Roslan SMS Corner |
Posted: 12 Dec 2010 07:26 PM PST Biar si kotor dengan kerja-kerja kotornya Siapa kata Umno/BN tak goyah dengan kehadiran Pakatan Rakyat. Sejak PRU ke 12 lalu rumah tangga mereka tidak lagi aman seperti dahulu. Bersengketa, bercakaran, tidur tak nyenyak. Pada satu waktu mereka cuba gambarkan yang mereka ini gagah, PR bagaikan nyamuk kecil yang tidak mendatangkan kesan apa pun. Tetapi hakikatnya mereka tidur berkelambu saban malam takutkan nyamuk kecil tadi. Semalam MINGGUAN MALAYSIA bagaikan tiada modal, memaparkan wajah kaum keluarga Timbalan Presiden PKR Sdr Azmin Ali, seolah berita itu diharapkan dapat membunuh PKR dan menghancurkan PR. Lagu-lagu lama dimainkan diharapkan dapat membeli keyakinan dan sokongan ramai, ternyata ia hambar dan mencerminkan ketandusan moral dan "standard" pihak Utusan. Hari ini kisah Wikileaks membabitkan Dato Seri Anwar pula mainan muka depan mereka dan beberapa akhbar arus perdana lain. Mungkinkah dengan mainan wikileaks ini maka akan jatuh tersungkur PKR dan PR dan semakin kukuh dan kembali berkuasa Umno dan BN di negeri-negeri yang mereka dihambat keluar? Begitulah mungkin angan-angan mereka. Apakah rakyat akan termakan begitu sahaja? Begitu rendah sekalikah pandangan mereka terhadap kemapuan berfikir rakyat Malaysia? Bagi saya perkembangan ini menunjukkan BN dan Umno tiada modal kukuh untuk menjatuhkan kredibiliti dan kemampuan PR khasnya di negeri-negeri yang mereka kalah. Penerimaan rakyat terhadap kepimpinan PR di negeri-negeri ini terserlah berbanding ketempangan dan kepincangan mereka yang lampau. Cari dan pungutlah modal-modal saduran dan palsu untuk mencuri pukul PR mana tahu menjadi, begitulah kira-kira taktik mereka. Saya yakin rakyat Malaysia dewasa ini tidak mudah lentur keyakinan dan semangat mereka bagi lihat Negara ini terus selamat dan berjaya di bawah kepimpinan baru yang mahu di bawa PR. Sementara itu biarlah Umno dan BN berseronok dengan kerja-kerja kotor mereka, rakyat tahu orang kotor memang bermain dengan barang-barang kotor. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan