Jumaat, 24 Disember 2010

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Futsal persahabatan, Editorial belasah Pentadbiran 11- 5

Posted: 24 Dec 2010 12:37 AM PST

KUALA LUMPUR : Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) telah menganjurkan perlawanan Futsal persahabatan antara Jabatan Editorial Harakah/HarakahDaily menentang Bahagian Pentadbiran, Teknikal dan Pemasaran bertempat di Kompleks Sukan dan Komuniti Sentul pada 24 Disember lalu selepas solat jumaat.

Tepat jam 3.15 petang permainan dimulakan dengan pasukan Editorial membukan jaringan seawal seminit perlawanan berlangsung.Jaringan oleh Khairul Hartimi menyuntik semangat pasukan dengan beberapa minit selepas itu, Nazri Abdullah, Wan Nordin dan Shukri menambah jaringan kepada 5-0.

Namun Pentadbiran dapat mencuri satu gol hasil kelalaian benteng Editorial melalui gol sendiri.Tersentak dengan itu, Editorial menggandakan asakan dan menambah kepada 7 -1.Selepas rehat masa pertama, Pentadbiran menyerang dan menambah gol kepada empat.

Namun kealpaan benteng pertahanan Pentadbiran memberi peluang kepada editorial menambah jaringan kepada 11-5.Penjaring terbanyak Editorial, Khairul 4 diikuti Nazri 3 dan Wan Nordin 3 seterusnya Shukri satu gol.

Perlawanan tamat pada jam 4 petang.Namun amat malang sekali salah seorang pemain Pentadbiran, Mohd Faisal Tawang mengalami kekejangan otot menyebabkan beliau terpaksa diusung keluar padang.

Tiada ulasan: