PEJUANG PRO DEMOKRASI |
Akhbar ter"BANGANG" di Malaysia akhirnya Melingkup Posted: 14 Dec 2010 08:40 PM PST Akhbar terbodoh di dunia! Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan. Seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu. "Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir. "Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana."Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya.Suara Perkasa mempunyai enam kakitangan dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur. Menurut kakitangan tersebut, alasan utama kepada pemberhentian penerbitan tersebut ialah tidak mampu menampung kos operasi.Katanya, Suara Perkasa dicetak sebanyak 25,000 naskhah setiap keluaran tetapi jumlah jualan tidak mencapai 50 peratus. "Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa," katanya.Suara Perkasa ditebitkan setiap dua minggu – pada awal dan pertengahan bulan – yang banyak memfokuskan mengenai isu-isu orang Melayu. Ia mula diterbitkan pada 1 Julai 2010 dijual dengan harga RM2 senaskhah di Semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.Edisi sulung Suara Perkasa yang bertajuk "Tahan Ka Siong di Bawah ISA" menimbulkan rasa tidak senang hati Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Konflik antara Presiden perkasa dan Wee bermula apabila anggota Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Ketua Pemuda MCA berkenaan mempersoalkan kontrak sosial serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.Malah pemimpin-pemimpin Umno juga tidak mahu mendekati Perkasa yang mereka dakwa sebagai sebuah pertubuhan berunsur perkauman. Bukan itu sahaja kalau anda boleh berjalan di sepanjang jalan tuanku abdul rahman anda boleh dapati yang mana kedai runcit yang menjual surat khabar bodoh ini hanya menayangkan nya hanya untuk "cukup" kan syarat sahaja manakal di sepanjang kaki lima di chow kit kelihatan beberapa mat pet menjadikan akhbar cabuk ini sebagai alas tidur. |
You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan