A Mum Of Three Mohd |
- Yang mana satu pilihan hati??
- Doa orang yang difitnah..
- Nak fitnah kalu... see the leg la!!
- N3 untuk arkib M3M
- Siapa dia??
- Makin disekat makin diserbu
- Zaid dan KITA
- Syuuuhh!! Another one.
- Zaid Presiden KITA
- Syuuhhh..!! Case closed!! Strategi jelek
- Meh... Kita settle
- Najib jadi Transformers??
Posted: 15 Dec 2010 07:30 AM PST Esok... Jeffery Kitingan akan membuat keputusan tentang hala tuju karier politiknya seperti yang dijanjikan oleh jurucakapnya. Jika dia keluar PKR, apakah dia akan 'melahirkan' sebuah parti politik baru di Sabah bagi dijadikan platform barunya dalam politik. Atau... dia akan menyertai parti politik retro Zaid Ibrahim iaitu KITA. KITA terbuka kepada semua kaum. Siapa suka boleh masuk. Since, umum melihat hubungan Jeffery dengan Zaid Ibrahim kamcing, maka tinbul tanda tanda sama ada dia akan menyertai Zaid. Selain itu... hari juga sebuah parti politik baru telah dilahirkan di Sabah. Parti itu diberi nama Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF). Menurut kata Presidennya, Berman Angkap, SPF lebih kepada Sabah-based parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan pemulihan hak Sabah dan rakyatnya. Mereka menganggap diri mereka sebagai pembangkang. Tetapi... mereka tidak akan menyertai blok pembangkang. Mereka nak bergerak secara solo tetapi tidak menolak kemungkinan bekerja sama dengan mana-mana parti yang sehaluan. Dengan kelahiran SPF ini, apakah Jeffery akan menyertai mereka?? Apakah pilihan yang akan dibuat oleh Jeffery Kitingan, akan memberi impak kepada senario politik tanah air, terutama ketika PRU13 semakin hampir. Well.... semuanya akan terjawab esok, seandainya dia bersuara seperti yang diberitakan oleh jurucakapnya. Tunggu.... [sumber] |
Posted: 15 Dec 2010 05:30 AM PST Kalau kita jujur dan ikhlas serta amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita, insyaAllah kita akan kalis fitnah. Lihat saja, Tok Guru Nik Aziz..., pelbagai fitnah dilemparkan kepadanya. Namun, tak satu pun berjaya. Terkini, SPRM telah membersihklan nama beliau daripada rasuah berkaitan pakej mengerjakan haji oleh Nik Aziz bernilai RM65,000 serta kemelut PMBK. Alhamdulillah... Tok Guru masih dilindungi Allah SWT daripada fitnah yang melanda. Sekarang kita tahu siapa sebenarnya 'duri dalam daging' yang cuba memporakperandakan pemerintahan Tok Guru di Kelantan. Yakinlah... doa orang yang dianiaya akan dimakbulkan Allah SWT jua akhirnya. KUALA LUMPUR 15 DIS : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) telah menutup fail tiga kes yang mengaitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong. Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Hadenan Jalil berkata panel itu sebulat suara bersetuju agar SPRM tidak mengambil tindakan lanjut selepas menyiasat kes berkenaan. "Dalam mesyuarat hari ini kita menerima laporan daripada SPRM untuk menutup kes berkenaan dan kita bersetuju bahawa ketiga-tiga kes melibatkan mereka tiada lanjutan lagi," katanya selepas mesyuarat panel itu bersama SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah di sini hari ini. Katanya bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Nik Aziz yang melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), siasatan mendapati Nik Aziz sebagai menteri besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangannya seperti yang termaktub dalam enakmen PMBK. "Siasatan terperinci yang dijalankan oleh SPRM berpendapat bahawa pelantikan Abdul Ariffahmi yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK itu adalah lebih kepada pertukaran Sepenuhnya di sini |
Nak fitnah kalu... see the leg la!! Posted: 15 Dec 2010 03:30 AM PST Hang mintak, nah... aku bagi kat hang. Lim Guan hari ini, telah menepis fitnah yang mendakwa kononnya kontraktor bumiputera dipinggirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Fuuhh... tuduhan standard daripada puak-puak UMNO untuk mencalarkan reputasi kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui DAP di Pulau Pinang. Persepsi yang cuba mereka beri ialah... DAP untuk orang Cina. Melayu boleh pigi mati. Kita olang talak peduli!! Like I've said before... DAP la ni, dah upgrade dah. DAP la ni, lebih rakyat friendly. Tidak kira rakyat itu dari keturunan apa atau agama apa sekali pun. Kita semua rakyat Malaysia yang berhak mendapat keadilan dan kehidupan yang lebih terjamin daripada kerajaan yang berorientasikan rakyat. Well... dengan menyahut cabaran Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM) iaitu Datuk Mohamed Fadzill Hassan, terbukti malaon ni seorang penfitnah!! Menurut malaon ni, 70 peratus bidaan kontrak kontraktor Bumiputera yang diperoleh oleh kontraktor bumiputera daripada kerajaan PR Pulau Pinang, adalah tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil. Dia seolah-olah mendakwa, Lim Guan Eng penipu dan cakap tak serupa bikin. Hotak hang!! Ya ler tu.... Weh... Tuduh jangan ikut sedap mulut jer. Jangan tahu kerja nak fitnah orang jer. Hangpa ingat para pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat macam UMNO, suka putaq alam?? Sori ler brader. Dengan pendedahan bukti yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir 100% kontrak... has proved hangpa wrong. Right... you're damn wrong!! Fitnah semata-mata!! Shame on you, Datuk!! Hello brother, sedikit nasihat dari M3M. Kalau nak main fitnah-fitnah ni... see the leg first la. Don't fitnah the wrong 'leg' okay?? Buruk padahnya. Haa... sekarang apa yang hang ludah, puupp, jatuh on your muka sendiri. Berlemoih. Padan muka!! KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan statistik hari ini untuk menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memperoleh lebih banyak projek di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun lalu. Tender yang telah diluluskan oleh jawatankuasa tender Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan kontraktor Bumiputera menerima kesemua 18 projek bernilai RM40,944,933.80. Dalam pada itu, daripada 17 projek diluluskan oleh jawatankuasa tender Jabatan Kerja Raya antara 1 Januari 2008 dan 30 November 2010, 16 daripada yang bernilai RM20,407,640.94 diberikan kepada kontraktor Melayu. Kontraktor Melayu hanya menerima satu projek bernilai RM407,000. Terus membaca di sini. |
Posted: 15 Dec 2010 02:25 AM PST Agong... Tolong saya... Bantu saya... Bontot anak saya kena ceroboh Siapa lagi boleh tolong dia?? Kesian.... Kah... Kah... Kah... [Sumber] |
Posted: 15 Dec 2010 12:25 AM PST Dia..... Menteri yang jaga hal ehwal parlimen Sebenarnya..... Dia jaga hal ehwal kepentingan UMNO/BN Kerja dia.... Penaya MP pembangkang Supaya.... Senang dapat undi 2/3 Ketika.... Meluluskan apa-apa usul atau akta Yang.... Menguntungkan mereka Caranya.... Dia buat usul Yang 'Ada Taring' lulus usul Yang kantoi.... Para MP pembangkang!! Aha.... Itulah dia mereka dan kerja mereka Jadi barua pencacai UMNO/APCO Licik... Jelek... Baca.... Apa kata mereka ini. Dec 15, 10 2:46pm Pakatan Rakyat has claimed that the anticipated suspension of four of its MPs tomorrow will lead to BN regaining its two-thirds majority in Parliament. Rasah MP Anthony Loke (extreme left, seated) said the implications of this are huge and the consequences dire for Pakatan. "Maybe this opportunity will be used by BN to amend the federal constitution or re-draw the electoral boundaries," he told reporters at the Parliament lobby today. A motion to suspend Opposition Leader Anwar Ibrahim for six-months was tabled yesterday in a bid to censure him for claiming that Apco Worldwide - a public relations firm that advises the Najib administration - was linked to the Zionist regime. Following this, he was referred to the rights and privileges committee which recommended for Anwar's suspension despite not hearing his defence. The committee's investigation has been criticised by three Pakatan MPs - Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). They have since been alleged to have broken an embargo on the committee's report and a motion will be tabled today to suspend them for six months as well. Loke said speaker Pandikar Amin Mulia had "allowed the federal government to use their majority as they like". "Tomorrow they will pass a motion to suspend Anwar and now three more MPs from Pakatan. I see a hidden agenda here. "This will have huge political implications for Pakatan in Parliament because now there are 77 MPs. If four are suspended, it would mean that, over the next six months, we will lose our one-third number in the House. We will only have 73 in MPs." Baca juga di sini |
Posted: 14 Dec 2010 11:00 PM PST Siapa bodoh dan mahu dirinya sengaja masuk perangkap?? Angkat tangan?? Haaa.... tak nampak tangan pun. Gegak gempita, orang bertepak tangan dengor ler.... Apa bukti?? Bawa si tua LKY ke mahkamah!! Ada rakaman video?? Ada catatan doktor?? Jangan takut-takut, bawa ke mahkamah!! Happening gilerr, kononnya ceramah dan road show Pakatan Rakyat di Taman Melati Wangsa Maju semalam. Ribu-ribu orang serbu!! KUALA LUMPUR, 15 Dis: Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks. Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, "Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat." "Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya. Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu. Sepenuhnya di sini. Ho.. Ho.. Ho.. Siapa kata Anwar dah lemah??? No... No... No... Dia masih power!! Kalau dah tak power, mengapa mesti buat itu ini untuk melemahkan dia?? Go... Go... Go.... Lawan Tetap Lawan!! |
Posted: 14 Dec 2010 09:50 PM PST Ada MP bebas dan kini ada pulak Parti politik bebas. Bebas to make friends with any parti. But... KITA tidak akan menyertai Pakatan Rakyat. That is for sure. Kata Zaid, parti baru dia akan sokong mana-mana blok jika sesuatu perkara itu dirasakannya penting. KITA ada jasad dan ada roh. Roh mereka ialah ideologi dan dasar. Yeaaahh!! Siapa suka boleh join KITA. KITA is opened to all. Nak join?? Aku ni... teringin sangat nak tengok, siapa dalam kalangan PKR yang akan join Zaid dan apakah mungkin akan ada dalam kalangan 'third force' yang nama-nama mereka, dok ada dalam kepala hotak aku ini, akan join KITA. Seperkara lagi... apakah ada pihak yang akan mem'promosi'kan KITA?? Tak kisah ler mereka nak join atau tidak, sebab masing-masing ada hak. Tapi.... just nak tau jer. PETALING JAYA, 15 Dis — Datuk Zaid Ibrahim menegaskan parti baru yang diterajuinya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak akan menyertai Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008. Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini berkata, Kita yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, yang akan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat. Kita juga akan bertindak sebagai parti pelbagai kaum, kata Zaid. "Kita parti bebas, ada ideologi dan ada dasar. Kita tidak akan sertai Pakatan Rakyat. "Tapi kalau ada perkara-perkara yang kita rasa penting kita akan sokong sahaja," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Akim di sini yang disertai sekitar 200 perwakilan. Zaid menerajui parti itu selepas genap sebelum meninggalkan PKR ekoran isu kecacatan dan kelemahan dalam sistem pemilihan parti itu. Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. [sumber] Baca juga di sini |
Posted: 14 Dec 2010 08:52 PM PST Lepas sorang... sorang... kena halau keluar daripada Parlimen. Terkini.... Sivarasa pulak di-syuuhhh!! Kali ini pasai isu WikiLeaks pulak.. Fuuhh mak, Speaker betul-betul tunjuk power. Speaker mana?? Siapa lagi... Speaker 'Ada Taring' ler!! Dis — Pemimpin PKR dikenakan hukuman buang Parlimen satu hari ekoran tindakannya mempersoalkan kuasa dan keputusan Speaker menolak usul berkaitan WikiLeaks di Dewan Rakyat, hari ini. R. Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, membentangkan satu usul menggesa Dewan Rakyat mengenakan tekanan ke atas Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) agar mendedahkan kesemua kabel diplomatik membabitkan Malaysia ekoran pendedahan laman web WikiLeaks. Langkah itu menyebabkan hujah antara Sivarasa dan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sekali gus membawa kepada tindakan mengeluarkan Sivarasa dari Dewan Rakyat sehingga esok. Esok merupakan hari terakhir Dewan Rakyat bersidang. Baca juga di sini. |
Posted: 14 Dec 2010 08:00 PM PST Tercapailah sudah hasrat Zaid Ibrahim untuk jadi 'kapla' sebuah parti politik. Kini Zaid Ibrahim menjadi presiden kita. Oooppss!! Sori.. sori... Presiden KITA. KUALA LUMPUR, Dec 15 — Tiny Kelantan party Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) today changed its name to Parti Kesejahteraan Insan TanahAir (Kita) and promptly elected Datuk Zaid Ibrahim as president. The party's annual general meeting is in progress at Tropicana Golf and Country Club, near Zaid's residence. It is the party's first meeting outside Kelantan. Zaid quit PKR last month after criticising the party's first-ever direct elections. He was formerly the de facto law minister in Tun Abdullah Ahmad Badawi's Cabinet in March 2008 but resigned in protest over the use of the Internal Security Act (ISA) on a politician, journalist and blogger. The Kelantanese politician turned his legal practice into the country's largest partnership, Zaid Ibrahim and Co., before focusing on politics.[sumber] Ingat... AKIM dah ghaib, ya?? Yang wujud sekarang ialah KITA, the reincarnation of AKIM. Ha.. ha... Kalau ikut istilah Buddhism ler. Sejauh mana KITA boleh pergi?? Cukup power to last long?? Kita tunggu dan tengok jer ler... |
Syuuhhh..!! Case closed!! Strategi jelek Posted: 14 Dec 2010 07:30 PM PST UMNO/BN kini menggunakan strategi 'Tutup dan Halau' sebagai langkah menepis masalah. Strategi ini amat berkesan kepada yang ada kuasa. Itulah strategi yang diguna pakai oleh mereka ke atas pembangkang. Serangan-serangan pembangkang terhadap isu-isu tentang kepincangan tindakan mereka, ditepis begitu saja, walau pun segala dakwaan mempunyai asas yang kukuh. Ini dilakukan agar apa yang didakwa oleh pembangkang hilang senyap begitu saja. Kalau dah senyap.... kuranglah publisiti negatif terhadap mereka. Institusi penguatkuasaan negara diperkuda untuk tujuan itu. Parlimen tidak terkecuali. Terkini yang menjadi mangsa ialah Karpal Singh. Dia dihalau daripada dewan kerana membangkit usul tentang salah laku Hakim Negara. Banyak MP pembangkang yang telah mengalami nasib yang sama dengan Karpal. Dulu si Gobind Singh pun pernah dihalau kerana membangkitkan kes Beng Hock. Selain mereka, yang bakal di'halau' ialah Anwar Ibrahim kerana dakwaan penglibatan kerajaan pimpinan Najib dengan APCO. Keadaan yang sama berlaku terhadap dakwaan terhadap kes-kes yang ada kaitan dengan pemimpin kerajaan serta mereka yang melindungi kepincangan dan salah laku tersebut. Kes penglibatan mantan KPN dulu dengan penjenayah. Kes mata lebam Anwar yang melibatkan salah laku peguam negara. Dan... yang terkini kes Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dan keluargannya dengan pembunuhan Altantunya. Semua ditutup. Inilah dia Parlimen 1Malaysia. Kalau ada istilah kangaroo court untuk mahkamah, maka... parlimen 1Malaysia ini, aku istilahkan pulak sebagai parlimen beruk. Dengan tertutupnya kes-kes tersebut, apakah suara pembangkang pun akan turut senyap?? Baca sini, sini dan sini. |
Posted: 14 Dec 2010 05:00 PM PST Isu Felda belum reda lagi. Masih mengelegak lagi. Felda masih berdolak-dalik mengatakan yang mereka tidak bangkrap, malah kononnya... ia masih kukuh. Once and for all.... meh kita settle isu berkaitan Felda ni. Felda bangkrap ke?? Nak bangkrap ke?? Ada asset kukuh ke?? Temberang jer ke?? Betul ke masih ada RM4.3 billion?? Jadi, kalau nak tunjuk yang Felda bercakap benar dan pembangkang saja buat fitnah, apa kata kita sahut saranan YB Sallahuddin Ayub. Ya... tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja agar warga Felda tidak lagi berada dalam keadaan kecelaruan. Apa kata kali ini kerajaan berpegang kepada slogan 'Rakyat didahulukan' dengan mengambil inisiatif yang dicadangkan oleh YB Salahuddin Ayup demi kepentingan warga Felda?? Kalau betul Felda RM4.3 bilion, alhamdulillah.... Tapi kalau betul begitu, jangan sembunyi-sembunyikan masih nilai sebenarnya kewangan syarikat itu. Kalau sanggup... sonang cerito. Tutup bab Felda!! Wokey?? [sumber] |
Posted: 14 Dec 2010 02:58 PM PST Sanggup jadi transformers?? Berpaksikan 'Ketuanan Perlembagaan' Jom... Together kita lakukan transformasi... For a better Malaysia!! What say you, Mr Prime Minister?? Ada berani?? Baca sini |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan