pemuda cheh |
- Tarikh PRU telah diumumkan.
- MENARA 100 TINGKAT ADA DUIT...SUBSIDI RAKYAT TAK CUKUP DUIT!
- Wajib tolak BN
| Posted: 08 Dec 2010 01:59 AM PST Oleh Ustaz Saiful Bahri Tiada siapa boleh memaksa Robert Mugabe untuk mengumumkan tarikh pilihanraya diadakan pada 2011 bagi menyelesaikan permasalahan politik di Zimbabwe. Keputusan berada ditangannya. Bahkan pilihanraya diadakan dipadang yang tak sama rata, penuh tipu-helah bagi mengekalkan kuasa beliau. Kata wakil parti Movement for Democratic Change, MDC pimpinan Morgan Tsvangirai, pembangkang terbesar di Zimbabwe yang dipimpin oleh Robert Mugabe. Di Malaysia, tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh PM, Najib Tun Razak sebagai satu strategi pilihanraya demi kemenangan BN. Ia menjadi teka-teki dan rahsia yang tidak diketahui oleh rakyat. "Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya. Najib tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia ketika di Phnom Penh di perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP).Itulah demokrasi ala Malaysia. Takde beza dengan Robert Mugabe, pemimpin kuku besi Zimbabwe. Tidakkah Malaysia mengikuti Negara Mahaguru beliau seperti Amerika Syarikat yang telah lama mengumumkan bahawa PRU USA akan diadakan pada Selasa, 11 November 2011. Manakala bagi negara Scotland telah mengumumkan tarikh membubarkan parlimen mereka dan akan diadakan pemilihan PRU pada 5 May 2011. Begitulah kebanyakan negera-negara Eropah bahkan kebanyakan Negara-negara Afrika, Negara yang dikatakan mundur dan tidak maju telah mengumumkan tarikh pilihanraya. Negara yang 1st Lady mereka sanggup datang menghadiri Persidangan Wanita Pertama anjuran Rosmah. Kalau mereka tahu bahawa mereka lebih kehadapan daripada Malaysia dalam demokrasi ini, tentu mereka tidak datang sebagaimana 1st Lady Negara-negara lain. Berikut tarikh pilihanraya antara Negara yang telah mengumumkan bagi tahun 2011. |
| MENARA 100 TINGKAT ADA DUIT...SUBSIDI RAKYAT TAK CUKUP DUIT! Posted: 07 Dec 2010 07:36 PM PST ![]() Kenaikan 4 dalam 1 yang diumumkan oleh kerajaan 1 Malaysia yang diterajui parti kononnya ingin menjadi juara rakyat membuktikan kerajaan yang ada kini cukup nazak dan terdesak. Saya tak dapat nak bayangkan bagaimana ketika rakyat sedang bergelut kenaikan pelbagai harga barang dan persediaan pembukaan penggal persekolahan baru kerajaan tergamak mengumumkan kenaikan keperluan asas dalam negara. Bayaran bantuan khas RM 500 yang dikreditkan ke akaun pesara dan kakitangan awam baru-baru ini diambil balik oleh kerajaan secara terang-terangan dan tidak bermaruah. Kerajaan 1Malaysia ternyata bersikap buruk siku dengan mengembar-gemburkan pemberian wang bantuan khas berkenaan. Apa yang lebih dikesali,ketika kerajaan Umno/BN kononnya ingin berjimat cermat,kerajaan 1Malaysia masih lagi bernafsu besar meneruskan projek menara Warisan 100 tingkat yang menelan kos RM 5 billion dan dijangka meningkat sekali ganda pada masa akan datang kesan kenaikan kos pada masa akan datang. Dalam banyak perkara kerajaan 1Malaysia masih bersikap terang-terangan membazirkan duit rakyat dengan tujuan memancing undi dalam pilihanraya akan datang. Saya beri contoh projek komputer 1 Malaysia yang menelan kos lebih RM 2 bilion bagi isi rumah berpendapatan bawah RM 3000. Saya mempunyai banyak maklumat pemberian komputer 1Malaysia telah disalah guna dan diberi kepada mereka yang tidak berkelayakan.Lebih malang lagi pemberian komputer 1 Malaysia telah dijadikan rasuah politik sempit Umno. Tetapi yang bagusnya pemberian komputer 1Malaysia ini telah melahirkan ramai usahawan komputer di kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah kerana dapat mencari duit saku sendiri dengan menjual kembali komputer berkenaan serendah RM 200 ! Hebatkan? Kerajaan umno/BN sewenang-wenangnya membazirkan duit rakyat tanpa mengambil iktibar kegagalan projek PPSMI yang meleburkan lebih RM 5 bilion duit pembayar cukai sebelum ini. Di samping itu kroni mereka terus dibela dan dipertahankan untuk menghisap darah rakyat. Lihatlah apa yang ingin dilakukan oleh Syabas yang ingin menaikkan tarif air di Lembah Kelang? Tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang bersuara menyatakan bantahan. Saya yakin hari ini ada rakyat yang akan ditangkap dan dibelasah dengan bertopengkan polis dan undang-undang untuk menyuarakan hak dan membela nasib rakyat miskin akan terkesan dan makin terhimpit. Itu belum lagi termasuk pembaziran lain yang ketara seperti pembayaran RM 77 juta setahun kepada firma Yahudi APCO Worlwide untuk menjual jenama 1Malaysia. Kalau nak senaraikan satu persatu kita pun dah tak tersenarai segala projek dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN setelah lebih setengah abad memerintah negara. Malah kita pun sudah cukup meluat dengan pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia. Hanya mereka yang tidak waras dan normal serta mempunyai kepentingan politik sempit atau yang terlalu taksub kepada Umno/BN sahaja yang akan terus memberi undi kepada mereka dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang. Adakah kita nak biarkan anak cucu dan generasi kita akan hidup merempat pada masa akan depan? Fikir-fikirkanlah...perubahan boleh dilakukan dengan sebatang pensil sahaja...Buatlah pilihan yang tepat dan bijak. |
| Posted: 07 Dec 2010 08:47 AM PST |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan