Isnin, 13 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Isu Habuan "Seks Puteri UMNO", Terbukti Pemimpin Parti Itu Kini Sudah Mula Tidak Kenali Halal Dan Haram Apabila Terlalu Lama Berkuasa

Posted: 13 Dec 2010 07:24 AM PST

AWAS ! JANGAN DI BIARKAN ANAK GADIS ANDA
SERTAI PUTERI UMNO BUAT SELAMA-LAMANYA
Cerita panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut. Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi.

Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan

Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: "tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?" Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. "Duit I dah ada.." Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya.

Bukti, cuba lihat sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba
untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin

[Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?. Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya. Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya].

Edisi Pahang: Keghairahan Puak-Puak UMNO BN Meneroka "Lombong Bijih Besi", Mereka Seronok Makan Isi Tapi Rakyat Derita Di Paksa Hidu Debu

Posted: 12 Dec 2010 04:45 PM PST

Oleh: Khairulmizan Yahya (Bharian)

KUANTAN, 13 Dis - Kewujudan tempat simpanan bijih besi berhampiran Kampung Selamat dekat Pelabuhan Kuantan, didakwa menyebabkan masalah debu yang serius sehingga menjejaskan kehidupan harian serta kesihatan penduduk. Tinjauan mendapati, keadaan jalan kampung berkenaan dipenuhi debu yang berterbangan, terutama apabila kenderaan berat melalui jalan terbabit dan keadaan bertambah teruk ketika cuaca panas. Seorang penduduk, Manap Muda, 58, mendakwa, penduduk kampung berkenaan sudah lama berdepan masalah debu, namun keadaan semakin buruk selepas kewujudan tiga tempat simpanan bijih besi berhampiran kampung berkenaan. Katanya, kehadiran lori yang mengangkut bijih besi itu turut menyumbang kepada masalah itu, malah mereka akan berulang alik melalui kampung ini hampir 24 jam sehari apabila ada kapal yang yang memunggah bahan berkenaan berlabuh di pelabuhan. "Keadaan itu menyebabkan debu bijih besi berterbangan dan mencemari udara di kampung ini hinggakan kami terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah setiap masa untuk mengelak rumah dikotori dengan debu," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selamat berkata, masalah debu terbabit juga menyebabkan kesihatan penduduk kampung terjejas, terutama kanak-kanak apabila mereka sering batuk dan jatuh sakit. "Masalah ini sudah dibawa ke pihak atasan termasuk pengurusan tertinggi Pelabuhan Kuantan dan saya dimaklumkan bahawa pihak berkenaan sudah mengeluarkan arahan supaya lori yang mengangkut bijih besi terbabit tidak dibenarkan membawa lebih muatan dan perlu menutupnya dengan kemas dan rapi," katanya lagi.


Bukti, Manap menunjukkan kesan debu bijih besi yang mencemari
sebuah pondok perhentian bas di Kampung Selamat Kuantan

Seorang pengusaha kedai makan, yang hanya mahu kenali sebagai Sam, 50, pula berkata, masalah debu yang dihadapi penduduk turut menjejaskan perniagaannya kerana debu berkenaan mencemarkan makanan serta mengotorkan kedainya. "Cermin dan meja makan sentiasa dipenuhi debu menyebabkan kami terpaksa membersihkan setiap masa, malah saya pernah menerima rungutan daripada pengunjung terutama orang luar mengenai masalah berkenaan. "Kami berharap tempat simpanan bijih besi berkenaan dapat dipindahkan ke lokasi lain dan terletak lebih jauh dari rumah penduduk, manakala lori yang mengangkut bahan itu ke pelabuhan pula perlu melalui laluan lain," katanya.

[Memang benar di Pahang ini trend memohon kawasan lombong bijih besi sudah menjadi-jadi. Difahamkan lebih 200 permohonan diterima oleh pihak yang berkenaan setiap bulan. Kebanyakkan yang memohon adalah mereka yang mempunyai kepentingan politik atau ada hubungan rapat dengan kerajaan UMNO BN itu sendiri. Anehnya, ada sesetengah kawasan yang mempunyai gred bijih besi yang bermutu tinggi telah digazetkan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan kemudian diberikan kepada kontraktor yang sama termasuk terbaru di kawasan Lipis. Difahamkan syarikat terbabit juga mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Pahang itu sendiri. Kawasan yang baik akan digazetkan kepada PKNP untuk kroni. Manakala kawasan yang mutu bijih besinya kurang kualiti itu sahajalah yang boleh dipohon oleh orang lain. Akhirnya banyak lesen melombong (MC) yang diluluskan tetapi tidak diusahakan kerana hasil tidak memuaskan. Bijih besi akan dibawa dengan lori bertan-tan sehari untuk ke Pelabuhan Kuantan sebelum dihantar ke negara China. Maka, sebelum kapal tiba ia akan disimpan dilokasi yang berkenaan yang akhirnya mengundang bahawa kepada penduduk seperti yang didedahkan. Inilah bukti rakyat makan debu sebaliknya puak-puak UMNO BN seronok makan isi dan hasilnya. Inilah senario sebenarnya !!].

Tiada ulasan: