Muslimeen United |
- Tabung Serambi Mekah terima RM4.9 juta
- RapidKL Perkenal Bas Khas Wanita
- 'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan' - Prof Abdul Aziz Bari
- Bukti Zambry memang hebat mentadbir Perak
- PRU13 - TG Hadi yakin tawan Terengganu
- Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok 3 jengkal
- Makam Nabi-Nabi
- DS NIZAR : ROSMAH PERLU BERPAKAIAN SECARA ISLAM
- 10 Tempat Terlarang Meletakkan Handfon
- KENAPA UMNO TAKUT BUKAN ISLAM DEKATI AL QUR'AN
- Lawak KFC Pendang
- PRU13 di ramal Mac tahun hadapan...?
Tabung Serambi Mekah terima RM4.9 juta Posted: 02 Dec 2010 03:36 AM PST KOTA BHARU, 2 Dis: Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, agensi kerajaan dan badan berkanun. Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mewakil Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan mesin mlektronik (gambar) bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui kad kredit dan kad debit. Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud, Exco negeri dan wakil-wakil rakyat. Ahmad ketika merasmikan majlis tersebut berkata, kewujudan Tabung Serambi Mekah di awal pemerintahan PAS dulu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan yang telah berlainan dengan Persekutuan. Menurut beliau, tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir, berpenyakit kronik dan sebagainya. "Ia juga ditubuhkan bagi diberi peluang kepada seluruh rakyat terutamnya yang berkemapuan untuk bersama-sama kerajaan membantu mereka yang memerlukan dan, Alhamdulillah sehingga kini tabung ini berjalan dengan baik hasil kutipan derma dari orang ramai dan syarikat," ujar beliau. Beliau juga berkata bagi tempoh kutipan derma tahun 2009 dan dibelanjakan pada tahun ini, keseluruhan jumlah penerimaan ialah RM3.353 juta dan telah disalurkan kepada pelbagai keperluan seperti mangsa banjir, kemudahan asas, kebakaran dan lain-lain berjumlah lebih kurang RM2.623juta. "Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan anak jati Kelantan dan merupakan usahawan terkenal yang tidak jemu-jemu membantu Tabung Serambi Mekah dalam meneruskan bakti kepada rakyat negeri ini dan tahun ini pula beliau telah menyumbang sejumlah RM3 juta," katanya lagi. Orang ramai masih lagi boleh menyalurkan sumbangan derma melalui akaun yang telah diwujudkan iaitu melalui akaun Bank Islam bernombor 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal). Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) Akta Acara Kewangan (1957) disemak (1972). -Hrkh |
RapidKL Perkenal Bas Khas Wanita Posted: 02 Dec 2010 03:34 AM PST Selepas tren, bas khas wanita pula RapidKL memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai semalam hingga 31 Disember. Menurut kenyataan Bas RapidKL semalam, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam. Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45. Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria). Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni). Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak. Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan. Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan. Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa. - Bernama Terima kasih dan tahniah RapidKL. Dewan Muslimat, buka mata dan cepat kirimkan kawad tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan RapidKl sebagai tanda sokongan kita kepadanya dan kesyukuran kita ke hadhrat Allah s.w.t. -GB |
'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan' - Prof Abdul Aziz Bari Posted: 02 Dec 2010 03:33 AM PST Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya. Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong". "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad). "(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan). Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu. Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya. "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz. "Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru. "Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri." Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara. Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno. "Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan. -M'kini |
Bukti Zambry memang hebat mentadbir Perak Posted: 02 Dec 2010 03:32 AM PST DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan. Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%. - Blog NgaKorMeng Nga jugak bagitau masa Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah. Nga juga mendedahkan ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat. Nama Projek dan Jumlah Kos terlibat 1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik, Jumlah Kos terlibat: RM 2,430,000.00 2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar, Jumlah Kos terlibat: RM 10,000,000.00 3.Pangkor Height Villa, Jumlah Kos terlibat: RM790,000.00 4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor , Jumlah Kos terlibat: RM260,000.00 5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor, Jumlah Kos terlibat: RM1,900,000.00 6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor, Jumlah Kos terlibat:RM1,560,000.00 7. Korporat Villa Jenis B, Jumlah Kos terlibat: RM 380,000.00 Jumlah Kos keseluruhan RM17.32 juta Kita tunggu apa jawapan Zambry bila ditanya dalam Sidang Dun Perak hari ni. Tu pun kalau ada ruang soal jawab. Kalau jadi macam sidang yang lepas, sesia saja bersidang tapi langsung takdak soal jawab. |
PRU13 - TG Hadi yakin tawan Terengganu Posted: 02 Dec 2010 03:31 AM PST KUALA LUMPUR, 2 Dis — PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut. Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004. "Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja," kata Hadi dalam temubual dengan The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan "majoriti kecil" sambil mengatakan majoriti dua pertiga "tidak diperlukan" untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu. "Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup," tambah Hadi lagi. Bekas menteri besar Terengganu ini mendakwa kebanyakan undang-udang yang telah diwartakan PAS sebelum 2004 masih kekal "utuh" di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN sambil menambah, PAS lebih banyak membawa pembangunan ke negeri itu daripada "Umno atau BN lakukan." "Di bawah pentadbiran PAS lebih 60,000 permohonan tanah telah diluluskan di Terengganu, Umno hanya berminat untuk menang dan masih banyak undang-undang yang diperkenalkan AS masih lagi kekal hingga hari ini," kata Hadi. Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. "Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan. Memang ada kekuatan dan ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi kita bersedia di peringkat pentadbiran pilihan raya yang dipengerusikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya PAS pusat. "Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). "Kita juga mengadakan seminar-seminar kepada petugas pilihan raya, yang ini dalam peringkat negeri-negeri. Itu persediaan awal yang kita buat," katanya. PAS merampas Terengganu pada 1999 yang selama ini di bawah pentadbiran BN. Kerajaan pimpinan PAS itu tidak bertahan apabila tewas semula kepada BN pada 2004. Selain Terengganu, Hadi juga berkata PAS turut akan memenangi lebih banyak kerusi di Johor yang menjadi kubu kuat Umno. "Ini boleh dilakukan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuk jadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno dan ini boleh berlaku. "Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi. "Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan manakala Sabah dan Sarawak akan kita bincang dalam Pakatan Rakyat," kata beliau. Ketika ditanya sama ada usaha kerajaan perpaduan antara Umno-PAS boleh diteruskan, Hadi bagaimanapun berkata "buku sudah tertutup rapat dan tidak boleh dibuka lagi." "Buku sudah tutup dan tidak boleh dibuka, zaman sudah berlalu dan rakan Pakatan Rakyat setuju nak ubah semua sekali. "PAS adalah parti yang berpengalaman, PAS saingan utama Umno. Umno tak mahu kerana tidak mahu buat perubahan, PAS tidak bersedia untuk menyertai kerajaan yang tidak mahu buat perubahan," katanya sambil berkata pernah mengajak Umno untuk bekerjama ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Hadi berkata ketika itu beliau mahu semua parti termasuk PKR, Umno, DAP dan parti lain untuk bergabung tetapi ditolak Umno yang ketika itu hanya mahukan PAS. "Saya masa Tun Abdullah pernah mengajak perpaduan semua bukan PAS dengan Umno sahaja tapi PAS, Umno, PKR, DAP dan semua sekali, itu ajakan saya. "Tapi umno hanya mahu PAS dengan Umno sahaja, ini tidak boleh kerana kita tidak mahu perubahan dan tugas reformasi yang mesti melibatkan semua parti politik. "Sekarang Tun Abdullah dah tak ada, sekarang orang lain pula dan sikap kita jelas nak buat satu perubahan dan tidak boleh menyertai kerajaan yang laksana kita memikul biawak hidup yang penuh dengan masalah," katanya.(Malaysian Insider) |
Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok 3 jengkal Posted: 01 Dec 2010 08:39 PM PST Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya. "Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Umno serah kerusi Ketua Menteri Salah lapor budaya media Umno Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno. "Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya. Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. "Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. "YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan. -M'kini |
Posted: 01 Dec 2010 02:28 PM PST Kubur mengingatkan kita tentang "mati" dan kita dianjurkan menziarahi kuburan untuk mengingatkan kita kepada kematian dan juga perkara yang berlaku di alam barzakh serta hari kemudian nanti. Dalil: Dari Buraidah bin al-Husayb ra, Rasulullah saw bersabda, "Aku pernah menghalang kamu dari menziarahi kubur. Sekrang, ziarahilah(kubur), kerana ia akan mengingatkan kamu akan hari kemudian…."[Hadis riwayat Muslim, an-Nasai dan lain-lain] Berikut ialah makam-makam para nabi, sanak saudara dan sahabatnya MAKAM NABI MUHAMMAD SAW TAPAK KAKI ADAM (AS) , Srilanka MAKAM HAWA, Jeddah MAKAM HAbeel ANAK ADAM (Al.) MAKAM NABI IDRIS , Jordan. Makam-e-Ibrahim HAZRAT IBRAHIM-AL-KHALIL, Israel HAZRAT LOT, Iraq HAZRATt SALEH (AS) HAZRAT MOOSA (AS), Israel HAZRAT SHOAIB (Al.) HAZRAT HAROON (Al.) HAZRAT ZAKARIA (Al.) HAZRAT YAHYA (Al.) HAZRAT BIBI AMENA , Outside Macca HAZRAT BIBI HALEEMA, Outside Madina. HAZRAT ABU TALEB, Uncle of Prophet Mohammed P.B.U.H, Macca HAZRAT BIBI KHADIJA (Ummul Moamineen), Macca HAZRAT IMAM HASAN (AS). HAZRAT BIBI FATIMA ZAHRA HAZRAT BILAL HABASHI, Damascus Abeel, Son of HAZRAT ADAM (Al.), First grave on earth, Jordan. |
DS NIZAR : ROSMAH PERLU BERPAKAIAN SECARA ISLAM Posted: 01 Dec 2010 02:27 PM PST Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam. Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini. Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara. Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama. Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian. Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam. Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah. Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno. Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan. -M'kini |
10 Tempat Terlarang Meletakkan Handfon Posted: 01 Dec 2010 02:26 PM PST
Telefon Bimbit atau handphone sudah merupakan satu keperluan. Hampir setiap orang di dalam negara ini memilikinya. Dari seorang kanak-kanak tadika di kota kepada seorang warga tua di desa. Untuk menjaga handfon sentiasa di dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudharat kepada diri sendiri dan orang lain, harap diperhatikan 10 tempat terlarang untuk meletakkan telefon bimbit : 1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR Bagi lelaki yang senang meletakkan telefon bimbit di kocek seluar sebaiknya berfikir semula. HP menghasilkan paparan medan elektrostatik dan elektromagnetik yg mengakibatkan infertility (kemandulan). 2. JANGAN LETAKKAN BERSAMA BARANG ELEKTRONIK Jangan gunakan HP ketika signal lemah dekat dengan barang elektronik berprestasi tinggi (seperti TV, OVEN, HEATER ,dll), kerana dapat merosak sirkuit HP. 3. JANGAN DISIMPAN DEKAT KUNCI KERETA Dalam keadaan tertentu HP yg digunakan dlm kendaraan akan memberikan kesan merosak terhadap peralatan elektronik kendaraan. HP yg diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci tersebut. 4. JANGAN LETAKKAN DEKAT KOMPUTER Komputer dan HP sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yg dekat, maka keduanya akan saling merosak. 5. JANGAN LETAKKAN DI TEMPAT BERSUHU TINGGI Tempat bersuhu tinggi,kelembapan tinggi, dan berdebu merupakan kumpulan musuh HP. Jika tertinggal di dalam kereta di cuaca yang panas terik, hp memang rosak, setidak-tidaknya baterinya. 6. HINDARI MELETAKKAN KAD SIM DEKAT MAGNET Kerana radiasi yg ditimbulkan HP dapat merosak floppy disk, kad memori dan kad kredit seseorang. 7. JAUHKAN DARI BENDA LOGAM Jauhkan HP dari benda logam kecil kerana magnet dalam speaker HP akan menarik benda-benda tersebut dan HP mengalami kerosakan. 8. JAUHKAN DARI ALAT PACU JANTUNG Peralatan perubatan seperti alat pacu jantung dapat terganggu dikeranakan gelombang elektromagnetik. 9. JANGAN DEKAT GAS YANG MUDAH TERBAKAR Gas berbahaya karena memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Oleh karena itu HP tidak akan berfungsi dengan baik. 10. HINDARI DAERAH BASAH Rasanya kita semua sadar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera digital .. Apalagi saat musim hujan, boleh mengundang banyak risiko. Bagi penunggang motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yang kedap air saat hujan tiba. Semoga bermanfaat ... |
KENAPA UMNO TAKUT BUKAN ISLAM DEKATI AL QUR'AN Posted: 01 Dec 2010 02:25 PM PST KUALA LUMPUR : Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia. Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka. Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran. Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya. Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan. Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran. "Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam. "Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka," katanya. Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR. "Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka. "Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan," ujarnya. Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka. Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia. Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya. Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka. Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya. -Hrkh |
Posted: 01 Dec 2010 02:23 PM PST huuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu.. tu tak buka McD, Pizza, Kenny Roger apa lagi.. kalau tak lagi teruk.. aku rasa.. si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org.. kalau hampa tak caya keadaan ni.. hampa pi la pendang tengok.. sampai sekarang tak surut.. dan dengar cereta.. coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau.. manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan" Moralnye : Cakap bior terang or masuk kandang kambing mengembek and masuk kandang kerbau kena apa yek????…….pepaham sendiri la… Sumber : oleh Naz Canduriking ( Facebook ) pada pada 26hb Oktober 2010 pukul 3.00 ptg "Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin" "Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang" http://www.surauassiddiqin.blogspot.com |
PRU13 di ramal Mac tahun hadapan...? Posted: 01 Dec 2010 02:17 PM PST KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-13 diramal berlangsung sekitar Mac 2011 berikutan Umno bimbang berlaku perbalahan pada pemilihan parti itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangkaan itu dibuat Ketua Umum Parti KEADILAN Nasional berikutan pengumuman Najib yang menyatakan pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan untuk proses 'pemantapan' serta 'pemulihan parti pemerintah itu. Sebaliknya, pemerhati politik percaya penangguhan itu dibuat kerana Umno takut timbul perbalahan yang tidak dapat dibendung hingga menyukarkan mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Umno tidak berani mengadakan pemilihan (mengikut jadual) kerana mereka tidak cukup kuat dan takut menghadapi perwakilan mereka', kata Anwar. Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula percaya penangguhan pemilihan Umno itu berlaku kerana Umno dalam keadaan lemah dan tidak yakin ahlinya cukup bijak untuk melalui proses pemilihan. Beliau mengambil contoh terdapat mesyuarat tahunan Bahagian Umno di Kelantan yang tercetus pergaduhan dan hanya dapat diselesaikan apaila polis melepas tembakan amaran. Desas-desus pilihan raya umum diadakan dalam jangkam asa terdekat mula kedengaran apabila Najib diuar-uar mahu melakukan rombakan Kabinet pada hujung tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan