebagai kumpulan upahan Umno berbaju hitam ini mengharapkan agar pihak Polis akan menghalang kedua-dua perhimpunan ini atas alasan keselamatan. Mungkin pihak Polis merasa bimbang apabila kedua-dua kumpulan ini bakal bertembung yang boleh mengakibatkan berlakunya kekecohan atau provokasi, maka pihak Polis terpaksa menghalang kedua-dua kumpulan dari meneruskan hajat mereka ke Istana Negara. Itu satu taktik yang dirancang oleh mereka yang takut melihat kebangkitan rakyat Selangor dan Lembah Kelang yang ingin menuntut pembelaan.

Melucukan, kumpulan baju hitam ini terpaksa mengadakan `raptai' terlebih dahulu agar mereka tidak dimalukan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Petikan dari Malaysiakini menyebut,
" Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok."

Walau apa pun perancangan mereka, kita berharap rakyat yang bijak dan sedar bahawa diri mereka selama ini tertipu dengan pihak yang `mencekik darah' mereka selama ini akan bangkit menuntut pembelaan dari Duli YMM Tuanku. Marilah berkumpul di Masjid Negara mulai jam 1200 tengahari bersama kepimpinan kita dengan memakai baju merah agar kita boleh menenggelamkan baju hitam sehitam hati mereka./wfauzdin.blogspot.com

APABILA BUDAK HINGUSAN JADI JURUCAKAP PERKASA

Posted: 03 Dec 2010 07:00 PM PST

Oleh Suara Keadilan

azan15KUALA LUMPUR 2 Dis - Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail membidas tindakan tersebut dengan berkata badan itu telah lari daripada tujuan asal yang kononnya untuk menaikkan kedudukan dan mempertahankan orang Melayu.

"Perkasa asalnya satu kumpulan yang berasal daripada Umno yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali yang mendapat kepercayaan untuk menarik minat ahli Umno untuk menganggotainya.

"Perkasa telah menyebabkan Umno semakin hari semakin lemah kerana tugasnya telah diambil alih dan sejak kebelakangan ini peranannnya telah melebihi had.

"Dulu orang yang tidak berminat menyertai Umno akan menyertai Perkasa dengan harapan selepas itu mereka akan menyertai Umno.

"Tapi apabila Perkasa menunjukkan sikap biadabnya dan tidak lagi diwakili oleh orang yang berfikiran yang terang, bagus yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu," kata Azan.

Tambah beliau Perkasa kini diwakili oleh seorang 'budak' yang mempunyai pemikiran tidak tentu hala yang melabelkan orang lain sebagai pelacur di mana masyarakat Melayu menganggapnya sebagai biadap.

"Melabel orang sebagai pelacur lebih buruk daripada mengata seseorang itu makan babi. Orang Melayu terutamanya tidak boleh menerima jika seseorang wanita dilabelkan sebagai pelacur, kerana orang tahu, wanita ini lambangnya adalah ibu.

"Apa kata kalau orang lain pula kata ibu dia pelacur, apa dia rasa? Dia senang saja kata orang ini pelacur ekonomi, orang itu pelacur politik, tidak gunakan akal yang dikurniakan Allah," tegas beliau.

Ketua Pemuda Perkasa ini ujar Azan seorang 'budak' yang baru hendak memahami tentang ilmu politik dan bukan seorang terpelajar dan berkedudukan tinggi dalam bidang ilmu.

"Agak malang bagi Perkasa kerana membiarkan seorang budak yang mulutnya celabir, menggunakan pentas Perkasa dan melabelkan orang dengan perkataan yang buruk menyebabkan masyarakat memandang rendah seluruh institusi Perkasa dan meletakkan taraf seperti orang ini," ujarnya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

AYOH !! ESOK KITA TUNJUK PERPADUAN KITA TENTANG KANAIKAN AIR

Posted: 03 Dec 2010 04:00 PM PST

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kempen 'Kembalikan Air Kami' Selangor' kini telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=10736

PKR LEBIH `JANTAN' DARIPADA UMNO

Posted: 03 Dec 2010 05:00 AM PST

Oleh Suara Keadilan

SNI18KUALA LUMPUR 2 Dis - Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran parti itu berada di dalam keadaan yang cukup lemah serta ketidakyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahlinya untuk melalui proses demokrasi dalam parti itu.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di lobi Parlimen semalam berkata Najib bimbang pemilihan yang bakal diadakan itu menyebabkan parti itu menjadi kacau bilau dan porak-peranda.

"Kita tengok dalam Pakatan Rakyat, walaupun kita berdepan dengan suasana politik yang begitu ganas terutama layanan media perdana tetapi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tetap meneruskan pemilihan.

"DAP juga meneruskan pemilihan partinya sementara pemilihan PAS pula akan berlangsung pada bulan enam tahun depan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan pimpinan dalam PAS, ianya akan berjalan mengikut jadual," kata saifuddin.

Ini membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang menghormati hak anggota dan kita tidak menggunakan perlembagaan parti sebagai klausa jalan keluar untuk menyembunyikan kelemahan parti seperti mana yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Najib cuba memberikan alasan bagi menggelakkan ketegangan tetapi jikalau betul Umno parti yang terkuat, kukuh dan bersatu-padu, Beliau sepatutnya tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan umno itu akan menyebabkan kacau-bilau dan porak-peranda.

"Ini sekaligus memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan sebenar umno sebagai satu parti yang sangat rapuh dan najib sendiri tidak mempercayai kematangan ahlinya melakukan pemilihan.

"Pemilihan umno hanya ditentukan oleh 60,000 daripada 3.4 juta ahlinya iaitu bersamaan 1.7 peratus berbanding pemilihan KEADILAN pula ditentukan melalui satu anggota, satu undi," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Ujar Saifuddin, walaupun cuma segelintir sahaja ahli Umno yang terlibat, itu pun Najib tidak ada keyakinan bahawa perjalanan pemilihan itu boleh diadakan dengan baik.

Rekod Umno mengada pemilihan juga jauh lebih buruk apabila dalam mesyuarat sebuah bahagian Umno di Kelantan sebelum ini hanya boleh dihentikan melalui tembakan pistol di udara.

"Bayangkanlah keadaan yang akan mereka lalui, dan sebab itulah diarahkan Utusan dan media Umno yang lain berhabis-habisan menyerang PKR, di mana pada masa yang sama Najib pula berasa bimbang untuk meneruskannya pemilihan dalam partinya sendiri," ujar Saifuddin lagi.

BERTAMBAHNYA TUKANG KARUT DALAM UMNO

Posted: 03 Dec 2010 02:00 AM PST

Selesai pemilihan PKR, tukang karut beralih arah

Oleh: ning

"Assalamualaikum, Selawat dan Salam untuk Junjungan.

Mahadir dengan sokongan Mat Said muncul di Kemaman untuk menghentam DSAI sebagai pengkianat, sebagai perosak bangsa melayu dan mungkin secara tersirat sebagai peliwat.

Kehadiran Mahadir di dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (mungkin dibiayai oleh dana rakyat) di ambang pemilihan PKR dan ketika itu jugalah TV3 suku dan kuncu kuncu UMNO yang lain termasuk beberapa tukang karut di dunia siber memutarkan lagu lagu dikir karut mengenai kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam PKR.Sikap terburu buru dan tidak sabar dalam perjuangan yang ditunjukkan oleh Zaid Ibrahim dimanupulasi sepenuhnya oleh tukang karut ini bagi menunjukkan betapa kejinya "peminat Anwar Ibrahim" yang gilakan jawatan. Lagu dikir yang paling enak ialah ketika DSWA menyebut bahawa suaminya adalah anugarah ALLAH kepada Malaysia di perhimpunan agung PKR.

Ketika inilah munculnya tukang karut yang paling berkarisma menyanyikan lagu dikir mereka.Tidak juga terlepas menjadi tukang karut ialah Ezam dan Mahyuddin.Tetapi paling menarik apabila mendengar lagu lagu dikir ini direkodkan di alam siber termasuk di TKO.Sehingga DSAI dinyanyikan dengan lenggok longlai Halim Yazid si tupai kudung ekor sambil dituduh mempunyai hubungan dengan Aminah wadud, fikrah agama yang bercelaru serta TGNA dituduh dipengaruhi oleh Erdogan ketika menegur Cikgu Pa dulu.

Inilah antara lagu karut yang kita dengan sepanjang pemilihan PKR dan selepas ini PKR akan bergerak seperti biasa dengan pemilihan kepimpinan mereka yang baru selesai.Dengan itu juga berakhirlah lagu lagu karut bertemakan pemilihan.Oleh itu tukang tukang karut akan beralih kepada isu dan tema baru pula serta mungkin akan kembali kepada kes liwat DSAI yang masih berjalan.Satu yang jelas ialah tukang tukang karut dari berbagai bagai latarbelakang ini mempunyai misi yang sama ia itu mahukan PR berpecah.

Firman ALLAH "Orang kafir merancang, ALLAH juga merancang.Sesungguhnya ALLAH sebaik baik perancang". Insyaallah, kepada orang orang yang beriman, berdoalah kepada ALLAH agar semua kebathilan dan kezaliman terhapus dan kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia.Berdoalah agar semua tukang tukang karut tak kira siapa mereka dilenyapkan dari bumi ALLAH ini dan digantikan dengan penyebar penyebar kebenaran dari risalah ALLAH./Tranungkite

Tiada ulasan: