Rabu, 15 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Presiden 'Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia' (AKIM) Tidak Ikhtiraf Zaid Tukar Nama Parti Itu Kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air !

Posted: 15 Dec 2010 04:51 AM PST

MACHANG 15 Dis - Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat (foto) berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini. AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya. Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur. Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baharu, juga dilaporkan sebagai berkata, parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang. Hanafi berkata, mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. "Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka," katanya. Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak-tanduk segelintir ahli AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya. Hanapi juga berkata, beliau tetap menganggap dirinya sebagai Presiden AKIM yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka Presiden AKIM. Sebelum ini dilaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi Presiden berikutan kemelut perebutan jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

[Apa masalah pula yang berlaku kepada AKIM ini. Tiba-tiba jawatan Presiden jadi popular bila Zaid Ibrahim cuba mengambil alih parti itu. Masing-masing mahu pertahankan diri dan tidak mahu melepaskan kuasa. Inilah yang berlaku kepada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dulu, biarpun parti itu dibubarkan apabila Presidennya sertai Keadilan dengan nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba-tiba orang lama beriya-iya mahu menghidupkan parti yang sudah tidak wujud itu. Nampaknnya, Hanafi Mamat pasti akan membawa kes ini ke mahkamah jika benar apa yang diperkatakan oleh Pengaras ROS Kelantan itu. Maknanya, hasrat Zaid Ibrahim untuk bertanding pilihanraya umum ke-13 atas nama partinya sudah pasti akan menimbulkan masalah kelak. Soalnya sekarang, kenapa Zaid tidak boleh menunggu parti barunya didaftarkan dan tidak mengambil parti orang lain jika mahu terus berpolitik. Mungkin kerana dia menyedari pendaftaran parti memerlukan masa yang lama untuk diluluskan dan beliau gusar partinya tidak sempat menyertai PRU-13 jika ia berlaku pada pertengahan tahun 2011 ini agaknya].

Sah, Datuk Zaid Ibrahim Akhirnya Telah Dilantik Sebulat Suara Sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) Nama Terbaru Parti AKIM

Posted: 14 Dec 2010 11:32 PM PST

PETALING JAYA, 15 Dis - Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (foto) sebulat suara dilantik sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita), nama baru bagi Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) pada Muktamar Agung Tahunan parti tersebut,hari ini. Beliau menggantikan Zakaria Salleh yang memberi laluan kepadanya menerajui parti itu. Zakaria sebelum ini dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009. "Kita ialah parti berbilang kaum yang menghormati demokrasi rakyat", katanya dalam ucapan penggulungan beliau pada mesyuarat tersebut di Tropicana Gold Resort di sini. Sementara itu, Zaid berkata, partinya akan mempamerkan lambang baru, matlamat serta memperkenalkan beberapa pemimpin baru yang akan menyertainya pada 19 Januari ini. Pada tarikh tersebut, beliau akan membentangkan pindaan perlembagaan parti yang dilakukan serta perubahan struktur kepemimpinan. Jelas beliau, parti baru itu mempunyai seorang Ketua Parti tetapi tidak mempunyai Naib Presiden Timbalan Presiden. "Akan ada Jawatankuasa Pusat yang dipilih oleh ahli-ahli dan parti ini tidak ada banyak cawangan. Setiap negeri mempunyai satu cawangan sahaja. "Dengan itu, pentadbiran akan lebih tersusun dan lebih demokratik," katanya. Bagaimanapun katanya, penggunaan lambang baru parti dan pindaan perlembagaan parti itu memerlukan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan. Pada 8 Nov lalu, Zaid telah menyertai persaingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, bertindak keluar dari parti.

[Ramai yang meramalkan, parti yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim itu tidak akan kekal lama malah tidak diterima rakyat sekali pun. Bukan kerana nama Zaid, namun kerana perjuangannya yang ditunjangi atas dasar kekecewaan seorang pemimpin. Memang agak mengejutkan apa yang berlaku ini. Zaid tidak boleh menyamakan dirinya dengan Anwar. Parti yang dipimpin oleh Mantan TPM itu wujud atas dasar memperjuangan kezaliman terhadap dirinnya dan juga keadilan untuk rakyat. Tapi parti Zaid ternyata berasaskan kekecewaan, makanya parti itu akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang hilang ditelan dek zaman akibat diasaskan atas dasar kekecewaan. Ketika itu, (Ku Li) kecewa akibat tewas kepada Mahathir dalam perubatan jawatan Presiden UMNO. Kini, Zaid pula kecewa dengan perubatan jawatan Timbalan Presiden PKR. Maknanya, situasi yang sama berlaku atas sikap ingin berkuasa dan tidak mahu menerima kekalahan itu sendiri. Biarpun Zaid merasakan dia berada di pihak yang benar dalam persaingan jawatan berkenaan. Namun, jelas apa yang berlaku adalah sebaliknya, Malah, ramai juga penyokong Zaid yang tahu berapa banyak wang yang digunakan untuk Tengku Razaleigh Hamzah"merasuah" pemimpin dan ahli PKR supaya menyokongnya. Namun, bila melihat pengaruh Azmin lebih kuat maka akhirnya dia menarik diri tanpa pengetahuan orang kanan dan para penyokongnya. ].

Tiada ulasan: