Jumaat, 3 Disember 2010

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


RAKYAT MARHAEIN DERITA HARGA MINYAK RON95, DIESEL, LPG, GULA NAIKKK!!!!!!!

Posted: 03 Dec 2010 10:26 PM PST

1)Aku dah cakap dah, kalau undi BN memang barang naik. ni yang naik darah ni dengar berita seram macam ni. Bongok punya UMNO-BN. Lepas ni ada mangkuk mana pulak yang nak jawab yg ron95 ni pun diorang tak pakai.

2) padan muka makcik felda, padan muka semua bodoh2, biol2, bangang2 dalam malaysia ni.. pangkah jangan tak pangkah...

3)Kalau ron95 naik jugak......
memang BARUA la orang yang naikkan harga tu
apa tak "BARUA"nya....
orang tu tak tau ke semua barang lain pun akan ikut naik??
Ceh...Ketuanan UMNONGOK....!!

4) Bukan Naik tetapi "diselaras" atau "diseragam"...Padan Muke gue... pangkah ler Barang Naik lagiiiii...wahai orang Kuala Pilah oii....tak pulak aku kalau orang BN-Umno Kuala Pilah dapat pengecualian.....

5)hayya chi seng punya wolang busat
kalu talak wang tala payah lipea lu punya lumah kat putajaya maa. manyak mahat woo. anam puloh impat juta maaa
kalu mau lipea lumah pon mau kasi halega minyak naik, itu tiu nia ma loo
Chi seng punya olang busat
ptuii! Ptuii! Ptuii! ....

6)Bersyukurlah sebab negara kita masih aman walaupun minyak naik sikit.
Negara lain lagi teruk
Ayat biasa pencacai-pencacai UMNO KUALA PILAH... Panas telinga beb.


7)CILAKO CILAKO CILAKO....
SELARAS DAH JADI SERAGAM.....
BESOK
SERAGAM JADI APE...? JADI SAREGAMARAS......

8)aku apa peduli.sebagai ahli gerombolan.kad keahlian aku sebagai anggota gerombolan bolih dapat diskaun 50% drp harga asal...ikhlas dari UMNONGOK KUALA PILAH..

hati mendidih IR PENING yg marhaienn.....






















PRU-13..BAHANG SEMAKIN HANGAT DAN PANAS. BERSEDIA SEMUA!!!

Posted: 03 Dec 2010 10:21 PM PST

Keputusan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pemilihan parti pada 2011 selama 18 bulan bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti merupakan petanda pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) semakin hampir.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS mengambil serius petanda tersebut dan memulakan 'pecutan gerak kerja pilihan raya' bagi menawan Putrajaya.

"Saya melihat bahawa penangguhan ini satu daripada petanda kebarangkalian pilihan raya umum ini akan diadakan pada tahun hadapan. Saya telah pun membuat kenyataan ini dalam beberapa siri ceramah saya.

"Kalau lihat perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam negara kita dan seperti mana yang telah diandaikan oleh lain-lain pimpinan PAS, persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum 13 mesti diaktifkan parti dan kami telah pun membuat beberapa perancangan dalam konteks itu yang telah pun diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa politik," kata Nasharudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat sedang giat mengadakan siri jelajah bagi menyampaikan mesej kepada rakyat agar menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

"PAS akan mula dengan siri roadshow yang melibatkan setiausah agung (PAS) dan pengarah pilihan raya untuk mereka memantau dari dekat tentang persiapan-persiapan pilihan raya ini secara lebih teratur.

"Kita sudah mobilisasi persiapan pilihan raya ini mengikut fasa-fasa. Contohnya di Sarawak kita telah menubuhkan Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri hasil daripada pilihan raya kecil Sibu dan beberapa siri lawatan kita.

"Turunnya setiausaha dan pengarah pilihan raya ini dalam konteks PAS adalah bagi memantapkan lagi persiapan tersebut. Kita nak masuk gear tiga hingga gear 4," katanya.

Diminta mengulas mengenai jangkaan PRU 13 akan berlangsung sekitar Mac hingga Jun, beliau berkata, tahap demokrasi di Malaysia masih rendah apabila rakyat khususnya parti-parti yang bertanding tidak dapat mengetahui secara tepat tarikh pilihan raya.

"Inilah dia tahap demokrasi di Malaysia yang kita walaupun sebahagian daripada komponen penting dalam proses demokrasi, parti yang telah melibatkan diri dalam proses itu, parti yang pernah dan sedang memerintah, kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan.

"Kalau di negara-negara lain, paling tidak mereka akan tahu dalam masa 3 bulan, 6 bulan, bila pilihan raya akan berlaku. Tapi di Malaysia kita hanya dapat mengagak dan mengandaikan bila pilihan raya," katanya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan bagi menjejaskan usaha Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat.

"Ini sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan beberapa perkara penting khususnya kekangan media kita agak terbatas. Kita sudah tentu tak dapat sampaikan mesej kepada rakyat untuk menyokong kita," katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, PAS akan terus meningkatkan usaha ke arah memenangi PRU 13 di samping memperbaiki kelamhan-kelemahan yang ada.

"Saya sebagai pengerusi lajnah hal ehwal parlimen akan megadakan persidangan melibatkan semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri untuk berhimpun dan muhasabah apa yang telah kita buat dan kekurangan kita bagi memastikan kerusi yang telah kita menang, kita pertahankan dan kerusi yang tidak menang dapat kita menangi," katanya.

Ayuh para pejuang kita. Bangun dan berjuanglah demi menegakkan ISLAM dan KEADILAN. Kita kuburkan BN pada PRU-13 yang semakin hampir ini..AYUH BONGKARRRRRR!!!!!

IR PENING

PAKATAN RAKYAT BAKAL KUASAI JOHOR, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA PADA PRU-13..

Posted: 03 Dec 2010 10:14 PM PST

PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin.

"Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya.

Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata.

"Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam.

"Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua.

"Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam."

Semboyan telah berbunyi. Ayuh bangun wahai pejuang2 ISLAM dan KEADILAN. Kita kuburkan BN khususnya UMNO di KUALA PILAH ini. Anak Muda ISLAM dan KEADILAN bangkit melawan...

IR Pening.


KAYA YANG BERKAT...

Posted: 03 Dec 2010 08:44 PM PST

Mana yang lebih penting ? Kekayaan mudah dari hasil kerja yang haram atau kesenangan yang sedikit tetapi berkat? Bila hanya berfikir mendapatkan dan mengumpulkan wang semata maka memilih kaya dengan cara apapun. Namun apabila yang digunakan adalah kehalalan, wang yang diterima bersumber pada yang benar dan diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka pilihlah keberkatan.

Di zaman seperti sekarang ini, ada orang mengatakan 'Mencari yang haram pun susah, apalagi mencari yang halal' sehingga mencarinya dengan segala cara, mengejar material yang penting dapat. Sebab itu rasuah,judi,rompak terus berlaku tidak kira pangkat kedudukan.

Yang penting, kaya, mengabaikan yang halal dan haram seolah menjadi lumrah kerana kita mahu kelihatan kaya di sisi manusia kerana manusia menilai kejayaan seseorang dari kekayaannya bukan keimanannya.

Namun apabila kita amati , harta yang banyak bererti kemudahan, kesenangan, menghadirkan kegembiraan yang sebenarnya memberi derita kerana didapatkan dari sumber yang haram. Demikian juga yang harta yang sedikit, susah, tidak menyenangkan ternyata akhirnya membahagiakan kerana didapati dari sumber yang halal.

Sebab itu, orang sering berkata wang dari hasil yang tidak berkat tidak tahan lama, mudah habis dengan sekelip mata berbanding dengan wang dari hasil yang berkat walau pun sedikit.

'Akan datang suatu zaman manusia dimana cita-cita mereka untuk kepentingan perut mereka, kemuliaan mereka dilihat dari perhiasan mereka, kiblat mereka adalah perempuan yang molek dan agama mereka adalah wang dan harta benda, mereka itulah seburuk-buruknya generasi. Dan tidak ada kebaikan disisi Allah.' (Hadis riwayat ad-Dailami).

Kekayaan tidak menjamin hidup kita bahagia, sebagaimana kemiskinan bukan jaminan hidup kita derita. Alangkah indahnya bila kita menjadi orang kaya yang diberkati kerana kekayaan yang membawa keberkatan menghadirkan segala kebaikan, menghapus kegelisahan, menghilangkan putus asa, menambah peluang dan mengukuhkan iman dan taqwa kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sahabat, mari kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah agar berkenan melimpahkan rezeki yang halal dan membawa keberkatan kepada kita dan keluarga kita dan dijauhkan dari yang haram.

'Ya Allah, curahkanlah keberkatan dari apa-apa yang telah Engkau berikan rezeki kepada kami dan jauhkanlah kami dari siksa api neraka.' (HR. Ibnu As-Sani).

AMINNN.....nukilan IR PENING...

SELAMAT PENGANTIN BARU ADAM.

Posted: 03 Dec 2010 08:30 PM PST

Kepada ADAM, kami pejuang2 di Dun Juaseh, khususnya Jemapoh, mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan mu kekal sehingga ke akhir hayat...aminnn....dari jemapoh ke kota baru...ADAM&WANIE...28 nov 2010..





dari kiri...pak ngah zuki (bapa saudara), hjh maznah (ibu adam merangkap ibu mertuoku), Adam, Wanie (beras baruku), ibu wanie, ayah wanie....

Syukran Jaziilan kepada semuo para pejuang yang hadir di majlis adik iparku ini...si adam....kalian adalah yg terbayeeeekkk...!!!semangat dan roh perjuangan tetap membara demi menegakkan ISLAM dan KEADILAN UNTUK SEMUA....

cebisan dari....IR PENING....





Tiada ulasan: