Sabtu, 18 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: Terbukti Malaysia Punyai Hubungan Dengan Israel @ APCO, Dokumen Sulit Berkenaan Kini Tersebar Secara Meluas Buat Tatapan Rakyat

Posted: 17 Dec 2010 09:44 AM PST

Susulan isu penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan akibat pendedahan tentang APCO Worldwide maka kini akhirnya kerajaan Malaysia mendapat malu sendiri. Apa tidaknya, Anwar dan tiga yang lain digantung gara-gara penededahan terbabit dihalang untuk membela diri, sebaliknya usul penggantungan beliau telah diterima sebulat suara tanpa bahas oleh Speaker Dewan Rakyat iaitu Pandikar Amin Mulia baru-baru ini. Insiden tersebut telah menyebabkan ramai pihak tidak berpuasa hati, malah menganggap tindakan itu adalah satu kezaliman terhadap institusi parlimen itu sendiri. Speaker yang selama ini memang dianggap menjadi "pendekar" UMNO BN, rupanya mengesahkan telahan rakyat itu. Maka, dengan kuasa "muktamad" yang beliau ada itu akhirnya telah menyebabkan kekecohan berlaku di parlimen gara-gara isu penggantungan Anwar Ibrahim. Hasrat Anwar untuk menunjukkan segala bukti dan dokumen atas kenyataannya pasal APCO telah dipermainkan oleh Speaker dan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan. Mereka bukan sahaja tidak memanggil Anwar untuk membela diri, malah menipu rakyat kononnya mantan TPM itu sudah dipanggil berbuat demikian. Semua ini merupakan episod malang buat rakyat Malaysia. Sebelum ini, gara-gara "rampasan kuasa BN" sidang Dewan Undangan Negeri Perak juga kecoh dengan tindakan jahat mereka. Kini, satu dunia melihat bahawa kerajaan UMNO BN sudah semakin terdesak untuk terus mengekalkan kuasanya. Lantaran itulah tergamak membuat tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan perturan yang telah termaktub dalam akta parlimen itu sendiri. Akhirnya kini, bagai sudah ditakdirkan maka semua dokumen dan bukti perjanjian Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Israel termasuk APCO itu sendiri telah didedahkan secara meluas dalam internet sekarang ini. Dokumen berupa surat perjanjian sulit itu kini sudah tidak menjadi rahsia lagi sebenarnya. Inilah yang amat ditakuti oleh kerajaan 1Malaysia sejak pendedahan itu dibuat oleh Anwar.


Bukti, dokumen sulit yang ditandatangani pada 4 Ogos 2009
[Maklumat ini sungguh memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Kini terbukti betapa teruknya kerajaan UMNO BN dan 1Malaysia pimpina PM Najib Razak, kerana sanggup bersekongkol dengan Kerajaan Israel untuk menentukan halatuju pemerintahan negara. Rakyat perlu sedar dengan situasi ini dan apakah mereka harus menerima kehendak takdir yang sudah terang lagi bersuluh itu agaknya. Pencacai UMNO BN sudah pasti akan menadikan semua ini, namun segala kebenaran akhirnya terserlah jua. Maka itulah, kita tidak hairan Anwar Ibrahim dihalang daripada membela dirinya mengikut prosedur biasa yang telah ditetapkan. Ini kerana mereka semua takut andainya segala dokumen perjanjian itu didedahkan oleh Anwar dan ini akan memalukan mereka. Justeru itu, jalan terbaik ialah menggantung terus Anwar daripada hadir ke parlimen untuk tempoh yang agak lama bagi menghalang beliau terus bersuara tentang isu ini. Mujurlah ada rakyat prihatin yang menyebarkan maklumat dokumen tersebut yang kini boleh ditatap oleh seluruh rakyat Malaysia. Fahamlah kini apa yang berlaku kini. Wajiblah kita untuk menolak kerajaan UMNO BN dari terus berkuasa selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Jangan dibiarkan negara ini tergadai ke tangan asing buat selamanya! Klik Sini untuk melihat bukti salinan dokumen tersebut].

Tiada ulasan: