Anak Cucu Nabi Adam |
- Siapa Takut Siapa?
- Rakyat Jangan Lagi Terpedaya Dengan UMNgOk-BN
- PKR dan PAS Perlu Teguh Baru DAP Akan Kukuh
- DS Anwar Ibrahim Pemimpin Reformasi
Posted: 14 Dec 2010 08:07 AM PST Sekarang ini dah jadi trend golongan ulamak takut kepada pemerintah. Sepatutnya pemerintah takut kepada golongan ulamak. Inilah yang dikatakan oleh Ustaz Ismail Kamus dulu ulamak UMNgOk ni 'ular dalam semak'. Kalau kita lihat sejarah Islam dulu semasa pemerintahan para sahabat Nabi dulu semuanya taat dan patuh kepada golongan ulamak walaupun kedudukan mereka tinggi. Tetapi mereka tahu bahawa selagi ada golongan inilah Allah akan memberkati negara itu. Kalau di negara Arab dulu, semua imam dihormati seperti ulamak besar Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Imam Syafie. Sehinggakan gabenor-gabenor Mekah dan Madinah pun takut nak bersemuka dengan imam-imam ini. Yang paling digeruni, imam Malik yang begitu garang dan tegas dalam fatwanya. Kalau di Malaysia ini pula, pernah kita kenal Tok Ku Paloh? Kenalkah kita dengan Tok Kenali? Ulamak-ulamak ini begitu kental dengan ilmu dan semangat juang mereka sehingga ke akhir hayat. Apabila ada pemimpin UMNgOk datang ke masjid punyalah riuh nak hias dan kemas masjid. Sekadar sambut apa salahnya tapi jangan jadi tukang kipas. Jangan pula takutkan pemimpin UMNgOk yang darjatnya aku rasa jauh sangat bezanya walaupun dengan imam kampung. Bukan aku nak kata cuma berani suruh PM atau TPM atau ketua cawangan pun jadilah imamkan solat fardhu bersama-sama rakyat. Itupun mujur kalau ada ada masa depa solat fardhu. Alhamdulillah jangan sampai lupa solat sudah. Bercakap atau berpidato mungkin boleh kot tapi kalau sewaktu kunjungan di masjid cuba imam masjid tu buat lawak antarabangsa jemput PM atau TPM baca khutbah. Aku rasa boleh pengsan kot walaupun teks disediakan. Bukan macam ulamak-ulamak yang boleh terus berkhutbah tanpa teks. Kalau kata pemimpin UMNgOk ni bidang dia lain. Bukan bidang agama. Tapi kenapa Anwar, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi boleh baca khutbah dan jadi imam? Nabi Muhammad adalah pemimpin serba boleh. Sebut apa yang nabi tak boleh buat? Jadi korang nampak tak apa lebihnya pemimpin PR dan apa kurangnya pemimpin UMNgOk ni? Ulamak yang dikatakan pewaris nabi hari ini perlu berkata benar. Jika salah kata salah jangan lah pula nak tegakkan benang basah. Memang nampak pemimpin-pemimpin PR kolot sikit dengan cara pemakaian. Orang sekarang nampak yang pakai kot, tali leher, baju batik, naik kereta Benz, BMW, itu adalah trend seorang pemimpin. Kalau tengok zuhudnya TG Nik Aziz, TG Hj Hadi yang pakai jubah dengan serban memang tak boleh lawanlah. Bukan kata jadi menteri boleh pakai kereta mewah. Baru jadi ketua cawangan pun dah sibuk nak tukar kereta. Jadi ulamak perlu berani menyertai parti Islam dan sama-sama dalam PR untuk menawan Putrajaya. Kita hidupkan semula semangat ulamak-ulamak dulu yang berusaha menentang penjajah British. Sekarang kita perlu berusaha menentang penjajah UMNgOk. Kita mengharapkan kemerdekaan sepenuhnya kerana UMNgOk masih lagi anak jajahan British. Ulamak perlu buktikan selepas ini jangan ada lagi pemimpin UMNgOk yang mencaci ulamak. Ada segelintir masyarakat di Selatan tanah air yang mengikut kata MahaFiraun yang mempersoalkan status TOK GURU kepada Nik Aziz. Siapa yang berikan status itu kepada Nik Aziz. Dan ada pula mangkuk tingkat hayun yang gelar tangan ulamak Nik Aziz sebagai TANGAN SETAN kerana bersama-sama DAP padahal mangkuk tu tak perasan ke yang UMNgOk dan lama bersekongkol dengan MCA dan MIC yang kesemua ahlinya bukan Islam. Inilah ulamak-ulamak yang perlu diberi pendedahan Islam agar depa dapat kembali kepada Islam yang sebenar bukannya mengikut telunjuk UMNgOk. Dulu tak ada pangkat. Bila dah dapat pangkat Datuk mulalah nak tunjuk jaguh agama UMNgOk. Bila dapat pula Tan Sri lagilah nampak kipas pemimpin. Nauzubillah. Takutlah kepada Allah. Kami ni yang buta agama ni perlu dipimpin ke jalan benar. Kalau ulamak UMNgOk dah bawa ke jalan salah agak-agak malaikat nak soal jawab ke nak belasah saja bila mati nanti. Sama-samalah kita fikirkan. |
Rakyat Jangan Lagi Terpedaya Dengan UMNgOk-BN Posted: 14 Dec 2010 08:07 AM PST Kecoh dari satu isu ke satu isu yang dibuat oleh UMNgOk yang terdesak setelah rakyat mula menolak pemimpin dan parti itu. Tambahan pula semakin ramai pemimpin-pemimpin besar UMNgOk dan BN yang didakwa oleh SPRM. Baru sekarang dah 50 tahun lebih rakyat melihat dengan kepala hotak sendiri bahawa UMNgOk menipu rakyat hidup-hidup. Dari krisis kenaikan harga minyak dan kenaikan barang-barang mentah hinggalah pemimpin-pemimpin UMNgOk dan BN menyalahgunakan kuasa buat duit banyak-banyak. Apabila pemimpin-pemimpin pembangkang bercakap membongkar penyelewengan dalam ceramah semua kata satu fitnah dan pembohongan. Sebab tulah perlunya parti pembangkang dalam mana-mana parlimen di dunia ini sebagai pemerhati KERAjaan daripada membuat skandal. Sekarang bila PR dah mula membentuk kerajaan negeri, ramai yang terkejut beruk bagaimana beberapa negeri boleh jatuh ke tangan pembangkang? Semangat reformasi Anwar Ibrahim yang bangkit pada tahun 1997 hingga 2008 mula meletup kembali setelah dibebaskan oleh mahkamah. Buta sahaja kena penjara oleh MahaFiraun. Roadshow Anwar ke seluruh negara telah menyaksikan semangat rakyat mula bangkit dari penindasan dan kezaliman UMNgOk-BN. Sebab itulah depa gerun sangat dengan Anwar ni. Walaupun dalam PAS yang dah mentadbir Kelantan beberapa penggal tapi Tok Guru Nik Aziz depa tak gerun sangat. Sebab apa? Sebabnya bagi KERAjaan Kelantan ni dianaktirikan terus dari arus pembangunan. Apalah yang sebuah negeri miskin boleh buat. Tetapi bila Anwar menyatukan DAP dan PAS di bawah satu Pakatan Rakyat, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan PR. Memang satu yang memalukan dan tamparan hebat kepada UMNgOk-BN kerana rakyat sudah bijak menilai. Jadi mahu tak mahu depa mula cari jalan untuk melaga-lagakan parti-parti dalam PR. Tambahan pula PRU13 akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. Tapi aku tak faham betullah masih ada lagi rakyat dan penyokong tegar UMNgOk-BN yang masih sayang dengan parti bangkai yang mula mereput ni. Kalau benda yang dah busuk ni orang dah buang dan lari, ada lagi ke yang nak masuk? Media heboh kata ramai ahli PKR keluar parti masuk UMNgOk tapi kurang pula yang kata ramai ahli PAS masuk UMNgOk. Kenapa? Sebab media ini adalah alat manipulasi KERAjaan yang gerun dengan Anwar. UMNgOk mahu rakyat 1Malaysia nampak dengan mereka-reka cerita yang ramai ahli PKR keluar parti padahal yang masuk parti tu pun orang depa sendiri dan atas pagar. Aku nak cerita sikit sewaktu aku bertugas di Kelantan bulan lepas. Sajalah aku lepak-lepak dengan pakaian uniform aku kat warung. OK orang-orang situ ramah melayan orang luar. Sembang punya sembang dapatlah tahu yang aku ni orang Permatang Pauh. Dengan selamba sahaja depa kata yang aku ni orang Anwar tanpa rasa takut. Dan kami berborak tentang perkembangan terkini Anwar. Depa di Kelantan pun nampak sangat yang UMNgOk nak main politik dengan isu Anwar. Aku memang terkejut gila sebab orang-orang di Kelantan pun percaya yang Anwar difitnah. Memanglah keahlian PKR di Permatang Pauh paling ramai di Malaysia ni. Boleh dikatakan hampir semua anak-anak muda dan orang-orang tua ahli PKR selain PAS. Kalau penyokong UMNgOk pun malu nak mengaku kalu tinggal di Permatang Pauh macam di Kelantan juga. Bila aku tanya semua pakat sokong Tok Guru. Tak taulah lidah boleh menipu tapi hati siapa tahu. Yang pentingnya orang malu nak sebut aku sokong UMNgOk di Kelantan dan di Pulau Pinang. Dengan bangga rakyat dikedua-dua negeri ini mengaku penyokong tegar PR tanpa rasa takut. Inilah yang dikatakan semangat demokrasi yang belum jumpa di mana-mana negeri lagi. Lihatlah di Pulau Pinang berapa kerat sangat barua-barua dan pecacai-pecacai UMNgOk buat demo dengan kerajaan negeri. Bila geng-geng PR buat demo mahu takut depa semua sebab yang datang ribu-ribu. Jadi aku harap rakyat di negeri lain pun perlu berani bangkit dan jangan terpedaya dengan fitnah dan janji UMNgOk-BN menjelang PRU13 nanti. Rakyat perlu bagi signal kepada KERAjaan bahawa rakyat mula bangkit dengan ketuanan rakyat kerana UMNgOk hanya pandai bermain kata-kata dengan ketuanan Melayu. Kita semua orang Melayu dan seperti kata Hang Tuah Takkan Melayu Hilang DiDunia. Yang kita sebut bukan buang Melayu tetapi kita nak kuatkan ketuanan rakyat. Disebabkan ketuanan Melayulah, bangsa Melayu jadi lemah disebabkan UMNgOk juga yang mengkhianati bangsa sendiri. Bermula dengan pelucutan kuasa Sultan Melayu, Keranda 153, penghapusan biasiswa untuk pelajar Melayu, tender-tender untuk golongan kroni sahaja sehingga bangsa Melayu yang dibawah susah nak maju, menjadikan Melayu sebagai batu loncatan menghimpun kekayaan keluarga dan macam-macam lagi. Jadi ingatlah UMNgOk-BN bahawa rakyat bukan bangang yang hangpa semua boleh perbodohkan. Rakyat dah mula maju dalam pendidikan dan minda yang bebas dari penjajahan British dan UMNgOk-BN. Rakyat ada mata yang boleh melihat pemimpin UMNgOk kaya meliana sedangkan rakyat hanya mampu beli rumah kos rendah. Kita akan sama-sama buktikan kepada UMNgOk dalam PRU13 nanti dan kita ajar depa cukup-cukup yang rakyat adalah TUAN di negara ini. Parti pemerintah perlu ikut kehendak rakyat bukan rakyat ikut kehendak pemerintah. Bersama Mendaulatkan Ketuanan Rakyat |
PKR dan PAS Perlu Teguh Baru DAP Akan Kukuh Posted: 14 Dec 2010 08:06 AM PST Apabila disebut Pakatan Rakyat 1 Malaysia sudah tahu gabungan PKR, PAS dan DAP. Dan muka-muka pemimpinnya iaitu Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang. Pakatan Rakyat telah bergabung hasil usaha Anwar setelah 'buta' dikenakan penjara 6 tahun oleh MahaFiraun. Dan sekarang proses untuk memenjarakan semula Anwar diteruskan oleh PM 1Malaysia takut bini sayang suami. Apa yang aku nak sembang-sembang sikit di sini ialah tak perlulah PR nak sibuk-sibuk lagi menyebut tentang siapa yang layak jadi TPM jika menang PRU13 nanti. Dari dulu aku dah sebut tentang perkara ini. Perkara yang paling penting bagi PR ialah mendaftarkan sebuah parti gabungan yang sah iaitu PAKATAN RAKYAT. Bagaimana nak daftar itu bukan kerja senang kerana sedangkan satu kepala hotak pun macam-macam karenah inikan pula tiga kepala hotak pemimpin yang dari pelbagai fahaman. Namun aku tetap respek Anwar yang berjaya dudukkan DAP semeja dengan PAS. Inilah ketokohan paling ketara dalam diri Anwar. Lihatlah bagaimana rakyat berdemo ketika Anwar dipenjarakan walaupun tidak bersalah pada 1997 dahulu. Kini rakyat tetap menyokong Anwar dengan masuk PKR beramai-ramai kerana mereka tahu Anwar tetap difitnah dan akan dijatuhkan oleh rejim UMNgOk yang takutkan pembongkaran segala skandal dalam pemerintahan KERAjaan BN. Dulu jangan haraplah pemimpin DAP nak berceramah di pentas PAS dan PAS pula dijemput dalam semua majlis anjuran DAP. Dahulunya dikatakan DAP anti Islam kerana UMNgOk sendiri tidak menyokong undang-undang Islam. Nak pertahankan ketuanan Melayu tetapi tak nak pertahankan ketuanan Islam. Itulah parti UMNgOk yang menjadi pujaan barua-barua dan pecacai-pecacai penyokong UMNgOk. Bila pemimpin DAP guna ayat Al-Quran heboh pemimpin UMNgOk yang aku rasa Al-Quran pun jarang nak buka. Nak baca terjemahan pun payah. Sedangkan pemimpin DAP cuma baca ayat Allah AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR sahaja pun. Malulah sikit kepada orang bukan Islam woiii UMNgOk. Orang bukan Islam masuk masjid pun dah bising-bising. Bagi aku kira baguslah tu sebab mudah-mudahan dapat hidayah. Ini mangkuk-mangkuk ni dahlah masuk masjid seminggu sekali solat Jumaat, tu pun kalau tak sibuk. Boleh pula fitnah imam dengan putar belit lidah biawak kata imam doakan Lim Guan Eng tapi tak doakan Agong. Bangang punyalah UMNgOk. Sampai mufti kesayangan UMNgOk pun terus melatah. Bila media dah tahu hal sebenar yang imam baca doa supaya Allah beri hidayah kepada LGE barulah nak masuk bawah tempurung tumpang sekaki dengan Pak Brahim yang jadi Putera Katak Puru. Jadi bagi aku PKR dan PAS perlu tunjuk contoh teladan yang lebih baik lagi dari sekarang kerana hanya ada satu negeri yang Ketua Menterinya dari DAp iaitu Pulau Pinang. Jadi rata-rata 1Malaysia akan memandang kepada pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melihat samada LGE anti-Islam atau tidak. PKR dan PAS diasaskan di Pulau Pinang dan kebanyakkan pemimpinnya dari utara Semenanjung. Tunjang PKR di Permatang Pauh dan PAS pula kini dilihat menebal di negeri Kelantan kerana tok guru telah mengambil alih jawatan setelah kematian Allahyarham Ust Fadil Noor. Kita semua jangan lupa sejarah bahawa PKR dan PAS dilahirkan di Pulau Pinang tapi aku lihat masih ada lagi rakyat Pulau Pinang yang tidak menyokong PKR dan PAS. Masuk sahaja mana-mana parti samada PKR atau PAS kerana kita juga akan membentuk PR tidak lama lagi. Sepatutnya PKR dan PAS perlu kuat di negeri Pulau Pinang barulah DAP akan terus kukuh di negeri Pulau Pinang seterusnya di negeri-negeri yang lain pula. Tapi aku lihat Alhamdulillah PKR dan PAS semakin kuat hubungannya untuk memimpin DAP memahami perjuangan Islam dan keadilan di bumi Malaysia. Ini yang kita mahukan daripada UMNgOk yang sering menakutkan rakyat dengan DAP. Biar apapun fitnah yang datang kita akan terus kebal bersama rakyat. |
DS Anwar Ibrahim Pemimpin Reformasi Posted: 14 Dec 2010 08:04 AM PST Isu dalaman dalam PKR hangat dibincangkan sekarang. Isu pemilihan PKR 2010 ditambah pula dengan Zaid biawak keluar parti sebelum bertanding kerana tak ada teloq. Ditambah lagi dengan perbicaraan kes Liwat II DSAI yang dimalukan pada zaman MahaFiraun dan sekarang zaman Murujib. Memang KERAjaan UMNO dan BN sengaja mencari peluang-peluang begini untuk mematikan semangat ahli-ahli PKR dan Pakatan Rakyat supaya melihat keaiban DSAI sebagai punca dalam semua perkara. Dengan itu banyak kes-kes yang bersabit dengan KERAjaan tertutup seperti kes Altantuya, kes Scorpeo, kes APCO, kes PKFZ dan banyak lagi yang sedang disiasat SPRM. Ini juga akan melemahkan parti gabungan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP. Tapi aku rasa parti DAP yakin dengan kekuatan dan kewibawaan Anwar. Tambahan pula Karpal adalah peguam utama dalam pembelaan Anwar. PAS mungkin akan melihat isu ini dengan tertekan. Mungkin ada ahli yang meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Mungkin ada ahli PAS yang berasakan PAS sudah kuat untuk mentadbir negeri-negeri. Memang betul PAS adalah antara parti pembangkang tertua di Malaysia yang masih wujud. Jika kita berjuang atas nama Islam memang sampai kiamat perjuangan Islam akan terus wujud dan berkembang. Tapi pernahkah PAS terfikir siapakan yang membawa kepada penggabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat? Pernahkan pemimpin-pemimpin DAP duduk di dalam pentas ceramah PAS? Bagaimanakah isu-isu Islam yang dibawa oleh PAS yang dahulunya mendapat tentangan kuat DAP kerana ketidakfahaman dengan jelas undang-undang Islam. Semua ini kerana ketokohan DS Anwar yang mempunyai inspirasi untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dijajah oleh UMNO-BN. Memang DS Anwar bukanlah sealim tok guru Nik Aziz atau TG Hj Hadi namun Anwar adalah pemimpin Islam yang lebih elok pekerti dari Murujib. Anwar adalah pemimpin ulung reformasi politik di Malaysia. Lahirnya reformasi kerana adanya Anwar. Walaupun Anwar dipenjarakan namun semangat reformasinya tetap mengalir dalam darah ahli-ahli PKR. Biar seteruk mana Anwar dicemuh, diaibkan, dimalukan hatta dipenjarakan namun kami ahli-ahli PKR tetap setia dengan parti. Cuma yang melompat parti dikalangan katak dan biawak dalam PKR kerana kepentingan peribadi. Ahli-ahli PKR mana yang melompat parti kerana sama sahaja masuk UMNO atau PKR jadi ahli biasa sahaja. Cuma yang membezakan ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli PKR adalah semangat untuk menegakkan keadilan di Malaysia dan menghapuskan segala bentuk korupsi dan kezaliman yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN yang banyak menafikan hak rakyat. Selepas ini PKR perlu umumkan secara rasmi wujudnya jawatan Ketua Umum PKR seperti PAS yang mempunyai jawatan Mursyidul Am dan DAP yang sebagai Penasihat Parti. Jawatan ini penting memandangkan Presiden PKR disandang oleh DS Wan Azizah. Jadi ahli-ahli akan melihat di mana kedudukan Anwar dalam parti secara rasmi. Mungkin boleh dimulakan dalam PKR dahulu sebelum terbentuknya Parti Pakatan Rakyat secara rasmi dan DS Anwar sebagai penaung utama dan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. InsyaAllah. |
You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan